Followers

Wednesday 26 November 2008

Cerita Babi Di Kedah

Tup-tup.... timbul cerita babi di Kedah.

Sebermula cerita, pada tahun 2007 Kedah Gemilang yang di perintah oleh BN telah meluluskan pembinaan Ladang Babi Moden yang tempatnya di Bukit Selambau. Tiba-tiba tahun 2008 Kedah Sejahtera mengambil alih pemerintahan pemerintahan oleh Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PAS, PKR dan DAP.

Adapun pada tahun 2008, pihak Jabatan Haiwan (Verterinar) Kedah telah berjumpa dengan EXCO Pertanian Kedah Sejahtera, Ir. Hj Phahrolrazi Zawawi untuk bertanya apakah gerangan keputusan yang telah diluluskan oleh Kerajaan Kedah Gemilang dulu nak diteruskan ataupun tidak?

Sebelum EXCO Pertanian Kedah Sejahtera memberi keputusan, dia telah meminta pihak Jabatan Haiwan (Verterinar) menceritakan rasional pembukaan Ladang Babi Moden di Bukit Selambau.

Mereka menerangkan dari segala sudut teknikal, dan keperluan memastikan pencemaran najis babi di kawasan ternakan yang berselarak di Kedah dapat di hentikan dengan pembinaan Ladang Babi Moden ini.

Jadi kami nak tunggu keputusan je.... nak teruskan yang kerajaan Kedah Gemilang dulu luluskan atau pun tidak.

Exco baru kata nanti sat, ini isu sensitif saya kena tanya MB dulu...

Ringkas cerita, EXCO pi tanya MB.

MB kata, "Stop!!!, Jangan teruskan."

Tutup fail.

Tiba-tiba, seperti yang selalu Allahyarham Ustaz Fadzil Nor, dok cerita dalam ceramahnya dahulu, "Kawax ligan kawax" (terjemahan pencuri kejar pencuri)

Dato Bashah, dalam disidang Dewan pada 18 hingga 20 November 2008 yang lalu telah mengemukakan soalan dalam Sidang DUN. Lebih kurang bunyi soalannya, "Adakah kerajaan Pakatan Rakyat bercadang untuk membuka Ladang Babi Moden...."

Yang aku kata, kawax ligan kawax.... kerana dia yang rancang, dia yang lulus tiba-tiba dia yang tanya kerajaan baru ni ada rancangan nak buka Ladang Babi Moden. Sebenarnya soalan perangkap.... teruskan pun masalah..... tak teruskan pun masalah.

Maka jawaban untuk mengelak ianya dieksploits kepada orang bukan Islam, maka di sebut ianya telah diluluskan oleh kerajaan dulu, dan akan diteruskan jika tidak mendapat bantahan.

Alhamdulillah, keluar dalam TV3, lepas tu pakat demontrasi riuh rendah tak mau ladang babi moden, Melayu tak suka, India tak suka, orang Cina pun tak suka..... maka lagi mudah buat keputusan. Tak akan teruskan pembinaan Ladang Babi Moden..... tutup fail sekali lagi.

Aku sendiri dari segi membuka Ladang Babi Moden yang dapat mengelakkan pencemaran alam sekitar setakat keperluan rakyat bukan Islam di Kedah agak tiada masalah, daripada terus menbiarkan ianya dipelihara berkeliaran masuk tak kira kampung orang Siam, Cina, India dan Melayu. Kemudian yang ada kandang pula najisnya dibiar meleleh masuk dalam sungai.

Tak payah bincang panjanglah lagi, pasai hujah nak buka atau tidak Ladang Babi Moden tu, di Kedah kerana orang yang makan babi pun tak setuju bela babi,

"Beli daging lagi senang dari nak bela sendiri, di Melaka banyak" kata Ah Tong.

Dinukil dari:
arisawang.blogspot.com

Akhukum
Pejuang Kecil

Tuesday 25 November 2008

Michael Jackson Beriman Kepada Allah

Berita gembira bintang pop terkenal dunia, Michael Jackson telah memeluk Islam disambut gembira oleh seluruh ummat Islam.Beliau telah memilih Mikaeel (Mikail) sebagai nama barunya, salah satu nama Malaikat yang diimani oleh ummat Islam.

