KUALA NERANG – Menteri Besar, YAB Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan turun padang di tapak Pekan Sehari Naka, Padang Terap pada 26 Mei ini untuk memberikan penerangan mengenai perkembangan semasa Kerajaan Negeri kepada masyarakat setempat dan juga menyampaikan geran tanah kepada penduduk. Program Pemimpin Bersama Rakyat berkenaan adalah majlis keempat yang bakal diadakan dan sebelum ini sudah diadakan di daerah Sik, Bandar Baharu dan Pendang. Exco Penerangan dan Pembangunan Usahawan, Abd Ghani Ahmad berkata, pelbagai program diatur dan program berkenaan turut dihadiri oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini. Menurutnya, rakyat khususnya di daerah Padang Terap berpeluang untuk mengetahui maklumat terkini mengenai isu semasa daripada YAB DS Ustaz Azizan sendiri. Katanya, jamuan kenduri rakyat turut diadakan bagi meraikan kira-kira 3,000 penduduk yang bakal hadir ke majlis berkenaan. “Program ini adalah yang dirancang di bawah Exco Penerangan dan Pembangunan Usahawan dalam usaha untuk mendekatkan pemimpin negeri dengan rakyat. “Pemimpin dan wakil rakyat terdiri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Parlimen dari PR juga akan melawat 20 kampung di tiga mukim iaitu mukim Pedu, mukim Tekai Kanan dan mukim Tekai Kiri,” katanya kepada Sinar Harian. Abd Ghani berkata, YAB DS Ustaz Azizan juga akan meluang masa untuk melawat kawasan projek tanaman mangga dan nangka mastura di daerah ini. Menurutnya, peluang berkenaan harus digunakan sebaik mungkin oleh masyarakat di daerah Padang Terap untuk bertemu dengan semua pemimpin-pemimpin PR dari seluruh negeri ini. Sumber : http://sedakasejahtera.wordpress.com/
Followers
Wednesday 25 May 2011
MB Ziarah Rakyat Padang Terap
Posted by mahabbah82 0 comments
Labels: Berita Dari Kedah
Sunday 22 May 2011
Bahulu ASli (Rangup)
Posted by mahabbah82 0 comments
Labels: Iklan
Friday 20 May 2011
Akhlak Penyokong Kelantan
Teruja dan terharu melihat kekhusyukkan para pemain kedua belas Kelantan ini yang tetap menunaikan solat meskipun terpaksa beralaskan hamparan batu merah stadium keramat mereka. Lokasi dari pintu H ini diharap dapat membuka hati dan iman para penyokong Kelantan yang lain dalam melaksanakan tugasan kepada Maha Pencipta. Terima kasih juga kepada pihak pengurusan stadium yang menyediakan kemudahan air dan tikar untuk memudahkan para penyokong yang hadir menunaikan kewajipannya. Usaha dan sikap yang dipamerkan semua pihak ini harus diteruskan dan dipuji sebagai contoh kepada umat islam lain dengan harapan menjadi ikutan para penyokong Kelantan yang lain. Situasi ini sukar untuk dilihat di stadium lain atau disiarkan di dada akhbar. Ini antara watak-watak yang menjadi kebanggaan rakyat Kelantan meskipun ada segelintir penyokong Kelantan yang menyebabkan penyokong Kelantan yang lain dipandang sinis penyokong pasukan lain. Yakinlah! Kemenangan atau keputusan perlawanan akan lebih bermakna jika mendapat keredhaan Illahi. Kita tidak pernah menyedari untuk memanfaatkan solat sebagai alat penolong, sumber hidup, penerang jiwa dan tempat kita bertanya Allah SWT tentang persoalan yang sukar diselesaikan. Kesedaran dan kepercayaan itu datangnya dari Allah. Allah mengilhamkan kita samada taqwa atau fujur (kefasikan/keburukan). Khusyuk di dalam solat itu mudah. Bola, Bola jugok Akhirat jange di lupo....tak sapa 5 minit pun...smeta jah... Sumber : http://www.theredwarriors.com
“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk”
(QS: Al-Baqarah 2:45)
Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan (fujur) dan jalan ketaqwaannya.
(QS Asy Syams 91:8).
Allah mengkehendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu
(QS: Al-Baqarah 2:185)
Posted by mahabbah82 2 comments
Labels: Fakta Menarik
Kabinet Baru DPPNK Sesi 2011-2013
Bil | Nama | Jawatan | |
1 | Ust. Ahmad bin Yahya | Ketua Pemuda Pengerusi Lajnah Politik dan Organisasi | |
2 | Hj Muhammad Sanusi bin Md Nor | Timbalan Ketua Pengerusi Lajnah Penyelidikan dan Isu semasa | |
3 | YB Ahmad Izzat bin Hj Shauki | Naib Ketua Pengerusi Lajnah Tarbiyyah dan latihan Kepimpinan | |
4 | Ust. Mohd Rosli bin Azmi | Setiausaha | |
5 | Mohd Noor Rahimin bin Abd Rahim | Penolong Setiausaha | Dilantik |
6 | Hj Yusrin Zakri bin Adnan | Bendahari Pengerusi Lajnah Ekonomi dan Pembangunan Usahawan | |
7 | Yb Nasir bin Zakaria | Ketua Penerangan Pengerusi Lajnah Penerangan , Dakwah dan Media baru | |
8 | Mohd Helmi bin Abd wahab | Pengarah Jabatan Pilihanraya | Dilantik |
9 | Ust. Mohamad bin Ismail | Pengerusi Jabatan Pendidikan | |
10 | Ust. Hj Mohd Azam bin Abd Samat | Pengarah Jabatan PASTI | |
11 | Ust. Salim bin Mahmud | Pengarah Jabatan Pembangunan Mahsaiswa | |
12 | Ust. Saiful Syazwan bin Shafie | Pengerusi Lajnah Sukan, Kebudayaan dan Rekreasi | |
13 | Mohd Helmi bin Khalid | Pengerusi Lajnah Perhubungan Awam dan Media | |
14 | Ust. Mohd Yusuf bin Awang | Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan | |
15 | Nasri bin Muarat | Pengerusi Kelab Profesional Muda | |
16 | Ust Zelani bin Nik Chik | Pengarah Jabatan Amal | Dilantik |
17 | Fakhrudrizal bin Mokhtar | Pengerusi Sukarelawan Pemuda | Dilantik |
18 | Zulkifli bin Zainuddin | Pengerusi Lajnah Perpaduan nasional | Dilantik |
19 | Ust Ahmad Najhie bin Hayazi | Pengerusi Jabatan Pembangunan Remaja | Dilantik |
20 | Ust. Farid bin Hj Din | Ahli Jawatankuasa | Dilantik |
21 | Rizal bin Md Nor | Ahli Jawatankuasa | Dilantik |
22 | Izwan bin Abdul Halim | Ahli Jawatankuasa | Dilantik |
23 | Abd Aziz bin Hatt | Ahli Jawatankuasa | Dilantik |
24 | Akasyah bin Azinan | Ahli Jawatankuasa | Dilantik |
25 | Faizal bin Musa | Ahli Jawatankuasa | Dilantik |
Posted by mahabbah82 0 comments
Labels: Berita Dari Kedah