Followers

Friday 8 May 2009

Kawan-kawan dan Keluargaku Adalah Pejuang Islam

"Tiada yang paling mengembirakan bagiku selain menyaksikan rakan-rakan dan ahli keluargaku berganding bahu berjuang bersama demi Islam tercinta".

Dalam sebuah hadis Ibn Umar menyatakan:

“Kami apabila membaiah Rasulullah s.a.w adalah atas dengar dan taat dan dia berkata kepada kami ‘Pada apa yang kamu mampu’.” (Riwayat Bukhari & Muslim)


Selepas Solat Jumaat, pulang dan terus menghadap komputer melayari ruang-ruang yang memaparkan peristiwa semasa tanah air Malaysia. Dari Perak sampailah ke Kedah, dari blog Cina Islam sampailah ke blog Pemuda Baling, dari caca merba DUN Perak sampailah ke Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Baling ke-27 .

Sahabat-sahabat seperjuangan yang telah membenarkan janji setia mereka

Asyik menyaksikan rakaman lensa paparan sekitar program Mesyuarat Agung Pemuda Baling mata tertarik melihat beberapa individu yang amat dikenali mata dan hati ini. Dah jadi pimpinan pemuda rupanya mereka. Mereka telah membuktikan janji setia mereka untuk memperjuangkan Islam melalui wadah gerakan Islam PAS. Tahniah!.



Terasa bersemangat mencontohi sikap menepati janji beberapa tokoh baru kepimpinan muda Baling ini. Bermula dan bersama di alam mahasiswa kini mereka berbakti pula di medan yang lebih mencabar dan penuh gelora. Tentu orang Baling merasa lega dan gembira melihat ustaz-ustaz muda ini bersedia dan sanggup menyambung kesinambungan kepimpinan Ulamak yang di lancarkan tahun 1982 dahulu di Pulau Pinang. Semasa tu Pejuang Kecil baru dilahirkan.

Nama seperti Ustaz Zairi Amir Hj Abd Wahab (Mantan YDP MKKK) di dalam alam kemahasiswaan Mesir dahulunya kini sebagai Setiausaha Pemuda PAS Baling
, Ustaz Roshidi Md Aroff (sahabat lama) pernah menjadi YDP MPP Kolej Universiti Insaniah kini sebagai Naib Ketua Pemuda Baling.

Ramai lagi la! seperti Ustaz Mohd Fauzi b Hashim (Bekas siswa Al Azhar dan manatan BP PMRAM), Ustaz Afnan (Bekas siswa Al Azhar), Ustaz Lan (Bekas siswa Insaniah dan Al Azhar) semua mereka adalah sahabat lama yang kini melibatkan diri dalam perjuangan di Malaysia. Semoga kalian thabat, Insya Allah!.

"Keluarga Pejuang"


Tinggal lah diri ini masih berkelana di bumi Anbiya' ini. Kaki dan tangan masih di Mesir tapi hati dah lama sampai ke Malaysia, merewang dari KLIA sampailah ke Pong Utara menyapa ayah dan ummi. Teringat kesusahan ayah yang terpaksa lagi memegang amanah ketua cawangan PAS walaupun dah bergenjak usia senja. Ayah sewaktu mudanya penuh dengan aktiviti Pemuda PAS Padang Terap dan negeri , pernah berkampung bersama para pemuda PAS seluruh Kedah di Kompleks Pendidikan PAS Kedah untuk mempertahankan tanah Muassah Darul Ulum dari dirampas Kerajaan BN Kedah.













Nazim , Ummi dan Husna

Ummi pula masih bersemangat menunaikan amanah perjuangan sebagai AJK Dewan Muslimat PAS Padang Terap. Walupun mereka berdua sibuk "Kais pagi makan pagi" demi sesuap nasi untuk anak-anak namun masih sempat menggagahkan diri untuk perjuangan Islam. Insaf sungguh!.

"Terkilan dan sedih kerana masih belum berpeluang menolong mereka secara langsung". Cuma baru ni terdetik nak tolong Ummi apabila hati tersentuh mendengar luahan hati Ummi tentang kepayahan dan kesulitan nak tunaikan tanggungjawab sebagai ketua Lajnah Penerangan DMPPT.

