Followers

Monday 29 September 2008

Perutusan Aidilfitri MB Kedah

Amanat Mb Buat Rakyat Kedah Menjelang Aidilfitri


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Bagi pihak kerajaan Negeri Kedah, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, kepada rakyat negeri Kedah dan tidak ketinggalan kepada seluruh muslimin-muslimat di negara ini.
Aidil Fitri adalah hari kebesaran kurniaan Allah SWT setelah kita menunaikan ibadat puasa dalam masa sebulan, berjihad dan bermujahadah dengan mengerjakan ibadat dengan penuh ketaatan kepada Allah SWT, melakukan perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang.
Ibadat yang melatih kita untuk menjadi orang-orang yang bertakwa kepada Allah Taala. Orang yang bertaqwa adalah mereka yang senantiasa mentaati perintah Allah dan amat takut untuk melakukan kejahatan.
Semoga ‘Madrasah Ramadhan 1429’ yang baru kita lalui ini akan menjadi ikhtibar untuk kita meneruskan amalan yang baik yang dilaksanakan sepanjang Ramadhan.
Setelah sebulan dalam bulan Ramadhan, kita bakal sama-sama menyambut hari kebesaran, iaitu Aidil Fitri.
Di sinilah letakkan penghujung atau kemuncak setelah kita berlapar dahaga, bersabar dengan cabaran Ramadhan, bermunajat di malam Ramadhan dan seumpamanya.

Sekian

Azizan Abdul Razak

Warta Darul aman

Kejutan Metro Di Hujung Ramadhan

Puasa Songsang (Mereka yang berpuasa Adat)



“Di bulan ini, saya dan rakan tidak makan dan minum pada siang hari, sebaliknya berpuasa seperti biasa dengan mengunjungi pasar Ramadan berhampiran rumah untuk membeli makanan sebelum singgah di kedai atau pasar raya untuk membeli arak.

“Saya tidak mengambil air itu (arak) tiap-tiap malam. Selalunya saya minum bersama rakan-rakan di rumah ketika atau selepas berbuka dan kemudian meneruskannya di kelab malam.

Terkejut baca 2 pengakuan siaran Harian Metro (29 September 2008 ) tapi tak la sampai terkejut beruk, tapi itulah hakikat puasa bagi sesetengah muda mudi Islam Malaysia zaman "la ni".

Tak faham Islam adalah puncanya. tiada yang perlu nak dipeningkan lagi untuk menjawabnya, jawapannya " mereka Jauh dari kefahaman Islam".

Bukan sahaja jauh malah akses untuk tahu tentang Islam pun mungkin mereka tak pernah berusaha mencari atau terjumpa, malah ada juga yang barangkali tak pernah terniat agaknya untuk mencari apa itu Islam dan kandungannya. Mungkin kerana lantaran semua penjuru hidup mereka tertinggal jauh dari sentimen dan semangat Islam. Ibu bapa mungkin tak faham langsung tentang Islam, sekolah dulu pun agama hanya jadi subjek periksa semata-mata, menonton tv pun mungkin tak terliur langsung nak lihat al kulliyyah terbitan tv 3 dan banyak lagi faktornya yang berjela panjang kalau nak tulis.

Puasa hanya adat bukan ibadat.(Hanya bagi mereka yang beradat puasa)

"Kalau tak puasa tak syok la raya kan" inilah kalimat yang selalu mencuit hati apabila didengari sang telinga.

















(Gambar Hiasan) berbuka puasa, mungkin ada di antara kita berpuasa adat.

Mungkin bagi mereka puasa hanya demi suasana meriahnya raya, bukan kemeriahan bagi mereka yang sungguh-sungguh berpuasa. Berpuasa dari segala yang haram dan keji bukan dalam Ramadhan ja, tapi praktikelnya puasa adalah kem bina akhlak bertuhan, akhlak beradab terhadap Allah dan hambanya yang lain.

Nak kata tak ada kesedaran sivik pun mereka waras. Kalau tidak takkan ada yang cakap macam kat petikan bawah ni :

“Sudah dua tahun saya terbabit dengan kegiatan tidak bermoral ini selepas berjinak-jinak menjejakkan kaki di kelab malam.

“Pada mulanya, saya takut untuk mencuba perbuatan terkutuk itu, tetapi tewas selepas melihat keseronokan rakan-rakan yang berhibur selepas meneguk air berkenaan tanpa rasa berdosa”.

Tapi barangkali sengaja tak nak sedarkan diri agaknya.

