Followers

Wednesday 31 December 2008

Serangan Di Ghazah Adalah Jenayah Global - Ulama' Islam




Mufti Republik Arab Mesir, Dr. Ali Jum'ah mengecam keras pembantaian yang dilakukan Israel terhadap penduduk Ghazah dan menyatakannya sebagai tindakan paling biadab terhadap kemanusiaan. Dr. Ali Jum’ah meminta seluruh organisasi antarabangsa untuk lebih serius umtuk sekian kalinya, dalam menjalankan seluruh keputusannya yang melibatkan isu penjajahan Israel di tanah Palestin.

"Seluruh dunia pernah mengecam Nazi karena tindakan keji mereka membunuh orang-orang Yahudi. Kini pembantaian keji pula dilakukan ke atas orang Palestin yang ditentang sama sekali oleh seluruh agama samada Islam, Kristian, Yahudi dan seluruh bani Adam yang berakal", kata Dr. Ali Jum'ah

Sementara Dr Yusuf al Qaradawi, Presiden Ulama' Islam Sedunia turut mengecam jenayah Zionis dengan apa yang disifatkannya sebagai pelanggaran hak asasi sedunia. Demikian itu Dr. Yusuf al Qardhawi meminta agar semua masyarakat Muslim bersatu menentang kebiadaban Israel di Ghazah.

Hal turut sama disentuh oleh pemimpin utama Iran, Ayatollah Ali Khameinei dengan mengisytiharkan fatwa yang sekian banyaknya diwartakan, iaitu kewajipan membantu saudara Islam di Palestin.

"Seluruh pejuang Palestin dan umat Islam dunia, bertanggungjawab mempertahankan wanita, kanak-kanak dan penduduk Ghazah dengan apa jua cara. Mereka yang terbunuh dalam melakukan pembelaan tanah air ini adalah mati syahid", katanya.

Beliau turut mengkritik beberapa respon negara Arab yang dianggapnya tidak munasabah dalam menghadapi kemaraan Israel di tanah saudara seaqidah mereka. Menurut beliau, bencana paling besar adalah tindakan beberapa kerajaan Arab yang sehingga kini hanya berdiam diri. Sepanjang serangan tersebut, Iran telah mengotakan janjinya iaitu menawarkan bantuan perubatan dan ketenteraan kepada penduduk di Ghazah.

Sementara Dr. Mohammed Mahdi Akef, Mursyidul 'Am Ikhwanul Muslimin pula meminta pemimpin Arab khusus di negaranya iaitu Presiden Mesir, Husni Mubarak supaya bertaubat kepada Allah. Gerakan politik Ikhwanul Muslimin mengerahkan penduduk Mesir untuk mengadakan demonstrasi agar pemimpin negaranya membuka pintu sempadan Ghazah.

Tindakan Husni Mubarak yang enggan membuka pintu sempadan dengan Ghazah begitu mencurigakan, seolah-olah pemimpin itu bersekutu dengan kerajaan Israel.

Ihsan : http://www.pmram.org

Akhukum

Pejuang Kecil


Monday 29 December 2008

SIRATAN HIKMAH DI SEBALIK HIJRAH

Maksud firman Allah :

Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "muhajirin" dan "Anshor" dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. ( At Taubah ayat 100)

Ramai yang mengetahui tentang apa yang tersurat dalam Hijrah Nabi Sallallahu A’laihi Wasallam. Namun ramai juga yang kurang mengetahui hakikat kemuliaan peristiwa agung itu. Bahkan ada jugak yang tidak pernah menyedari bagaimana, bila, dimana, dan siapa yang yang melaksanakan perintah hijrah itu.

Apatah lagi kalau hendak menyelidiki apakah yang tersirat di sebalik suratan ibadah hijrah itu. Oleh itu dalam makalah ringkas ini penulis akan cuba membongkar pengajaran dan nilai tersirat ibadah hijrah Nabi sallallahu A’laihi wasallam dan para sahabat yang mulia.

Sebelum berbincang lanjut, amat tepat juga untuk kita meneliti sedikit fakta tentang hijrah ini.

Pendapat yang terkuat menyatakan bahawa Rasulullah SAW dan saidina Abu Bakar melaksanakana ibadah hijrah ialah pada 2 Rabiu’l Awwal tiga belas tahun selepas kerasulan baginda bersamaan 20 September 631 masihi dan menurut Al Masu’di Rasulullah SAW tiba di Madinah pada 12 Rabiu’l Awwal. Hijrah merupakan perintah Allah kepada Rasulullah dan para sahabat demi menyelamatkan kesinambungan perjuangan menegakkan Islam ketika itu.

Ibnu Al A’rabi menyatakan hukum berhijrah di zaman Rasulullah adalah wajib dan fardhu. Hijrah Nabi dan para sahabat ialah berpindah daripada bumi Makkah ke Madinah Al Munawwarah. Namun pada sesi awal para sahabat telah melaksanakan dua misi hijrah ke Habasyah atas perintah Rasulullah SAW untuk berlindung dari ancaman kuffar di sebalik keadilan raja Najasyie.

Ibadah Hijrah ke Madinah pula mula dilaksanakan oleh Abu Salamah ibnu Abdil Asad kemudian diikuti oleh ‘Amir ibnu Rabia’ah dan para sahabat yang lain radhiallahu A’nhum Ajmai’n. Sejarah juga mencatatkan bahawa Saidina U’mar Al Khattab berhijrah secara terang-terangan dengan penuh berani tanpa sedikit pun gangguan daripada kaum musyrikin. Misi Hijrah ke Madinah menjadi lengkap dan sempurna apabila Nabi SAW dan Saidina Abu Bakar As Shiddiq menjejak kaki dengan selamat di bumi Madinah.

Para ulamak meriwayatkan bahawa Saidina Umar Al Khattab memulakan kiraan tahun hijrah bermula dari tahun penghijrahan Nabi SAW dengan memulakan kiraan bulan pertama dalam taqwim hijrah itu dengan Muharram yang di haramkan berperang.

Penulis akan menghalusi apakah intipati yang tersirat dalam ibadah hijrah Nabi dan para sahabat berdasarkan asas-asas berikut:

Hukum-hakam, strategi hijrah dan kebijaksanaan Nabi yang dibimbing wahyu, nilai pengorbanan nabi dan sahabat, ukhuwah dan kasih sayang antara muhajirin dan Ansar, nilai tarikh dan masa. Yang paling penting ialah ibadah hijrah adalah ujian dan lambang kesediaan ummat Islam kearah kejayaan mendirikan sebuah Negara Islam di madinah.

Hukum-hakam

Para ulamak telah mengeluarkan banyak hukum syariat yang terkandung dalam peristiwa hijrah. Antaranya ialah wajib berhijrah dari Negara Kuffar sekiranya ia menghalang ummat Islam dari beribadah kepada Allah. Al Qurtubi meriwayat bahawa Ibnu Arabi menyatakan : Berhijrah di zaman rasulullah adalah wajib dan fardhu-ianya tetap akan kekal wajib sehingga hari kiamat, yang putus atau mansuh kerana pembukaan kota Makkah hanyalah semata-mata untuk nabi sahaja.

Penulis lebih cenderung menyatakan sekiranya seseorang itu mampu berhadapan dengan tekanan musuh dalam usaha dakwah di sebuah Negara kuffar maka ia dibenarkan untuk tinggal berdakwah di Negara tersebut selagimana ia berwaspada dan mampu menegakkan ibadah wajib kepada Allah. Begitu juga bagi mereka yang tidak mampu seperti orang tua, kanak-kanak dan tiada jalan untuk berhijrah.

