Followers
Tuesday, 5 May 2009
Syeikh Muhammad Abduh Bercerita Perihal Babi
Salam Imtihan buat semua, dari bumi Musa hinggalah ke bumi Malaysia, semua yang bergelar siswa pasti amat sibuk melayani kepeningan otak lantaran exam.
" Rabbuna Naggahko Gamiaan" amin ya Rabb.
Hamba pun begitu jua, pening dengan banyaknya subjek membuatkan hati memberontak mau berehat, kononnya ambil tenang sementara sibuk yang dibuat-buat padahal hampas saja yang bertandang.
5 minit membaca terasa 5 jam, sibuk menyibuk kepala hotak "syaghal" membaca katanya. Padahal hati kecil puas berhujah menentang akal yang menipu diri sendiri. Kata akal "letih la baca banyak sangat kenalah rehat juga".
Lidah dan bibir seiring pantas tertawa kecil terhadap hujah dangkal akal.
Namun jari jemari tetap membenarkan hujah akal lalu ia bergerak lagi mencapai "tetikus" dan "papan kekunci" melayari internet lagi.
lalu terbacalah lagi kisah babi yang diceritakan oleh syeikh Muhammad Abduh akan pengalamannya ketika mengunjungi Perancis, negara Si Napoleon yang pernah menjengahkan meriamnya mengadap masjid Empat Mazhab lalu membedilnya. Pelurunya dimuntahkan dari atas kota Solahuddin Al Ayyubi meluru laju singgah "lembut" di dinding masjid. Bagai tiada kesan langsung , hanya serpih kecil yang sukar dipandang mata.
Kembali membawa anda ke Perancis, ketika Syeikh disoal audien penggemar babi, mengapakah Islam perlu lagi mengharamkan babi sedangkan babi sudah bebas dari bakteria dan cacing pita yang berbahaya . Babi bukan lagi seperti nenek moyang babi dahulu kala, sekarang bangsa babi sudah moden lagi maju, bukan lagi tinggal di hutan malah sudah memiliki ladang ternak yang bersih dan efisyen.
Lalu penggemar dan pembela babi pun duduk puas menanggapi Syeikh tentu kehabisan hujah, kerana ramai yang berhujah sebelum itu babi menjadi haram dek kerana banyak bahaya dan kuman, sekarang babi sudah bebas dari tuduhan itu.
Syeikh tersenyum tenang, seraya Syeikh yang alim berkata, ku pohon kalian sediakan 2 ekor ayam jantan bersama seekor betinanya, datangkan juga 2 ekor babi jantan dan seekor betinanya.
Audien kepelikan lantas bertanya, kenapa?.
"Datangkan saja". Pintas Syeikh.
lalu dijelmakan apa yang dipinta oleh Syeikh, dilepaskan 2 ayam jantan bersama betinanya maka bertarunglah kedua-dua jantan merebut sang betina yang cantik sehingga terpaksa jaksa pendamai mendamaikan dua jantan yang kuat bertarung, yang pertama ingin merebut sang betina namun dihalang tegas oleh jantan kedua yang gagah mempertahan hak dan maruahnya selaku "Ayam Bapak" yang termasyhur sekalian alam.
Selesai, dilepaskan pulak 2 babi jantan bersama betinanya, pelik sekali ya! kedua-dua jantannya tanpa rasa cemburu membiarkan malah membantu satu sama lain mengerjakan sang betina. Babi jantan yang berpasangan itu langsung tidak cemburu hingga tiada sengketa untuk mempertahan Sang betinanya dari diragut samada rela atau paksa oleh rakan sebabinya.
Waduh! langsung tiada bantahan dan tunjuk perasaan berbanding ayam jantan tadi.
Selesai sandiwara babi yang dayus dan tiada cemburu itu.
Masing-masing penonton terpinga menanti apa yang akan keluar dari mulut syeikh yang alim menyimpulkan kejadian yang memelikkan itu.
lalu Syeikh bersuara tenang namun penuh yakin.
Apakah kalian tahu dan sedar, sikap babi itulah yang melanda dan menjangkiti masyarakat kalian, bapa-bapa kalian tidak lagi merasa cemburu langsung apabila anak gadisnya diusung merata oleh sang jejaka.
Malah suami - suami kalian langsung tidak cemburu melihat isterinya berhubungan intim dengan lelaki lain.
Sumbang mahram memasyarakat, isteri mengundang jantan lain ke bilik tidur ketika ketiadaan suami, suami curang bermain kayu tiga.
Cemburu adalah fitrah insani. Hilang rasa cemburu yang positif mengundang kemusnahan jiwa , lalu binasalah "dada" dan "kepala".
lantaran itu institusi kekeluargaan kalian hancur, banyak perceraian lantaran tiada sikap cemburu yang dicampakkan Allah ke dalam setiap jiwa insan melatari tabiat manusiawinya. Bukankah itu adalah fitrah yang perlu sebagai perisai mengelak sikap dayus lelaki dan kecurangan si isteri.
Sikap cemburu terlalu penting kepada manusia tetapi tidak pada babi bukan?
tetapi itulah hakikatnya apa yang diwarisi kalian akibat gemar memakan Sang babi dan suku sakatnya yang terdiri dari "Babi Hutan" dan "Babi Merah". (ketawa)
Oleh itu wahai sekalian manusia, yakinlah dan bertaqwalah kepada Allah dengan meninggalkan larangannya.
"Jauhilah dari menggemari babi, snda pasti bebas dari sifat buruknya"
Pesanan ikhlas dari "Pejuang Kecil" yang tidak suka kepada apa jua yang berkaitan dengan babi.
Pesanan : harap maaf, kisah ini digarap kembali dengan ayat-ayat santai dan berjenaka.
Akhukum
Pejuang Kecil
2.57 petang, 10 Jamadil Ula 1430,
Hayyu 10, Kaherah
Labels: Diari Pejuang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
salam. ya akhi.
mana antum dapat kisah tu ek? bleh ana amek letak kat blog ana jugak. :)
abg najhie ni bila nak pulang tanah melayu?
Post a Comment