Followers

Sunday 31 May 2009

Teater Menunggu Kata Dari Tuhan : Transformasi Uslub Dakwah Terkini

Oleh : Ustaz Halim Nasir

Alhamdulillah, seperti yg dirancang, program teater Menunggu Kata Dari Tuhan, biiznillah, berjaya dipersembahkan di dalam Masjid Batu, Permatang Pauh, SPtengah.

Kisah 3 org sahabat - Ka'ab bin Malik, Murarah bin Ar-Rabi'e dan Hilal bin Abi Umayyah di pulau oleh Rasulullah saw dan para sahabat selama 50 hari kerana secara sengaja tidak menghadiri Perang Tabuk, kawasan yg agak jauh di utara Madinah.

Ketika Rasulullah saw mengeluarkan arahan supaya sahabat bersiap untuk berjihad menentang tentera Rom di Tabuk, ALLAH SWT menguji mereka dgn 3 keadaan:

1. Cuaca adalah tersangat panas
2. Perjalanan agak jauh
3. Buah tamar pula sdg masak ranum

Sahabat bersiap untuk ke Tabuk, Ka'ab pula berlengah2, sehingga terlepas untuk ke Tabuk. Sekembali Rasulullah saw dari Tabuk, para sahabat yg tidak ke Tabuk dtg mengadap Rasulullah saw dan menyatakan keuzuran masing2, termasuk Ka'ab, Murarah dan Hilal.

Mereka tidak dipedulikan oleh Rasulullah saw dan para sahabat selama 50 hari!

Rasulullah saw melarang org ramai bercakap2 dgn Ka'ab. Murarah dan Hilal.

Kata Ka'ab- `Aku merasakan seluruh penghuni bumi menolak aku! Bumi Madinah ini bukan bumi yg aku kenal sebelum ini!'

Kata Ka'ab lagi- `Aku beri salam pada Rasulullah saw dalam majlis, aku tertanya2, apakah Rasulullah saw menggerakkan kedua2 bibirnya untuk menjawab salamku?'

Ka'ab dan 2 sahabat lagi menangis tanpa henti kerana Rasulullah saw tidak memperdulikan mereka lagi. Masuk hari ke -40, datanglah utusan Rasulullah saw bertemu Ka'ab untuk menyampaikan arahan Rasulullah saw supaya mereka bertiga memisahkan diri dari isteri2 mereka- tidak dibenarkan menggauli isteri2 mereka!

Mereka bertiga terus merintih, merayu kpd ALLAH SWT agar mengampunkan dosa mereka kerana tidak ke Tabuk. Sehinggalah apabila masuk hari ke-50, selepas subuh, berlari2lah Abu Qotadah r.h., menyatakan kpd mereka bertiga bahawa ALLAH telah menerima taubat mereka.

Di Masjid Nabawi........ Rasulullah saw mengizinkan org ramai untuk ucapkan tahniah kpd Ka'ab, Murrah dan Hilal r.h.m. Rasulullah bersabda- `Bergembiralah dgn kebaikan di hari yg engkau tempuhi sejak dilahirkan ibu engkau! Kata Ibn Taimiyyah r.h.m - Inilah maknanya, bahawa tiada peristiwa paling hebat yg kita tempuhi dalam hidup kita, semenjak dilahirkan ibu, melainkan hari di mana taubat kita diterima ALLAH SWT.

Atas penerimaan taubat itu, Ka'ab r.h. menginfaqkan separuh dpd kebun tamarnya di jalan ALLAH SWT.

Moral- Jangan abaikan tugas berjihad membela Islam kerana tidak mungkin kita akan mampu menanggung kemurkaan ALLAH SWT!

Berjihadlah dgn apa saja yg kita mampu, yg penting Islam berada di persadanya.


Cikgu Azizi Abdullah memulakan bicara pembuka kata

Membahaskan kisah Ka'ab bin Malik r.h. selepas teater

Sebahagian hadirin di dalam masjid




`Ka'ab' merayu dan merintih......

Terbaring lesu- menunggu kata dari Tuhan!

Bersyukur- Taubat 'Ka'ab' diterima ALLAH

Penulis bersama Sabri Yunus (Watak Ka'ab bin Malik)

Menjamu selera selepas persembahan. Sabri Yunus bersama Hj Azizi Abdullah.




" Gunakan seribu cara halal untuk sampaikan dakwah "


Akhukum

Pejuang Kecil


Saturday 30 May 2009

31 Mei “Hari Tanpa Tembakau Sedunia” : Merokok Hukumnya Haram


Tanggal 31hb Mei pada setiap tahun,Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganjur “Hari Tanpa Tembakau Sedunia” sebagai kempen tidak merokok. Tema untuk tahun ini adalah "Tobacco Health Warnings".

Bagi kita ummat Islam tema yang lebih tepat ialah " Merokok hukumnya haram".

Saksikan paparan dibawah ,
sebarkan tanda sokongan anda.








Friday 29 May 2009

ISA : Catatan Kezaliman Mangsa ISA

ISA memisahkan nenek dan Abah hingga hujung nyawa...

Jam 2.30 petang, jenazah telah disembahyangkan, namun belum ada tanda-tanda yang Abah akan tiba dari Taiping. Dimana saja kelibatku berada, pasti tetamu akan bertanya "bila lagi Mat Sah akan sampai? ". Aku hanya mengangkat bahu sambil memberi senyuman nipis.

Akhirnya, jam 3.15 petang, Abah dengan diiringi beberapa orang polis berpakaian biasa, berjalan masuk ke halaman rumah.Ketika Abah menjejakkan kaki ke ruang tamu ditempat dimana jenazah nenek di letakkan, suasana menjadi senyap seketika. Semua yang hadir memberi ruang untuk Abah mendekati nenek yang ditutupi kain batik berwarna hijau.

Abah duduk berteleku disebelah jenazah, perlahan-lahan beliau tunduk dan mencium pipi sejuk nenek. Abah mencium pipi kiri dan kanan..... itulah ciuman terakhir dari Abah untuk nenek....Ku perhatikan Abah agak lama melekapkan hidungnya di pipi itu. Mungkin selama ini Abah tidak pernah terfikir, penahanan dibawah ISA akan menyebabkan beliau dan ibu kandung kesayangannya terus menerus terpisah hingga ke akhir nyawa..... Ahh...terlalu zalim ISA ini ku rasakan.....
Sebaik saja mengangkat wajahnya setelah mencium pipi nenek, ku lihat Abah menyapu matanya yang merah dan berair beberapa kali.Aku sendiri tidak dapat menahan rasa sebak melihat Abah berbuat demikian. Aku amat memahami, tentunya kerinduan Abah terhadap nenek tidak pernah terubat kerana selama tujuh tahun di kurung di Kem Kamunting, peluang untuk Abah bertemu nenek amat terbatas sekali. Pastinya Abah amat terkilan, cita-citanya untuk menjaga nenek ketika nenek tua dan sakit, tidak kesampaian.....

Menyaksikan peristiwa itu, semua yang berada disekeliling jenazah nenek, turut merembeskan airmata .Masing-masing tak tertahan untuk meluahkan sebak didada. Tok Matcuba menenteramkan Abah dengan kata-kata yang baik.

Abah tidak lama berada disisi jenazah nenek.Sebaik saja mayat dimasukkan kedalam keranda untuk dibawa ke kereta jenazah, sepantas kilat, sekumpulan polis berpakaian biasa mengepung abah untuk dibawa kedalam kenderaan khas dan terus bertolak ke tanah perkuburan keluarga Tok Mat di Segambut.Aku sendiri tidak sempat untuk bersalam ataupun bertanya khabar. Abah begitu cepat hilang dari pandangan....


