Followers

Thursday, 9 October 2008

Santai dari Nik Abduh

































Hindraf dan replika (Huraian santai dari Nik Abduh)


Bila baca tulisan terkini ustaz Nik Abduh teringat kembali ketika mendengar untaian kalimah tazkirahnya ketika kunjungannya ke Mesir sebelum Ramadhan yang lalu. (Kunjungannya mewakili Kerajaan Kelantan mencari Imam untuk program imarah Ramadhan di Kota Bharu). Tenang, santai, sesekali berjenaka tetapi lebih muda nada lawaknya. Selang seli bermain-main di fikiran mungkin beginilah lagak tok guru Nik Aziz sewaktu mudanya. Tepat untuk kita katakan ustaz Nik Abduh paling mewarisi cara, sikap, pembawaan, semangat juang gerakan Islam (PAS) dari ayahnya Tuan Guru Nik Abdul Aziz, saling tak tumpah rasanya. Secara peribadi saya menyatakan bahawa tak keterlaluan untuk menyatakan sikap murabbi dan pejuang kental yang ada pada perbadinya. Kata-katanya sering merungkaikan kekusutan sesuatu isu . Ketenangan wajah macam dah lihat tok guru Nik Aziz rasanya. Jenaka ringan tetapi menghibur, huraian santai sesuai buat semua golongan rakyat untuk difahami. Itulah Nik Abduh anak kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Di sini saya sertakan link halaman serta nukilan santai beliau tentang isu Hindraf mengunjungi rumah terbuka Perdana Menteri dan Isu Patung Anwar Ibrahim.


http://nikabduh.wordpress.com


Hindraf dan Replika (Artikel Asal)

1- Cerita olok - olok tanpa ubah suai:

Suatu hari di pagi raya di rumah terbuka MB Kelantan..

“Tok guru, HINDRAF datang ramai sekali bising - bising di luar.” royat seorang jong kako.

“Oo, biarkan mereka masuk. Raya pun buat demo juga ko?” Tanya tok guru.

“Mereka laungkan ‘Bebaskan Nik Adli dari ISA’. Mereka buat replika besar Tok Guru dan Nik Adli sekali.” Sampuk budak Unit Amal di sebelah.

“Oh, terima kasih atas sokongan mereka. Ini baru betul, bising - bising di pagi raya. Mereka nak bertakbir pun boleh saja.” jawab Tok Guru ceria sekali sambil bergerak nak menyambut HINDRAF.

“Ayah, replika tu?” Aku tersengih - sengih tanya pandangan. Tak dak pulak replika aku.. blogger..

“Mereka Hindu. Budaya mereka begitu. Tak tengok ke masa belajar kat India dulu?” Jawab ayah, selamba rock je.

“Replika ayah tu? Besar tu!” aku memuncung mulut ala ‘carburator dung’..

“Duh bagi tahu mereka dekat balik nanti, replika tu tak payah dipacak - pacak kat mana - mana. Islam tak suka cara tu. Kalau mereka tanya kenapa, jawab, orang Melayu Islam tak boleh berlebih - lebih buat semacam patung. Kalau mereka tanya lagi kenapa, jawab, balik tanya Gobalalah. Gobala tahu jawaban tu. Dia tahu banyak pasal Islam sebab dia dah lama kenal PAS.” Ayah bersyarah. Suruh aku pulak..

“Jangan bagi mereka terasa hati. Banyak duit mereka habis tu nak tunjuk simpati pada kita, AlhamduliLlah” Tambah ayahku mengajar berhikmah. Nasib baik, aku nak rembat je.. Aku sokong 3M. 2M pun sokong.. apatah 2TG!

( jawaban ayah aku tu sebenarnya jawaban aku la. Nama lagi cerita olok - olok. )

2) Cerita benar dengan ubah suai:

Suatu hari di pagi raya di rumah terbuka PM Malaysia:

“Datuk Seri, HINDRAF datang ramai sekali menjerit - jerit bising - bising di luar. Bangang betul!” Kata seorang tuke kipah.

“Haa, HINDRAF? Tak pa laa. Pak Lah bagi masuk. Aduh, nak apa lagi? Samy Velu dah aku pecat dah..? Mata Pak Lah tercelik luas - luas tanda sedar, tak tidur.