Ia berdasarkan maksud firman Allah :

Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: Apakah yang kamu telah lakukan mengenai agama kamu? Mereka menjawab: Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi. Malaikat bertanya lagi: Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya? Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah Neraka Jahannam dan Neraka Jahannam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. Kecuali orang-orang yang lemah (lagi uzur) dari kaum lelaki dan perempuan serta kanak-kanak, yang tidak berdaya upaya mencari helah (untuk melepaskan diri) dan tidak pula mengetahui sesuatu jalan (untuk berhijrah). (An Nisa’ ayat 97-98)

Kemantapan strategi hijrah dan kebijaksanaan nabi dibimbing wahyu.

Nabi terkenal sebagai seorang yang pemimpin yang bijaksana dan seorang perancang yang mahir dan bijak. Ia adalah kurniaan dan bimbingan daripada Allah. Oleh itu perencanaan dan strategi nabi dalam melaksanakan hijrah amat menarik dan mengagumkan. Ia melibatkan kerahsiaan yang rapi, komitmen, kepercayaan dan pengkaderan para pembantu seperti saidatina Asma’ dan saidina Abdullah bin Abu Bakar, ketepatan masa dan tindakan. Perancangan Rasulullah disertai bimbingan wahyu daripada Allah melalui Jibril mengkhabarkan masa yang tepat untuk berhijrah. Pemilihan Saidina Abu Bakar sebagai gandingan terbaik dalam pelaksanaan hijrah mendapat muwafakat Allah. Hanya segala yang terbaik untuk misis hijrah demi meneruskan kesinambungan Islam di Madinah.

Suasana amat mencemaskan, sepakat musyrikin Makkah sudah dimeterai di Darun Nadwah untuk membunuh Nabi, perancangan mereka mantap, pakatan semua kabilah dan suku kaum mengutuskan pahlawan masing-masing untuk membunuh nabi tetapi perancangan Allah mengatasi segalanya. Allah memberitakan muafakat jahat musyrikin itu kepada Nabi dan menentukan masa untuk nabi melaksanakan hijrah demi Islam tercinta.

Maksud Firman Allah:

Dan orang-orang itupun merancangkan tipu daya dan Allah pula membalas tipu daya (mereka) dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya. (Ali I’mran ayat 54)

Sejarah menyaksikan Rasulullah SAW memilih Saidina Ali untuk tidur di tempat tidur baginda untuk mengelirukan musuh, baginda juga memilih jalan persisiran laut yang tidak pernah disangka sesiapa jua untuk ke Madinah dengan bantuan seorang musyrik yang amanah bernama Abdullah bin U’raiqath sebagai penunjuk Jalan. Nabi juga memilih untuk tidak terus keluar ke Madinah tetapi memilih gua thur untuk mengelirukan Musyrikin Makkah. Abu Bakar juga mengarahkan A’mir bin Fuhairah memusnahkan kesan perjalanan Abdullah ke gua Thur, Abdullah bin Abu bakar sebagai perisik dan Asma’ sebagai pembekal makanan. Kesemuanya adalah strategi yang mantap, sarat dengan kepercayaan, pengorbanan, kesungguhan, ketepatan dan kebergantungan kepada Allah.

Pengorbanan nabi dan para sahabat.

Demi Islam Nabi dan para sahabat mengorbankan segala-segalanya untuk berhijrah. Perintah hijrah disambut dengan kesyukuran dan kegembiraan walaupun mereka terpaksa meninggalkan tanah air, harta, sanak saudara dan kesenangan hidup. Nabi Muhammad SAW sendiri bersabung nyawa, mengorban kerinduan dan kecintaan baginda terhadap bumi Makkah, Saidina Abu Bakar hartawan yang sanggup mengorbankan harta dan nyawa untuk bersama nabi berhijrah. Saidina Ali sanggup menggantikan nabi tidur di kamar baginda. Saidina Abdullah bin Abu Bakar yang menggadaikan nyawa untuk melaksanakan tugas risikan dan Saidatina Asma’ yang mendaki ke gua Thur di tengah kegelapan malam untuk membekalkan makanan buat Rasulullah dan bapanya yang tercinta. Betapa Agung dan mahal pengorbanan nabi dan para sahabat. Demi Allah yang telah memilih generasi terbaik itu demi keterusan dakwah ini. Semoga Allah meredhai mereka semua.

Maksud firman Allah :

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), mereka semuanya menjadi penyokong dan pembela antara satu dengan yang lain. ( Al Anfal ayat 72).

Ukhuwwah dan kasih sayang kerana Allah.

Tidakkah kita menyaksikan keagungan persaudaraan Islam dalam peristiwa hijrah?. Betapa kabilah Aus dan Khazraj dan bermusuhan sekian lama bersatu atas nama Anshor. Betapa suku arab Makkah yang berpecah saling mengikat janji dan kasih lalu digelari Muhajirin. Lalu nabi mempersaudarakan Anshor dan Muhajirin atas pegangan aqidah yang satu dan semangat yang sama. Mereka menjadi satu di bawah naungan Islam, saling tolong-menolong , lengkap melengkapi antara satu sama lain bahkan persaudaraan mereka menjangkaui pertalian darah.

Maksud firman Allah:

Dan orang-orang yang beriman sesudah itu, kemudian mereka berhijrah dan berjihad bersama-sama kamu, maka adalah mereka dari golongan kamu. Dalam pada itu, orang-orang yang mempunyai pertalian kerabat, setengahnya lebih berhak atas setengahnya yang (lain) menurut (hukum) kitab Allah; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. ( Al Anfal ayat 75)

Berkata seorang Anshor kepada Muhajir yang telah meninggalkan hartanya, keluarganya, dan rumahnya di Makkah; “ Ambillah, ini sebahagian dari hartaku untukmu, ini sebahagian rumahku untukmu dan ini pula dua orang isteriku, pilihlah yang mana kamu berkenan akan daku ceraikan untukmu”. Lalu berkatalah saudara dari golongan Muhajirin; “Semoga Allah memberkatimu, keluargamu dan hartamu, cukuplah dikau menunjukkan kepadaku pasar untuk aku berniaga”.

Kisah agung ini menzahirkan nilai keagungan dan kehebatan persaudaraan sepanjang sejarah kemanusiaan. Tiada yang sehebat Islam dalam mempersaudarakan sesama manusia. Nilai persaudaraan Islam mengatasi segala nilai persaudaraan anjuran barat yang rapuh dan goyah. Persaudaraan Islam menjangkaui kepentingan peribadi, menyantuni setiap jiwa, memusnahkan kasta manusia, mendekatkan tempat yang berjauhan, membelai setiap hati manusia, meliputi sepanjang masa dan tanpa mengira warna kulit, dan bangsa. Persaudaraan Islam menyatu di atas misi kerahmatan untuk semua makhluk lain, terhadap agama lain, penganut agama lain, malah untuk semua daripada manusia hinggalah binatang dan tumbuhan.

Nilai tarikh dan masa di sisi Islam

Maksud firman Allah:

Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. ( At Taubah ayat 36)

Tahukan kalian kenapa saidina Umar Al Khattab memilih tahun penghijrahan Nabi SAW sebagai permulaan kiraan tahun dalam kalendar Islam. Jawapannya ialah Islam mementingkan nilai tarikh dan masa, padanya ada keberkatan dan nilai Islamik yang istimewa. Saidina Umar Al Faruq memilih tarikh agung itu untuk diingati dan dihayati sepanjang zaman sebagai lambang perjuangan Nabi SAW dan ummat Islam.