Keislamannya mengundang pelbagai reaksi dari pelbagai pihak, antaranya komen Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang menyatakan bahawa keislaman Michael Jackson membuktikan kebenaran Islam sebagai cara hidup yang sempurna.

Jacko telah menerima seruan daripada sahabat karibnya di sebuah rumah di Los Angeles. Sebuah sumber menyebut, Jacko mengucapkan syahadah di sebuah studio rakaman kecil di rumah sahabat karibnya semasa proses rakaman album baru. Walaubagaimana pun sebuah majlis diadakan untuk menyaksikan jackson secara rasmi mengucapkan dua kalimah syahadah yang dipimpin oleh seorang Imam tempatan.

“Mereka mulai berdialog mengenai keimanan yang diyakini oleh mereka iaitu (Islam), dan
mengatakan bagaimana kehidupan mereka menjadi baik setelah memeluk agama baru itu. Hasilnya Michael tersentuh dengan idea memeluk Islam,”-sumber.

Beliau yang sebelumnya menolak menggunakan nama Musthafa, justeru lebih memilih nama Mikaeel (Mikail) sebagai nama baru. Semoga Allah memelihara keimanannya.

Michael Jackson telah mengalami pengembaraan rohani yang cukup lama setelah kehidupannya
banyak menderita dek segala macam permasalahan. Sebelum ini, beliau dikhabarkan telah akrab dan hampir dengan Persatuan Nation of Islam pimpinan Louis Farrakhan.

Sebelum ini Michael Jackson memeluk Islam Jermaine Jackson telah mendahului mengimani Agama kebenaran itu pada tahun 1989 yang lalu.

"Apabila saya kembali dari Makkah, saya telah mendapatkan untuknya pelbagai buku dan dia banyak bertanya mengenai agama saya dan saya telah menyatakan kepadanya ia penuh dengan kedamaian dan keindahan," kata Jermaine, 52 tahun kepada Muslim News.

"Dia mengkaji segalanya dan dia amat bangga dengan saya kerana telah menemui sesuatu yang dapat memberi kekuatan jiwa dan kedamaian".

Timbunan permasalahan berat yang dialami Jacko, membuat saudaranya Jermaine Jackson megusulkan agar artis yang sering dilanda kontroversi ini memilih Islam sebagai pelindung.Alhamdulillah akhirnya Jackson telah menemui hidayah Allah. Semoga lembaran ini menyemarakkan lagi suasana memilih Islam sebagai agama kehidupan oleh peminat-peminatnya.
Akhukum
Pejuang Kecil


Sedutan berita keislaman Michael Jackson

Wednesday 19 November 2008

Anak Kedah Pertama Syahid Di Bumi Afghan

As Syahid Fauzi Ismail


Firman Allah yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang untuk jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh" At Taubah:111


Tahun 1980an banyak merakamkan peristiwa penumpahan darah para syuhada tanahair ini sebagaimana yang dicatatkan di Memali dan Lubuk Merbau. Dalam pada itu, ribuan para mujahiddin bermandikan keringat dan darah di Afghanistan, Chechnya, Iran, Arakan, Moro, Kashmir, Pattani, penyembelihan di Tanjung Periuk dan bumi Aceh di Indonesia. Di medan pertempuran bumi Afghanistan, ramai pula anak bangsa kita turut berjuang atas nama agama. Di antaranya ada dua anak Melayu yang telah diterima dagangnya oleh Al Khaliq. Salah seorang darinya ialah Assyahid Fauzi Ismail. Bagi mengenang gugurnya putera Melayu itu maka saya muat-turunkan selingkar kisah dari buku 'Dagangnya Diterima Allah' tulisan saudara C.N Al Afghani untuk tatapan pengunjung laman web ini.

