Followers

Saturday 31 January 2009

Erdogan Wira Baru ummat Islam

Penuh sedar dan berani, itulah yang dapat diungkapkan terhadap Erdogan selepas memberikan tamparan yang mengejutkan buat Shimon Peres dan ia mengundang satu gelombang besar terhadap sikap dunia selama ini yang hanya retorik terhadap Israel.

Erdogan telah membenarkan kata-kata Saidina Umar:

"نحن قوم أعزنالله بالإسلام فاءن ابتغينا العزة فى غيره أذلنا الله"

Maksudnya : Kita adalah kaum yang diizzahkan Allah dengan Islam, maka barangsiapa yang memilih keizzhahan selain daripadanya maka Allah akan memberikannya kehinaan.

Semua pemimpin ummat Islam harus kembali segera mencontohi sikap tegas dan berani Erdogan. Nama beliau kini meniti di setiap bibir rakyat marhaen yang cintakan Islam dan keadilan. TV Al Quds menemui ramai penduduk Gaza dan ia memang tepat, pujian dan sanjungan sepenuh hati dari kalbu ummat Islam Palestine dimana-mana sahaja.

Erdogan menjadi wira dan suara baru bagi ummat Islam Palestine, setelah para pemimpin arab dan Islam lain gagal berbuat demikian.

"Presiden Peres awak lebih tua dari saya dan suara awak lebih nyaring,'' katanya kepada pemimpin Yahudi itu. ''Penyebab awak meninggikan suara adalah psikologi dari perasaan bersalah.

''Saya tidak akan meninggikan suara sebegitu. Apabila bercakap soal membunuh, awak lebih tahu bagaimana untuk membunuh. Saya amat maklum bagaimana anda menembak dan membunuh kanak-kanak di atas pantai,'' ujarnya pada Peres.

Dunia seolah-olah baru dikejutkan bahawa reaksi seorang pemimpin tertinggi sebuah negara ummat Islam amat berkesan untuk sebarang pendirian yang padu dan realistik. Sikap Erdogan mencermin hasrat kerajaan dan rakyat Turki bahkan amat tepat untuk untuk kita mengatakan bahawa beliau adalah wakil semua ummat Islam yang cintakan kedamaian di Gaza.

Renungi kata-kata Said bin Suwaid:

Islam memiliki dinding dan pintu yang kuat. Dinding Islam ialah kebenaran dan pintunya ialah keadilan.Islam akan tetap jaya, selama penguasa-penguasa bersikap keras dan tegas, tetapi itu dilakukan tidak bererti mesti dengan pedang dan cemeti, melainkan dengan hak dan keadilan.

Sikap Erdogan amat jelas dan terang, terlalu jelas untuk difahami mesejnya kepada Amerika dan Israel betapa ada lagi kuasa Islam yang tidak menjilat tapak kaki mereka untuk sebuah kekuasaan yang hina. Erdogan membuktikan beliau adalah anak jantan dalam mempertahankan hak dan keadilan sejagat.

Benarlah kata-kata Khalifah Umar al-Khattab:

Jangan engkau percaya melihat kegagahan seorang lelaki. Tetapi jika mereka teguh memegang amanah dan menahan tangannya daripada menganiayai sesamanya, itulah lelaki yang sebenarnya.

Ia adalah pengajaran penting buat negara-negara Arab yang selama ini sanggup mendiamkan diri terhadap kekejaman Israel menghukum rakyat Gaza atas nama memerangi pengganas HAMAS. Mesir sendiri lebih Yahudi dari yahudi. Menangkap, menghinjak, memukul setiap rakyatnya yang menyatakan perasaan marah terhadap serangan Israel. Setiap demonstrasi pasti akan menyaksikan ummat Islam Mesir ditangkap dan dihukum.

Pelik bukan! yang dimarahkan ialah Isarel, yang disokong ialah HAMAS, tetapi yang bertindak ialah kerajaan Mesir. Apa yang dibimbangkan sebenarnya, walhal rakyat tidak pernah menyentuh kerajaan dalam demonstrasi.

Bahkan amat pelik bagi seorang pemimpin negara ummat Islam jika mereka lemah untuk menyatakan bahawa tindakan Isreal itu adalah kezaliman. Bukan sahaja tidak berani menyatakan kezaliman Israel malah keadilan untuk ummat Palestine juga tiada dalam kepala mereka. Apakah yang mereka bimbang sebenarnya jikalau mereka bersikap adil dan memperjuangkan keadilan untuk Palestine atau mereka sendiri yang tidak mahu. Apakah mereka juga rela dengan kezaliman Israel, kalaulah begitu sikap mereka, ia tidak kurang sedikit pun dari Israel bahkan mereka lah yang lebih zalim dari Israel.

Perhatikan kata-kata Saidina Umar bin Al-Khatab:

Keadilan itu syurga bagi orang yang dizalimi tetapi keadilan itu adalah neraka bagi orang-orang yang bersifat zalim.

Tetapi itulah sikap sebahagian pemimpin negara ummat Islam yang boleh saya nyatakan. Pemimpin mereka lebih memikirkan akibat dan kepentingan diri dan survival politik sekiranya mereka menyatakan sikap sebenar Islam terhadap Amerika dan Israel. Anggapan mudah buat mereka ialah "Penakut Yang Bacul".

Maksud kata-kata saidina Ali:

Orang yang terlalu memikirkan akibat dari sesuatu keputusan atau tindakan, sampai bila-bilapun dia tidak akan menjadi orang yang berani.

Yang pastinya ia tidak mencerminkan tindakan dan reaksi seiring rakyat dan pemerintah terhadap isu Palestin. Rakyat amat menyokong HAMAS selaku pejuang dan membantah tindakan Israel tetapi malang sebagai pemeritah tindakan dan sikap pemerintah tidak lebih daripada menjadi tangan dan kaki Israel dalam berhadapan dengan penentangnya.

Para pemimpin ummat Islam sedikit pun tidak membawa dan memperjuangkan inspirasi dan hasrat sebenar rakyat yang mereka pimpin. Sikap bebal itulah kezaliman yang tiada maaf, soalnya apakah mereka tidak takut dengan ancaman dan peringatan Allah terhadap tanggungjawab mereka sebagai pemimpin di akhirat kelak. Mereka sebenarnya tidak lebih dari menganiayai rakyat mereka sendiri

Perhatikan pesanan pemimpin agung ummat, Saidina Umar bin Al-Khatab:

Kalau engkau berasa berkuasa untuk membuat aniaya kepada hamba Allah, ingatlah pula bahawa Allah lebih berkuasa membalasnya.

Sebab itu saya yakin dan sedar menyatakan bahawa Erdogan adalah cerminan sebenar sikap ummat Islam seluruh dunia tetapi bukan kerajaan-kerajaan negara ummat Islam yang dikuasai oleh sekelompok manusia yang namanya Islam tetapi hatinya tidak.

Seruanku, wahai pemimin ummat hindarilah sifat takut dan lemah, bangunlah membela ummat ini dari kezaliman dan takutilah ancaman Allah bagi mereka yang memilih selain Islam sebagai penyelesaian.

Firman Allah :

“Dan barangsiapa yang mencari agama selain daripada Islam, maka dia tidak akan diterima, dan di akhirat dia termasuk di kalangan orang-orang yang rugi.” (Ali Imran: 85)

Akhukum

Pejuang Kecil
I'bad Rahman, Hayyul A'syir, Kaherah Mesir.
10.25 pagi, 6 Safar 1430.