"Kan berpuasa itu maknanya menahan diri dari makan dan minum dan perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari"

Maksud tersiratnya ialah menjaga, mengawasi, menjauhi, mengelak dari sesuatu yang ditegah Allah dan dimurkainya.

Sebab itulah mereka yang memahami maksud tersirat puasa, Ramadhan adalah bulan motivasi dam kem latih tubi untuk berubah diri menjadi makhluk Allah yang sejati.

"Bukan kah puasa itu hasilnya taqwa"

"Semoga kalian bertaqwa" inilah maksud Allah bagi hambanya yang berpuasa.

Taqwa perlunya kesedaran, kehendak yang tinggi untuk berubah, pengorbanan, berusaha sedaya mungkin mengelak kebencian Allah yang apa yang dibencinya.

Bagi mereka yang beradat puasa ia adalah satu tradisi semata-mata, mungkin lidah mengaku beribadah namun hati masih buta maknanya.

lihat saja di pusat membeli belah, seusai berbuka di medan selera mereka yang berpuasa adat pastinya masih lalai berborak tanpa memikirkan untuk segera menunaikan tuntutan yg lebih wajib iaitu solat.

"Dahtu ada yang tak solat langsung, terus "beraya" sakan di gedung besar untuk "beraya sakan" kerana penat berpuasa sebulan.

Bahkan kadangkala anak-anak pun jadi mangsa jugak dek tabiaat ibu dan bapa yang asyik nak "beraya sakan" hingga sanggup tinggalkan 10 malam terakhir ramadhan.

Mungkin juga meraka tak pernah dengar hadis Nabi Muhammad (SAW):

"Seandainya umatku mengetahui ( semua keistimewaan ) yang dikandung oleh Ramadhan, niscaya mereka mengharap seluruh bulan menjadi Ramadhan".

Barangkali juga mereka tidak pernah mengenali hakikat kebahagiaan bagi orang yang hakiki berpuasa iaitu kegembiraan dek taat menahan diri dari yang haram ketika berbuka dan kebahagiaan sejati bertemu Allah di hari pengadilan.

Bagaimana agaknya Allah akan bertemu dengan hambanya yang menahan diri dari benda dahn mungkar(berpuasa) lalu berbuka dengan yang haram dan mungkar.

Faham jelasnya sampai bila-bila pun baik dan buruk, pahala dan dosa, terpuji dan terkeji tidak layak disama tarafkan, dicampurkan adukkan.

Pelik kan?, sangat tidak realistik dan logik bagi manusia yang waras hatta presiden Amerika yang kononya cerdik itu pun mungkin tidak dapat menerima kegilaan buatan dan kesongsangan penuh sedar ini.

Maaf, lantunan ayat nampak kasar sikit Na!

Akhukum
Ahmad Najhie Hayazi

Wednesday 24 September 2008

Serikandi Agung Zainab Al Ghazali Al Jubaili

Mulianya Zainab Al Ghazali


Zainab Al Ghazali Mengisahkan pertemuannya Bersama Imam Al Banna

‘… Mari kita berjanji, berjanji sepenuhnya antara seorang lelaki dan wanita, wanita yang pada umur 18, memberikan keseluruhan hidupnya untuk Allah dan dakwah. Sekiranya ada pertembungan antara kontrak perkahwinan ini dan dakwah, maka perkahwinan kita akan tamat, tetapi dakwah akan sentiasa bertunjang dalam diriku…’

Untaian hikmah dari Al marhumah Zainab Al Ghazali Al Jubaili buat bakal suami sebelum mendirikan istana cinta. Beliau tegas menyatakan pendirian bahawa perkahwinan penting namun ia tidak lagi sepenting itu lagi jikalau ia bertembung dan menyimpa dari tujuan dakwah.ia menuntut janji demi sebuah perjanjian rabbaniy yang abadi.

Zainab Al Ghazali adalah pejuang muslimah yang kental dan ampuh. Ibarat serikandi ulung Nusaibah yang bertempur disisi rasulullah dalam kekalutan uhud mendekam setiap sanubari.Beliau menjelma sebagai wanita ulung mendepani segala mara bahaya dalam medan perjuangan dan itulah harapan ayahandanya seorang guru agama dan peniaga kapas.melalui didikan ikhlas bapanya Zainab al ghazali dibentuk agar menjadi pembimbing dan pembela ummah.

