Followers

Tuesday 31 March 2009

Pemimpin Arab Menolak Waran Tangkap Ke Atas Al Basyir

Mesyuarat liga pemimpin Arab di Doha, ibu negara Qatar, telah menyangkal waran penangkapan antarabangsa yang dikeluarkan kepada Omar al-Bashir, presiden Sudan itu didakwa bertanggungjawab terhadap jenayah-jenayah perang yang berlaku di Darfur.

Dalam satu kenyataan draf yang dikeluarkan pada sesi akhir bagi hari pertama bagi sidang kemuncak Liga Arab yang ke-21 pada Isnin yang lalu , para pemimpin Arab menyatakan mereka akan meneliti waran tangkap tersebut samaada ia mencabuli perjanjian Vienna 1961.

Ia menyatakan yang mana-mana hasil usaha untuk disandarkan dalam apa jua keadaan di Darfur akan memerlukan satu perjanjian antara semua puak-puak Sudan, lebih daripada hanya perbicaraan bagi presiden.

"Kita menekankan perpaduan kita pada Sudan dan pemecatan dan penolakan kita bagi keputusan yang diambil oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa [ICC]," Amr Moussa, setiausaha agung League Arab, membaca kenyataan yang dikeluarkan.

Katanya, keputusan untuk menangkap al-Bashir tersebut telah disasarkan untuk " melemahkan perpaduan dan kestabilan Sudan".

Para pemimpin Arab menyokong Bashir

Ibrahim al-Faqir, duta Sudan di Doha, memberitahu Al Jazeera: "Kami sangat gembira dengan sokongan para pemimpn Arab kepada Presiden Al-Bashir ... dan kami penuh harapan tiada pemimpin Arab yang akan mengecewakan. Kita akan berlawan hingga keakhirnya."

Bangsa-bangsa Bersatu menyatakan bahawa sekurang-kurangnya 300,000 rakyat telah meninggal dunia, kebanyakannya akibat penularan penyakit dan kebuluran, semenjak pertempuran meletus di Darfur antara puak berkulit hitam Afrika dan militia Arab yang didakwa mempunyai kaitan dengan kerajaan Sudan pada 2003.

Khartoum telah menolak Kiraan jumlah kematian oleh PBB di Darfur, ia mendakwa hanya kira-kira 10,000 rakyat telah meninggal dunia.

Al Bashir memberitahu para perwakilan yang dia menghargai mereka terhadap "penolakan bagi keputusan yang tidak adil" yang dikeluarkan oleh ICC.

Pernyataan itu juga turut menetapkan terma-terma untuk hala tuju masa depan bagi perbincangan damai Israel - Palestin.

"Mereka menyatakan bahawa Inisiatif Damai Arab itu masih kekal tetapi ia tidak akan ada di kekal untuk masa yang lama," lapor wartawan Al Jazeera Amr el-Kahky pada sidang kemuncak itu.

Dia berkata mereka menyediakan dua kondisi buat masa depan perbincangan damai; iaitu Israel berhenti dari meneruskan penjajahan di tebing barat dan bersetuju pada ketetapan satu had masa yang ditentukan untuk memenuhi kewajipan-kewajipannya menuju ke arah keamanan.

"Kita sepakat satu matlamat untuk menghentikan pencerobohan oleh Israel, mengakhirkan pengepungan, pembukaan semula sempadan dan menekan Israel supaya bertanggungjawab bagi semua jenayah yang mereka lakukan," kata Moussa.

Kenyataan sidang kemuncak itu menyatakan pemimpin-pemimpin Arab telah bersetuju untuk membentuk sebuah jawatankuasa sah untuk mendapatkan untuk mendakwa pemimpin-pemimpin Israel atas serangan melebihi 22 hari keatas Gaza yang berakhir pada Januari lalu, menyebabkan lebih daripada 1,300 Rakyat Palestin maut.

Terdahulu Bashar al-Assad, presiden Syria, berkata sementara Inisiatif Damai Arab masih lagi di peringkat atas meja, kerajaan Israel yang bakal dibentuk di bawah kepimpinan Benjamin Netanyahu adalah "bukan rakan kongsi keamanan" yang baik.