Hasilnya memang berbaloi, ummat Islam menyambutnya dengan sambutan yang meriah. Majlis doa akhir tahun dan awal tahun dibuat di merata-rata tempat menjelang tahun baru hijrah. Sambutan Maal Hijrah saban tahun dirayakan. Tetapi sayang, kita hanya merayakannya dengan majlis sambutan yang kita sangkakan ia penghayatan dan pelaksanaan terbaik terhadap sistem kalendar Islam itu. Tanpa disedari, kita selama ini telah mengasingkan banyak perkara dari menggunakan tarikh hijriah. Contohnya tarikh surat rasmi, iklan dan sebagainya. Kadang-kadang agak bernasib baik bagi yang meletakkan tarikh hijriah bersama dengan tarikh Masihi.

Persoalannya, Siapakah dan kenapakah tarikh yang saban lama digunakan dalam Islam sengaja dipisahkan dari kehidupan seharian?. Kenapa hanya urusan agama kita harus menggunakan tarikh Hijriah. Kenapa ia perlu dipisahkan dari urusan selain urusan agama?. Bukankan pemisahan ini berlaku akibat kealpaan kita dicucuk hidung berhambakan sistem penjajah yang menjajah kita selama ini?.

Jawapannya ada kepada diri anda sendiri. Buktinya ramai daripada kita yang tidak mengingati nama bulan Islam, tarikh dan sistemnya. Bahkan kesan kebejatan kita melupakan tarikh Hijriah ini menatijahkan terlalu ramai muda-mudi yang hanya mengetahui tarikh hari Raya Puasa dan Korban sahaja. Paling memeritkan langsung tidak mengetahui tarikh hari-hari kebesaran Islam malah mungkin berkerut kening agaknya kalau diminta menyebutkan nama bulan Islam, apatah lagi mengingatinya.

Oleh itu usaha menghidupkan kembali sistem tarikh Hijriah wajib dilakukan, siapakah yang wajib menghidupkannya?. Selaku pejuang Islam, kitalah yang perlu mendarah dagingkan semula nilai tarikh Hijriah dalam setiap aspek kehidupan masyarakat. Surat-menyuratnya, Iklannya, memonya, ceramahnya, penentuan tarikh program dan sebagainya.

Hijrah lambang kesediaan bagi kemenangan dan memimpin Negara Islam.

Maksud firman Allah:

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dianiaya. ( Al Anfal ayat 60)

Setelah lebih kurang tiga belas tahun nabi mentarbiah, mencorak dan membentuk setiap inci jiwa dan perwatakan para sahabat. Gerakan Islam yang dipimpin Rasulullah sudah mencapai tahap kesediaan dan persiapan yang terbaik untuk menerima kemenangan dan memerintah sebuah Negara Islam yang dijanjikan Allah. Allah telah memilih Saidina Abu Bakar, Umar Al khattab, Uthman bin Affan dan Ali Karramallahu Wajhah sebagai pembantu terbaik dalam perjuagan yang dibawa oleh Rasulullah SAW, bahkan mereka jugalah sebagai menteri melaksanakan urusan nabi sebagai pemerintah. Bukan sahaja sahabat berempat bahkan kesucian jiwa dan kekuatan roh dan jasad seluruh ummat Islam ketika itu begitu bersedia untuk dianugerahkan kemenangan dan negara yang bebas.

Kemuncak kesempurnaan tahap pengorbanan dan kesediaan para sahabat itu diuji Allah dalam peristiwa hijrah. Hijrah adalah ujian penapisan terakhir, siapakah yang sebenarnya akan kekal bersama nabi dan siapakah yang bakal berpaling, kekal di Makkah tanpa alas an yang kukuh melanggar perintah hijrah dek kerana malu alah kepada Abu Jahal. Niat dan kesungguhan mereka diuji, golongan yang lemah dan kurang upaya diampunkan kerana tiada kemampuan berhijrah bersama Nabi SAW.

Semua makhluk ingin membuktikan kebersamaan mereka bersama Nabi SAW dalam hijrah kecuali mereka yang munafiq dan lemah pendirian. Manusia, lelaki, wanita,miskin, kaya, orang tua, pemuda, kanak-kanak, malaikat, binatang, serangga, hatta mereka yang lembut hati terhadap Islam seperti Abdullah bin Uraiqath membuktikan bahawa islam sudah bakal mendapat tempat di hati sanubari manusia.

Betapa Anshor dan Muhajirin bersumpah berjanji setia untuk bersama mempertahankan Rasulullah SAW dan Islam. Kader-kader dakwah dan para pejuang yang bakal bersama Nabi SAW sehidup semati telah membuktikan jihad dan pengorbanan mereka. Kesatuan dan persaudaraan Muhajirin dan Anshor dijalin erat dengan roh aqidah dan semangat perjuangan, kontrak sosial dimeterai antara Aus dan khazraj bersaudara dan mengelak permusuhan yang sekian merobek kemurnian persaudaraan manusiawi. Tahap pengorbanan tertinggi harta dan nyawa kaum Anshor demi kaum Muhajirin yang telah mengorbankan keseluruhan kehidupan mereka di Makkah. Maka diatas kesediaan dan kesempurnaan inilah Rasulullah dan para sahabat dikurniakan kemenangan yang bermakna dan kejayaan yang gilang-gemilang, membina sebuah Negara Islam yang pertama di atas muka bumi ini.

Hijrah bukan sahaja berpindah dari suatu tempat ke tempat yang lain demi Islam tetapi ruh dan semangat hijrah ialah mengislah jiwa dari kekejian kepada kebaikan dan lebih dan kemurnian aqidah dan pegangan. Hijrah ialah medan tarbiah melahirkan insan rabbaniy.

Maksud Ffirman Allah:

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. ( Ar Ra’du ayat 11)

Sekian.

AkhukumPejuang kecil

10.43 malam1 Muaharram 1430

St. Thresa, Shoubra, kaherah Mesir.


Sunday 28 December 2008

Salam Maal Hijrah 1430



Pejuang Kecil Mengucapkan Salam Maal Hijrah 1430. Semoga Allah menerima segala amalan dan perjuangan kita, Amin Ya Rabbal A'lamin.

Salam Hijrah

Pejuang Kecil

30 Zulhijjah 1429
5.05 minit petang

St. Theresa, Shoubra,
Kaherah
Mesir


Al Fatihah Buat Tuanku Ja'afar


















Salam Takziah Buat Keluarga Diraja Negeri Sembilan.


Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman, telah diberitakan mangkat di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS), di sini, kira-kira jam 11.45 pagi pada 26 Disember 2008. Al Marhum mangkat setelah diserang angin ahmar.

Baginda mengadu sakit kepala dan tidak selesa kira-kira jam 8.10 pagi. Tuanku Ja'afar kemudian dibawa ke HTJS dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan pelbagai usaha dilakukan oleh doktor pakar, termasuk memberi rawatan kecemasan.

Bagaimanapun, Al Marhum disahkan mangkat kira-kira jam 11.45 pagi. Makluman lanjut bahawaIstiadat pengebumian Al Marhum Baginda Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahmanakan diadakan selepas solat Asar Isnin ini.

Semoga Al Marhum digolongkan di kalangan hamba yang beriman dan bertaqwa di sisi Allah.

Al Fatihah.

Akhukum
Pejuang Kecil

Ahad, 27 disember 2008
Selepas solat Asar, St. Theresa Kherah.

Thursday 25 December 2008

Siapakah sebenarnya yang mempolitikkan Hukum Allah?

"Siapakah yang mempolitikkan hudud sebenarnya?. Pas atau UMNO, jawapannya terserah kepada anda untuk menilainya.

Berdasarkan dialog mudah dibawah, saya bawa anda untuk menilainya.