Aku memandu sendiri ditemani Suhaib ke Segambut. Abah telah lama tiba disana dan beliau dibenarkan keluar dari Van untuk sama-sama membantu pengkebumian itu. Kesemua polis brpakaian biasa turut berada dikawasan sekitar lahad yang digali untuk menyimpan tubuh arwah nenek.

Aku menunggu hingga segalanya selesai termasuk bacaan doa talkin. Kemudian Tok Mat dan anak-anak bergilir-gilir menyiram air mawar dipusara nenek. Sebaik saja siap siraman terakhir, Abah diberi masa beberapa minit untuk bersalaman dengan adik-beradik dan saudara-mara yang hadir di tanah perkuburan itu...... termasuk aku dan Suhaib.Aku tidak sempat bercakap dengan Abah. Aku hanya sempat mencium tangannya.....peganganitu terlepas dan bila kepala ku angkat, beliau telah berada beberapa meter jaraknya dariku , berjalan pantas di kerumuni sekumpulan lelaki menuju sebuah van bercermin hitam pekat yang diparkir betul-betul dihadapan kawasan perkuburan.......

Selepas itu, aku tidak tahu dimana Abah berada... adakah beliau masih bermalam di salah satu balai polis di Kula Lumpur ini, atau pun terus dibawa pulang ke Kem Kamunting.....

Yang jelasnya, kerinduan, cinta dan kasih sayang dari seorang ibu seperti nenek, yang telah dipisahkan dengan anaknya tanpa perikemanusiaan oleh akta Zalim ISA ini.... akhirnya dibawa bersama ke liang lahad.

Al Faatihah

Sumber: http://lailagmi.blogspot.com/

"Jangan sesekali anda cenderung kepada Kezaliman"

Akhukum

Pejuang Kecil

12.48 Tnghr, 5 Jamadil Thani 1430
Rumah Kedah, Hayyu 10, Kaherah Mesir

Tuesday 26 May 2009

Muktamar : Tahniah! Peralihan Kepimpinan Pemuda PAS Pusat Lancar

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan licin. Itulah yang dapat digambarkan terhadap proses peralihan kepimpinan baru Dewan Pemuda PAS Pusat apabila tarikh pengesahan untuk calon-calon yang menerima pencalonan tamat hari ini.

Tiga jawatan yang menjadi tonggak dan tumpuan utama Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini menyaksikan masing-masing calon menang tanpa bertanding. Pemilihan pada tahun ini menyaksikan persaraan wajib YB Solahudin Ayub yang sekian lama telah berbakti sebagai payung utama kepada gerakan kepemudaan Islam melalui wadah PAS.

Seperti yang dijangkakan pemuda lebih cenderong menggunakan semangat bermesyuarat dalam menentukan perjawatan dalam memimpin Pemuda PAS.

Setelah proses pengesahan tamat, Ustaz Nasruddin Tantawi sebulat suara dipilih sebagai Ketua Pemuda PAS Pusat manakala jawatan timbalannya disandang oleh Azman Syafawi dan Naib Ketua Pemudanya ialah Sabki Yusof.

Tahniah dan takziah buat kepimpinan baru.

Akukum

Pejuang Kecil

5.13 petang, 2 Jamadil Thani 1430

Rumah Kedah, Hayyu 10, Kaherah Mesir


Monday 25 May 2009

Tarikh Sambutan Maulid Ahlu Baitun Nabi di Mesir

Klik poster untuk paparan sebenar

Buat tatapan semua para pencinta ahli keluarga Nabi Sallallahu A'laihi Wasallam. Paparan di atas adalah jadual sambutan kelahiran para ahli keluarga Rasulullah Sallallahu A'laihi Wasallam yang menetap dan wafat di bumi Mesir. Semoga roh mereka dicucuri rahmat Allah. Radhiallahu A'nhum Ajmai'n.

Sumber paparan : blog abna' Tariqat Syeikh Soleh Jaafari Radhiallahu A'nhu

Akhukum

Pejuang Kecil


8.30 malam, 1 Jamadil Thani 1430
Rumah Kedah, Hayyu 10, Kaherah Mesir

Saturday 23 May 2009

Fikir-Fikirkan lah !


Hasil tinjauan poll Mstar, siapakah yang paling
layak sebagai MB Perak.

Pada pendapat anda, siapakah yang benar-benar
bertakhta di hati rakyat Perak?.

Anda tentu ada jawapannya.


Akhukum
Pejuang Kecil

6.14 Pagi, 29 Jamadil Awal 1430
Rumah Kedah, Hayyu 10, Kaherah Mesir


Tuesday 19 May 2009

Bangun Dari Lembah Kegelapan Menuju Cahaya Islam

Amerika Kagumi Kebangkitan Muslim Dari Lembah Hitam



AMERIKA – Setelah belasan tahun menjadi pengedar dadah, seorang pemuda Puerto Rico yang “lemas” menemui cahaya kehidupannya ketika memutuskan untuk memeluk agama Islam. Begitulah gambaran filem drama Islami berjudul “New Muslim Cool” garapan Jennifer Maytorena Taylor yang memenangi anugerah melalui usahanya itu.

Filem tersebut diadaptasi dari kisah nyata, berfokus pada kehidupan Hamza Perez, seorang Muslim Puerto Rico yang hidup dalam pengaruh lingkungan agama Kristian dan memutuskan menjadi Muslim setelah 12 tahun bekerja sebagai pengedar dadah.

Mencari kehidupan yang lebih baik, Perez berpindah ke Utara Pittsburg, mencuba membina keluarganya yang kedua, dan menceritakan kisah hidupnya dengan menjadi penyanyi rapper. Konflik semakin memuncak apabila pihak polis Amerika mengadakan operasi besar-besaran terhadap komuniti Muslim Amerika pasca serangan 11 September. Hal tersebut membuat Perez semakin berpegang teguh kepada Islam, dan menjalinkan hubungan baru dengan kelompok Kristian dan Yahudi.

New Muslim Cool membawa penonton menghayati sekitar kisah kehidupan Perez yang penuh konflik dan dilema, dimana penonton dihadapkan pada kenyataan bahawa dunia tidak pernah berhenti berubah.

Filem tersebut turut ditampilkan dalam Festival Filem Internasional di San Fransisco, 25 April lalu, dan akan disiarkan pada 23 Jun mendatang.

Bercita-cita menjadi seorang penari, Jennifer terpaksa berhadapan dengan pelbagai hambatan, yang membawanya ke Brazil dan Argentina sebagai penerbit filem dokumentari.

“Sangat mudah berkomunikasi dengan masyarakat disana, dan saya lihat begitu besar pengaruh budaya pop setelah mereka berada di bawah pemerintahan diktator, dan itulah yang membuat saya memutuskan membuat filem disana,” kata Jennifer.

Ketika ditanya alasannya membuat filem mengenai kehidupan Muslim Amerika, Jennifer menjelaskan bahawa sejak kejadian 11 September 2001, tidak seperti kebayakan warga Amerika yang lain, dia lebih tertarik untuk mengetahui lebih banyak tentang kehidupan komuniti Muslim Amerika, yang akhirnya membawanya kepada langkah awal “New Muslim Cool”.

Dia juga menceritakan sedikit kisah tentang masa lalu Perez.

“Hamza Perez lahir dalam sebuah keluarga Kristian, hinggalah dia terjebak ke dalam dunia gelap dadah dan aksi jenayah senjata api yang hampir meragut nyawanya. Perasaan tersebut terus menghantuinya meski dia telah meninggalkan dunia tersebut. Ketika dia memeluk Islam dan melaksanakan solat lima waktu sehari, perasaan aman begitu menyelubungi dirinya.”

Selain bertujuan memberi gambaran kepada masyarakat Amerika mengenai kehidupan komuniti Muslim Smerika. “New Muslim Cool” juga menyelenggarakan aksi amal yang rencananya digunakan untuk mengadakan forum diskusi antara agama, sehingga dapat membuka mata Amerika lebih lebar.