"Israel melihat masa depannya dengan mengusir Warga Palestin untuk meluaskan penempatannya adalah satu alternatif," katanya. "Israel semakin melampau dan agresif."

Negara-negara Arab juga menyeru masyarakat antarabangsa untuk membantu mencegah pengedaran senjata nuklear di rantau ini dan berusaha terus kearah mewujudkan satu "zon bebas senjata".

Namun Moussa menyatakan ia akan diabaikan oleh Israel, yang dipercayai mempunyai satu program persenjataan nuklear tetapi tidak pernah mengakui perkara tersebut, untuk menandatangani perjanjian larangan pengembangan dan membenarkan kemudahan-kemudahannya untuk pemeriksaan.

Wartawan Al Jazeera el Kahky turut menyatakan tentang komen-komen sekitar isu nuklear yang diutarakan oleh negara-negara Arab yang bimbang terhadap cita-cita program nuklear Iran , yang didakwa Tehran sepenuhnya untuk tujuan keamanan tetapi banyak negara barat percaya ia dibangunkankan untuk persenjataan.

Bergerak ke hadapan

Marwan Bishara, penganalisis politik senior Al Jazeera berkata bahawa itu adalah suasana yang
pelbagai antara negara-negara Arab , yang dilihat berselisih pendapat tentang hubungan dengan Iran dan isu pertanggungjawaban terhadap isu serangan Israel selama 22 hari ke atas Semenanjung Gaza, dilihat semakin meningkat baik semasa sidang kemuncak itu.

"Apa kita yang kita telah dengar hari ini adalah lebih kurang satu kesepakatan sangat sederhana
berkenaan beberapa isu ... seperti menyokong Sudan," katanya.

"Ia adalah satu kenyataan sederhana, tetapi terdapat satu perasaan perkara-perkara itu telah menunjukkan sedidkit perubahan."

Al Bashir menghadiri sidang kemuncak dalam usaha menyatakan bantahan terhadap waran tangkap yang dikeluarkan oleh ICC, tetapi Qatar tidak akan menahan al-Bashir kerana ia bukan negara yang menandatangani persetujuan bersama dengan ICC.

Dia mengkritik majlis keselamatan PBB, badan yang diberi mandat oleh ICC untuk menyiasat keadaan di Darfur, dalam kenyataan Isnin lalu beliau mengatakan yang kredibilitinya adalah menghadapi risiko berhadapan dengan "sesetengah negara yang mempunyai hegemoni".

Beliau mendakwa ia adalah satu "institusi tidak demokratik yang ... bersikap double standard,
bermatlamat lemah dan bersikap membutakan mata terhadap jenayah-jenayah yang berlaku".

'Kebimbangan yang Dahsyat'

Ban Ki-moon, Setiausaha Agong PBB, telah mengkritik keputusan Sudan yang bertindak mengeluarkan 13 agensi bantuan antarabangsa daripada Darfur selepas waran tangkapan ICC telah dikeluarkan.

"Saya sangat bimbang oleh keputusan kerajaan untuk mengeluarkan pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa, dan menggantung kerja tiga NGO nasional yang menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan bantuan kehidupan untuk lebih satu juta penduduk," katanya.

Jamie Balfour-Paul, penasihat dasar Timur Tengah untuk Oxfam, menolak tuduhan Sudan yang mendakwa bahawa kerja-kerja kebajikan yang berpangkalan di United Kingdom itu melaksanakan tugas pengintipan untuk ICC.

"Kita tidak mempunyai sebarang perjanjian dengan ICC, kami sebuah organisasi kemanusiaan dan kami adil," katanya. "Kita tiada apa yang hendak dilakukan bersama dengan ICC dan kita tidak terlibat bersama terhadap apa jua keputusannya."

Sumber asal : Al Jazeera News

Terjemahan Oleh:

Akhukum
Pejuang Kecil
1.24 tnghr,4 Rabiul Akhir 1430

Hayyu Asyir, Kaherah, Mesir


0 comments:

22 safar 1430

 
Pejuang Kecil © 2007 Template feito por Templates para Você