Thursday 29 January 2009

Erdogan Mengundang Ribut di Davos


Perdana Menteri Turki Tayyip Erdogan telah meributkan debat Timur Tengah pada Forum Ekonomi Dunia pada hari Khamis yang lalu, beliau mengatakan mungkin tidak akan kembali lagi jikalau ianya hanya untuk perhimpunan tahunan bagi para hartawan dan pihak yang berkuasa.

Presiden Israel, Shimon Peres telah mempertahankan pendirian Israel terhadap serangan terhadap Gaza lebih sebulan lepas, dengan suara sedikit keras dan tudingan jari, shimon mempersoalkan apakah yang Erdogan akan lakukan jika roket dilancarkan pada setiap malam ke Istanbul.

Ketika Perbahasan tersebut yang turut disertai oleh Setiausaha Agung PBB Ban Ki Moon dan pengerusi Liga Arab Amr Moussa sedang menuju ke penggulungan akhir, Erdogan cuba mencelah untuk memberi respon.

"Saya tidak fikir saya akan kembali ke Davos lagi kerana anda tidak membenarkan saya bercakap," kata perdana menteri Turki tersebut, beliau kemudiannya beredar keluar daripada dewan persidangan di pusat peranginan ski,Switzerland .

"Presiden Israel boleh bercakap selama 25 minit. Namun saya hanya memiliki separuh dari jumlah masa tersebut."

Agensi berita Turkey's state run Anatolian memetik Erdogan sebagai berkata kepada Peres: "Apabila ia datang untuk membunuh anda tahu benar bagaimana untuk membunuh. Saya amat pasti bagaimana anda telah membunuh seorang kanak-kanak yang sedang bermain di pantai."

Dalam satu sidang akhbar, Erdogan menjelaskan bahawa beliau amat sedih dan kecewa dengan pengedalian perbahasan dan cara Peres.

"Tindak balas saya diarahkan pada moderator. Saya rasa jika kita teruskan mengendalikan perbahasan dengan cara ini, kita pasti tidak akan mendapat sesuatu yang bermanfaat daripada Davos seperti apa yang kita semua inginkan daripada persidangan Davos, dan ia akan mensamarkan lagi usaha-usaha untuk mencapai keamanan," Kata Erdogan.

"Peres sedang bercakap dengan perdana menteri Turki -- Saya bukan sahaja pemimpin sesetengah bagi kumpulan atau kaum,beliau seharusnya telah jelas tentang perkara tersebut," dakwanya kepada pemberita.

Berita ini diterjemahkan dari sumber : Zaman Today

Oleh :

Pejuang Kecil
9.06 pagi, 4 Safar 1430
Hayyu A'syir, Kaherah Mesir

Bermain Politik kotor! Mesti berpolitik cara Islam



Wan Yaakub Wan Abdullah (Maahad Qiraat Shoubra)

Strategi musuh Islam untuk melemahkan orang Islam ialah dengan mengatakan politik suku agama suku. Iaitu politik tiada kaitan dengan urusan agama. Hendak solat, kahwin, puasa ikut cara Islam akan tetapi riba, rasuah, pendidikan, pentadbiran, ketenteraan, undang-undang tak boleh ikut cara Islam kerana tak sesuai pada zaman moden sekarang. Strategi mereka ini telah berjaya menusuk masuk dalam benak fikiran orang-orang Islam. Kita dapati para pemerintah negara-negara Islam telah terpengaruh dengan agenda jahat musuh Islam ini dengan mereka memisahkan agama dari politik dan pemerintahan.

Imam Hassan al-Banna telah berkata :

“Aku berani menegaskan dengan terus terang bahawa seorang Islam tidak akan sempurna keislamannya melainkan ia adalah seorang yang mempunyai kesedaran politik, memandang berat terhadap urusan umat Islam, memberi perhatian kepada umat Islam dan ghairah dengannya. Aku berani berkata : Pemisahan dan batasan ini tidak diakui oleh Islam…”

Ahli politik Islam ialah : orang Islam yang komitmen dengan Islam yang menyelesaikan urusan umat dari sudut pandangan Islam dan hukum syarak.*

Politik(siasah) terbahagi kepada dua:

Pertama : Siasah syarak bermaksud memimpin keseluruhan manusia menurut kehendak pandangan syarak dan khilafah yang bertindak memelihara agama serta mengurus dunia dengan agama.*

Kedua : Siasah(politik) bukan syarak atau siasah ciptaan manusia adalah siasah yang memimpin manusia menurut kehendak pandangan manusia yang diterjemahkan kepada perlembagaan-perlembagaan ciptaan yang menggantikan syariat Islam dan bertentangan dengannya. Siasah ini yang menolak siasah syarak ialah siasah yang tidak beragama. Siasah yang tidak mempunyai agama adalah siasah jahiliyyah.*

Politik yang menolak syarak adalah politik kotor lagi jijik. Bagaimana politik ini boleh diterima oleh orang-orang Islam walaupun politik ini sangat jijik? Adalah dengan menggunakan WANG, WANITA, PANGKAT. Manusia apabila dijerat atau diperangkap dengan wang atau wanita atau pangkat maka mereka akan sanggup mengetepikan agamanya demi kepuasan nafsu yang sembentara. Ini adalah hakikat yang telah berlaku dikalangan orang-orang Islam terutamanya para pemimpin, yang mana mereka memberi rasuah kepada orang bawahanya, melantik atau memberi jawatan supaya meraka taat dan tidak menyalahi arahan pimpinan yang teratas. Cara ini juga dilakukan oleh pimpinan BN zaman-berzaman. Rasulullah s.a.w pun pernah ditawarkan oleh pemimpin musyrikin dengan wanita, harta dan pangkat akan tetapi Rasulullah s.a.w menolak dengan mentah-mentah pelawaan musyrikin.

Penulis mengajak kepada semua supaya kita berpolitik cara Islam. Berpolitik cara Islam adalah wajib. Kita mesti fikir dan mengambil-berat tentang urusan manusia khasnya umat Islam.
Rasulullah s.a.w telah bersabda :

من بات ولم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم

“Barangsiapa yang tidur dan tidak mengambil berat tetang urusan orang-orang Islam maka dia bukan dari golongan mereka{orang-orang Islam}” hadis riwayat al-Baihaqi”

Sumber : abuyusuff.blogspot.com

Tetamu Dari Bumi Tsar

Alhamdulillah semalam, 2 Safar 1430 semua mahasiswa Perubatan Malaysia di Rusia seramai 11 orang selamat terbang kembali ke bumi Tsar untuk meneruskan pengajian setelah berjaulah ke mesir selama seminggu.

Syukur kepada Allah diri ini dapat menunaikan tanggungjawab dakwah Islam kepada mereka semua.

Segala apa yang ada dalam diri, dengan izin Allah dihamburkan keluar semuanya buat pengisian dan santapan minda sepanjang keberadaan mereka di sini.

Syukur, semuanya bagus-bagus, sikap sudah berbuahkan kematangan tetapi masih ada sedikit kemanjaan (senyum), namun mudah memahami mesej Islam dan kesejahteraan yang disampaikan sepanjang jaulah di bumi Mesir ini. Tahniah.