Olahan semula ke dalam bahasa Melayu standard dari
sumber asal : swaramuslim.net

Akhukum

Pejuang kecil


Wednesday 13 May 2009

Tahniah & Takziah Buat Kepimpinan Baru Pemuda PAS Kedah

Ketua Pemuda Kedah : Ustaz Musoddak berlalu pergi, Ustaz Mad Ya menggalang ganti.


Sekalung tahniah dan seiring takziah buat Ustaz Ahmad Yahya (Azhari) - gambar yang telah diamanahkan sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah yang baru pada Muktamar Tahunan dewan tersebut baru-baru ini. Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah telah dilaksanakan dengan sempurna pada 8&9 Mei 2009 itu juga menyaksikan beberapa tokoh Pemuda Kedah termasuk mantan ketuanya mengundur diri dari barisan kepimpinan peringkat tertinggi itu lantaran faktor usia yang membatas, sekalung penghargaan buat mereka yang yang bertungkus lumus selama ini untuk menjayakan agenda DPPNK :

1. Ust Musoddak Hj Ahmad , Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (2005-2009), Setiausaha DPPNK (2002-2005), Exco DPPNK (1996-2002)

2. Ust Mohd Zainol Asri bin Ramli, Naib Ketua Pemuda (2007-2009), Exco DPPNK (1996-2007)

3.Sdr. Mohd Yani bin Bakar , Exco DPPNK 2003-2009

4. Ust Mohd Lutfi Ariffin , Exco DPPNK (1999-2003 dan 2007-2008)

Kepimpinan Baru DPPNK menggalas amanah

Semoga kepimpinan baru yang menggalas tanggungjawab meneruskan mata rantai perjuangan ini akan melaksanakan amanah yang diterima dengan penuh amanah dan dedikasi.

Berikut adalah barisan kepimpinan baru DPPNK (sumber:dppnkedah.blogspot.com) :

Ketua Pemuda
Ust. Ahmad bin Yahya(Azhari)
Lajnah: Tarbiah dan latihan Kepimpinan

Timbalan Ketua Pemuda
Sdr. Muhammad Sanusi bin Md Nor
Lajnah: Politik dan Organisasi

Naib Ketua Pemuda
YB Ust Ahmad Izzat bin Hj Shauki(Azhari)
Lajnah: Sukarelawan Pemuda Kedah (SPP)

Setiausaha
Mohd Rosli bin Azmi

Bendahari
Sdr. Yusrin Zakri bin Adnan

Ketua Penerangan
YB. Ust Nasir bin Zakaria

AHLI JAWATANKUASA :

1. Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan
Ust. Fadzil Muhd Noor bin Sahani

2. Jabatan AMAL Kedah
Ust. Zelani bin Nik Chik

3. Lajnah Ekonomi dan Pembangunan Usahawan
Sdr. Yusrin Zakri bin Adnan

4. Lajnah Petani, Peniaga dan Penternak
Sdr. Fadzil bin Baharum

5. Jabatan Pembangunan Mahasiswa
Ust. Salim bin Mahmud(Azhari)

6. Lajnah Sukan dan Kebudayaan
Ust. Yusuf bin Awang(Azhari)

7. Jabatan PASTI
Ust. Mohd Azam bin Abd Samat(Azhari)

8. Lajnah Pendidikan
Ust. Mohamad bin Ismail

9. Lajnah Pembangunan Remaja
Ust. Syahril bin Azir(Azhari)

10. Lajnah Perpaduan Nasional dan Guaman
Sdr. Muhammad Afif bin Abdullah

11. Lajnah IT
Sdr. Azman bin Ahmad

12. Lajnah Media dan Perhubungan Awam
Sdr. Mohd Helmi bin Khalid

Mesyuarat juga melantik 5 orang Exco Pemuda baru :-

1.Sdr Helmi bin Khalid
2.Sdr. Fadzil Muhd Noor bin Sahani
3.Ust Syahril bin Azir
4.Sdr. Yahya bin Abdullah
5.Cikgu Nasri bin Muarat

"Tahniah hampa kuat PAS dari dulu sampai la ni"

Sekian

Akhukum
Pejuang Kecil

6.43, 18 Jamadil Awal 1430

Rumah Kedah, Hayyu A'syir, Kaherah


Monday 11 May 2009

Aqidah Perjuangan: Kerajaan Allah Berkuasa Mengatasi Makar Kerajaan Haram Perak

Imanilah firman Allah:

وَقَدْ مَكَرُواْ مَكْرَهُمْ وَعِندَ اللّهِ مَكْرُهُمْ وَإِن كَانَ مَكْرُهُمْ لِتَزُولَ مِنْهُ الْجِبَالُ. فَلاَ تَحْسَبَنَّ اللّهَ مُخْلِفَ وَعْدِهِ رُسُلَهُ إِنَّ اللّهَ عَزِيزٌ ذُو انْتِقَامٍ


Dan sesungguhnya mereka telah membuat makar yang besar padahal di sisi Allah-lah (balasan) makar mereka itu. Dan sesungguhnya makar mereka itu (amat besar) sehingga gunung-gunung dapat lenyap karenanya. Kerana itu janganlah sekali-kali kamu mengira Allah akan menyalahi janji-Nya kepada rasul-rasul-Nya; sesungguhnya Allah Maha Perkasa, lagi mempunyai pembalasan. Ibrahim ayat 46-47

Lapan Mei lalu seusai kemegahan kuasa yang ditunjukkan oleh "Pakatan Haram" di DUN Perak, Kemas berdiri di atas mimbar Rusila , Tok Guru Ayah Chik mengulas isu pencabulan Dun Perak dengan penuh tenang dan yakin membaca, mengimani dan membenarkan ayat di atas yang menyatakan tentang perancangan jahat golongan tertentu melawan kehendak Allah namun Allah maha bijaksana mengalahkan perancangan kotor itu walau sehebat mana sekali pun.

Dalam amanatnya Tok Guru memasakkan tunjang akidah yang sepatutnya kita sematkan di dada bagi bekalan menghadapi kemelut tunjuk kuasa haram kerajaan haram perak yang dipimpin oleh Dr Zamri.Tok Guru berpesan kita ummat Islam wajib yakin kerajaan Allah lebih berkuasa dari pada "Kerajaan Haram Perak" itu.

Fahamnya, jangan sesekali merasakan kita terlalu berkuasa sehingga tanpa sedar kita tidak lagi memandang betapa ada lagi kuasa yang lebih tinggi iaitu kerajaan Allah. Allah adalah pemilik segala kerajaan, (Al Malikul Mulk) Raja kepada segala raja-raja.

"Untuk siapa kerajaan hari ini, Hanya sanya untuk Allah Yang Maha Perkasa".

Hari ini Allah telah membuktikan kebenaran dengan kemenangan "YAB Menteri Besar Halal" dari Pakatan Rakyat mengalahkan "Pakatan Haram" "Menteri Besar Haram" yang merampas kuasa Kerajaan Perak. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah, maka yang haram semakin jelaslah taraf haramnya.

Jelas, pegangan yang harus kita pasak di dalam hati ialah keyakinan kepada Allah dalam setiap perkara.Apakah maknanya, Maknanya walaupun sekiranya Allah mentaqdirkan keputusan berpihak kepada kerajaan haram sekali pun kita tetap berpihak kepada ketentuan Allah dengan syarat kita telah berjuang semampu daya sehabis usaha.

Tetapi sudah terbukti, Allah mengurniakan kemenangan yang tidak disangka itu kepada Pakatan Rakyat. Ia membuktikan kebenaran yang kita perjuangkan mengalahkan makar jahat pakatan "MB Haram" Perak.

Andai keputusan mahkamah menyatakan Pakatan Rakyat kalah sekalipun, sangka baik kepada Allah itu teytap wajib. Allah mengetahui segalanya, mungkin itu untuk menguji kekuatan iman kita.