Dilahirkan di bumi yang dibuka pada zaman moyangnya menjadi khalifah kedua Islam, mesir bumi yang berkat tinggalan para nabi menjadi saksi kelahiran mujahidah agung ummat ini. Lahir di buhaira, mesir pada tanngal 1917, bayi perempuan yang berketurunan saidina Umar (r. a) ini rupa-rupanya adalah lambang perjuangan sejati muslimah moden dalam mengharungi keperitan hidup berjuang. Kisah deritanya menghadapi regim mesir diabadikan sendiri dengan penanya di dalam kitab "hari-hari dalam kehidupanku" setelah berkali-kali dirayu agar ia menjadi tatapan misali buat pejuang yang ikhlas.
Hidupnya tidak pernah sunyi dari menikmati kemanisan derita perjuangan, beliau mangli dengan pelbagai siksaan ngeri di penjara azab regim Mesir.Tubuhnya pernah dijamu buat anjing garang yang kelaparan namun selamat sejahtera dilindungi lembayung rahmat tuhan kekasihnya. Anjing yang ganas berubah senyap menghormati jasad pejuang agung ini. Bukan sahaja binatang berdiam diri berhadapan dengannya malah lelaki bajingan yang diarah melahap tubuhnya jua menyerah tidak sanggup menodai wanita suci jelmaan sahabiah rasul ini.


Pernah menganggotai Gerakan Feminis Mesir di usia remajanya pada tahun 1936, namun matlamat perjuangan yang tidak sesuai dengan jiwanya menggerakkan hatinya menubuhkan (Jamaah Muslimat) Jamaah Wanita Muslimah sebagai wadah baru perjuangannya. Ia bermula ketika umurnya 18 tahun demi membimbing kerja-kerja wanita Islam membela kehidupan dan membantu ibu-ibu yang kehilangan suami. Ketika inilah ia bertemu dengan As Syahid Imam Hassan Al Banna. Al Banna dan para penolongnya ibarat suasana nabi dan para sahabat di matanya. Zainab menjadi penggemar kepada syarahan dan pembawaan al marhum Al Imam. Sehingga pada suatu hari Imam Hassan Albanna menawarkan penggabungan Jamaah Muslimat pimpinannnya agar bersama menjadi sayap wanita ikhwanul Muslimin. Beliau menolak namun berbaia'h secara rahsia bersama Imam Hassan Al Banna kemudiannya.
ketegasannya ibarat ketegasan Umar Al Khattab. Naluri ketabahan dan kewanitaannya ibarat Saidatina Nusaibah. Kekuatannya dan kesabaran sama gagah bak lelaki perkasa. Hatinya dihiburkan dengan pertemuan dan jaminan rasulnya di dalam keasyikan mimpi indan yang benar. Deritanya bertukar gembira mendengar taujihat dan irsyadat nabi sanjungannya. alangkah bahagianya mujahidah yang bernama Zainab Al Ghazali. Setiap denyutan nadi kehidupannya kekal segar di ingatan setiap anak-anak harakah yang mewarisi perjuangan Islam.

Zainab Al Ghazali meneruskan kesinambungan Ikhwan bersama Said Qutub dan Abdul Fattah Ismail setelah kewafatan Imam Al Banna. Perjuangannya tidak disukai pemerintah yang dipimpin oleh Jamal Abdun Nasir ketika itu. Beliau ditangkap pada tahun 1965, dibicara pada 1966 dan dihukum penjara selama 25 tahun. Beliau dibebaskan pada tahun 1971 semasa Anwar Sadat menggantikan Jamal setelah kematiannya. Allah membalas pengkhianatan Jamal Abdun Nasir terhadap para pendokong Ikhwan dengan kekalahan kerajaan Mesir pimpinannya kepada Israel dan sekutunya dalam perang tiga serangkai.

Zainab kembali aktif menggerakkan apa sahaja demi Islam, berpidato lantang dan segar menyedarkan para pemuda dan pemudi, membimbing ummah ke arah keredhaan allah. Al Marhumah Zainab Al Ghazali juga terkenal sebagai penulis yang hebat. Beliau pernah menulis sebuah buku yang diharamkan oleh kerajaan Mesir iaitu "Return Of The Pharaoh".

Pengabdiannya kepada Islam dan ummat sentiasa dikenang dengan penuh penghargaan,kasih dan kecintaan. Setelah 88 tahun menabur budi dan jasa al marhumah di jemput pulang ke pangkuan Ilahi pada tanggal 3 Ogos 2005. Jasadnya yang mulia diiringi ribuan rakyat, disolatkan di masjid Rabia'tul Adawiyyah, namanya tetap segar di lubuk hati setiap pejuang agama walupun telah pergi menemui kecintaan abadi Tuhan sekalian alam.