Teringat kitab yang dikarang oleh Dr. Fathi Yyang membicarakan pelancongan dalam Islam. Itulah yang menjadi panduan selama membimbing mereka melawati pelbagai tempat menarik di bumi Nabi Allah Musa ini.

Terima kasih buat Musab, Nader, Razrin dan semua kawan-kawan yang lain atas kerjasama yang kalian berikan. Semoga apa yang didapati di bumi anbiya' ini menjadi pedoman berguna buat kalian. Kenangan bersama kalian amat berharga dan insya Allah akan selalu dikenang.

Selalu diri ini berpesan supaya mereka menjadi pengamal perubatan yang berjiwa Islam, menerapkan Islam dalam setiap lapangan dan sentiasa mengekalkan keikhlasan dan jauhi dari sikap hanya mendambakan nilai komersial berbanding curahan bantuan tenaga dan segalanya untuk orang yang memerlukan.

Semoga Kalian bakal menjadi doktor muslim dan muslimah yang bertaqwa.


Sekian,
Rebutlah cinta Sang Miskin.

Pejuang Kecil
10.42 pagi, 3 Safar 1430, Hayyu Asyir, Kaherah

Tuesday 20 January 2009

HAMAS Isytihar Kemenangan


"Ismail Haniyyah isytihar menang apabila Olmert isytihar genjatan sejata sebelah pihak"

Ismail Haniyyah Perdana Menteri Palestin yang di pecat oleh pakatan kotor Abu Mazin (Presiden Palestin) telah mengisytiharkan kemenangan bersejarah buat para pejuang setelah Perdana Menteri Israel mengumumkan genjatan senjata sebelah pihak.

"Tuhan memberi kami kemenangan, bukan hanya untuk satu kumpulan, atau parti, atau kawasan, tapi untuk seluruh rakyat kami," kata Ismail, Perdana Menteri Hamas dalam perutusan menerusi televisyen. - Berita Harian

Beliau yang juga pemimpin utama HAMAS menyatakan bahawa gencatan senjata yang turut diisytiharkan oleh pergerakan itu sebagai keputusan bijak dan bertanggungjawab.

Olmert yang mengisytiharkan genjatan senjata sebelah pihak didakwa sebagai kalah dan penakut apabila ia hanya mengisytiharkan plan genjatan senjata yang tidak adil.

Operasi ketenteraan Israel dilancarkan sejak 22 hari lalu di Semenanjung Gaza hampir tamat ketika pergerakan HAMAS mengisytiharkan kemenangan semalam selepas berkata rejim Zionis itu dipaksa mengundurkan tenteranya kembali ke sempadan.

"Musuh sudah ditewaskan," kata jurucakap Hamas.

Israel Tewas dalam misinya.

Akhbar The Observer di London melaporkan pertempuran di Gaza mengakibatkan kekalahan moral kepada negara Yahudi itu.

Zionis juga tidak berjaya menghapuskan kekuatan HAMAS walaupun pembekalan senjata ke Gaza dapat dihentikan buat sementara waktu. Malah Israel juga gagal membebaskan askarnya, Gilad Shalit.

Kegagalan tersebut turut diakui oleh Ahli Parlimen Israel, Yisrael Katz mendakwa serangan tentera Zionis ke atas Semenanjung Gaza gagal, dan ia menegaskan bahawa Israel tidak mencapai matlamatnya dan mengakibatkan ratusan askarnya cedera.

Meraikan kemenangan HAMAS.

Dalam pada itu Ketua Umum Ikhwan Muslimin Jordan, Dr. Hammam Said mengatakan,kekuatannya Zionis Israel telah dihancurkan oleh semangat dan perjuangan para pejuang di Gaza.

Dalam keyataannya Said mengatakan, “Ummat Islam Palestin yang berjuang membela kehormatan ummat, kehormatan nilai kemerdekaan manusiawi di dunia dan nilai-nilai kemanusiaan itu telah menang. Mereka telah meruntuhkan mimpi manis Zionis Israel yang disebut-sebut sebagai kekuatan yang tiada tanding, yang senantiasa menjadi mimpi buruk yang menakutkan.

Juru bicara Al-Qassam, Abu Ubaidah dalam sidang akhbar menyebutkan, sepanjang perang selama 22 hari itu, para mujahid telah menembak mati 49 tentera Zionis dan mencederakan ratusan yang lain. Jumlah tersebut tidak termasuk korban akibat tembakan roket dan tembakan penembak tepat. Secara kolektif tentera Zionis yang tewas di medan pertempuran, tidak kurang dari 80 orang.

Abu Ubaidah juga menyatakan bahawa para pejuang yang syahid hanya seramai 48 orang sahaja. Pergerakan tersebut juga berikrar untuk meneruskan peperangan sekiranya rejim Zionis enggan mengundurkan tenteranya dari Gaza.

Hizbut Tahrir Malaysia tidak seiring suara ramai menyokong kemenangan HAMAS.

Walaubagaimana pun ada pihak yang tidak sepenuh hati gembira dan hanya menanggapi kemenangan tersebut ibarat "Menang sorak kampung tergadai".

Tidak dinafikan kematian dan kemusnahan yang dahsyat terpaksa dihadapi oleh ummat Islam Gaza, namun mereka telah berjuang semampu mungkin berkorban jiwa dan harta. Oleh tidak timbul soal menang atau kalah. Allah tidak akan menyoal kamu menang atau tidak tetapi apakah kamu telah berjuang mentaati perintahnya.

Hakikat yang perlu kita terima ialah HAMAS telah berjuang bersama rakyat, rela mati dan menjiwai derita rakyat dan terbukti mereka telah berjuang sehabis daya demi mempertahankan Islam dan bumi Al Quds.

Bukan Jumlah kematian yang kita hitung, bukanlah kemusnahan yang kita lihat, tetapi kita tetap menang walupun kita mati dikandung tanah, bukankah kemenangan itu samaada kita menang atau syahid menemui Allah?.

HAMAS telah terbukti menunaikan perintah Allah berjuang dengan sepenuh persediaan jiwa, harta dan senjata yang termampu bagi mereka. Maka layaklah kemenangan buat mereka. Oleh itu Jangan tanya apa orang lain buat, soal diri anda sendiri, apakah yang telah kita lakukan untuk Palestine.

Sekian

Akhukum
Pejuang Kecil

5.56 malam, 23 Muharram 1430
St. Thresa, Shoubra , Kaherah Mesir

Saturday 17 January 2009

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang : Bersyukur dengan kemenangan

KUALA TERENGGANU , 17 Jan :- Semua petugas diseru supaya bersyukur kepada Allah dengan anugerah kemenangan di kuala Terengganu walaupun perlawanan yang dihadapi dalam keadaan padang tidak rata dan penyalahan gunaan jentera kerajaan dengan belanja yang besar, namun Allah bagi kita kemenangan. Demikian antara ucapan Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Hj. Abdul Hadi Awang dalam ucapan sempena meraikan kemenangan Calon PAS, Hj. Abdul Wahid Endut yang diadakan di Markaz Tarbiyah PAS Kuala Terengganu di sini .

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Presiden PAS, Ust. Nasharudin Mat Isa, Pesuruhjaya PAS Negeri, Dato' Hj. Mustapa Ali, Timbalan Pesuruhjaya, Dato' Abu Bakar Chik, Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang baru diumumkan kemenangannya, Hj. Abdul Wahid Endut dan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri yang menjadi pengerusi majlis, Ust. Azman Shapawi.