Latar Belakang As Syahid

Fauzi Ismail ialah anak kampung Kelut dalam Pokok Sena, Kedah. Dilahirkan dalam pada 1 September 1962, anak muda yang periang dan kental dengan semangat perjuangan ini merupakan pemuda PAS yang istiqomah mempertahankan tapak pusat pengajian Muassasah Darul Ulum iaitu projek terbesar PAS Kedah dalam tahun 1987. Muassasah ini terletak di Batu 14 1/2 Jalan Kuala Nerang berkeluasan lebih kurang 48 relung. Apabila berlaku rampasan sebahagian tanah tapak projek oleh pihak berkuasa, ratusan pemuda telah menawarkan diri untuk mengawal muassasah tersebut. Assyahid antara pemuda yang sanggup berjaga malam di sana.

Miskipun tidak mempunyai pendidikan asas agama yang mendalam tetapi semangat untuk menghayati perjuangan agama begitu kental. Sebelah siangnya beliau membuka kedai runcit di kampung dan malam pula dipenuhi dengan aktiviti keagamaan seperti mengaji al Quran, mengikut kuliah pengajian agama dan berusrah di tapak muassasah itu. Bermalam di sana memang mencabar kerana bertemankan nyamuk dan kedinginan malam. Mereka juga melibatkan diri dalam kerja sosial di kawasan setempat.

Fitnah Menduga Jiwa

Penglibatan pemuda-pemuda di Muassasah tersebut rupanya kurang disenangi oleh banyak pihak samada pihak luar maupun veteran-veteran PAS sendiri. Ekoran dari itu pihak berkuasa tempatan telah mengawasi mereka, lebih-lebih lagi bila aktiviti seni pertahanan diri diamalkan di sana. Guru silat mereka telah dilucutkan tauliah mengajar gara-gara tekanan pihak tertentu. Tekanan banyak pihak ini benar-benar mencabar mereka untuk bermujahadah di jalan Allah.

Berjihad.

Idea untuk berjihad bersama mujahidin di bumi Afghanistan tercetus selepas menyaksikan kekejaman kaum kuffar menzalimi saudara-saudara seagama di sana. Ekoran dari itu mereka bersepakat untuk mewakafkan diri sebagai anggota mujahiddin. Setelah bersusah payah mencari wang perbelanjaan untuk pergi ke bumi yang sedang bergelora itu, akhirnya sebilangan anak muda dari tapak muassasah ini berjaya menyertai lain-lain sukarelawan perang jihad dari berbagai negara.

Dagangnya Dibeli Allah.

As Syahid dan rakan-rakannya berpeluang kali pertama melawat kem musuh dan bandar Argoon yang telah menjadi padang jarak padang terkukur ditawan oleh mujahiddin. Bangkai musuh masih terbiar di jalanan tetapi keadaan cuaca yang begitu sejuk di sana menyebabkan bangkai tersebut tidak busuk. Berjuang di sini begitu mencabar ketika di musim sejuk kerana kedinginannya begitu mencengkam hingga ke tulang hitam.

Di Khemah, mereka berkawal dan bertugas mengikut jadual. Berpuasa sunat, sholat malam dan latihan jasmani dilakukan. Suatu pagi, dikisahkan assyahid ini bangun mandi sedangkan waktu itu musim sejuk. Rupa-rupanya beliau telah berhadas kerana malamnya bermimpi didatangi bidadari. Dikatakan bahawa bermimpi bidadari di kalangan mujahiddin adalah perkara biasa dan kebanyakannya mereka inilah yang akan terpilih sebagai syuhada dan berpeluang menghampiri bidadari.

Dimaklumkan setelah pasukan mujahiddin berjaya menawan daerah Khost, mereka telah pergi ke wilayah Jalalabad untuk bergabung dengan mujahiddin Arab di sana. Beliau telah diarahkan menjaga kubu di atas bukit yang sederhana tingginya di waktu malam. Bertemankan seorang rakan dari bangsa Arab, mereka mengawal kubu tersebut dan kawasan itu memang kerap disinggah peluru musuh. Telah ramai pula yang menemui syahid di bukit itu.

