Followers

Friday, 28 May 2010

Demo Bantah Judi Bola Peringkat Kedah







Allahu Akbar, 'Tarik balik lesen judi' "Kita Bantah Judi Bola"

Tempat :

Dari Masjid Muzaffar berhimpun di Dataran Zero atau dataran Jam, Sungai Petrani

Jumlah Peserta :

Kira-kira 1,000 orang termasuk pemimpin PAS, Parti Sosialis, Teras, beberapa NGO dan para penyokong PAS.

Tempoh Demo :

45 minit bermula jam 2.15 petang selepas solat jumaat

Ucapan Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah:

PAS menentang keputusan kerajaan meluluskan lesen judi sukan dan mendesak kerajaan menarik balik keputusannya itu.

Turut menyampaikan ucapan :


Timbalan Speaker Izzat Shauki, Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Sanusi Mohamad Noor, Pengerusi Gerakan Mansuh Judi (GMJ) Nasir Zakaria dan wakil dari Teras Keupayaan Melayu (Teras) Mohd Azmi Abdul Hamid dan wakil dari PSM.

Turut hadir :

ADUN iaitu Abdullah Jusuh (Pantai Merdeka) dan Yahya Abdullah bagi DUN Jeneri.

Status Demontrasi :


Aman tanpa gangguan polis

Friday, 21 May 2010

Sokong mahasiswa 21 tahun ada hak berpolitik


Oleh : Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 21 Mei: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyokong penuh kenyataan Pengerusi Pusat Perkembangan Budaya LLG, Datuk Dr Toh Kin Woon bahawa mahasiswa berusia 21 tahun ke atas berhak untuk berpolitik.

Mengulangi kenyataan Dr Toh bahawa tindakan empat mahasiswa sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) selari dengan seksyen 119 (1a) dalam Perlembagaan Persekutuan, Ketua Penerangannya, Fadhil Osman (gambar) mempersoal kerajaan yang tidak membenarkan mahasiswa 21 tahun ke atas untuk berpolitik dan menyatakan pendirian mereka terhadap mana-mana parti politik.

"Seksyen 119(1a) dalam Perlembagaan Persekutuan yang jelas menyatakan semua warga negara yang mencapai umur 21 tahun berhak menyertai politik dan layak mengundi dalam pilihan raya.

"DPPWP mempersoalkan, kalau sekiranya usia 21 tahun adalah usia kelayakan mengundi, mengapa mereka tidak dibenarkan untuk berpolitik dan menyatakan sikap mereka terhadap mana-mana parti politik.

“Bukankah Malaysia sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, justeru mengapa mesti ada sekatan terhadap empat mahasiswa tersebut untuk mengamalkan hak demokrasi mereka?" katanya kepada Harakahdaily.

DPPWP juga, katanya meminta pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) UKM lebih profesional dan rasional dalam menangani isu ini kerana empat mahasiswa tersebut terlibat dalam kempen di luar universiti, bukan melakukan kesalahan mengabaikan pelajaran dan meninggalkan kelas pengajian atau manjatuhkan nama baik universiti.

"Tindakan diambil terhadap mereka hanya kerana mereka berkempen untuk Pakatan Rakyat di Hulu Selangor, tetapi bagaimana sekiranya mereka adalah ahli Umno dan terlibat secara langsung dengan kempen di mana-mana pilihan raya kecil?" katanya.

Sehubungan itu, ujarnya DPPWP berpandangan, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 sudah tidak relevan kerana ia menyekat mahasiswa untuk menyatakan hak mereka.

"AUKU adalah alat untuk menyekat kebebasan mahasiswa untuk berpersatuan dan berpolitik, sedangkan dengan cara inilah mampu mematangkan mahasiswa dan melatih kepemimpinan mereka. Sepatutnya mahasiswa diberikan kebebasan mengenali lanskap politik negara, agar mereka tahu dan mampu menangani isu-isu semasa dengan baik.