Presiden PAS mengimbas kekalahan pada PR tahun 2004 di mana kita kehilangan Terengganu dalam masa yang sama kita kehilangan pemimpin HAMAS, Syeikh Ahmad Yassin syahid ditembak oleh Yahudi. "Hari ini kita mendapat kemenangan bersama dengan berita yang mengatakan pejuang-pejuang Palestin yang dilaporkan mendapat kemenangan awal menentang Yahudi", katanya.


"Marilah kita sambut kemenangan ini dengan cara kita, bersyukur dan tidak sombong serta rendah diri. Mudah-mudahan ianya dapat menarik sokongan lebih baik kepada kita di masa akan datang". Tegas Hj. Hadi.

Mengulas kemenangan itu, beliau mengatakan kemenangan ini pasti memberi kesan kepada politik negeri Terengganu dan Malaysia.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua petugas dan anak muda yang patuh dengan arahan sambil memberi jaminan akan diadakan satu majlis secara besar-besaran untuk meraikan kemenangan ini.

Sebelum itu Ahli Parlimen baru Kuala Terengganu semasa memberikan ucapan sulungnya dalam majlis yang sama mengucapkan terima kasih kepada semua petugas yang datang dari seluruh pelusuk negara.

"Saya Insya Allah akan susun jadual untuk turun kesemua negeri sebagai tanda ucapan terima kasih" Jelas Wahid.

Ust. Abu Bakar Chik juga menyampaikan ucapan ringkas berupa satu arahan dan pengumuman supaya pada malam ini tidak ada perarakan .

Sumber: idhamlim.blogspot.com

Tahniah buat semua pejuang Islam dan para petugas

Akhukum
Pejuang Kecil

Friday 16 January 2009

Berita Sukarelawan AmalMalaysia Dari Kaherah

Kaherah, 16 Januari. Deligasi Yayasan Amal Malaysia hari ini telah mengunjungi rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Zionis di Hospital Institut Nasir, Kurnish Nile berdekatan dengan Bandar Shoubra, Mesir. Seramai 42 orang mangsa ditempatkan di hospital ini . Seramai empat orang masih kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital tersebut.

Delegasi yang menuju ke sempadan Mesir Palestine tersebut diiringi wakil pelajar malaysia di Mesir dalam kunjuangan ke hospital tersebut. Mereka yang terkandas untuk menuju ke sempadan Mesir Gaza mengambil kesempatan tersebut sebelum menerima isyarat dari pihak pentadbiran Gaza untuk meneruskan misi kemanusiaan dari Malaysia.

Pasukan Sukarelawan yang terdiri dari 6 orang tersebut terdiri dari Presiden AMAL dan Ketua Biro Hubungan Antarabangsa Tuan Haji Hussin Ismail, Timbalan Presiden AMAL dan Ketua Biro Kebajikan Tuan Haji Jamuliddin Hj Elias, Naib Presiden 2 dan Ketua Biro Perubatan YB Dr Hamdan Mohamed Khalib, Naib Presiden 1 dan Ketua Biro Kemnusiaan dan Relief Yayasan Amal Malaysia YB Dr Hj Abd Rani Osman, Pengerusi AMAL Cawangan Selangor YB Dr Ahmad Yunus Hairi dan seorang wartawan. AMAL telah di amanahkan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk mengetuai rombongan perubatan ke Gaza Palestine dengan membawa dana lebih dari RM 600,000.00 (Sumber : www.amalmalaysia.net)

Deligasi AmalMalaysia bakal melaksanakan misi perubatan dan menyerahkan bantuan ubat-ubatan dan keperluan semasa kepada wakil pihak gerakan Islam di Gaza untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa yang terlibat selain sokongan moral dan sokongan padu mewakili ummat Islam Malaysia.

Semoga Allah senantiasa bersama mereka.

Sekian.

Akhukum
Pejuang Kecil

7.30 malam, 19 Muharram 1430
St. Thresa, Shoubra Kaherah.

Tuesday 13 January 2009

Pendirian Ikhwan Muslimin Terhadap Isu Palestin

Kenyataan Rasmi Mursyidul Am Ikhwan Muslimin Tentang Gaza

Dengan nama Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah saw dan mereka yang berwala' kepadanya.



Firman Allah swt bermaksud, “Allah menetapkan, ‘Sungguh Aku akan memenangkan (agama) Aku dan Rasul-rasulKu. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, Maha Perkasa” (Al-Mujadalah: 21).

“Sesungguhnya Kami akan memenangkan Rasul-rasul Kami dalam kehidupan di dunia dan di hari dibangkitkan saksi-saksi” (Ghafir:51).

Sabda Rasulullah saw bermaksud, “Akan terus dari umatku mereka yang terang-terang atas kebenaran. Tidak akan memudharatkan mereka oleh orang-orang yang memusuhi mereka sehingga datang ketetapan Allah, sedang mereka dalam keadaan sedemikian’. Sahabat bertanya, ‘Di manakah mereka’. Rasulullah saw menjawab, ‘Mereka di Jerusalem dan di sekeliling Jerusalem (Palestin)."

Wahai pendokong Dakwah ini ! Wahai mereka yang bersiap siaga di Palestin ! Wahai mereka yang di kepung di Gaza dan di Al-Khalil (Hebron) !

Setiap fasa ada kemenangan. Bila semakin sengit kezaliman dan kuat kepungan yang zalim dan semakin kuat cengkaman musuh dari kalangan bangsa sendiri terhadap pejuang-pejuang Islam, maka kezaliman sanak saudara lebih perit dirasakan ke atas jiwa kita, maka sesungguhnya kemenangan di fasa itu adalah berpegang teguh dengan Prinsip, tidak mengalah untuk mendapatkan Hak-hak, membuat persiapan untuk fasa berikutnya. Kemenangan itu juga adalah kita menang mengatasi jiwa agar tidak menjadi lemah, azam tidak mengendur, bisikan Syaitan dan perbuatan orang-orang munafik.

Imam Al-Banna berkata tentang erti Tsabat, ‘Berterusan akh itu bekerja dan berjihad di jalan mencapai matlamatnya, walau sepanjang mana tempoh dan silih berganti tahun demi tahun, hingga dia bertemu Allah dalam keadaan demikian dan dia telah menang dengan mendapat salah satu dari dua Kebaikan, samada Matlamat tersebut atau Mati Syahid di penghujungnya.

Firman Allah swt bermaksud, “Dari kalangan orang-orang beriman terdapat mereka yang benar janji mereka kepada Allah. Dari kalangan mereka ada yang telah Syahid. Dan sebahagian lagi masih menunggu dan mereka tidak merubah sedikitpun janji mereka itu” (Al-Ahzab:23) .

Pada kita, waktu adalah sebahagian dari rawatan (penyakit diri dan umat ini). Jalan ini panjang tempohnya, jauh fasa-fasanya, banyak halangan-halanganny a, akan tetapi itulah satu-satunya Jalan yang mnyampaikan kepada apa yang dituju, disamping beroleh pulangan yang besar dan pahala yang indah.

Ya, wahai pendokong Dakwah di Palestin, bahkan dengarlah wahai semua penduduk dunia ini !