Memang sudah ditakdirkan antara ratusan biji bom dari kereta kebal musuh itu, ada peruntukan oleh Allah untuk assyahid Fauzi Ismail. Dengan gugurnya ledakan bom itu, berterbanganlah bidadari dari syurga Firdaus menyambut assyahid. Janji Allah itu benar, mimpi beliau sebelum ini memang menjadi kenyataan. Allah telah membayar nyawanya dengan keharuman kasturi dan bidadari yang serba suci. Anak muda itu syahid pada 28 Julai 1989. Allahu Akbar!!

Tanda Kesyahidan.

As Syahid Fauzi gugur di kubu itu dan rakannya yang parah dibawa turun untuk mendapat rawatan. Walaupun hampir 10 jam jenazah beliau berada di atas bukit itu, darah merah masih segar bugar dan panas mengalir.

" Jangan kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki" - Ali Imran 169.

Manakala ibu-bapanya di kampung pula, telah dipertemukan Allah dengan anak lelaki mereka bergelar syuhada itu melalui alam mimpi. Mimpi mereka lebih mendahului berita dari manusia. Wajah anak mereka tersenyum sayang dengan berjubah dan berserban merah. Mengertilah mereka bahawa dagang anaknya telah dibeli Allah dan tentunya mereka juga akan mendapat imbuhan dari pelaburan yang termahal ini.
Apabila ditanya kepada bapanya tentang anaknya itu, beliau menjawab:

" Dia tak mahu dunia. Dia tinggalkan kedai dan motornya untuk cari akhirat. Sekarang dia dah dapat... saya bersyukur."

Nota:Terima kasih dan jazakumul'Lah Khairan kathira kepada C.N Al Afghani kerana membukukan kisah perjuangan ini. Semoga Allah memberi ganjaran dan rahmat kepada saudara. Bersabarlah dalam merintis onak dan duri tribulasi ini. Amin.

Nukilan dari :
syuhada-melayu.blogspot.com

Penuh Harap Demi Kesyahidan

Akhukum
Pejuang Kecil

Tuesday 18 November 2008

Mursyidul A'm Ikhwan Muslimin Yang Ketujuh.

Fadhilatul Mursyid Mahdi Akif

Ia sesungguhnya adalah kelebihan Allah yang diberikan kepada kami bahawa Jamaah ini sudah lama, dan ia mempunyai peraturan kerja dan thawabitnya (perkara-perkara tetap), ini ditambah lagi dengan Ikhwan Muslimin yang tidak bekerja melainkan untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. Dengan ini semua perkara dapat disempurnakan dengan mudah dan senang, mengikut peraturan kerja Jamaah yang sedia diketahui", dengan menjelaskan bahawa pemimpin-pemimpin Jamaah yang berkenaan telah berkumpul dan memilih siapa yang akan memegang jawatan Mursyid. Kemudian berlaku ijma' (kesepakatan) ke atas nama yang dikemukakan dari semua institusi Ikhwan yang terdapat di medan antarabangsa."
- Fadhilatul Mursyid Al Ustaz Mahdi Akif.

Fadhilatul Mursyid Muhammad Mahdi Akif adalah Mursyidul A'm Gerakan Ikhwan Muslimin yang ketujuh. Beliau menggantikan Almarhum Ma'mun Hudhaibi sebagai Mursyidul A'm Ikhwan Muslimin pada tengahari Rabu 14 Januari 2004 yang lalu.Pada tarikh tersebut Ustaz Mohd Hilal yang memangku tugas-tugas Murshidul Am Ikhwan Muslimin setelah kewafatan Almarhum Maimun Hudhaibi dengan rasminya mengumumkan pengganti penerus kepimpinan Ikhwan oleh Muhammad Mahdi Akif. Seluruh Anggota Maktab Irsyad Ikhwan Muslimin bersepakat dan menyatakan baiah kepada beliau sebagai Mursyid Am yang Baru.

Biodata Ringkas Beliau

*Dilahirkan pada 12 Julai 1928 di Kafr Awad Al Sinita, Markaz Aja, Wilayah Daqhiliah, utara Kaherah, Mesir.

*Memulakan pendidikan rendah di Sekolah Rendah Al Mansourah dan peringkat menengah di Sekolah Menengah Fuad 1 di Kaherah. Kemudiannya menyambung pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Pendidikan Jasmani, dan mendapat ijazah tanggal 1950.