PAS : Wahai Umno aku nak buat hudud ni.mu kena sokong la.
UMNO : Hak aloh betul ka mu nak buat hudud, perintah negeri pun tak tahu.
PAS : Sungguh la mu cabar ka dak ka aku dah lalus dah ni dalam Dun Kelantan.
UMNO : Loh! mu buat apa lagu tu, bahaya la, negara kita kan majmuk,mana boleh buat.
PAS : Masyaallah UMNO oi! mu tak yakin ka.
UMNO : Bukan tak yakin, tapi begitulah mana boleh buat hudud, habis la batu nakbuat jalan tu.
PAS : Hai! bukan tak yakin ni, hina tambah pulak Si UMNO ni.
UMNO : Aik! tuduh aku hina hudud pulak, ISA kan baru tahu. Bahaya la kenyataan mu tu, hasutan la, kita kan majmuk ni, kita mengalah la sedikit tak apa, walaupun tak buat hukum Allah tak mengapa, sebab kita ada undang-undang dah, elok dah semua pakat setuju, lagi pun hukum hudud tu Nabi buat di tanah arab ja, lamoooooooo doh, tak molek dah nak buat la ni. tak up to date.
PAS : Hai UMNO ni! aku nak buat ni amanah ALLah mu suka ka, tidak ka aku nak buat juga, kan wajib buat ni, perintah jelas Allah dalam quran, wajib Qatie pulak tu bukan sunat wei!.
UMNO: Ok! mu cabar aku ka PAS wei? boleh mu nak buat jugak, tapi mu nanti aku ambil tindakan, mu tahu aku siapa , aku kerajaan pusat mu tahu. Buat la aku sekat, pancung sampai mu mampuih, nak ka gitu?

Lalu PAS pun luluskan lah rang undang-undang hudud, UMNO terus mencanak panas punggung, UMNO pun hantar surat ugutan supaya PAS jangan buat hudud. Umpamanya macam ikat tali kat kaki PAS la, jadi PAS takleh nak lari nak pi buat hudud.

"Hahahaha, nak buat sangat, ha tengok lah sekarang ni, hihihihi apa pun tak boleh buat sebab aku dah ikat kaki mu wahai PAS".

"Dengan kuasa aku ni, tak sedar diri mu tu cuma negeri ja, kuasa mu tu tak lepaih molek tapi terhegeh-hegeh nak buat jugak".

Tamatlah kisah PAS dan UMNO, lalu sekarang ni UMNO masih lagi tak buka ikatan kaki PAS tapi PAS tetap nak buat Hudud jugak. Tapi sekarang tiap-tiap hari dia dok jerit kata PAS ni penipu besar kepada seluruh rakyat jelata.

Kini UMNO menjerit, "Woooooooi! sekalian rakyat jelata, tengoklah PAS, dia hipokrit, kata nak buat hudud tapi hampas pun tak ada, hahahaha!". Padan muka mu wahai PAS, rakyat bukan tahu aku ikat kaki mu sebab degil nak buat sangat hudud. TV dan radio pun aku pegang semua, mana depa nak tau".

"Aduh! kesian la kat mu PAS oi!, tapi nak buat lagu mana aku nak buat hudud tak boleh, bahaya takut MCA dan MIC lari, mu pun takleh buat jugak sebab bahaya kat aku pulak, sebab kalau mu boleh jelas hudud kepada bukan Islam nanti yang Melayu Islam lebih lagi la sokong mu".

"lagi pun aku tak kisah sangat boleh buat Ilam atau tak. Janji aku boleh kekal berkuasa lagi, hahahahahaha".

Seterusnya untuk lebih jelas lagi, perhatikan pula kupasan di bawah.

"Pas politikkan hukum hudud", itulah tajuk akhbar utusan 23 Disember baru-baru ini, isu ini timbul hasil soalan provokasi Khairy Jamaluddin dalam forum di Kelantan baru-baru ini. Ceritanya khairy mencabar Husam untuk menyatakan pendirian PAS terhadap hukum hudud. Kalau begitu siapa yang mula timbulkan isu ini?. Sepatutnya ia tidak timbul, bukankah selama ini pun PAS selalu saja bercakap tentang hudud. Kalau UMNO tuduh PAS sengaja timbulkan hudud untuk raih sokongan Melayu di kuala terengganu sekali pun ia tetap relevan dan PAS memang jelas dan selalu sebut tentang hudud hatta ke Tokong Cina dan Wat Siam sekalipun.

Pemimpin PAS tetap bercakap menjelaskan perihal hudud, kearah melaksanakannya bukannya macam UMNO. Pendirian nak memperjuangkan hudud pun tiada dalam kepala, apatah lagi nak terangkan kepada masyarakat non muslim. Ibarat jauh panggang dari api.

Kini BN khususnya Umno dakwa PAS main politik memperjudikan Hudud.

"Pas dicabar supaya membentangkan rang undang-undang hudud di negeri-negeri yang diperintah pakatan pembangkang sekiranya benar parti itu komited dalam melaksanakan hukum tersebut".

Tetapi hairan bukan! UMNO kritik PAS seolah-olah dia berhajat benar nak laksanakan hudud. Sedangkan mereka sendiri tidak pernah ada jawapan sejelas Husam untuk melaksanakan hudud. Namun apa yang terbukti pimpinan UMNO bukan sahaja tidak yakin dengan hudud malah ada yang jelas mengihina hukum Allah itu.

Kini UMNO bagai singa lapar menyerang PAS, mempersoalkan PAS kenapa tidak mahu laksanakan hukum itu, Bukankah dulu, Kerajaan Pusat sendiri melarang keras Kelantan untuk melaksanakannya. Bahkan rang undang-undang hudud yang jelas terbukti diluluskan di DUN kelantan pernah disaman oleh bekas kepimpinan UMNO Kelantan.

Siapakah yang sebenarnya berdolak dalik ketika ditanya tentang hudud,siapakah yang menghina hukum hudud, siapakah yang pernah saman hukum hudud, siapakah yang tidak yakin dengan hukum hudud kalau bukan jawapannya UMNO.

Sekarang setelah UMNO menggunakan kuasa melarang pelaksanaan hudud di Kelantan dan Terengganu, mereka pula dakwa PAS tidak mahu laksanakannya di Kelantan dan Terengganu.

Kesitu pulak jadinya ya! bukankah dulu sudah heboh sedunia bekas Perdana Menteri Malaysia dengan bangganya mengutus surat mengugut Kelantan supaya tidak laksanakan hudud yang telah diluluskan.

Tetapi PAS pula yang dituduh mempolitikkan hudud, ukurannya dimana hendak dakwa PAS begitu?. PAS telah buktikan di Kelantan dan Terengganu bahawasanya dua kerajaan ini pernah meluluskan rang undang-undang
pelaksanaan hudud.

Soalan provokasi UMNO itu dijawab Husam dengan penuh komited terhadap perinsip dan perjuangan PAS untuk melaksanakan bukan sahaja hudud malah Islam sebagai rahmat untuk semua. Bagi congakan politik tidak Islamik ia adalah jawapan yang akan memanaskan punggung DAP selaku rakan politik PAS dalam Pakatan Rakyat.

Namun itulah sikap PAS kekal dengan perinsip dan perjuangan tanpa perlu mengambil kira untung rugi demi meraih dan menjaga hati orang lain. Yang pasti ittulah perinsip yang tiada pada UMNO walau dalam apa jua keadaan politik sekali pun. Hatta kaliu isu hudud boleh memberikan keuntungan politik kepada UMNO sekalipun, mereka sama sekali tidak akan berani mengisytiharkan penderian mereka terhadap hudud hatta berbisik sekali pun.

“Tidak timbul ini hudud PAS, hakikatnya ia datang daripada Allah swt untuk hambaNya. Cuma PAS memperjuangkan hukum hudud untuk dilaksanakan. Ia milik Allah dan hak Allah. Setiap orang Islam yang mengaku beriman dengan Allah, Rasul dan al-Quran wajib mengimaninya bahkan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian”.