Bukan resolusi-resolusi Persidangan Anapolis atau PBB, bukan juga sidang-sidang damai bersiri demi siri, bukan juga janji-janji palsu dan ancaman yang berterusan. Buka semua itu atau seumpamanya yang akan mengembalikan hak-hak dan menamatkan Penjajahan.

Hak-hak kita akan dikembalikan, musuh-musuh kita akan terpaksa mendengar permintaan kita hingga mereka keluar dari negeri kita atau duduk dalam sidang yang serius yang boleh mewajibkan mereka mengembalikan hak-hak kita, hanyalah melalui Penentangan semata-mata, Jihad yang berterusan, berpegang teguh dengan Prinsip-prinsip, perpaduan dalam tanahair, menghidupkan ruh Penentangan dan perasaan yang tinggi, cinta kepada Syahid di jalan Allah dan tidak takut kepada mati.

Wahai para mujahid Gerakan HAMAS,

Sesungguhnya kamu telah menyambut panji-panji Jihad Penentangan terhadap Penjajahan dari generasi terdahulu. Kami telah mengibarkan panji-panji “Syahid atau Menang”. Kamu telah menyumbang para Syuhadak demi para Syuhadak yang diberkati. Betapa pemurahnya kamu menyumbangkan ribuan yang disumbat ke dalam penjara, ribuan yang menjadi luka dan cacat, ribuan janda dan anak yatim. Apabila perasaan lemah dan Wahan (cinta dunia dan takut mati – Hadis) menyelinap masuk ke dalam jiwa orang-orang yang terdahulu dari kamu di jalan Penentangan ini (mereka dulunya berjuang, kini bersekongkol dengan Amerika dan Israel – pent.), kini kamu wahai HAMAS, sehingga ke saat ini, menjadi batu pejal yang menghempap yang memusnahkan angan-angan Penceroboh, Perampas tanah dan Penjajah. Sejak 20 tahun lalu, gerakan mu tersebar di seluruh Gaza yang diberkati, Tebing Barat yang dipenuhi Jihad dan di pelusuk Palestin, dengan mengangkat panji-panji Intifadhah (kebangkitan) bersama-sama mereka yang bangkit, dan panji-panji Penentangan bersama-sama mereka yang menentang. Kamu dapat memastikan kesemua kumpulan di Palestin bernaung di bawah panji-panji Jihad dan bertarung dengan Musuh yang jahat lagi kotor, yang berusaha sepenuh tenaga untuk memecahkan kesatuan barisan rakyat Palestin. Malangnya musuh berjaya dalam banyak aspek di mana di kalangan sebahagian pemimpin Palestin ada yang menyifatkan usaha-usaha Penentangan sebagai sia-sia, Jihad dengan gambaran yang jelek yang Musuh-musuh sendiri tak tergamak untuk menyebutnya.

Ya, musuh telah berjaya membunuh simbol perjuangan Palestin, Yasser Arafat dengan menggunakan racun oleh orang-orang yang rapat dengan beliau supaya kumpulan lain yang disukai oleh musuh pula menguasai medan melalui segala bentuk godaan, ancaman, janji manis dan amaran sehingga kepungan yang zalim ini dapat berjalan dengan kerjasama kumpulan tersebut yang membantu menyiksa umatnya dan menghukun rakyatnya sendiri.

Wahai para Mujahideen HAMAS,

Telah berlalu hari-hari yang perit, dan kamu telah bertahan teguh dengan sebenar-benarnya. Penentang dan ketahanan kamu bersama dengan para penentang, mujahideen dan seluruh pelusuk dunia, telah memberikan kesan dalam menamatkan tempoh pedih dalam sejarah dunia dan Amerika yang dikuasai oleh kumpulan perampok dan orang-orang jahil ditampuk pimpinan Amerika dan antarabangsa sehingga membawa kepada kehancuran dan kerugian. Di penghujung tempoh kumpulan ini dibawah kepimpinan George Bush II, tersebar dari pusat-pusat penyelidikan terhadap jenayah-jenayah mereka terhadap kemanusiaan. Adakah di dunia ini siapa yang akan mengadili mereka di Mahkamah Jenayah Antarabangsa, setelah mereka dihukum di Pilihanraya Amerika, supaya ianya tidak berulang di masa akan datang? Jutaan manusia terbunuh, jutaan tercedera, penyiksaan yang mengerikan, tawanan rahsia, penjara rahsia dan belum lagi penggelapan ratusan bilion dolar, mensia-siakan usaha tenaga perusahan dan perniagaan serta kekayaan di peringkat antarabangsa!

Sesungguhnya tempoh perit dalam sejarah dunia juga tamat bermula di zaman Presiden Reagan. Kini dunia bersedia pula untuk masuk ke fasa baru. Umat Arab dan Islam mestilah mempunyai peranan dan tempat akan tetapi titik permulaannya ialah kita mesti merubah apa yang ada dalam jiwa kita, kemudian kita mendapatkan semula kebebasan dan hak menentu halatuju. Kita hendaklah memiliki kemahuan yang bebas dari sebarang belenggu selain dari ikatan berpegang dengan arahan Allah dan Syariat Islam.

Wahai mereka yang bersiap siaga di Bait Maqdis (Jerusalem) dan di sekeliling Bait Maqdis,

Sesungguhnya kamu bukan sahaja mempertahankan bumi dan tempat suci kamu semata-mata, bahkan kamu mempertahankan maruah umat Arab dan umat Islam seluruhnya, juga mempertahankan tempat-tempat suci umat Islam dan Kristian. Bahkan saya tidak berlebih-lebih bila mengatakan bahawa sesungguhnya kamu mempertahankan nilai kebebasan, kemuliaan dan persamaan demi kemanusiaan seluruhnya, berdepan dengan apartheid, kebencian, pembezaan, pencerobohan yang lahir dari falsafah Sekular yang dihasilkan di kurun lalu oleh benih Nazi, Komunis, Atheis yang dieksploitasikan oleh Apartheid dan Zionis. Zaman sebahagian mereka telah berlalu dan dengan izin Allah dan bantuan mereka yang mulia dan merdeka, akan mengalahkan Zionis, Apartheid dan Atheis.

Sesungguhnya Islam yang agung yang kamu kibarkan panji-panjinya, tidak mengenali perbezaan warna kulit, bahkan ia adalah agama persamaan dan toleransi, tidak membawa apartheid yang sangat dibenci manusia. Bahkan Islam ini adalah apa yang disabdakan Rasulullah saw bermaksud, ‘Setiap kamu adalah dari Adam, dan Adam adalah dari tanah”.

Kepada Umat Arab dan Islam,

Janganlah kamu diperolok dan diperdayakan oleh kempen hitam dan media yang punah diperlakukan sekehendak Syaitan. Mereka memerangi tanpa henti bersama dalam barisan musuh-musuh umat Islam. Dengarlah suara hati nurani kamu yang tidak boleh menerima tindakan berdiam diri tanpa menolong pihak yang benar, saudara mara kamu di dalam kemanusiaan, agama dan Arab. Mereka dikepung oleh semua pihak agar memaksa mereka untuk tunduk menyerah diri kepada ketamakan musuh dan perancangan Zionis.

Wahai pemimpin dan kerajaan Arab,

Tiba masa kamu harus sedar dari lamunan, dan mengambil pendirian yang sebenar-benarnya. Kembalilah menilai pendirian dan strategi politik kamu sejak berdekad-dekad lalu. Bukalah lembaran baru bersama-sama rakyat kamu demi mencapai kemuliaan dan keagungan buat umat ini.