Tetapi syukur tidak terhingga kehendak kita direstu Allah, maka Pakatan Rakyat mencapai kemenangan yang bermakna di mahkamah tinggi.

Syukur, Alhamdulillah.

Kesilapan Pakatan Zamri: Tidak Sedar Kerajaan Allah lebih Berkuasa.

Mungkin "Pakatan Zamri" yang bekerjasama dengan Dato SUK Perak kurang meneliti bahawa ada lagi kuasa yang lebih gagah dan agung dari leluasa "Kerajaan Haram" mereka itu. Ketahuilah kuasa besar itu adalah Kerajaan Allah. Keyakinan mereka mungkin menyatakan bahawa mereka perlu langgar dahulu apa yang ada untuk mendapatkan kuasa walupun melalui jalan yang pincang dan zalim, kemudian melalui segala jentera yang ada mereka akan cuba mengubah kembali pemikiran rakyat supaya pulang ke pangkuan mereka.

Mereka juga mungkin lupa bahawa Allah sedang memerhati gelagat mereka. Bukankah Allah telah berfirman:

وَلاَ تَحْسَبَنَّ اللّهَ غَافِلاً عَمَّا يَعْمَلُ الظَّالِمُونَ إِنَّمَا يُؤَخِّرُهُمْ لِيَوْمٍ تَشْخَصُ فِيهِ الأَبْصَارُ

Dan janganlah sekali-kali kamu (Muhammad) mengira, bahwa Allah lalai dari apa yang diperbuat oleh orang-orang yang lalim. Sesungguhnya Allah memberi tangguh kepada mereka sampai hari yang pada waktu itu mata (mereka) terbelalak. Ibrahim ayat 42


Perancangan jahat mereka ini bukan sahaja tidak dilihat zalim oleh sesetengah pihak malah ada golongan yang cenderung menyokong malah mendokong untuk menjayakan agenda yang tidak bertamadun dan zalim ini. Mereka ini terdiri daripada Dato SUK Perak dan sekelompok golongan pegawai kerajaan yang tidak beramanah. Mereka tidak mengendahkan peringatan Allah dalam firmannya.

وَلاَ تَرْكَنُواْ إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ اللّهِ مِنْ أَوْلِيَاء ثُمَّ لاَ تُنصَرُونَ


Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan. Hud ayat 113


Malang sekali apabila ada insan yang namanya dan keturunannya muslim, tetapi tanpa disedari pegangan aqidahnya agak pincang.Orang yang beraqidah mantap tentu mereka akan beriman dan berpegang dengan ayat diatas.

Seruan keinsafan kepada Dato SUK Perak dan segolongan yang bersama beliau, Bentara Dewan yang enggan melaksanakan arahan Tuan Speaker, begitu juga pegawai-pegawai polis yang turut sama terlibat mengkhianati Kerajaan Perak semasa di bawah pimpinan YAB Nizar, bertaubatlah kepada Allah dan segeralah menuntut maaf anda sebelim terlambat. Bahkan mereka bukan sahaja mengkhianati kerajaan yang sah malah mereka terbukti cenderong kepada "Pakatan Haram" BN yang zalim yang menjatuh dan menafikan hak kerajaan yang sah di Perak.

Mungkin setelah mendengar keputusan mahkamah tersebut juak-juak yang merancang kejatuhan Kerajaan Perak pimpinan Nizar pasti terketar-terketar bimbang mereka akan menerima sesuatu yang "ngeri" setelah tampuk pemerintahan Kerajaan Perak kembali semula kepada Pakatan Rakyat.

Mungkin ada di kalangan mereka yang menyesal dan terfikir sejenak, rupa-rupanya ada lagi kuasa yang lebih besar dari kuasa haram mereka. Memang benar dan sahih bahawa kuasa dan perancangan Allah telah mengatasi perancangan jahat mereka, mungkin itulah yang mereka tidak mengimaninya ketika galak merancang perbuatan jahat itu.

Ingat!, mereka bukan hanya cenderung kepada kezaliman bahkan mereka adalah pengkhianat amanah rakyat.yakinlah mereka akan menerima balasan Allah sekiranya mereka enggan kembali bertaubat kepada Allah.

Ingat!, aqidah kita ialah beriman dengan kekuasan kerajaan Allah.

Kerajaan Haram : Pengajaran Dari Kisah Firaun

Firaun juga dahulunya melalukan perancangan yang paling jahat dan keji semata-mata ingin kekal berkuasa. Rancangan Firaun disebut Allah:

يُذَبِّحُونَ أَبْنَاءكُمْ وَيَسْتَحْيُونَ نِسَاءكُمْ وَفِي ذَلِكُم بَلاء مِّن رَّبِّكُمْ عَظِيمٌ

mereka menyembelih anak-anakmu yang laki-laki dan membiarkan hidup anak-anakmu yang perempuan. Dan pada yang demikian itu terdapat cobaan-cobaan yang besar dari Tuhanmu. Baqarah ayat 49


Jangan sesekali kita lupa pengajaran dalam kisah Firaun yang dinyatakan Allah ini. Firaun yang mendapat tanda kejatuhan kerajaannya ditangan seorang pemuda yang bakal muncul dari kalangan Bani Israel jelas bimbang dan gelabah. Lalu Firaun yang terkenal jahat dan kejam ini merancang dengan makar yang paling jahat di atas muka bumi iaitu membunuh semua bayi lelaki dan mengekalkan bayi perempuan Bani Israel. Namun perancangan Allah mengatasi perancangan jahat Firaun, maka Nabi Musa yang telah ditentukan Allah bagi menjatuhkan kerajaan Firaun akhirnya membesar di dalam istananya sendiri. Perancangan Allah yang sangat tidak terjangkau oleh akal tetapi itulah hakikatnya. Akhirnya kerajaan Firaun dihancurkan Allah.

وَأَغْرَقْنَا آلَ فِرْعَوْنَ وَأَنتُمْ تَنظُرُونَ


Dan Kami tenggelamkan (Firaun) dan pengikut-pengikutnya sedang kamu sendiri menyaksikan. Al Baqarah ayat 50


Oleh itu, insaflah wahai manusia. Berimanlah dengan kekuasaan kerajaan Allah dan ingatlah Allah akan memberikan kekuasaan kepada sesiapa yang dikendakinya.Maka jika kamu menerima amanah memakmurkan bumi ini maka tunaikanlah kehendak dan perintah Allah.

Itulah sebaik-baik pemimpin dan pemerintahan.

Buat sekalian pemerintah hayatilah firman Allah:

الَّذِينَ إِن مَّكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنكَرِ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ

"(yaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, niscaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar; dan kepada Allah-lah kembali segala urusan." Al Haj ayat 41


"Kerajaan Allah Maha Berkuasa"


Sekian Akhukum

Pejuang Kecil
6.06 petang, 16 Jamadil Awwal 1430

Rumah Kedah, Hayyu A'syir, Kaherah, Mesir


Friday 8 May 2009

Kawan-kawan dan Keluargaku Adalah Pejuang Islam

"Tiada yang paling mengembirakan bagiku selain menyaksikan rakan-rakan dan ahli keluargaku berganding bahu berjuang bersama demi Islam tercinta".

Dalam sebuah hadis Ibn Umar menyatakan:

“Kami apabila membaiah Rasulullah s.a.w adalah atas dengar dan taat dan dia berkata kepada kami ‘Pada apa yang kamu mampu’.” (Riwayat Bukhari & Muslim)


Selepas Solat Jumaat, pulang dan terus menghadap komputer melayari ruang-ruang yang memaparkan peristiwa semasa tanah air Malaysia. Dari Perak sampailah ke Kedah, dari blog Cina Islam sampailah ke blog Pemuda Baling, dari caca merba DUN Perak sampailah ke Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Baling ke-27 .