"Bukankan ahli Umno juga muslim dan beriman?, tiba-tiba kecoh ni, kamu sendiri tu nak patuh kepada perintah Allah kah?".

Tentu pemimpin UMNO kerut dahi berpeluh nak jawab depan media tentang perkara tersebut, nak dijawab suka bimbang MCA dan MIC marah. Hendak jawab tak suka bimbang umat Islam marah. Bahkan nak jelaskan hudud dalam mesyuarat BN jauh sekali. Apatah lagi Nak lantang suara dalam persidangan agung UMNO macam PAS, lagi lah jauh.

Jadi siapakah yang sebenarnya bimbangkan untung rugi politik apabila memperjuangkan hudud? tepatnya UMNO bukan! jadi UMNO lah yang berpolitik memperjudikan isu hudud. Cumanya bukan politik nak laksanakan hudud tapi politik nak menjahanamkan hudud supaya UMNO dilihat untung depan MCA dan MIC.

Akhir sekali, lihatlah perbandingan ini pula:

Sikap UMNO tentang hudud.

1.Mereka menyatakan itu adalah hudud yang PAS ingin buat adalah hudud PAS bukan hudud Allah. Sepatutnya jika mereka benar-benar orang Islam yang beriman, datanglah berbincang ,sebaliknya mereka buat helah, cipta istilah bahawa itu adalah hudud PAS tanpa hujah. - DUN Terengganu.

2.“Adakah kita hendak hukum orang yang mencuri kita buat hukuman potong tangan sahaja? Adakah kita nak laksanakan hukum hudud potong tangan itu ataupun kita bagi kerja kat dia?”
-ucapan Dr Mashitah di Rumah Persatuan Pelajar Negeri Sembilan Kaherah Mesir pada April 2006 yang lalu.

3.Hukum rejam kepada penzina adalah primitif.
-Kenyataan Tun Dr. Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim.

4. Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti.
-Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 UMNO bahagian Johor.

5. Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam.
-Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan.

6. Zaid Ibrahim pernah menyaman kedua-dua Kelantan dan Terengganu kerana ingin melaksanakan Hudud. Tetapi selepas itu menarik balik saman keatas Terengganu dan hanya mengekalkan saman keatas Kelantan
sahaja.

Tidak mampu rasanya nak tulis semua, banyak sangat perihal UMNO tidak yakin dengan hudud ini.

lihat pula sikap PAS terhadap hudud.

Rasanya cukup dengan tiga bukti Kesungguhan Kerajaan PAS Kelantan dan Terenggganu beruasaha hendak buat hudud.

1.Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) atau dikenali juga sebagai hudud, diluluskan pada persidangan DUN Kelantan pada 1993. - Harakah Daily

2. Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu Darul Iman telah pun memberi perkenan baginda terhadap undang-undang hudud Terengganu, menurut laporan Brendan Pereiradari akhbar Straits Times Singapura. Akhbar milik kerajaan Singapura itu menegaskan, Sultan Mizan Zainal Abidin telah meminta suatu penerangan khasdiberikan kepada baginda mengenai undang-undang hudud yang disyorkan oleh kerajaan PAS pimpinan Menteri Besar YAB Tuan Guru Datuk Seri Abdul HadiAwang. Setelah mendengar penjelasan tersebut, baginda dilaporkan berkenan menyatakan persetujuan terhadap rang undang-undang tersebut.- Straits Times Singapura

3. Usaha kerajaan negeri Terengganu untuk melaksanakan undang-undang Islam menarik perhatian pemerhati politik di luar negara, Akhbar Afaq Arabiyyah yang diterbitkan di Mesir dalam keluarannya yang lalu, turut memetik isu berkenaan dan mengkategorikannya sebagai isu
antarabangsa. - Tranungkite

Sekian sahaja kupasan dari saya, penilaian adalah di tangan anda.

Pejuang Kecil

Asrama Darul Aman,Hayyul A'syir Kaherah, Mesir.
Musim Sejuk, 24 Disember 2008.
9.20 malam.

Tuesday 23 December 2008

Papirus Dari Bumi Kinanah

Perihal Kertas Dari Pepohon Papirus

Sejarah kertas Papirus

Peradaban bangsa Mesir Kuno pernah menyumbangkan papirus kepada perkembangan tamadun dunia sebagai medium penulisan yang cukup menarik dan unik . Penggunaan papirus sebagai medium penulisan ini bermula sejak zaman tamadun Mesir Kuno iaitu sewaktu pemerintahan dinasti firaun. Kemudiannya teknologi pembuatan kertas ini berkembang ke seluruh Timur Tengah hingga ke bumi Rom ke sekitar Eropah . Dari perkataan papirus (papyrus) itulah ia mula dikenali sebagai paper dalam bahasa Inggris, papier dalam bahasa Belanda, atau papel dalam bahasa Spanyol yang bererti kertas. Berikut saya sertakan beberapa keping gambar sebagai tasawur ringkas buat tatapan anda.


















Pohon Papirus
















Proses Hasilkan Kertas dari Pohon Papirus























Kertas dari Pohon Papirus Yang Dah Siap
















Hasil Seni Menggunakan Kertas Papirus























Contoh Hasil Kesenian Papirus

Akhukum
Pejuang Kecil

Asrama Darul Aman, Hayyul A'syir Kaherah.
24 Disember 2008, jam 2.30 pagi.

Sunday 14 December 2008

Menteri Besar Perak Mahir Sembelih Qurban



















"Jadikan ibadah qurban sebagai medan dakwah baru".


Menakjub bukan, Mb Perak sendiri yang yang sembelih binatang qurban, bukan Tok Guru Nik Aziz Atau Tuan Guru Haji Hadi tetapi YAB Ir Nizar menteri besar Perak. Peristiwa menarik itu turut disaksikan sendiri oleh Y.B Ngeh Koo Ham. MB Perak itu turun padang untuk bersama rakyat Pasir Panjang pada Hari Raya Kedua bagi menyempurnakan ibadah agung qurban di dua tempat yang berbeza. Pertamanya di Masjid Kampung Sitiawan YAB Nizar sendiri telah menyempurnakan qurban 2 ekor lembu dan menyampaikan ucapan sempena Aidiladha di masjid tersebut.

Sementara itu di Surau Kampung Lekir Batu 15, KayanYAB Nizar turut menyembelih seekor lembu lagi sebagai qurban . Yb Ngeh Koo Ham selaku ADUN Sitiawan juga turut bersama rakyat di dalam majlis tersebut untuk sama-sama menyaksikan ibadah qurban. Beliau juga turut bersama mendengar tazkirah di dalam surau (Allahummahdihi). Bagi peribadi YB Ngeh inilah kali pertama pengalaman menyaksikan ibadah qurban dalam hidupnya dimana lembu disembelih dan ia dilakukan oleh MB sendiri. YB Ngeh turut melahirkan rasa 'takjub' beliau dengan keberanian MB menyembelih lembu . Yb Ngeh menyifatkan ia bukan boleh dilakukan oleh semua orang kecuali mereka yang betul-betul ada keberanian.Semoga ia adalah cetusan hidayah buat Yb Ngeh Koo Ham. Amin Ya Rabbal A'lamin.

Tahniah buat YAB Menteri Besar Perak. Anda MB serba boleh, tazkirah boleh, ceramah boleh, mengajar boleh, imam pun boleh, khutbah pun lagi boleh, sembelih lembu pun boleh, ustaz balik Mesir pun belum tentu boleh tu. Semoga usaha anda wahai YAB Menteri Besar menjadi tilik tolak kepada lembaran usaha baru dakwah. Saya doakan semoga Yb Ngeh Koo Ham menerima hidayah Allah dan memeluk Islam.