Saya tidak akan sekadar mengajak kamu mendokong hak Palestin dan menganjur peperangan demi membebaskan Palestin semata-mata, bahkan saya menyeru agar kamu jangan bekerjasama dalam membuat kepungan yang zalim dan melenyapkan isu Palestin. Isu ini tidak akan mati. Isu ini tidak akan berhenti sehingga Kebenaran kembali kepada tuannya. Adapun kamu, maka kamu akan dihukum oleh sejarah samada menyebelahi atau mendakwa kamu. Di akhir nanti, kamu akan berdiri di mahkamah Maha Adil, Maha Mengetahui, menghitung kamu apa yang kamu perbuat, apa yang kamu zahir dan rahsiakan.

Kepada kamu wahai Mujahideen, wahai mereka yang berada di medan batalion Syuhadak di Gaza Intifadah, Gaza yang dijajah, Gaza yang dibebaskan, Gaza yang diberkati …

Bergantunglah kamu kepada Allah swt. Yakinlah terhadap kemenangan dan pertolonganNya. Ikhlaskanlah wajah kamu hanya kepada Nya semata-mata. Ketahuilah bahawa Kemenangan itu datang bersama Kesabaran. Kesatuan barisan dalam rakyat Palestin adalah mesti demi mencapai kemenangan. Bersabarlah terhadap pembangkang kamu. Tanggunglah kesakitan yang dilakukan oleh mereka yang sebangsa dengan kamu. Haapkanlah senjata kamu ke arah musuh sahaja semata-mata dan ke arah dada-dada Zionis yang menjajah.

Jangan menunggu-nunggu apa jua pun dari Obama Amerika, Syarkozy Perancis dan Bangsa-bangsa Bersatu. Jangan mengharap-harapkan apa jua dari “Mubadarah Arabiah (tawaran dari pihak Arab)” (tawaran Arab diketuai Raja Abdullah dari Saudi iaitu “Israel serah Gaza dan Tebing Barat dan Israel dapat perdamaian dari Arab”) kerana kesudahannya nanti adalah kegagalan, kerana musuh terus menggunakan politik menceroboh dan kerana ianya tidak mencapai walau hak Palestin yang minima, memusnahkan hak Pelarian Palestin untuk kembali ke kampung halaman mereka yang kita tidak mungkin mengalah dalam hal ini.

Janganlah kamu masuk ke dalam strategi bentuk perbicangan dan kata-kata, bahkan hendaklah kamu bekerjasama dengan sepenuh tenaga mereka yang ikhlas ke arah memenangkan isu kamu. Hendaklah resolusi-resolusi kamu bebas sebebas-bebasnya.

Dengarlah seruan Ilahi dari tujuh petala langit bermaksud, “Wahai orang-orang beriman, bersabarlah, kuatkanlah kesabaranmu, bersiap siagalah dan bertaqwalah mudah-mudahan kamu berjaya” (Ali Imran:200).

Allahu Akbar, walillahi Hamd.

Selawat dan salam keatas Nabi Muhammad saw, ahli keluarga dan para Sahabat.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam.

Sheikh Mahdi Akef
Mursyidul Am Ikhwan Muslimin
Kaherah, Mesir

Sumber: Kedahlanie

Saturday 10 January 2009

Palestin: Sejarah Yang Dilupakan Oleh Pemimpin Arab !

Kondisi di bumi Palestin khasnya di wilayah Ghazzah makin meruncing. Lebih 400 umat Islam terkorban dan 2000 tercedera. Ratusan rumah musnah dan hampir 10 buah masjid dibantai teruk. Saat inilah Allah menzahirkan secara terang-terangan golongan Munafiq sebagaimana Allah menzahirkannya kepada Rasulullah ketika Islam dipukul hebat. Perhitungan antara saudara seAqidah dengan musuh yang membantai Islam tidak ada lagi dalam kotak fikiran golongan Sosialis, Nasionalis dan Sekular yang berselindung dengan nama-nama Islam ini. Mereka benar-benar menjadi Munafiqin dan Murtaddin. Itulah Mahmud Abbas, Husni Mubarak, seluruh pemimpin-pemimpin Arab yang mengelilingi Palestin dan pemimpin umat Islam seluruh dunia kecuali mereka yang masih mempunyai nilai ukhwah Islamiyyah. Sebahagian besar mereka telah menjadi musuh Allah, musuh Islam dan musuh ummah.

Peranan Khalifah Uthmaniyyah Dalam Isu Palestin:

Lupakah mereka bagaimana sikap Sultan Abdul Hamid II yang merupakan salah seorang khalifah bagi kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah sebelum keruntuhannya menghadapi isu Palestin ? Turki Uthmaniyyah mempunyai seramai 8 orang Sultan dan 29 pemerintah yang mengguna gelaran Khalifah dengan pemerintahan yang begitu lama masanya iaitu selama 636 tahun bermula 1288 M sehinggalah 03 Mac 1924. Antara yang paling teruk ditekan oleh badai gerakan Freemasonry, Zionisme dan Barat ialah Sultan Abdul Hamid, khalifah ke 27 dalam pemerintahan tersebut. Beberapa kali beliau didesak agar menyerahkan bumi Palestin kepada bangsa Yahudi yang ketika itu bertebaran dipelbagai Negara kerana dihalau. Inilah sikap bangsa Yahudi sehingga Rasulullah mengahalau mereka ke Khaibar dan sebahagian mereka dibunuh. Penipu, pengkhinat, zalim, menjalankan riba’, menindas itu kelebihan mereka. Apabila berada di Negara-negara Eropah, pemimpin-pemimpin Kristian sendiri menghalau mereka dek kerana sikap buruk mereka.

Ketika Theodore Hertzel yang merupakan Ketua Pertubuhan Zionisme Antarabangsa dan anggota tertinggi Freemasonry bertemu Sultan Abdul Hamid II memohon agar diberikan sedikit tanah Palestin kepada bangsa Yahudi untuk menubuhkan Negara, lihatlah apa jawatan
Sultan Abdul Hamid :

Palestin bukan milikku, bukan milik bangsa Turki,tetapi milik bangsa Arab.Baitul Maqdis pula bukan milik bangsa Arab,tetapi milik umat Islam seluruhnya.Aku tidak akan sekali-kali menyerahkan bumi Palestin walaupun sejengkal setelah bangsaku berjihad bermati-matian mempertahankan dan menyuburkan tanahnya dengan darah-darah mereka.Simpanlah wang kamu yang berjuta itu,kerana sekiranya suatu hari nanti Khalifah Islamiyyah tumbang,kamu boleh mengambilnya tanpa sebarang wang tukaran.

Adapun,sekiranya aku masih hidup,aku lebih rela diriku dicincang daripada melihat bumi Palestin dikeluarkan dari Daulah Islamiyyah dan perkara itu selama-lamanya tidak akan berlaku.Adakah kami akan membenarkan diri ( wilayah-wilayah takluk Turki ) kami ini dipisah-pisahkan sedangkan kami masih hidup ? “

Inilah jawapan tegas Sultan Abdul Hamid yang sempat memerintah bermula 1876 – 1909 disaat-saat getir kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah. Soalnya, adakah Sultan Abdul Hamid tidak ditawarkan kebendaan sebagaimana pemimpin –pemimpin Arab hari ini ditawarkan kebendaan dan jaminan keselamatan oleh Amerika dan Israel ?