Sahabat-sahabat seperjuangan yang telah membenarkan janji setia mereka

Asyik menyaksikan rakaman lensa paparan sekitar program Mesyuarat Agung Pemuda Baling mata tertarik melihat beberapa individu yang amat dikenali mata dan hati ini. Dah jadi pimpinan pemuda rupanya mereka. Mereka telah membuktikan janji setia mereka untuk memperjuangkan Islam melalui wadah gerakan Islam PAS. Tahniah!.



Terasa bersemangat mencontohi sikap menepati janji beberapa tokoh baru kepimpinan muda Baling ini. Bermula dan bersama di alam mahasiswa kini mereka berbakti pula di medan yang lebih mencabar dan penuh gelora. Tentu orang Baling merasa lega dan gembira melihat ustaz-ustaz muda ini bersedia dan sanggup menyambung kesinambungan kepimpinan Ulamak yang di lancarkan tahun 1982 dahulu di Pulau Pinang. Semasa tu Pejuang Kecil baru dilahirkan.

Nama seperti Ustaz Zairi Amir Hj Abd Wahab (Mantan YDP MKKK) di dalam alam kemahasiswaan Mesir dahulunya kini sebagai Setiausaha Pemuda PAS Baling
, Ustaz Roshidi Md Aroff (sahabat lama) pernah menjadi YDP MPP Kolej Universiti Insaniah kini sebagai Naib Ketua Pemuda Baling.

Ramai lagi la! seperti Ustaz Mohd Fauzi b Hashim (Bekas siswa Al Azhar dan manatan BP PMRAM), Ustaz Afnan (Bekas siswa Al Azhar), Ustaz Lan (Bekas siswa Insaniah dan Al Azhar) semua mereka adalah sahabat lama yang kini melibatkan diri dalam perjuangan di Malaysia. Semoga kalian thabat, Insya Allah!.

"Keluarga Pejuang"


Tinggal lah diri ini masih berkelana di bumi Anbiya' ini. Kaki dan tangan masih di Mesir tapi hati dah lama sampai ke Malaysia, merewang dari KLIA sampailah ke Pong Utara menyapa ayah dan ummi. Teringat kesusahan ayah yang terpaksa lagi memegang amanah ketua cawangan PAS walaupun dah bergenjak usia senja. Ayah sewaktu mudanya penuh dengan aktiviti Pemuda PAS Padang Terap dan negeri , pernah berkampung bersama para pemuda PAS seluruh Kedah di Kompleks Pendidikan PAS Kedah untuk mempertahankan tanah Muassah Darul Ulum dari dirampas Kerajaan BN Kedah.













Nazim , Ummi dan Husna

Ummi pula masih bersemangat menunaikan amanah perjuangan sebagai AJK Dewan Muslimat PAS Padang Terap. Walupun mereka berdua sibuk "Kais pagi makan pagi" demi sesuap nasi untuk anak-anak namun masih sempat menggagahkan diri untuk perjuangan Islam. Insaf sungguh!.

"Terkilan dan sedih kerana masih belum berpeluang menolong mereka secara langsung". Cuma baru ni terdetik nak tolong Ummi apabila hati tersentuh mendengar luahan hati Ummi tentang kepayahan dan kesulitan nak tunaikan tanggungjawab sebagai ketua Lajnah Penerangan DMPPT.

Akhirnya, setelah berbincang dengan adik-adik yang tercinta Husna dan Nazim, keputusannya kami bersedia membuat satu blog penerangan untuk melancarkan tugas Ummi sebagai Ketua Lajnah Penerangan. Insya Allah, doakan agar dipermudahkan usaha kecil membantu Ummi ini.

Hakikatnya hati kecil ini merasa sangat beruntung. Alhamdulillah, keluarga saya "keluarga pejuang" rupanya. Masih terngiang-ngiang di telinga ini, gurauan ayah sewaktu berbual di talian maya semalam, merujuk kepada amanah yang baru diberikan PAS kepadanya.

Kata ayah " Depa ni (PAS) teghuk sungguh daghi bini (Isteri) sampai laki (Suami) semua depa ambik".

Hati saya ketawa kecil tapi kemudian penuh syukur dan bangga, Alhamdulillah rupanya doa saya kepada Allah nakkan keluarga yang berjuang melalui PAS didengar Allah.

Ayah dan Ummi lama dah melibatkan diri dalam PAS, sebelum kahwin sampailah mereka berdua dah bercucu seorang, tapi dari adik saya la. Bukan saya na!.

Teringat kenangan waktu kecil, ayah dan ummi pantang ada program PAS, dari ceramah sampailah ke tamrin PAS saya akan diusung bersama menghadiri program.

Kalau ada ceramah ayah akan balutkan serban di kepala saya, ayah juga turut berserban, ummi pula akan berjubah. Kemudian kami sama-sama membonceng "Honda Kapcai " meredah kedinginan malam demi mendengar ceramah PAS menyentuh isu semasa dan amanat kepimpinan. Suasana ceramah masa tu , si penceramah pantang keluar suara pasti ada yang bertakbir. Saya pun turut bertakbir bersama Ayah walaupun tak faham apa yang diperkatakan. Tapi itulah tamrin dan tarbiah awal PAS yang ayah dan ummi berikan kepada saya bagi memahamkan anak kecil mereka tentang kewajipan bersama PAS memperjuangkan Islam. Suasana sebegini kekal sehingga kelahiran adik baru, dia pun diarak merata bagi mendengar ceramah PAS.

Ummi bercerita, katanya sewaktu saya masih kanak-kanak, masa tu telah berlaku peristiwa Memali, ustaz Ibrahim Libya yang turut diminati pidatonya oleh ayah telah syahid dibunuh oleh kerajaan BN. Ustaz Ibrahim Mahmud gugur syahid bersama rakan-rakan yang lain. Seusai peristiwa agung itu ummi bawa saya melawat rumah dan madrasah tempat berlakunya peristiwa kejam pembunuhan pemidato hebat itu.

Oklah, banyak lagi kenangan lama bersama ayah dan ummi dalam PAS ni. Kalau nak cerita di sini tak habis. lain kali kita cerita lagi na!.

Apa pun dalam catatan santai ni, saya panjatkan rasa syukur yang tidak terhingga gagasan diri membina "Keluarga Pejuang" menampakkan hasilnya.

Terkini, kedua-dua adik yang tercinta Husna ( Universiti Putra Malaysia) dan Nazim ( Universiti Malaya) sudah memahami apakah maksud dan tujuan mengapa abang mereka sewaktu dulu-dulu (sekolah menengah) sering bercakap tentang perjuangan Islam. Sekali-sekali ada juga dibawa adik-adik ke program tarbiah pelajar Islam sekitar Kedah semasa tu (PPIK). Alhamdulillah mereka juga terlibat dengan gerakan Islam peringkat kampus masing-masing.

Kepada adik yang kedua Nurul Huda namanya, abang masih tak lupa lagi pesanan supaya anda melibatkan diri dengan "Pasukan Perubatan Islam Kedah". Semua ini ku titipkan buat kalian adik-adikku supaya silsilah perjuangan Islam keluarga kita tidak akan terputus.

Membina "Keluarga Pejuang".


Pejuang Kecil

4.22 petang,13 Jamadil Awwal 1430
Rumah Kedah, Hayyu A'syir, Kaherah

Tuesday 5 May 2009

Syeikh Muhammad Abduh Bercerita Perihal Babi

Tersirat dan tersurat

Salam Imtihan buat semua, dari bumi Musa hinggalah ke bumi Malaysia, semua yang bergelar siswa pasti amat sibuk melayani kepeningan otak lantaran exam.

" Rabbuna Naggahko Gamiaan" amin ya Rabb.