Saya mencadangkan Ibadah qurban dibuat di peringkat negeri sebagai entri baru dakwah kepada non muslim.

Akhukum
Pejuang Kecil
Hayyu A'syir 9.35 malam.

Friday 12 December 2008

Khutbah Khatib Buta Buat Para Hujjaj























Khutbah Khatib Buta Buat Para Hujjaj

Alhamdulillah hari ini 14 Zulhijjah 1429 besamaan 12 Disember 2008 seusai solat Jumaat terasa benar kesan khutbah yang disampaikan oleh imam bertugas di Masjid Syeikh A'thiah Saqar. Sebuah masjid kecil yang kurang dikenali ramai kecuali mereka yang cintakan para ulamak dan ilmu.Pelajar melayu di Mesir memasyhurkannya dengan panggilan Masjid Syeikh A'thiah sempena nama seorang ulamak al Azhar yang terkenal dengan kitabnya Fatawal Marah. Almarhum Syeikh A'thiah sering bersolat Jumaat di masjid tersebut yang maaruf di kalangan pelajar Maahad Qiraat Shoubra sebagai masjid kembar gereja dek hampir lokasinya dengan gereja Abu Thaqiah, ia hanya dipisahkan oleh sebatang jalan kecil hanya muat sebuah kenderaan empat roda tanpa perlu berselisih. Al Marhum Syeikh A'thiah Saqar menghabiskan saki baki masa tuanya di Shoubra. Beliau akan bersama masyarakat selepas bersolat jumaat di masjid tersebut menjawab masalah fiqh yang ditanyakan kepadanya. Rahimahullah.

Hari ini di masjid tersebut sempena kepulangan jamaah haji seorang khatib yang buta matanya mengkhususkan khutbahnya memperingati mereka yang bergelar haji bahawa amalan soleh yang berkekalan dan berkualiti seusai haji adalah dalil ibadah haji yang dilakukan diterima Allah sebagai haji yang mabrur.

Khatib buta, suaranya kadangkala keras serak, kadangkala lembut menyentuh, pidatonya penuh sarat dengan al Quran dan hadis, terpancar kesungguhannya lancar memberi peringatan. Setiap luahan ucapannya terasa penuh ilmiah seolah-olah ia tidak pernah buta untuk berbicara sehebat itu bahkan melebihi insan yang celik. Kata-katanya amat berkesan di hati setiap pendengar yang ada. Kalamnya disambut berselang-seli oleh para jamaah dengan istihgfar dan kadang-kala terdengar jua lafaz perlahan pujian kepada Allah, perlahan memohon perlindung Allah dan reaksi insaf yang pelbagai tanda hati yang tersentuh dek belaian bahasa khutbah. Pelik bukan! seorang yang buta tetapi ucapannya bak cendikiawan yang celik. Namun itulah kelebihan ulamak keluaran al Azhar as Syarif, buta mata tetapi mata hatinya celik bersuluh cahaya ilmu.

Dalam khutbahnya khatib buta mengingatkan para jamaah dengan khithab khusus kepada para hujjaj tetapi pengajarannya buat semua. Antaranya jangan memberi dan menerima rasuah, ceritanya ringkas, katanya; kalian perlu berhati-hati dengan rasuah yang kadang-kadang dikelirukan atas nama hadiah. oleh sebab itu para ulamak memperincikan jenis hadiah, kuantiti, sebab dan munasabah, kepada siapa hadiah disasarkan demi mengelakkan ia terjerumus kelembah kehinaan rasuah. Khatib mendatang kisah ketegasan saidina umar memperincikan soal hadiah yang diterimanya daripada pemerintah Arzebaijan. Akhirnya hadiah tersebut diagihkan buat fakir miskin di Masjid Nabawi sebagai jalan selamat.

Perkara kedua yang diingatkan ialah tentang tanggungjawab memelihara keluarga dari dosa seusai ibadah haji buat para ibu dan bapa. Pesanannya mudah, jangan biarkan anak-anak gadis kalian keluar bertelanjang dan bertabarruj. Pahamnya ialah ibu dan bapa perlu mengawasi agar setiap ahli keluarga sentiasa mematuhi Allah dalam segala hal khususnya berpakaian dan bermuamalah di luar. Justeru khatib buta mendatangkan kisah seorang pemuda dengan sebiji epal yang berkahwin dengan gadis yang buta, pekak, bisu, lumpuh kedua kakinya sebagai syarat melepasi diri dari rasa bersalah makan epal tanpa izin tuannya. Pengajaranya ialah rupa-rupanya kecacatan si gadis hanyalah simbolik keutuhan peribadi, kepatuhannya kepada Allah dan pemeliharaan diri dari maksiat. Gadis itu buta dari meliahat sesuatu yang dimurkai Allah. Gadis itu pekak dari mendengar sesuatu yang tidak diredhai Allah. Gadis itu bisu daripada kalam yang buruk dan keji. Gadis itu juga lumpuh dari mengunjungi tempat maksiat melainkan kakinya hanya berkunjung ke rumah Allah.

Itulah dua isi penting yang sempat diingat dalam benak fikiran. Syukur Alhamdulillah tersa berharga sangat pesanan khatib buta tersebut, semoga Allah merahmatinya dan membuka pintu hatinya untuk menerima nur Ilahi. Khatib berpesan lagi dalam khutbah kedua,katanya semasa kita menunaikan ibadah haji ia ibarat kita melakukan perjanjian dengan Allah. Kita berjanji akan lebih baik dari sebelumnya,jikalau sebelumnya kita sering tinggal solat selepasnya kita berjanji dengan Allah kita tidak lagi culas sembahyang. Jikalau kita kurang bersedekah, sedekah bakal menjadi rutin kita. Jikalau sebelumnya kita berakhlak buruk maka kita telah berjanji berkelakuan baik sesudahnya. Kita berjanji akan berubah dari segala yang tidak baik kepada yang baik , daripada yang baik kepada yang lebih baik. Itulah janji kita. Natijahnya ialah mabrurnya haji dapat diukur berdalilkan kesungguhan kita menunaikan janji yang kita sembahkan kepada Allah di hadapan Baitullah. Itulah falsafah ibadah haji yang mabrur, semoga para sahabat mahasiswa Al Azhar yang berpeluang menunaikan haji pada tahun ini mendapat keampunan dan haji yang mabrur. Bukannya haji Malboro.

sekian

Wassalam
Akhukum, Pejuang Kecil

1.45 petang
Bait Drakula,St. Thresa

Thursday 11 December 2008

POLITIK "ALLAH HU AKBAR"

POLITIK "ALLAH HU AKBAR"

Allah hu Akbar!

Allah Maha Besar!

Satu ungkapan ringkas yang cukup besar ertinya. Dalam setiap rakaat sembahyang tidak kurang 5 kali kita menyebut perkataan tersebut, dharab dengan 17 rakaat yang wajib disempurna bersamaan dengan 85 kali sekurang-kurang dilaungkan oleh kita sehari semalam.

Itu tidak dicampur ucapan dalam solat sunat, ucapan dalam zikir selepas solat fardhu, kalau jadi muadzin sudah tentu tambah lagi dan kalau yang rajin setiap nafas yang disedut diiringi dengan beratus kali sehari semalam bahkan ada yang beribu kali menyebut ucapan agung itu “Allah hu Akbar”.

Mengapakah perkataan itu disunatkan apabila hendak berpindah dari satu rukun kerukun lain dalam solat lain tidak bukan ialah kerana perkataan tersebut bertujuan manusia yang beriman membesarkan Allah di dalam solat dan akan membesarkan Allah swt. pula diluar solat.