*Bekerja sebagai guru di Sekolah Menengah Fuad 1.

*Berkahwin dengan adik salah seorang Anggota Maktab Irsyad Ikhwan iaitu Dr. Mahmud Izzat dan memiliki empat orang cahaya mata.

*Mengenali Ikhwan dan mendapat didikan langsung dari Imam Hassan Al Banna tanggal 1940.

*Meneruskan pengajian di Fakulti Undang-undang pada tahun 1951 di Universiti Ain Shams.

*Berpengalaman Menentang Inggeris di Terusan Suez.

*Giat sebagai Ketua Bahagian Pelajar dan Ketua Bahagian Pendidikan Jasmani di ibu Pejabat Ikhwan Muslimin sebelum dijatuhkan hukuman mati tanggal Ogos 1954 atas tuduhan cubaan bunuh Presiden Jamal Abdun Nasir. Namun Hukuman diringankan kepada kerja berat seumur hidup.

*Tetapi dibebaskan pada 1974 setelah 20 tahun menderita dalam tahanan bersama Lima anggota Ikhwan yang lain.

*Menganggotai Maktab Irsyad Ikhwan Muslimin tanggal 1987.

*Mewakili Ikhwan sebagai ahli Parlimen Dewan Rakyat bagi Daerah Timur Kaherah bermula tanggal 1987 sehingga tahun 1990.

*Dihadapkan ke Mahkamah Tentera pada tahun 1996 atas tuduhan memimpin Tanzim Antarabangsa Ikhwan Muslimin dan dijatuhkan hukuman penjara 3 tahun.

*Jawatan terakhir sebelum diamanahkan sebagai Mursyidul A'm Ikhwan Muslimin ialah mengendalikan bahagian perhubungan dengan dunia Islam.

*Dibaia'h sebagai Mursyidul A'm Ikhwan Muslimin yang ke tujuh pada hari Rabu 14 Januari 2004.

Saranan dan panduan dari Beliau

Dasar Pembawaan yang memenuhi kesempurnaan.

"Ikhwan kesemuanya dididik bahawa mereka adalah Jamaah menyeluruh yang merangkumi politik, ekonomi dan agama, iaitu ikhwan adalah jamaah yang dididik untuk memberikan reaksi kepada semua urusan kehidupan."

Perinsip Yang Jelas

Demokrasi di dalam Ikhwan berada di peringkat yang paling tinggi, kerana Syura di sisi Jamaah adalah fardhu dan akhlak yang dijadikan ibadah kepada Allah s.w.t."

"Menjadi akhlak Ikhwan untuk tidak menggunakan keganasan, dengan itu mereka menyeru kepada Allah dengan ucapan yang baik dan memberikan nasihat yang dibina di atas asas ilmu". Beliau menjelaskan bahawa Jamaah Ikhwan Muslimin bukanlah Jamaah agama sahaja atau politik sahaja – seperti yang mahu digambarkan oleh sebahagian manusia – tetapi ia adalah jamaah Islam yang menyeluruh yang mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Reaksi yang jelas terhadap proses perubahan.

"Perubahan yang tidak menjamin kembalinya kebebasan dan pemansuhan undang-undang darurat dan undang-undang pengecualian bukanlah dinamakan perubahan".

Sikap dan pendirian yang realistik

Dr. Mohammad Mahdi Akif menegaskan bahawa Ikhwan tidak berusaha untuk menjatuhkan pemerintah, tetapi menghulurkan tangan mereka kepada pemerintah untuk berdialog dengan menjelaskan bahawa "Tidak ada di sana orang berakal yang hari ini sibuk untuk menjatuhkan pemerintah di tengah-tengah situasi dalaman yang tidak menentu dan meningkatnya ancaman luaran".

Optimis terhadap Janji Allah

walau sebesar manapun kuasa tentera penjajah Amerika, ia tetap akan berakhir, walaupun begitu kami sebagai umat Islam wajib kembali kepada Allah dan meningkatkan potensi ilmu kami.