"Apa yang berlaku hari ini, ramai mahasiswa yang tidak tahu menahu hal ehwal negara menyebabkan mereka menjadi lesu dan tidak bersikap proaktif dalam kepemimpinan mereka," katanya.

Empat mahasiswa jurusan Sains Politik UKM iaitu Hilman Idham, Ismail Aminuddin, Azlin Shafina Adzha dan Woon King Chai akan didakwa di Mahkamah Universiti UKM atas pertuduhan melakukan kesalahan menyalahi undang-undang seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 ekoran terlibat pada PRK Hulu Selangor.

Ekoran itu, mereka tampil membuat bantahan dan memohon agar pertuduhan itu dibatalkan atas dasar Malaysia khususnya universiti sendiri mengamalkan demokrasi seperti yang diwarwarkan kerajaan.

Sumber : Harakahdaily.net

Wednesday, 19 May 2010

Ceramah Jalan Terbaik Nafi Keluar Parti

Tindakan PAS Kedah mengerahkan tiga exco PKR dan seorang ADUN DAP - yang dispekulasikan melompat parti - ke majlis ceramah Sabtu ini merupakan sebaik-baik cara bagi menafikan spekulasi itu.
Setiasuaha PAS negeri Senator Muhamad Yusof Husin berkata sekiranya wakil rakyat tersebut tidak tampil memberikan penjelasan, rakyat akan terus bimbang terhadap kesetiaan mereka pada Pakatan Rakyat.
"Masalah ini (lompat parti) boleh diselesaikan secara dalaman (parti). Selagi kita tak buat macam ini (ceramah), keresahan (rakyat) berterusan. Rakyat kata, kenapa kerajaan negeri tak bertindak (mencegahnya)?

"Jadi biar mereka (empat wakil rakyat itu) menjelaskan apa yang didakwa (kepada mereka) pada hari itu, dengan memberi penjelasan dengan penuh ikhlas," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang semalam.

Muhamad Yusof mengulas desas desus bahawa keempat-empat wakil rakyat itu diminta bersumpah supaya setia bersama Pakatan di hadapan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Keempat-empat ADUN tersebut, S Manikumar (Bukit Selambau), Tan Chow Kang (Sidam) dan Lim Soo Nee (Kulim) daripada PKR. Manakala wakil DAP pula Lee Guan Aik (Kota Darulaman).


Mereka sebelum ini dilapor menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Azizan, sekali gus telah menafikan khabar angin mahu keluar parti.

Malah, mereka juga dilapor bersetuju untuk hadir ke majlis tersebut bagi menyatakan pendirian mereka di Kompleks PAS negeri di Kota Sarang Semut, pada 22 Mei, jam 9 malam.

Diminta mengulas bagaimana khabar angin itu muncul, Muhamad Yusof berkata beliau tidak tahu menahu berhubung perkara itu.

Berhubung khabar angin Manikumar, Tan, Lim dan Lee diminta bersumpah taat setia di hadapan Azizan, Muhammad Yusof memberikan jawapan yang sama.

Beliau juga berkata, dalam ceramah Ahad ini, PAS sebagai tunjang utama kerajaan Pakatan di Kedah tidak memberikan apa-apa arahan khusus, sebalik hanya diminta menyatakan pendiriannya.

"Kita tidak tahu apa yang ada isi hati mereka. Kita tidak ada beri arahan apa-apa (untuk ucapan) kepada mereka dan parti," katanya.

Tambahnya, dalam majlis yang dijangka dihadiri ribuan penyokong Pakatan itu, Pengerusi PKR Kedah Ahmad Kassim akan turut berucap. Manakala Azizan pula dijadual membuat penggulungan.

Muhamad Yusof itu juga menafikan PAS Kedah 'memaksa' keempat-empat ADUN itu hadir ke majlis tersebut.

"Kita tanya mereka (empat wakil rakyat itu) dulu, bukan kita tak ada hubungan dengan mereka," katanya.

Sumber : kedahlanie

Tuesday, 18 May 2010

Bubar Dun Kedah?

22 safar 1430

 
Pejuang Kecil © 2007 Template feito por Templates para Você