* Penulis berada di mesir ketika wafatnya al marhumah namun atas sebab keselamatan kami dinasihatkan agar tidak pergi mengiringi jenazahnya. Al fatihah buat al marhumah Zainab Al Ghazali.


Sekian,
Akhukum Ahmad Najhie Hayazi

Mengenali Parti Keadilan Sejahtera Indonesia


Parti Keadilan Sejahtera suatu pengenalan ringkas

Partai Keadilan Sejahtera (disingkat PKS atau PK Sejahtera), yang dahulu dikenal dengan nama Partai Keadilan adalah sebuah parti politik di Indonesia.sekarang PKS dipimpin oleh seorang tokoh profesional islami yang bernama Tifatul Sembiring. Beliau terpilih menjadi Presiden PK Sejahtera bagi tahun 2005-2010.

Penubuhannya

PKS (Parti Keadilan Sejahtera) rasmi ditubuhkan pada tahun 1998 apabila ia meneruskan kelangsungan PK (Parti Keadilan) yang secara rasmi bergabung secara sepenuhnya dengan PKS pada 3 JUlai 2003 dengan maksud seluruh hak milik PK menjadi milik PKS, termasuk anggota dewan dan para pendokong serta ahli.Ia berteraskan pembawakan politik Islam, peringkat awalnya mendapat sambutan menggalakkan di kalangan mahasiswa dan cerdik pandai Indonesia. Namun setelah beberapa waktu berlalu ternyata parti yang bertunjangkan Islam ini sangat mendapat sokongan dan dokongan rakyat dari ibu kota besar hingga ke ceruk desa Indonesia.

Presiden pertamanya ialah Dr. Hidayat Nur Wahid, setelah dilantik menjadi Ketua MPR Indonesia untuk sesi 2004-2009 beliau diganti oleh Ir. Tifatul Sembiring seorang jurutera perkomputeran.





























Ir. Tifatul Sembiring (Presiden PKS)

Sejarah penubuhannya bermula sebagai lanjutan perjuangan Parti Keadilan (PK) yang ditubuhkan pada 20 Julai 1998 bagi menyertai Pemilu Indonesia Pada 1999. Pada Pemilu tersebut ia mencapai kemenangan yang agak membanggakan dengan meraih undi 1,4 juta suara (7 kerusi DPR, 26 kursi DPRD Propinsi dan 163 kerusi DPRD Kota/Kabupaten).

Visi Umum:

"SEBAGAI PARTI DAkWAH PENEGAK KEADILAN DAN KESEJAHTERAAN DALAM BINGKAI PERSATUAN UMMAT DAN BANGSA.".*

Visi Khusus :

PARTAI BERPENGARUH BAIK SECARA KEKUATAN POLITIK, PARTISIPASI, MAUPUN OPINI DALAM MEWUJUDKAN MASYARAKAT INDONESIA YANG MADANI.*

Visi ini akan mengarahkan Partai Keadilan Sejahtera sebagai:

Parti dakwah yang memperjuangkan Islam sebagai solusi dalam kehidupan berbangsa dan bernegara. Kekuatan transformasi dari nilai dan ajaran Islam di dalam proses pembangunan kembali umat dan bangsa di pelbagai bidang. Kekuatan yang mempelopori dan menggalang kerjasama dengan pelbagai kekuatan yang secita-cita dalam menegakkan nilai dan sistem Islam yang rahmatan lil alamin. Pemangkin bagi perwujudan masyarakat madani di Indonesia.*

MISI

1.Menyebarluaskan dakwah Islam dan melahirkan kader-kadernya sebagai anasir perubahan. 2.Mengembangkan institusi-institusi kemasyarakatan yang Islami di pelbagai bidang sebagai markaz perubahan dan pusat solusi.
3.Membangun suara pendapat umum yang Islami dan iklim yang mendukung bagi penerapan ajaran Islam yang solutif dan membawa rahmat.
4.Membangun kesedaran politik masyarakat, melakukan pembelaan, pelayanan dan pendayaan hak-hak kewarganegaraannya.
5.Menegakkan amar ma'ruf nahi munkar terhadap kekuasaan secara konsisten dan berkesinambungan dalam bingkai hukum dan etika Islam.
6.Secara aktif melakukan komunikasi, silaturahim, kerjasama dan ishlah dengan berbagai unsur atau kalangan umat Islam untuk terwujudnya ukhuwah Islamiyah dan wihdatul ummah, dan dengan berbagai komponen bangsa lainnya untuk memperkukuh kebersamaan dalam merealisasi agenda reformasi.
7.Ikut memberikan kontribusi positif dalam menegakkan keadilan dan menolak kezaliman khususnya terhadap negara-negara umat Islam yang tertindas*