Tegas kepada Golongan Kuffar

"Ini adalah pembohongan dan penipuan dan tidak memberikan kesan. Kami tidak akan berdialog dengan Syaitan (Amerika) yang tidak menghormati mana-mana prinsip kepada nilai, akhlak dan hak-hak kemanusiaan"

"Realiti telah membuktikan bahawa Amerika telah membohongi semua orang, ketika Amerika berjanji untuk menghormati hak-hak kemanusiaan dan demokrasi, mereka telah memerangi Afghanistan, Iraq dan mendokong Zionis membunuh rakyat Palestin, tanpa ada akhlak atau nilai".

Sekian,

Akhukum
Pejuang Kecil

Tuan Guru Terima Anugerah Nobel Asia

Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din melahirkan rasa kagum atas penganugerahan hadiah nobel keamanan kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat oleh Gusi Peace Price Foundation.


"Saya berasa amat terharu kerana penghargaan ini datang pada waktu dan saat umat Islam di Malaysia dan Asia melihat suatu perkembangan baru umat Islam di rantau ini yang mula meniti kejayaan khasnya bagi pejuang Islam di Malaysia," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.
"Sememangnya wajar tokoh itu diberi penghargaan, namun saya sangat yakin bahawa tuan guru tidak pernah mengharapkan anugerah itu kerana beliau lebih menghargai anugerah daripada Allah yang telah meletakkan beliau sebagai pejuang Islam yang beristiqamah, dedikasi dan komited dengan perjuangannya," katanya lagi.


Kejayaan tersebut ujarnya tidak dapat dipisahkan dengan sumbangan besar ulama' tersohor itu yang banyak menghasilkan karya, buku, mengajar, memberi pandangan yang kesahihannya menuju ke arah pembinaan ummah berteraskan Islam.Dalam pada itu, beliau turut menyatakan bahawa selain anugerah yang diberikan Allah kepada manusia, bagi umat Islam terlalu kurang mendapat anugerah daripada manusia khususnya bagi mereka yang gigih memperjuangkan agama Allah.


"Bagi orang Islam, anugerah teragung adalah apabila dapat bertemu dengan Allah kelak.
"Namun teramat kurang dunia memberikan penghargaan kepada pejuang-pejuang Islam dan karyawan ulung dan tersohor," ujarnya lagi.Beliau menganggapTuan Guru Nik Aziz memiliki pandangan yang membina, pendirian yang amat tegas, kata-kata yang didengari, dipatuhi pengikut serta amat digeruni musuh."Ketajaman penanya serta keberkesanan ideaya menjadi fokus utama penilai-penilai yang hendak menilai siapa tuan guru.


"Beliau seorang ulama' besar dan seorang ahli politik yang amat disegani, mempunyai visi dan misi yang jauh memandang ke hadapan, tok guru terus konsisten mengajak rakyat mendaulatkan Islam," katanya lagi.


Tuan Guru Nik Aziz dijangka akan menerima Anugerah Keamanan Nobel versi Asia, Anugerah Keamanan Gusi pada November ini di Manila, Filipina. Anugerah keamanan Gusi ini diadakan setiap tahun oleh Gusi Peace Price Foundation dan difahamkan 10 hingga 15 tokoh akan dipilih untuk menerima anugerah yayasan itu. Menurut sumber, anugerah ini akan disampaikan oleh Ketua Yayasan Gusi, Barry Gusi, di ibu pejabatnya yang terletak di Manila.


Barry Gusi dalam satu ulasannya mengenai penganugerahan itu berkata, Menteri Besar Kelantan itu merupakan tokoh kedua dari Malaysia yang memenangi anugerah ini. Untuk tahun ini, seramai 1,490 tokoh dicalonkan di seluruh dunia sebagai penerima anugerah tersebut. Anugerah ini boleh dikatakan sebagai anugerah Keamanan Nobel versi Asia, menurut Barry Gusi- By Harakahdaily

Thursday 6 November 2008

Al Quran Berbicara

Al Quran Berbicara Tentang Sifat Pejuang Islam

Sesungguhnya Al Quran Telah menyatakan sifat-sifat bagi mereka berjuang pada jalan Allah. Ia adalah pesanan dan peringatan buat semua ummat Nabi Muhammad SAW. agar sentiasa menyemai dan menjiwai muwashofat pejuang yang telah dinyatakan oleh Al Quran.