Hamba pun begitu jua, pening dengan banyaknya subjek membuatkan hati memberontak mau berehat, kononnya ambil tenang sementara sibuk yang dibuat-buat padahal hampas saja yang bertandang.

5 minit membaca terasa 5 jam, sibuk menyibuk kepala hotak "syaghal" membaca katanya. Padahal hati kecil puas berhujah menentang akal yang menipu diri sendiri. Kata akal "letih la baca banyak sangat kenalah rehat juga".

Lidah dan bibir seiring pantas tertawa kecil terhadap hujah dangkal akal.

Namun jari jemari tetap membenarkan hujah akal lalu ia bergerak lagi mencapai "tetikus" dan "papan kekunci" melayari internet lagi.

lalu terbacalah lagi kisah babi yang diceritakan oleh syeikh Muhammad Abduh akan pengalamannya ketika mengunjungi Perancis, negara Si Napoleon yang pernah menjengahkan meriamnya mengadap masjid Empat Mazhab lalu membedilnya. Pelurunya dimuntahkan dari atas kota Solahuddin Al Ayyubi meluru laju singgah "lembut" di dinding masjid. Bagai tiada kesan langsung , hanya serpih kecil yang sukar dipandang mata.


"Comelnya babi" 2 ekor jantan 1 ekor betina - budaya meneutralkan babi

Kembali membawa anda ke Perancis, ketika Syeikh disoal audien penggemar babi, mengapakah Islam perlu lagi mengharamkan babi sedangkan babi sudah bebas dari bakteria dan cacing pita yang berbahaya . Babi bukan lagi seperti nenek moyang babi dahulu kala, sekarang bangsa babi sudah moden lagi maju, bukan lagi tinggal di hutan malah sudah memiliki ladang ternak yang bersih dan efisyen.

Lalu penggemar dan pembela babi pun duduk puas menanggapi Syeikh tentu kehabisan hujah, kerana ramai yang berhujah sebelum itu babi menjadi haram dek kerana banyak bahaya dan kuman, sekarang babi sudah bebas dari tuduhan itu.

Syeikh tersenyum tenang, seraya Syeikh yang alim berkata, ku pohon kalian sediakan 2 ekor ayam jantan bersama seekor betinanya, datangkan juga 2 ekor babi jantan dan seekor betinanya.

Audien kepelikan lantas bertanya, kenapa?.

"Datangkan saja". Pintas Syeikh.

lalu dijelmakan apa yang dipinta oleh Syeikh, dilepaskan 2 ayam jantan bersama betinanya maka bertarunglah kedua-dua jantan merebut sang betina yang cantik sehingga terpaksa jaksa pendamai mendamaikan dua jantan yang kuat bertarung, yang pertama ingin merebut sang betina namun dihalang tegas oleh jantan kedua yang gagah mempertahan hak dan maruahnya selaku "Ayam Bapak" yang termasyhur sekalian alam.

Selesai, dilepaskan pulak 2 babi jantan bersama betinanya, pelik sekali ya! kedua-dua jantannya tanpa rasa cemburu membiarkan malah membantu satu sama lain mengerjakan sang betina. Babi jantan yang berpasangan itu langsung tidak cemburu hingga tiada sengketa untuk mempertahan Sang betinanya dari diragut samada rela atau paksa oleh rakan sebabinya.

Waduh! langsung tiada bantahan dan tunjuk perasaan berbanding ayam jantan tadi.

Selesai sandiwara babi yang dayus dan tiada cemburu itu.

Masing-masing penonton terpinga menanti apa yang akan keluar dari mulut syeikh yang alim menyimpulkan kejadian yang memelikkan itu.

lalu Syeikh bersuara tenang namun penuh yakin.

Apakah kalian tahu dan sedar, sikap babi itulah yang melanda dan menjangkiti masyarakat kalian, bapa-bapa kalian tidak lagi merasa cemburu langsung apabila anak gadisnya diusung merata oleh sang jejaka.

Malah suami - suami kalian langsung tidak cemburu melihat isterinya berhubungan intim dengan lelaki lain.

Sumbang mahram memasyarakat, isteri mengundang jantan lain ke bilik tidur ketika ketiadaan suami, suami curang bermain kayu tiga.

Cemburu adalah fitrah insani. Hilang rasa cemburu yang positif mengundang kemusnahan jiwa , lalu binasalah "dada" dan "kepala".

lantaran itu institusi kekeluargaan kalian hancur, banyak perceraian lantaran tiada sikap cemburu yang dicampakkan Allah ke dalam setiap jiwa insan melatari tabiat manusiawinya. Bukankah itu adalah fitrah yang perlu sebagai perisai mengelak sikap dayus lelaki dan kecurangan si isteri.

Sikap cemburu terlalu penting kepada manusia tetapi tidak pada babi bukan?

tetapi itulah hakikatnya apa yang diwarisi kalian akibat gemar memakan Sang babi dan suku sakatnya yang terdiri dari "Babi Hutan" dan "Babi Merah". (ketawa)

Oleh itu wahai sekalian manusia, yakinlah dan bertaqwalah kepada Allah dengan meninggalkan larangannya.

"Jauhilah dari menggemari babi, snda pasti bebas dari sifat buruknya"

Pesanan ikhlas dari "Pejuang Kecil" yang tidak suka kepada apa jua yang berkaitan dengan babi.

Pesanan : harap maaf, kisah ini digarap kembali dengan ayat-ayat santai dan berjenaka.

Akhukum


Pejuang Kecil

2.57 petang, 10 Jamadil Ula 1430,

Hayyu 10, Kaherah

Monday 4 May 2009

Fenomena Pertahankan Babi - Agenda Sulit Musuh Islam

حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ

Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai
(binatang yang tidakdisembelih) dan darah (yang keluar mengalir)
dan daging babi(termasuk semuanya) dan binatang-binatang
yang disembelihkerana yang lain dari Allah.
(Al Maidah ayat 3)

Dari Abu Hurairah,
"Sesungguhnya Allah telah mengharamkan arak dan harganya,
dan telah haramkan bangkai dan harganya dan
telah haramkan babi dan harganya (jual-belinya)."
(HR Abu Daud dalam Sunan Abi Daud)




Dah macam ni pun pulun dok nak pebetui bagi bulih makan jugak - haghu-bighu dunia la ni

Tukar nama Selsema Babi agenda selamatkan maruah pihak tertentu

Selama ini kita sering kedengaran makanan yang disajikan kepada dunia khusus sasarannya ummat Islam sengaja diletakkan unsur babi. Sedarilah ia agenda terancang musuh Islam yang dengki terhadap ummat Islam. Sedangkan ada lagi bahan yang halal bukan?

Sekarang nama babi yang sering diagung-agungkan sebagai bahan bantu terbaik dalam pemakanan ternyata buruk sebenarnya. Agenda memasyarakatkan babi dari barangan gunaan sampailah kepada campuran makanan sebenarnya adalah agenda serangan halus dan sulit musuh Islam terhadap Islam sebagai agama yang mengharamkan babi.

Oleh itu mereka meluaskan produk babi sebagai pembuktian bahawa apa yang Islam nyatakan terhadap konsep pengharaman babi adalah sesuatu yang tersasar. Dakwa mereka " lihatlah tiada apa yang perlu anda was-was rtentang babi".

Tindakan WHO tersirat halus agenda menghalalkan babi

Pelik bukan? WHO bertindak sepakat menukarkan nama virus Selsema Babi kepada virus influenza jenis A (H1N1). Dengar kata ia dicadangkan oleh Amerika. Namun itulah ragam dunia, tukarlah apa nama sekali pun ia tetap dikenang sebagai selsema babi. Kononnya nak jaga perasaan penggemar babi dan bisnes babi.