Theodore Hertzel yang juga pencetus idea penubuhan Negara Yahudi telah menawa
rkan kepada Sultan Abdul Hamid II tawaran berikut jika memberikan sedikit tanah Palestin untuk bangsa Yahudi. Ketika itu Palestin adalah wilayah Islam dibawah Turki Uthmaniyyah. Antara tawarannya:

1) Menjelaskan semua hutang Kerajaan Turki Uthmaniyyah.

2) Membangun dan menggiatkan aktiviti perdagangan dan perindustrian untuk Turki.

3) Menyedia pelbagai kemudahan pengangkutan dengan membina jalan keretapi dan kapal laut.

4) Membina sebuah universiti yang dilengkapi kemudahan moden.

5) Menggunakan 100% akhbar untuk mempertahankan sultan bagi menghadapi kuasa Barat.

6) Hadiah wang sebanyak 100 juta nilai emas kepada baginda.

Jika inilah kebendaan yang pemimpin-pemimpin Arab dan umat Islam inginkan, lihatlah betapa besarnya Sultan Abdul Hamid II pernah ditawar. Namun, dihadapannya adalah maruah ummah, maruah saudara seAqidah, pertanyaan Allah di Yaumil Mahsyar sebagai khalifah dan harapan ummah, lalu kebendaan ini ditolak.

Pemimpin Arab dan Umat Islam Takut Hilang Kekuasaan.

Na’uzubillah. Lihatlah pengorbanan Sultan Abdu
l Hamid II. Ketegasan beliau mempertahankan Islam dalam pemerintahan dan tegas dalam isu Palestin membuatkan beliau sampai digulingkan dan dihalau keluar dari istana khalifah oleh gerakan Freemasonry yang dibelakangnya pelbagai jenis musuh Allah. 4 anggota Freemasonry tersebut adalah Imanuel Qarh Sou, Aram, As’ad Tubtoni dan ‘Arif Hikmat.

Tidak ada otakkah wahai pemimpin umat Islam hari ini melihat ketegasan Sultan Abdul Hamid II. Islam dan ummahnya didahulukan daripada perut. Ya, kalian benar-benar musuh Allah, musuh Islam dan musuh ummahnya. Anak-anak Palestin yang terkorban, ibu-ibu yang dibelah perut dan diterajang serta orang-orang tua yang tidak berdaya di Palestin ini akan mengheret kalian dihadapan Allah nanti.

Catatan: Gambar 1-Sultan Abdul Hamid II.

Gambar 2 – Theodore Hertzel

Gambar 3 – Sultan Abdul Hamid II (dua dari kanan) dihalau dari istana.

Sumber : arruhuljadid86.blogspot.com

Akhukum

Pejuang Kecil

7.39 malam, 13 Muharram 1430 Hayyu A'syir Kaherah


Bubur Asyura Kedah


Alahamdulillah inilah jawapan terhadap sesiapa yang asyik tanya saya macam mana nak buat bubur Asyura Kedah. Dalam pencarian tiba-tiba hari ini ada pengunjung yang berziarah ke blog saya dan letakkan link blog beliau dalam my shoutbox.
Jadi resepi bertuah untuk anda ini dinukilkan dari blog tersebut. Saya ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada pemilik blog atas resepi tersebut.

Bahan-Bahan:

1kg tepung beras
1kg gula pasir
½kg gula merah (masak dan ditapis)
½kg kacang kuda (direbus)
1kg kacang hijau (direbus)
½kg kacangtanah(digoreng tanpa minyak)
2kg ubi keledek (dipotong kecil dan direbus separuh masak)
2kg pisang
3 tongkol jagung segar
1kg pati santan
Garam secukup rasa
2 helai daun pandan

Cara-Cara

1.Bancuh tepung beras bersama 7 liter
air,kacau di atas api.
2.Masukkan pati santan dan daun
pandan.Kacau lagi sehingga pekat.
3.Masukkan gula pasir,gula merah dan
garam.
4.Masukkan kacang hijau,kacang kuda,
jagung dan keledek.
5.Masukkan kesemua bahan yang lain dan
kacau sehingga masak.
6.Bila sudah masak tuang ke dalam acuan
dan sejukkan sebelum dipotong.

p/s boleh dimasukn isi durian..lagi bertambah sedapp

Sumber : gadiskalispeluru.blogspot.com

Cubalah

Akhukum Pejuang Kecil 11.50 pagi, 13 Muharram 1430 Hayyu A'syir, Kaherah

Thursday 8 January 2009

Sikap Kita Terhadap Isu Palestin

Bersikaplah dengan petunjuk Allah :

Dengan yang demikian, apabila kamu berjuang menentang orang-orang kafir (dalam peperangan jihad) maka pancunglah lehernya, sehingga apabila kamu dapat membunuh mereka dengan banyaknya (serta mengalahkannya) maka tawanlah (mana-mana yang hidup) dan ikatlah mereka dengan kukuhnya. Setelah selesai pertempuran itu maka (terserahlah kepada kamu) samada hendak memberi kebebasan (kepada orang-orang tawanan itu dengan tiada sebarang penebusnya) atau membebaskan mereka dengan mengambil penebusnya. (Bertindaklah demikian terhadap golongan kafir yang menceroboh) sehinggalah berakhir peperangan jihad itu (dan lenyaplah sebab-sebab yang memimbulkannya). Demikianlah (diperintahkan kamu melakukannya) dan sekiranya Allah menghendaki, tentulah Dia membinasakan mereka (dengan tidak payah kamu memeranginya); tetapi Dia (perintahkan kamu berbuat demikian) kerana hendak menguji kesabaran kamu menentang golongan yang kufur ingkar (yang mencerobohi kamu) dan orang-orang yang telah berjuang serta gugur syahid pada jalan Allah (mempertahankan agamanya), maka Allah tidak sekali kali akan mensia-siakan amal-amal mereka. - Muhammad ayat 4

Mendengar ada pihak yang menyeru supaya ummat Islam bersabar dan tidak terburu-buru mendaftarkan diri sebagai sukarelawan jihad ke Palestin terasa ia amat memalukan. Tambahan pula ada yang menyatakan kita tidak perlu campur tangan kerana ia bukan perang atas nama agama.

Malanglah sikap tidak faham sesetengah ummat Islam ini.

Fahamilah dengan fikrah Islam yang jelas:

Allah tidak pernah memerintahkan berperang atas nama menyebarkan agama tetapi Islam wajib dipertahankan walaupun terpaksa berperang. Islam tidak pernah memerlukan perang untuk disebarkan tetapi Islam dan ummatnya wajib dipertahan walau apa jua keadaan sekalipun.

Inilah fikrah kita.


Ingatlah!

Biar atas nama apa sekalipun, apabila ummat Islam diperangi maka tiada sesiapa yang perlu berdiam diri dari membela saudara mereka sendiri.

Ingatlah kita pernah dijajah ratusan tahun hanya atas nama rempah ratus pada mulanya.

Ingatlah Iraq sampai kini dijajah hanya atas nama memerangi keganasan.

Jangan ada seorang pun daripada kita yang bersikap lebih diplomatik dari kebinatangan Zionis yang bertindak tanpa pernah mengira apa jua ndang-undang.