“Mereka laungkan ‘Bebaskan HINDRAF dari ISA’. Mereka junjung replika besar Anwar dan Azizah.” Sampuk mek puteri UMNO di sebelah tuke kipah.

“Mengapa sungguh tak beradab sekali HINDRAF ini. Pembangkang memang tak jaga sopan santun budaya rakyat Malaysia!”

“Guna ISA tu yang lagi tak beradab!” Tiba - tiba tersembur peluru nyaring dari belakang. ”Opss, Zaid Ibrahim kata, bukan saya.” Muhyidin Yasin menutup mulut, tersasul pulak. Pecah dahh..

“Tengok tu, dengan Najib pun mereka tak bersalam. Huh, Anwar dah jadi patung dipuja - puja pula. Ini bukan budaya kita! Dah lah gitu, membazirkan wang saja” Jampuk Ali Rustam sambil menyinsing lengan melihat jam tangan baru. Rosmah bagi.. Harga taklah sampai sejuta pun..

“Aa aaa, ini haram li zaatihi nih! Yang sembah tugu negara tu haram li ghairihi saja. Niat baik tak apa laa.” Seorang ahli Majlis Ulama UMNO mengeluarkan fatwa pertama selepas dilantik semalam!

Moral cerita: Buat baik dibalas baik, buruk dibalas buruk. Demontrasi adalah isi demokrasi. ISA adalah jenayah rimba. Hapuskan ISA. Jangan jadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul. Hormati budaya sesama kita. UMNO mabuk lautan lupa daratan. Ulama UMNO adalah terompah kayu. Elak perpecahan sesama sendiri. Bersatu teguh bercerai roboh. Islam adalah penyelesaian. Sentiasa mencari jalan hikmah. Replika besar manusia hendaklah dijauhi demi menutup jalan syirik. Sokong komen Dato Presiden. Sokong nasihat Dr Asri. Tahniah Unit Amal!

Nik Abduh

Friday, 3 October 2008

Dr. Abbas Madani ( Pejuang Algeria )

KTMB promosi Kelantan (Pelancongan Ibadah)

Oleh AINUL HUDA M.SAAID

Terawih dalam kereta api

KTMB mahu menggalakkan pelancongan sambil beribadah dan membuang tanggapan bahawa tidak boleh melancong semasa bulan puasa.



BERSOLAT terawih dalam kereta api, antara pengalaman baru penumpang.


WALAUPUN sesekali bergegar dan berayun anggota badan apabila kereta api bergerak, namun ahli jemaah solat Isyak dan terawih yang terdiri daripada kakitangan KTMB, media dan penumpang Ekspres Wau dari Kuala Lumpur ke Kelantan, tetap meneruskan ibadah mereka.

Aktiviti solat berjemaah di dalam kereta api ini adalah sebahagian daripada program Pelancongan Ibadah anjuran Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang bermula 17 hingga 20 September lalu.

"KTMB mahu menggalakkan pelancongan sambil beribadah dan membuang tanggapan bahawa tidak boleh melancong semasa bulan puasa," kata Pengurus Besar KTMB, Sarbini Tijan.

Program yang juga bertujuan untuk memperkenalkan keistimewaan suasana Ramadan di setiap negeri di Malaysia, menjadikan Kelantan sebagai destinasi pertama dengan tema, Uniknya Ramadan di Kelantan.

"Kelantan dipilih kerana kedudukannya yang jauh dari bandar-bandar besar dan majoriti masyarakatnya beragama Islam yang masih kental dalam mengamalkan budaya Melayu," katanya.





Ia juga sejajar dengan tema Tahun Melawat Kelantan 2008 iaitu Ibadat Tourism.

Dengan perkhidmatan yang disediakan oleh KTMB dan usaha Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) mengadakan Program Ihya' Ramadan di Dataran Sultan Muhammad IV, membolehkan program Ibadat Tourism mencapai matlamatnya.

Bagi menjayakan Program Ihya' Ramadan di dataran itu pula, orang ramai dijemput berbuka puasa beramai-ramai di dataran dan seterusnya sembahyang Maghrib, Isyak dan terawih berjemaah.



Makanan hasil sumbangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai diagihkan, tetapi kebanyakan yang hadir memilih untuk membeli aneka juadah yang dijual di bazar Ramadan berdekatan.