Tukar nama demi maruah Penggemar babi



Tetapi demi maruah babi dan penggemarnya mungkinlah namanya perlu ditukar. tetapi bukankah ia kerja yang terlalu cetek akal. Namanya perlu ditukar kononnya ia melibatkan simbol makanan bagi golongan tertentu yang merasa tergetik bimbang , malu dan tidak selesa akibat serangan virus yang memalukan itu. Sedangkan sebelum ini mereka bangga memakan babi sebagai simbol bermegah dan sifat ingin menunjukkan bahawa Islam salah percaturan dalam mengharamkan babi.

Lantaran itu negara yang tak ada babi pun berusaha membela dan membiakkan babi untuk makanan sesetengah golongan ini sebagai persaingan dan sebagai bukti kepada Islam bahawa Islam salah walaupun mereka terpaksa menghalalkan yang haram, padahal ada diantara mereka sebelumnya tidak pernah bermimpi untuk makan babi.

Perlukah sampai gunakan agensi WHO hanya untuk tukar nama virus tersebut, apa rasionalnya, ia tetap hal yang yang sama bukan? , andaiannya mungkin orang akan kembali makan babi sebab rasa selamat sikit sebab bukan lagi bernama selsema babi. Tukarlah apa nama sekali pun hakikatnya tetap sama dan ia tetap akan dikenang sebagai virus selsema babi. Apa yang perlu ialah dihapuskan puncanya iaitu babi tetapi tetap nak dibela jugak untuk dimakan hatta arab di padang pasir pun nak makan jugak supaya terbukti mereka adalah bukan Islam.


Terkejut beruk! rupanya arab padang pasir pun makan babi (bukan Islam la)

Fenomena makan babi untuk tunjuk " kami bukan muslim".

Menjadi sesuatu yang agak pelik dan menghairankan negara yang tidak ada khinzir tetapi memiliki ramai penduduk yang makan babi.

Babi seolah menjadi simbol dan sentimen persaingan agama pulak. Bahkan ada si murtad yang sengaja mencuba binatang haram itu sebagai lambang ia bukan lagi muslim sedangkan sebelumnya ia sendiri merasakan amat jijik dan tak terbayang nak cuba makan binatang haram tu. Tetapi akibat nak buktikan makan babi adalah berlawan dengan fitrah konsep pemakanan dalam Islam maka kena cuba makan jugak lah. Pening-pening!

Bukankah Islam itu agama yang fitrah, meraikan semua yang menjadi fitrah manusia. Allah tentu tahu yang mana baik dan yang mana bruk untuk manusia.

lalu Allah menyatakan bahawa babi adalah haram dimakan oleh sesiapa sahaja:

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi,
dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah. Tetapi
barangsiapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak
menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa
baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

(surah Ali Imran ayat 173)

Para Nabi, para Rasul dan para ulamak menjunjung perintah Allah menyampaikan kepada manusia kenapa Allah haramkan babi namun ia dipandang sebagai sentimen agama kononnya ia adalah lambang penghinaan dan diskriminasi agama.

Bukankah pengharamannya jelas adil untuk fitrah manusiawi semua insan tanpa mengira agama?

Perhatikan fakta ini:


1. Babi adalah haiwan yang amat rakus ketika makan . Ia makan semua makanan di hadapannya. Jika perutnya telah penuh atau makanannya telah habis, ia akan memuntahkan isi perutnya dan memakannya lagi, untuk memuaskan kerakusannya. Ia tidak akan berhenti makan, bahkan memakan muntahannya.

2. Ia memakan semua yang boleh dimakan di hadapannya. Memakan najis manusia,haiwan atau tumbuhan, bahkan memakan kotorannya sendiri.

3. Ia kencing atas najisya dan memakannya kembali jika berada di hadapannya.

4. Ia memakan sampah, benda yang busuk, dan najis haiwan.

5. Ia adalah hewan mamalia satu-satunya yang memakan tanah, memakannya dalam jumlah besar dan dalam waktu lama, jika dibiarkan.

6. Kulit orang yang memakan babi akan mengeluarkan bau yang tidak enak dibau.

7. Penelitian ilmiah moden di China dan Sweden menyatakan: daging babi merupakan merupakan penyebab utama kanser alat kelamin dan kolon. Peratus penderita penyakit ini di negara-negara yang penduduknya memakan babi, meningkat secara drastik. Terutama di negara-negara Eropa, dan Amerika, serta di negara-negara Asia (seperti Cina dan India).
Sementara di negara-negara Islam, peratusnya amat rendah, sekitar 1/1000. Hasil penelitian ini diterbitkan pada 1986, dalam Konferens Tahunan Sedunia tentang Penyakit Alat Pencernaan, yang diadakan di Sao Paulo.

8.Sangat suka berada pada tempat yang kotor, tidak suka berada di tempat yang bersih dan kering.

9. Daging babi adalah tempat persinggahan bagi beberapa jenis cacing yang berbahaya antaranya cacing Pita (Taenia solium), cacing Piral (Trichinella spinalis), cacing Tambang (Ancylostoma duodenale), cacing Paru-paru (Paragonimus), Fasciolepsis busci, Schistosoma japonicum,Chlonorchis sinensis, Erypsipelothrix dan lain-lain.

Kenapa babi haram? Babi haram kerana Allah mengharamkannya

Apabila Allah telah menghukumkan babi itu haram dimakan, walaupun Allah tidak menjadikan apa-apa kuman pun di dalam babi itu. babi itu tetap haram. Kerana ianya tetap dimaramkan oleh Allah.

Kemudian jika Allah tidak menghukumkan babi itu haram sekalipun, babi tetap haram kerana ia mengandungi kuman yang tidak dapat dimatikan.

Allah mengharamkan babi sebagai tanda rahmat dan kasih sayangNya kepada sekalian manusia.

Allah mengharamkan babi untuk semua ummat manusia samaada Muslim, Yahudi , Nasrani atau lain-lain agama.

Al quran:

Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih) dan darah (yang keluar mengalir) dan daging babi (termasuk semuanya) dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi dan yang mati ditanduk dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya) dan yang disembelih atas nama berhala dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah dia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

( Al Maidah ayat 3)

Dalam Alkitab , kitab Imamat 11:7 :

"Demikian juga Babi, meskipun berkuku belah, yaitu kukunya bersela panjang, tetapi tidak memamah biak; haram itu bagimu."

Yang hanya tinggal untuk kita ialah beriman kepada Allah dan melaksanakan ajaranNya.

"Makanlah makanan yang baik dan halal".

Akhukum
Pejuang Kecil

2.15 petang, 9 Jamadil Ula 1430

Hayyu 10, Kaherah


Saturday 2 May 2009

Pemilu Indonesia - Kenali Parti Keadilan Sejahtera Indonesia

Parti Keadilan Sejahtera (PKS)


Parti Keadilan Sejahtera (Singkatannya PKS atau PK Sejahtera) adalah salah sebuah parti politik yang berasaskan Islam di Indonesia. PKS didirikan di Jakarta pada 9 Jamadil Awal 1423 H bertepatan dengan 20 April 2002. PKS merupakan kelangsungan dari Parti Keadilan (PK) yang didirikan di Jakarta pada 26 Rabi'ul Awwal 1419 H bertepatan dengan 20 Julai 1998.

Pada 20 Julai 1998 PKS berdiri dengan nama awal Parti Keadilan (singkatnya PK) dalam sebuah konferens di Aula Masjid Al-Azhar, Kebayoran Baru, Jakarta. Presiden parti ini adalah Nurmahmudi Ismail.

Pada 30 Mei 1999 lapan parti politik berasaskan Islam (PPP, Partai Keadilan, Partai Kebangkitan Ummat, Parti Ummat Islam, PPII Masyumi, PNU, PBB, dan PSII 1905) menyepakati penggabungan suara (stembus accoord) hasil Pemilu 1999.