Persoalannya setelah dengan penuh khusyuk kita menyebut perkataan tersebut dalam dalam solat mengagungkan Allah swt, apakah selepas keluar dari solat perkataan tersebut menyebabkan kita benar-benar mengagungkan Allah swt?

Seperti persoalan Ustaz Ahmad Yahaya, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah dalam kuliahnya di surau Al-Hasaniah Tambak Bunga. Apakah akan berlaku kepada seorang guru sekolah kerajaan jika diakhir ucapannya dalam perhimpunan mingguan sekolah menyebut, “sebagai mengakhiri ucapan marilah semua guru-guru dan pelajar-pelajar bertakbir 3 kali”.

Begitu juga dimana-mana jabatan kerajaan tidak terdengar laungan ini. Kalau ada yang cuba melaungkan ucapan ini – alamat terbaliklah periuk nasi, atau dicap sewel dan dipandang dengan satu pandangan aneh.

Bahkan ucapan ini, sekarang makin pudar dalam ceramah-ceramah kita. Ianya cukup terasa dengan kematian Pak Mat Jawa beberapa tahun lalu, yang ada sekarang hanya Bang Mat Jerlun yang sudah semakin uzur. Siapakah pemuda yang akan menggantikan mereka menjadi leader dalam melaung perkataan hebat ini yang kemudian diikuti dengan penuh semangat oleh seluruh hadirin.

Kamulah wahai pemudaku!!!

Ucapan membesarkan Allah inilah yang akan mencorakkan perjuangan politik Islam. Wahai pemuda dan pemudiku.Samada sedar ataupun tidak akibat laungan Allah hu Akbar dilesukan, malah kadang-kadang dihalang atas kononnya maslahah telah menyebab golongan thaghut penentang Islam seperti Majlis Peguam, 10 Menteri bukan Islam, Kelompok Penentang 121(A), Sister in Islam dan sebagainya makin tumbuh dengan berani mencabar Islam.

Memang kita boleh menyalahkan Pak Lah, Pak Lah lemah!!!! dan memang dia lemah!!! setelah menjadi imam tarawih membesarkan Allah dia pula menjadi imam membesar berhala tugu peringatan. Semoga Allah memberi petunjuk kepada dia dan pengikutnya sebelum nyawa sampai ke halkum.

Bagaimana dengan kita?

Kembalikanlah politik “Allah hu Akbar” samada dalam niat, lisan, tulisan dan tindakan wahai pemuda dan pemudiku, maka insyaAllah golongan thaghut samada dalam bentuk syaitan jin dan syaitan manusia tidak akan berani lagi.

Politik kita adalah untuk membesarkan Allah.

Hidup sendirian kita membesarkan Allah - menolak semua kemahuan sendiri yang ditegah Allah: Politik membesarkan Allah.

Hidup berkeluarga kita membesarkan Allah - menolak semua kemahuan keluarga yang ditegah Allah:Politik membesarkan Allah.

Hidup bermasyarakat kita membesarkan Allah - menolak semua amalan dan budaya yang ditegah Allah: Politik membesarkan Allah.

Hidup berkerjaya kita membesarkan Allah- menolak semua cara kerja dan muamalah yang ditegah Allah: Politik membesarkan Allah.

Hidup bernegara kita membesarkan Allah- menolak semua sistem pemerintahan yang tidak mengikut sibghah (acuan) Allah dan meyakini Allah sebagai kuasa mutlak mentadbir dan menurun peraturan kepada seluruh manusia: Politik membesarkan Allah.

Kita semualah yang akan menanggung akibat, kerana mungkin sudah kurang membesarkan Allah dalam seluruh sendi kehidupan kita. Kembalilah membesarkan Allah dengan sebenar-benar keyakinan.

“Apabila Allah Yang Maha Besar telah terpahat dihatimu, maka semua makhluk seluruh alam ini adalah kecil belaka”

Sumber : Saudara Aris Awang

Akhukum
Pejuang Kecil

Sunday 7 December 2008

Jawapan Terhadap Penyelewengan Fakta Haji

Pendeta Berhujah, Muallaf Meralat


oleh H Insan LS Mokoginta

Seseorang yang bernama Drs. H. Amos mengaku mantan Islam kemudian masuk Kristen, menulis sebuah buku berjudul ”UPACARA IBADAH HAJI”. Sepintas buku tersebut mirip buku “Pedoman Manasik Haji”, sebab cover depannya adalah Masjidil Haram terbitan Departmen Agama RI. Padahal buku tersebut diterbitkan oleh pihak Kristian yang isinya justeru penuh serangan terhadap Islam, pelecehan dan tipu daya untuk memurtadkan umat Islam. Setelah kami selidiki, ternyata nama Drs. H. Amos tersebut hanyalah nama samaran. Aslinya bernama Drs. A. Poernama Winangun. Buku tersebut benar-benar berwajah Islam, apalagi dalam buku tersebut dia mengutip begitu banyak ayat-ayat Al Quran dan Hadis Nabi yang diselewengkan.
Pada kulit depannya tertulis ”untuk kalangan sendiri”, tapi kenyataannya buku tersebut disebar luaskan di kalangan umat Islam secara giat sejak tahun 1998 sampai sekarang tahun 2008. Berikut kami sajikan kepada anda dialog dalam bentuk hujah (dari Pendeta) dan jawapan meralat kembali (dari Muallaf/mantan Kristian), berdasarkan yang tertulis dalam bukunya ”Upacara Ibadah Haji”.

Buku tersebut berisi berbagai hal yang menyimpang dari ajaran Islam. Penyimpangan itu antara lain, ibadah haji merupakan penyembahan kepada berhala. Buku itu juga menyatakan kedudukan hadis lebih tinggi daripada Al Quran.
Berikut adalah jawapan kembali terhadap hujahan pendeta tersebut oleh Muallaf.
PENDETA : Upacara Ibadah Haji adalah salah satu kewajiban yang ditetapkan dalam Rukun Islam yang kelima. Oleh Sebab itu ia sangatlah penting dan berguna untuk diketahui, apakah Rukun Islam itu. Untuk mengetahui Rukun Islam ada baiknya perlu terlebih dahulu memahami Rukun Iman yang merupakan dasar prinsip keimanan dari Agama Bangsa Arab (hal 3).

MUALLAF: Pada kalimat di atas, ada dua kesalahan besar yang mendasar tulisan Pendeta tersebut. Pertama: Menyebut ”Ibadah Haji” dengan ”Upacara Ibadah Haji”, ini adalah penghinaan yang nyata kepada umat Islam. Menga-takan Ibadah Haji adalah bentuk ”upacara”, sama saja Ibadah Haji dikonotasikan seolah-olah bukan ajaran Allah, melainkan tata cara ritual buatan manusia.

Kedua: Mengganti istilah nama ”Agama Islam” dengan ”Agama Bangsa Arab” adalah penghinaan yang sangat jelas dan menentang iman umat Islam seluruh dunia, seolah Islam atau misi Nabi Muhammad SAW hanyalah untuk orang Arab saja. Jelas sekali Drs. H. Amos ingin menciptakan suatu opinian terhadap dunia, seolah Islam hanyalah agama untuk orang Arab saja. Padahal justeru misi Yesuslah yang hanya untuk bangsanya sendiri yaitu Bani Israel saja. Dengan jujur Yesus sendiri bersabda dalam Injil Matius 15:24 sbb : Jawab Yesus ”Aku diutus hanya kepada domba-domba yang hilang dari umat Israel.”