Dengan khemah solat berhawa dingin, yang mampu memuatkan 1,200 jemaah tajaan sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka, menambahkan lagi sambutan sehingga ada yang terpaksa bersolat di kaki lima.

"Seronok dapat berbuka di sini ramai-ramai. Jemu buka puasa di rumah saja, jadi datang sini nak cari kelainan. Lepas terawih, kita boleh pergi shopping untuk raya pula," kata Nordin Ghazi, 45, seorang usahawan yang membawa keluarga.

Lain pula bagi Nik Halijah, 42, yang sanggup datang dari Kok Lanas, sejauh 30 kilometer dari Kota Bharu, semata-mata untuk berbuka dan beribadah di situ kerana kehadiran dua orang hafiz yang dibawa khas dari Universiti Al-Azhar Mekah untuk menjadi imam.



"Saya pernah sambut Ramadan di sana (Mekah). Hilanglah sikit rindu pada Mekah sebab bacaan imam hampir sama macam di sana," katanya.

Solat terawih secara terbuka telah dianjurkan sejak tahun 1994 di Kota Bharu. Tetapi pada tahun ini, acara tersebut diadakan dalam skala besar dan lebih tersusun.

"Selain aktiviti ibadah biasa seperti tazkirah dan tadarus, kami juga menjemput orang bukan Islam untuk berpuasa bersama Muslim dalam Program Puasa Demi Kesihatan," kata Ahli Exco Kelantan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan.

"Memang kegiatan pelancongan merupakan penyumbang besar ke arah perkembangan ekonomi di Kelantan. Orang luar sama ada dari dalam atau luar negeri yang datang pasti membeli-belah di sini sebab harga barang murah berbanding di tempat lain. Tetapi kami juga mahu Kota Bharu dikenali sebagai pusat pelancongan yang mengutamakan ibadah dan menimba ilmu," katanya.

Selain Kota Bharu, rombongan juga dibawa mengikuti program memasak dan pemberian dodol kepada penumpang di stesen KTMB Krai.

"Selain menguar-uarkan perkhidmatan KTMB, program ini juga untuk merapatkan hubungan pekerja kami dengan masyarakat setempat," kata Pengarah Wilayah Timur KTMB, Ibrahim Sulaiman.

Kira-kira 100 kakitangan KTMB, polis, Majlis Daerah, Jabatan Pendidikan dan penduduk setempat bergotong-royong memasak dan mengacau dodol seawal pukul tujuh pagi hinggalah tengah hari. Lapan kawah dodol dihasilkan dan disumbangkan kepada penduduk dan pelanggan KTMB.

Kelainan beribadah dalam kereta api dan keramahan rakyat Kelantan, menjadikan kembara ini amat istimewa, serta membuktikan bahawa pelancongan dan ibadah boleh dijalankan seiring.

KTMB turut merancang menganjurkan program motivasi di dalam kereta api, khusus untuk remaja. Program ini akan menjurus kepada mendalami ajaran Islam dan mendidik remaja beribadah terutamanya ibadah solat.

"Kami akan membawa peserta ke sekolah-sekolah pondok di pedalaman supaya mereka dapat menimba pengalaman baru," kata Pengurus Pemasaran Antarabandar KTMB, Mohd Noordin Kimi.

KTMB juga sedang berurusan dengan wakil penduduk beragama Islam di Singapura yang berhajat melakukan ibadah korban dan akikah di Malaysia. KTMB dengan bantuan pihak berkuasa tempatan akan mendapatkan tenaga kerja dan haiwan korban, serta membawa mereka ke lokasi terpilih untuk menyaksikan ibadah tersebut dijalankan.

"Setakat ini kerajaan negeri Kelantan menunjukkan minat untuk bekerjasama dengan kami," katanya.

- Bernama

Wednesday, 1 October 2008

Salam Aidilfitri Dari Bumi Kinanah

Ucapan Salam Aidilfitri (Klip video)




















Bergambar kenang-kenangan sempena Malam Gema Takbir Aidilfitri 2008

















Bersalaman bersama (Bang Ya) Pegawai Kebajikan anak Kedah Mesir

22 safar 1430

 
Pejuang Kecil © 2007 Template feito por Templates para Você