Sekian,

Akhukum Ahmad Najhie Hayazi


Tuesday 23 September 2008

Makhluk Allah Yang Bernama Semut

Sang Semut makhluk Allah yang mungil






Apabila semut disebut kita pasti menanggapi ia adalah sejenis makhluk Allah yang kecil tubuhnya. kita selalu menemuinya di mana-mana namun tidak pernah benar-benar kita perhatikan, makhluk mungil ini yang sangat berketerampilan, sangat bersosial, dan sangat cerdas tetapi ingat kekadang ia berbisa hingga membawa mati dibuatnya. Tetapi pada waktu lainnya ia adalah seekor semut kecil yang menghiburkan.


Lagu Enjit-Enjit Semut

Siapakah Semut?

Semut diketahui menghuni Alam ini sekitar
sekitar 80 juta tahun lampau.namun bilakah ia dijadikan, hanya Allah yang mengetahuinya.Semut adalah serangga eusosial yang berasal dari keluarga Formisidae, dan semut termasuk dalam ordo Himenoptera bersama dengan lebah. Para cerdik pandai menyatakan semut terdapat kira-kira 12000 kelompok semuanya.Ada semut pekerja,semut pejantan, dan ratu semut.

manusia mengenalinya dengan pelbagai nama, semut
api kerana bisanya menyakitkan seumpama api apabila menyengat, semut Kongkiak, semut Hitam yang hitam warnanya, semut Sulaiman yang dinamakan sempena kisahnya bersama nabi Sulaiman Dalam Al Quran dan semut Gatal kerana gigitannya yang menggatalkan.

Dalam Kehidupan kita seharian amat dekat dengan makhluk ajaib ini,kerana dekatnya manusia dengan semut, namanya seringkali diabadikan pada sesuatu, misalnya nama tempat Kota Sarang Semut (Alor Setar , Kedah sana nu), Kuih Sarang Semut, hinggakan terdapat sebuah setesen keretapi di Surabaya dikenali dengan nama "Semut". Kisah semut juga turut diabadikan dalam filem animasi yang berjudul Ant. Peribahasa Melayu turut merakamkannya dalam ungkapan "Ada gula, ada semut. Semut jugadikisahkan dalam lagu-lagu melayu seperti enjit-enjut semut dan " Semut Merah". Menarik bukan.

Keajaiban dan fakta menarik tentang semut

1.Semut mempunyai 500.000 sel saraf yang termuat dalam 2 atau 3 milimeter tubuh mereka.(HarunYahya)
2.Semut berkomunikasi dengan isyarat kimiawi iaitu Semiokemikal zat kimia yang digunakan semut untuk tujuan menetapkan komunikasi.
3.Semut yang paling berbahaya adalah semut bulldog hitam dari australia,bisanya mampu membunuh manusia.
4.Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya adalah satu juta bagi setiap orang.

Istimewanya makhluk Allah ini

Cuba perhatikan kehidupan masyarakat semut.Teknologi, kerja gotong-royong, strategi ketenteraan, jaringan komunikasi yang maju, hierarki yang rasional dan cerdik, disiplin, perencanaan kota yang sempurna dan pelbagai ciri lain yang amat istimewa untuk di ambil

Firman Allah yang bermaksud:

“Dia-lah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Mem-bentuk Rupa, Yang Mempunyai Nama-Nama Yang Paling Baik. Bertasbih kepadanya apa yang ada di langit dan di bumi. Dan Dia-lah Yang Maha perkasa lagi Mahabijaksana.” (QS. Al-Hasyr, 59:24)

Semut Dalam Al Quran

Allah mengabadikan kisah semut diadalam Al Quran, istimewanya Allah menamakan satu surah dengan di dalam kitab suciNya dengan nama An Naml iaitu semut.Surah yang ke 27 dalam alquran dengan kandungan 93 ayat semuanya.Kisah tersebut diceritakan Allah dalam Ayat 18 dan 19 dalamsurah ini.

Allah mengisahkan dengan firmannya yangbermaksud:

(Maralah angkatan itu) hingga apabila merekasampai ke “Waadin-Naml”, berkatalah seekor semut: “Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari”.

(Surah An-Naml, Ayat 18)

Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh”.