PENDETA: Dalam Agama Bangsa Arab, ada enam prinsip keimanan, yaitu : (1) percaya kepada yang ghaib, (2) percaya kepada malaikat, (3) percaya kepada wahyu yang diturunkan Allah, (4) percaya kepada adanya akhirat/kiamat, (5) percaya kepada nabi-nabi, dan (6) percaya kepada qadar dan takdir. (hal.3)

MUALLAF: Di sini terlihat betapa sempit dan kurangnya cara berfikir dan pemahaman Drs. H. Amos tentang Islam. Murtadnya beliau dari agama Islam ke Kristian, bukan karena kehebatan ajaran Kristian, tapi karena awamnya beliau tentang agama Islam yang diaanut ketika itu. Kami yakin beliau dulunya hanya seorang Islam yang tidak komit. Susunan Rukun Iman yang benar dalam Islam adalah sesuai dengan ajaran Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim. Suatu hari Jibril bertanya kepada beliau tentang iman, maka beliau menjawab dengan sabdanya:
”Hendaklah engkau beriman kepada Allah, kepada para MalaikatNya, kepada Kitab-KitabNya, kepada para RasulNya, kepada hari kiamat dan beriman kepada Qadha' dan qadar (takdir) yang baik maupun yang buruk”.

Jadi urutan pertama iaitu beriman kepada Allah, bukan percaya kepada yang ghaib. Drs. H. Amos menulis Rukun Iman pertama iaitu ”Percaya kepada yang ghaib”, ini jelas penyelewengan yang disengajakan. Iman adalah kepercayaan yang ada dalam sanubari, yang diikrarkan secara lisan dan diamalkan dalam bentuk rukun-rukun. Jadi iman tidak sama persis dengan percaya.

Sebab jika Rukun Iman yang pertama ”percaya kepada yang ghaib” seolah-olah umat Islam harus beriman kepada hal-hal yang bersifat ghaib, seperti: syaitan, puchong, hantu raya, mak lampir, jelangkung dan lainnya. Padahal bukan demikian ajaran Islam. Lagi-lagi pulak di sini terlihat dengan jelas betapa ceteknya Drs. H. Amor tentang ajaran Islam. Drs. H. Amos tidak paham justeru berbicara tentang iman menurut agama barunya, justeru bermasalah, sebab dalam ajaran Kristian, masalah iman tidak dijelaskan secara terperinci seperti dalam Islam. Bahkan ayat-ayat tentang iman dalam Bible, bila dikritik akan tampak tidak masuk akal yang sehat. Dan tidak mungkin bisa diterapkan pada zaman moden. Bahkan semakin difikir semakin tidak masuk akal. Perhatikan iman dalam Bible berikut ini, menurut Injil Matius pasal 17 ayat 20 :

”Ia berkata kepada mereka : ”Kerana kamu kurang percaya. Sebab Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya sekiranya kamu mempunyai iman sebesar biji sawi saja, kamu dapat berkata kepada gunung ini: Pindah dari tempat ini ke sana, maka gunung ini akan berpindah, dan tidak akan ada yang mustahil bagimu”.

Bila ayat tersebut diterapkan kepada kehidupan, maka dunia akan kacau bilau jika gunung-gunung hanya bisa dipindahkan hanya dengan iman. Jika semua orang Kristian yang mempunyai iman walaupun sebesar biji sawi maka ia boleh melakukan apa sahaja menurut kehendak mereka, sejak dahulu dunia ini sudah hancur lebur. Kalau setakat gunung-gunung pun boleh diperintah pindah dari tempatnya, apatah lagi benda-benda yang lebih kecil dari gunung. Memindahkan diri kita sendiri tentu jauh lebih mudah daripada memindahkan gunung. misalnya bila kita ingin dari Jakarta ke Medan, apakah cukup dengan iman kita langsung terus berada di Medan, tanpa harus naik pesawat? Tentu sahaja mustahil ! Tapi sampai saat ini tidak ada seorang pun umat Kristian yang mengaku beriman kepada Yesus (baik Pendeta, Penginjil, Evangelis, Pastur, Uskup maupun Paus) yang mampu memindahkan gunung-gunung dengan imannya walaupun sebesar biji sawi sahaja.

Berikut ajaran iman lainnya dalam Injil Markus pasal 16 ayat 17 & 18;
(17) Tanda-tanda ini akan menyertai orang-orang yang percaya: mereka akan mengusir syaitan-syaitan demi namaKu, mereka akan berbicara dalam bahasa-bahasa yang baru bagi mereka, (18) mereka akan memegang ular, dan sekalipun mereka minum racun maut, mereka tidak akan mendapat celaka; mereka akan meletakkan tangannya atas orang sakit, dan orang itu akan sembuh.

Jika ayat tersebut bisa dipraktikkan, maka sepanjang sejarah tidak perlu lagi orang Kristian mempelajari ilmu kedoktoran, ilmu bahasa dan sastera. Sebab cukup hanya beriman kepada Yesus, umat Kristian mampu berbicara dalam segala bahasa tanpa harus belajar terlebih dahulu di Akademi Bahasa Asing. Dan juga dapat menyembuhkan segala macam penyakit tanpa harus kuliah di Fakultai Kedoktoran. Cukup hanya menumpangkan tangan di atas kepala pesakit, terus sembuh !. Juga tidak perlu mengadakan pemeriksaan di lapangan terbuka dan mengundang orang-orang yang berpenyakit untuk disembuhkan. Datang sahaja ke seluruh Hospital. Semua pesakit menginginkan kesembuhan. Jika hanya dengan doa dan meletakkan tangan diatas kepala seseorang yang berpenyakit lalu sembuh, maka hospital akan kosong. Mungkin sekali berduyun-duyun orang akan memeluk Kristian. Tapi kenapa hal tersebut tidak dilakukan?.

Kerana ajaran iman seperti itu dalam Injil tidak benar, maka sampai saat ini tidak ada seorang Kristian yang bisa membuktikan ayat Injil tersebut. Bahkan sampai saat ini tidak ada seorang Pendeta atau Pastur yang berani minum racun untuk membuktikan keberanian imannya sesuai ajaran Injil tersebut. Bahkan Paus tertinggi yang berada di Vatikan pun belum pernah minum racun maut untuk membuktikan kebenaran ayat Injil tersebut. Kalau tidak terbukti, bererti ayat tersebut bukan firman Allah dan bukan ucapan yang keluar dari mulut Yesus, aliasnya hanya fiksyen semata-mata.

Dari berbagai penelitian, ternyata menurut para cerdikpandai, Injil Markus berakhir sampai pasal 16 ayat 8. Selebihnya ayat 9 s/d 20 adalah ayat tambahan. Bererti Markus pasal 16 ayat 17 & 18 termasuk ayat tambahan. Oleh sebab itu pada Alkitab Revise Standard Version, ayat tersebut sudah dihilangkan, atau dibuang, karena ia tidak ditemui dalam naskah kuno. Jika ada Injil yang memuat Markus 16 ayat 9 s/d 20, pada ayat 9 s/d 20 ada catatan kakinya sbb : The two oldest Greek manuscripts, and some other authorities, omit from ver. 9 to 20. Some other authorities have a different ending to The Gospel. (Kedua naskah tertua dalam bahasa Greek, dan dari beberapa penulis, tidak memasukkan ayat 9 s/d 20. Beberapa penulis berbeza pada akhir Injil tersebut). Oleh sebab itu kami umat Islam yakin, tidak mungkin Yesus salah dalam meriwayatkan Injil, apatah lagi ajaran beliau tentang iman, pasti benar. Yang tidak benar atau yang salah pasti penulis-penulis Injil tersebut.
Sumber asal ; [swaramuslim]
Artikel telah diolah ke bahasa Melayu Malaysia
Akhukum
Pejuang Kecil

22 safar 1430

 
Pejuang Kecil © 2007 Template feito por Templates para Você