7 ayat berbicara tentang pejuang :


1. Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: "Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu". (Fushshilat ayat 30)

2. Di antara orang-orang mu'min itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada yang menunggu-nunggu dan mereka tidak merobah. (Al Ahzab ayat 23)

3. Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mu'min, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas , lagi Maha Mengetahui. (Al maidah ayat 54)

4. Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al Baqarah ayat 218)

5. Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar. (Al Hujurat ayat 15)

6. Tidaklah sama antara mu'min yang duduk yang tidak mempunyai 'uzur dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk satu derajat. Kepada masing-masing mereka Allah menjanjikan pahala yang baik dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk dengan pahala yang besar. (An Nisa' ayat 95)

7. Rasul telah beriman kepada Al Qur'an yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. : "Kami tidak membeda-bedakan antara seseorangpun dari rasul-rasul-Nya", dan mereka mengatakan: "Kami dengar dan kami ta'at." : "Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali." (Al Baqarah ayat 285)

Salam Perjuangan,

Akhukum
Pejuang Kecil

Monday 3 November 2008

Kem Bina Sahsiah (KBS) 08

KBS menjelang lagi

Alhamdulillah, Kem Bina Sahsiah 2008 akan menemui anda tidak lama lagi.Program tahunan tersebut adalah alternatif kepada Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). KBS bakal dilaksanakan mulai 16 November 2008 hingga 6 Disember 2008 bertempat di Kompleks Pendidikan Muassasah DaruI Ulum.

Kem Bina Sahsiah (KBS) tclah mula dilaksanakan pada tahun 2004 lagi. KBS adalah hasil ilham oleh YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak (Menteri Besar Kedah) dan dilaksanakan di Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ulum. Tahun ini merupakan anjuran kali ke-5.

Berdasarkan pengalaman lepas sambutan yang diberikan oleh para waris di seluruh Malaysia begitu menggalakkan. Peserta-eserta adalah terdiri daripada remaja lelaki dan perempuan yang berumur 15-19 tahun, datang dari pelbagai latar belakang keluarga. KBS dijalankan.selama 21 hari yang merangkumi tiga fasa. Ianya banyak menerapkan nilai nilai ukhawah, keinsafan, kasih sayang ibu bapa dan pelbagai lagi.

Objektif KBS

1) Membina sahsiah berlandaskan iman dan taqwa.

2) Menjana fikrah yang mampu menrungkai delima masyarakat

3) Menampilkan generasi remaja yang diimpikan oleh setiap lapisan masyarakat.

4) Menyediakan peluang pembelajaran secara intensif dalam masa singkat.

5) Melaksanakan pentarbiyahan secara terus dan berkesan

Tempoh program KBS dilaksanakan selama 21 hari iaitu mulai 16 November 2008 hingga 6 Disember 2008.Sepanjang Program ini peserta dibekalkan antaranya:

a) Makan dan minum
b) Nota kursus
c) Baju 'T' dan beg kursus
d) Penginapan
e) Keperluan perkhemahan
f) Pemeriksaan kesihatan,
g) Sijil penyertaan.

Jika anda ingin menyertai sila hubungi:

Ust. Musodak: 012-4827563
Ust. Salim: 013-5814585

Ust. Mohd Nizam: 019-5586401

En. Rashidi: 012-4365699

Ustazah Nor Puadi: 012-6441420 / 013-5931233


atau e-mail :
kembinasahsiah@gmail.com
dppnkedah@yahoo.com

Maklumat lanjut boleh dilayari di:

http://kembinasahsiah.blogspot.com/

Tolong promosi ja, pakat-pakat pi la nooooooo!


Akhukum,
Pejuang Kecil
Mantan urusetia Program KBS 07

22 safar 1430

 
Pejuang Kecil © 2007 Template feito por Templates para Você