(Surah An-Naml, Ayat 19)

Demikianlah dua ayat yang merakamkan kisahperbualan semut dan nabi Allah Sulaiman.Kisah agung ini memaparkan betapa semua binatang dan makhluk lain memahami dan menyanjungi nabi Sulaiman sebagai raja dan pemerintah. Ketua Semut memerintahkan sekalian rakyatnya membrikan sepenuh kerjasama kepada tentera nabi sulaiman yang melalui kawasan meraka agar tiada rakyatnya yang terbunuh akibat gerakan dahsyat para tentera lalu nabi Sulaiman mendengarnya, baginda tersenyum, menegur semut lalu berdoa mensyukuri nikmat Allah.

Perihal semut dalam Hadis dan sekitar hukum mengenai semut.

Dalam hadist riwayat Ibnu Abbas Rasulullah s.a.w. melarang membunuh empat jenis haiwan melata, yaitu semut, lebah, burung hud-hud dan burung sejenis jalak. (h.r. Abu Dawud sahih)

Khatabi dan Baghawi menegaskan bahwa semut di sini bukan semua jenis semut, tapi semut Sulaimaniyah, yaitu semut besar yang tidakmembahayakan dan tidak menyerang manusia.*

Adapun semut-semut kecil yang mengganggu serta
menyerang manusia, maka boleh dibunuh. Imam Malik mengatakan makruh hukumnya membunuh semut yang tidak membahayakan. Namun meskipun boleh membunuh semut, tapi sebaiknya mebunuh semut dengan cara tidak membakarnya, karena ada hadith yang menegaskan bahwa yang berhak menyiksa dengan api adalah Tuhan api. (h.r. Abu Dawud dari Ibnu Mas’ud).*

Dalam kitab Tuhfatul Muhtaj, Syah Minhaj (40/403) karangan Imam Zakariya al-Anshori dijelaskan bahwa apabila semut jatuh ke madu kemudian madu itu dimasak, maka boleh dimakan semut tadi bersama madu, tetapi kalau jatuh di dalam daging yang memungkinkan memisahkan bangkai semut tadi, maka tidak boleh memakannya danharus dipisahkan dari daging yang dimasak.*

Imam Ghozali dalam kitab Ihya Ulumuddin (1/438) juga menegaskan bahwa apabila semut atau lalat terjatuh ke dalam periuk makanan, maka tidakharus menumpahkan dan membuang semua makanan yang ada dalam periuk makanan tadi, karena yang dianggap menjijikkan adalah bangkai semut atau lalat tadi, selagi mana keduanya tidak mempunyai darah maka tidak najis, ini juga menunjukkan bahwa larangan makan keduanya karena dianggap menjijikkan.*

Pengajaran

Sesungguhnya Allah maha agung untuk menjadikan sesuatu. setiap makhluk yang diciptakan Allah ada peranan dan manfaatnya masing-masing. Maha Suci Allah yang tidak menjadikan sesuatu sia-sia.

Firman Allah yang bermaksud:

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi
dan silih ber-gantinya malam dan siang, terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Mahasuci Engkau. Maka, peliharalah kami dari siksa neraka."(Surah Ali 'Imran, Ayat 190-191)

Sekian

Akhukum Ahmad Najhie Hayazi

Rujukan:

*http://www.pesantrenvirtual.com

Monday 22 September 2008

Ahlan Wasahlan (Dakwah Bermula)

Alahamdulillah Segala Puji Bagi Allah

Akhirnya dapat juga memiliki sendiri blog peribadi. Harapannya semoga Allah mendorong diri ini menggunakan sebaik mungkin kemudahan ini merebut redanya. Jadi pendakwah, sampaikan Islam, pertahankannya, meyakinkan manusiawi betapa Islam adalah rahmat untuk sekaliannya , menyeru insani menjadi rabbani. membentuk pemuda menjadi pejuang Islam, membimbing serikandi mengiring perjuangan, mebina Islam dari diri, rumah tangga , masyarakat, negara, ketuanan Islam dan akhirnya tertegaklah agama yang mulia ini tegak sebagaimana hak baginya perlu tegak dan gagah.Doakan saya menjadi mujahid harapnya besar namun kecil pun sudah memada dengan kemampuan diri yang terbatas. Namun sebaik dan semampunya menjadi murabbi yang mendidik para mujahid yang lain dari kecil hingga menjelma menjadi Pejuang Besar. Amin Ya Rabbal A'lamin...

22 safar 1430

 
Pejuang Kecil © 2007 Template feito por Templates para Você