Pada 20 Oktober 1999 PK menerima tawaran kerusi Kementerian Kehutanan dan Perkebunan (Hutbun) dalam Kabinet Pemerintahan KH Abdurrahman Wahid, dan mencadangkan Nurmahmudi Ismail (ketika itu presiden parti) sebagai calon menteri. Nurmahmudi kemudian mengundurkan diri sebagai presiden parti dan digantikan pula oleh Hidayat Nur Wahid pada 21 Mei 2000.

Pada 3 Ogos 2008 parti Islam (PPP, PBB, PK, Masyumi, PKU, PNU, PUI, dan PSII 1905) menganjurkan acara sarasehan dan silaturahmi parti-parti Islam di Masjid Al Azhar dan meminta Piagam Jakarta masuk dalam Amandemen UUD 1945.

Pada 8 Jun 2002 PKS menjadi salah satu parti yang menandatangani MOU bersama 15 pimpinan parti lainnya yang menolak undang-undang Pemilu Nombor 3 Tahun 1999 tentang syarat berlakunya had minimum penyertaan parti politik pada pemilu selanjutnya (electoral threshold) dua peratus di Hotel Sahid, Jakarta. Dokumen bersama ini juga menuntut agar semua parti peserta Pemilu 1999 dibenarkan bertanding lagi dalam Pemilu 2004 walaupun ada parti yang sama sekali tidak mempunyai perolehan kerusi di DPR/DPRD.

Pada bulan Mac hingga Jun 2003 tercatat aktiviti-aktiviti PK yang mendukung aksi-aksi PKS.

Pada 2 Julai 2003 PKS menyelesaikan seluruh proses verifikasi Departemen Kehakiman dan HAM di tingkat Dewan Pimpinan Wilayah (setingkat Propinsi) dan Dewan Pimpinan Daerah (setingkat Kabupaten/Kota).

Pada 3 Julai 2003 PK bergabung dengan PKS dan dengan penggabungan ini, seluruh hak milik PK menjadi milik PKS, termasuk anggota dewan dan para kadernya. Dengan penggabungan ini maka PK secara rasmi berubah nama menjadi PKS.

Pada Pemilu 2004, PKS memperoleh suara sebanyak 7,34% (8.325.020) dari jumlah total dan mendapatkan 45 kerusi di DPR dari keseluruhan 550 kerusi di DPR. Hidayat Nur Wahid (Bekas Presiden PKS) kemudian terpilih sebagai ketua MPR penggal 2004-2009 dan mengundurkan diri dari jawatannya sebagai Presiden PK Sejahtera.

Sidang Majlis Syura I PKS pada 26-29 Mei 2005 di Jakarta memilih Tifatul Sembiring sebagai Presiden PKS sesi 2005-2010.

Pada 9 Julai 2008 melalui pengundian nombor susunan parti yang diadakan secara rasmi oleh KPU, PKS memperolehi nombor 8 sebagai peserta Pemilu 2009.

Ketua Umum PKS : Tifatul Sembiring

Nama: Tifatul Sembiring

Lahir: Bukittinggi, 28 September 1961

Istri: Sri Rahayu

Anak:

1. Sabriana Sembiring

2. Fathan Sembiring

3. Ibrahim Sembiring

4. Yusuf Sembiring

5. Fatimah Sembiring

6. Muhammad Sembiring

7. Abdurrahman Sembiring


Pengalaman Organisasi:

1 Presiden Parti Keadilan Sejahtera (PKS), sesi 2005-2010

2. Pejabat Sementara Presiden Partai Keadilan Sejahtera (PKS), Oktober 2004-April 2005

3. Ketua DPP PKS Wilayah Dakwah I Sumatera

4. Humas Parti Keadilan

5. Pendiri PartiKeadlan (PK)

6. Aktivis Pelajar Islam Indonesia (PII)

7. Aktivis Yayasan Pendidikan Nurul Fikri, 1990

8. Aktivis Korps Mubaligh Khairu Ummah

Pekerjaan:

1. Direktur Asaduddin Press, Jakarta

2. PT PLN Pusat Pengaturan Beban Jwa, Bali, Madura 1982-1989

Pendidikan:

1. Sekolah Tinggi Ilmu Manajemen Informatika dan Komputer (STI&K) Jakarta

2. International Politic Center for Asian Studies Strategic Islamabad, Pakistan

Perhubungan Rasmi PKS

Alamat : Kator DPP: Jl. Mampang Prapatan Raya No 98 D-E-F, Jakarta Selatan 12720

Email : info@pk-sejahtera.org

Telepon : (021) 7995425, Fax: (021) 7995433

Website : http://www.pk-sejahtera.org

Sumber: inilah.com


Pemilu Indonesia - PKS lebih Dipercayaai Parti Presiden SBY

Demokrat Faham Siapa PKS - Ahmad Mubarok

Oleh : R Ferdian Andi R


Ahmad Mubarak
Wakil Ketua Umum DPP Partai Demokrat

INILAH.COM, Jakarta - Isu wahabi menjelma membayangi PKS saat partai politik intensif menggalang kerjasama. Sebagaimana diketahui, PKS akan bergabung Partai Demokrat dan menawarkan kadernya sebagai calon Naib Presiden berganding dengan calon Presiden SBY. Apakah isu ini mengganggu?

Anggota Majelis Syura DPP PKS Hidayat Nur Wahid mengakui pihak Partai Demokrat meminta klarifikasi perihal isu wahabi serta anti-NKRI di tubuh PKS. Isu ini jelas membuat gusar petinggi PKS.

Namun, menurut Wakil Ketua Umum DPP Partai Demokrat Ahmad Mubarok, isu wahabi sama sekali tak merusak komunikasi politik yang kini tengah dibangun antara partainya dengan PKS.

“Kami faham siapa PKS dan Hidayat Nur Wahid. Saya tahu betul apa ideologi PKS dan apa wilayahnya,” tandasnya kepada INILAH.COM, Kamis (30/4) di Jakarta. Berikut wawancara lengkapnya:

Anggota Majelis Syura PKS Hidayat Nur Wahid mengkhawatirkan isu soal wahabi bisa menganggu komunikasi politik yang sedang dibangun dengan Partai Demokrat. Apakah betul pihak Partai Demokrat mengklarifikasi perihal rumor wahabi di PKS?

Itu mungkin ada personal Partai Demokrat yang belum faham. Mungkin saja, yang belum faham saja. Kalau saya faham betul bahawa Hidayat Nur Wahid bukan wahabi.

Perihal SMS dan aspirasi yang masuk ke Anda terkait dengan resistensi publik, jika Hidayat Nur Wahid menjadi calon naib presiden SBY?

Itu wajar saja. Sosok partai militan selalu punya lawan dan kawan. Ini tidak aneh, sepanjang masa. Semua gerakan reformis selalu punya resistensi.

Jadi sama sekali isu wahabi ini tidak mempengaruhi komunikasi politik PKS-Partai Demokrat?

Tidak.

Bagaimana dengan kekhawatiran PKS jika keputusan SBY dan Partai Demokrat dalam memilih Calon Naib Presiden kelak berpijak pada fitnah yang beredar seperti saat ini seperti tentang wahabi?

Insya Allah tidak. Keberatan wajar saja. Bukan hanya soal Hidayat Nur Wahid. Misalnya, SMS yang mohon juru bicara Tim Sembilan jangan Hayono Isman, jangan Ruhut Sitompul, itu juga masuk. Jadi SMS seperti itu biasa saja.

Dengan isu wahabi yang menerpa PKS, apakah secara institusional partai cukup faham?

Secara institusional Partai Demokrat faham, saya jaminannya. Saya kenal betul ideologi PKS, wilayahnya apa, sama sekali tidak merasa terancam. Tetapi saya juga faham jika ada orang takut, kerana orang tersebut belum faham.

Sumber : inilah.com



22 safar 1430

 
Pejuang Kecil © 2007 Template feito por Templates para Você