Akhirnya, setelah berbincang dengan adik-adik yang tercinta Husna dan Nazim, keputusannya kami bersedia membuat satu blog penerangan untuk melancarkan tugas Ummi sebagai Ketua Lajnah Penerangan. Insya Allah, doakan agar dipermudahkan usaha kecil membantu Ummi ini.

Hakikatnya hati kecil ini merasa sangat beruntung. Alhamdulillah, keluarga saya "keluarga pejuang" rupanya. Masih terngiang-ngiang di telinga ini, gurauan ayah sewaktu berbual di talian maya semalam, merujuk kepada amanah yang baru diberikan PAS kepadanya.

Kata ayah " Depa ni (PAS) teghuk sungguh daghi bini (Isteri) sampai laki (Suami) semua depa ambik".

Hati saya ketawa kecil tapi kemudian penuh syukur dan bangga, Alhamdulillah rupanya doa saya kepada Allah nakkan keluarga yang berjuang melalui PAS didengar Allah.

Ayah dan Ummi lama dah melibatkan diri dalam PAS, sebelum kahwin sampailah mereka berdua dah bercucu seorang, tapi dari adik saya la. Bukan saya na!.

Teringat kenangan waktu kecil, ayah dan ummi pantang ada program PAS, dari ceramah sampailah ke tamrin PAS saya akan diusung bersama menghadiri program.

Kalau ada ceramah ayah akan balutkan serban di kepala saya, ayah juga turut berserban, ummi pula akan berjubah. Kemudian kami sama-sama membonceng "Honda Kapcai " meredah kedinginan malam demi mendengar ceramah PAS menyentuh isu semasa dan amanat kepimpinan. Suasana ceramah masa tu , si penceramah pantang keluar suara pasti ada yang bertakbir. Saya pun turut bertakbir bersama Ayah walaupun tak faham apa yang diperkatakan. Tapi itulah tamrin dan tarbiah awal PAS yang ayah dan ummi berikan kepada saya bagi memahamkan anak kecil mereka tentang kewajipan bersama PAS memperjuangkan Islam. Suasana sebegini kekal sehingga kelahiran adik baru, dia pun diarak merata bagi mendengar ceramah PAS.

Ummi bercerita, katanya sewaktu saya masih kanak-kanak, masa tu telah berlaku peristiwa Memali, ustaz Ibrahim Libya yang turut diminati pidatonya oleh ayah telah syahid dibunuh oleh kerajaan BN. Ustaz Ibrahim Mahmud gugur syahid bersama rakan-rakan yang lain. Seusai peristiwa agung itu ummi bawa saya melawat rumah dan madrasah tempat berlakunya peristiwa kejam pembunuhan pemidato hebat itu.

Oklah, banyak lagi kenangan lama bersama ayah dan ummi dalam PAS ni. Kalau nak cerita di sini tak habis. lain kali kita cerita lagi na!.

Apa pun dalam catatan santai ni, saya panjatkan rasa syukur yang tidak terhingga gagasan diri membina "Keluarga Pejuang" menampakkan hasilnya.

Terkini, kedua-dua adik yang tercinta Husna ( Universiti Putra Malaysia) dan Nazim ( Universiti Malaya) sudah memahami apakah maksud dan tujuan mengapa abang mereka sewaktu dulu-dulu (sekolah menengah) sering bercakap tentang perjuangan Islam. Sekali-sekali ada juga dibawa adik-adik ke program tarbiah pelajar Islam sekitar Kedah semasa tu (PPIK). Alhamdulillah mereka juga terlibat dengan gerakan Islam peringkat kampus masing-masing.

Kepada adik yang kedua Nurul Huda namanya, abang masih tak lupa lagi pesanan supaya anda melibatkan diri dengan "Pasukan Perubatan Islam Kedah". Semua ini ku titipkan buat kalian adik-adikku supaya silsilah perjuangan Islam keluarga kita tidak akan terputus.

Membina "Keluarga Pejuang".


Pejuang Kecil

4.22 petang,13 Jamadil Awwal 1430
Rumah Kedah, Hayyu A'syir, Kaherah

1 comments:

Mohd Syauqi said...

bestnya keluarga asal enta. habis tu, bakal 'keluarga baru' Nta bila nak mula? :-D
tua ... tua dah

22 safar 1430

 
Pejuang Kecil © 2007 Template feito por Templates para Você