Islam tidak pernah merelakan ummatnya membiarkan saudara mereka di Palestin diganyang dan kita hanya bersikap bermain-main, hanya berdiplomasi sedangkan kita telah diserang tanpa sebarang diplomasi.

Berimanlah dengan seruan Allah:

Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Al-Hajj ayat 78

Bukan Nabi SAW pernah menyatakan:

Barang siapa yang tidak mengambil berat tentang urusan sesaudara Islamnya yang lain, maka dia bukanlah termasuk di dalam golongan mereka.

Islam tidak pernah merelakan sikap menjuzuk-juzukkan perpaduan ummat ini. Sehingga ada pemimpin ummat Islam yang berpendirian, isu Palestin hanyalah urusan Palestin yang haram dicampuri sedangkan Amerika dan Israel tidak pernah sama sekali berdiplomasi.

Islam sesekali tidak pernah merelakan jika kita cenderong kepada kuffar Amerika dan Zionis apatah lagi kita sendiri seolah-olah bertindak sebagai jurucakap kepada Israel.

Apakah perlu kita menahan orang lain dari menunaikan kewajipan jihad mereka.

Takutlah dengan peringatan Allah:

Mereka membantahmu tentang kebenaran (berjihad) setelah nyata (kepada mereka kemenangan yang engkau janjikan), seolah-olah mereka dihalau kepada kematian, sedang mereka melihat (sebab-sebabnya). Al-Anfal ayat 6

Bukankah diantara sifat mu'min itu tidak akan sama sekali meminta izin untk meninggalkan medan jihad, inikan pula menahan hasrat orang lain untuk berjihad.

Berimanlah dengan seruan Allah:

Orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tidak akan meminta izin kepadamu untuk (tidak turut) berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang bertakwa. At-Taubah ayat44

Biarkanlah mereka berjuang bersama rakyat Palestin jika kita tidak mahu dan malas , beralasan kononnya " Kita tidak boleh meniru Yahudi" berperang walaupun sudah beratus saudara seaqidah yang dibunuh.

Apakah misi pengaman dan bantuan ubat-ubatan sudah mencukupi. Ingatlah bantuan itu wajib tetapi apakah pasukan pengaman dan ubatan yang dihantar mampu menahan kedurjanaan Yahudi dari membunuh jiwa tanpa hak.

Bukankah Islam mengajar bahawa nyawa dan tanah air perlu dipertahankan. Soalnya apakah bantuan, ubatan dan pengaman yang hanya berada di luar Gaza mampu mempertahankan nyawa dan tanah air Palestine dari dibedil Yahudi.

Bukankah tindakan itu hanya Ibarat melepas batuk ditangga.Namun yang pastinya ia adalah kosmetik dari musuh Islam untuk melindungi kejahatan mereka melanyak ummat Islam dan malangnya ada ummat Islam yang termakan dengan helah ini.

Oleh itu sahutlah seruan tuhanmu:

Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), samada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab) dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. At-Taubah ayat 41

Berjuanglah, berjihadlah dan jangan sesekali menoleh kebelakang dek kerana gangguan suara-suara sumbang yang ingin menjaga hati dan hubungan diplomatik dengan Amerika sehingga kita menggadaikan nyawa ummat Islam Palestin.

Teladanilah sifat pejuang Allah dan jauhilah sifat munafiq:

Dan (kerana gemarkan pahala berjuang menegakkan Islam) orang-orang yang beriman berkata: Alangkah baiknya sekiranya diturunkan satu surah (dari Al-Quran, yang memerintahkan kami berjuang)? Maka apabila diturunkan satu surah (dari Al-Quran) yang tegas keterangannya dan tersebut padanya hukum-hukum yang mewajibkan perang jihad (menentang pencerobohan musuh), sudah tentu engkau akan melihat orang-orang yang ada penyakit (kufur) dalam hatinya memandang kepadamu dengan terbeliak matanya kerana gerun takut menghadapi mati; dengan yang demikian, maka kebinasaanlah lebih hampir kepada mereka. - Muhammad ayat 20

Salam Perjuangan

Pejuang Kecil

Asrama Kedah, Hayyu A'syir Kaherah
9.47 malam, 11 Muharam 1430

"Mengapa Kita Kalah?"

Oleh Adian Husaini

Mahathir Mohammad pernah mengatakan, umat Islam seharusnya bisa belajar dari sejarah Yahudi. Apa maksudnya?

Tahun 1969, menyusul kekalahan Arab dalam Perang Tahun 1967, Dr. Yusuf Qaradhawi menulis satu buku berjudul: ”Dars an-Nukbah ats-Tsaniyah: Limadza Inhazamnaa wa Kaifa Nantashir.” (Diterbitkan di Indonesia tahun 1988 oleh Pustaka Bandung dengan judul: Mengapa Kita Kalah di Palestina?. Al-Qaradhawi menegaskan:

”Satu hal yang amat saya tegaskan di sini adalah keharusan kita untuk kembali kepada Islam. Islam yang benar. Islam yang menyeluruh yang mengembalikan diri kita – sebagaimana yang dulu pernah terjadi – menjadi sebaik-baik ummat yang pernah dihadirkan untuk seluruh ummat manusia. Tanpa kembali kepada Islam, maka nasib yang akan kita alami, sungguh amat mengerikan, dan masa depan pun akan demikian gelap gulitanya.”

Mengapa kita kalah di Palestina? Itulah pertanyaan yang sudah menggayuti kaum Muslimin sejak puluhan tahun lalu. Mengapa umat Islam yang jumlahnya sekitar 1,4 milyar jiwa tidak berdaya menghadapi kekejaman dan kebiadaban Zionis-Yahudi yang jumlahnya hanya beberapa juta saja. Perlu kita renungkan, bahwa jumlah kaum Yahudi di seluruh dunia hanyalah sekitar 15 juta jiwa.

Dalam Atlas of The World's Religions, disebutkan :

jumlah pemeluk agama Yahudi 15.050.000. Pemeluk Islam adalah 1.179.326.000, dan pemeluk Kristen 1.965.993.000. (Ninian Smart, Atlas of The World's Religions, (New York: Oxford University Press, 1999). CM Pilkington, dalam bukunya, Judaism, malah menyebut jumlah Yahudi hanya 13 juta. Mereka kini tersebar utamanya di 10 negara, yaitu USA (5.800.000), Israel (5.300.000), Bekas Uni Soviet (879.800), Perancis (650.000), Kanada (362.000), Inggris (285.000), Brazil (250.000), Argentina (240.000), Hongaria (100.000), dan Australia (97.000). (Lihat, Pilkington, Judaism, (London: Hodder Headline Ltd., 2003).

Mengapa kita kalah? Hari-hari ini kita terus menyaksikan dan meratapi saudara-saudara kita dibantai satu per satu oleh kaum Yahudi. Kita hanya bisa memanjatkan doa, berteriak, marah, protes, demonstrasi, dan menggalang dana bantuan. Itulah yang bisa kita lakukan. Kita kalah, dan tidak berdaya menghadapi kondisi yang memilukan ini. Sama dengan nasib bangsa kita yang ratusan tahun dijajah oleh bangsa-bangsa mini.

Dunia mengutuk kekejaman Zionis Israel. Namun, Israel tidak peduli. Mereka merasa kuat karena jelas-jelas didukung oleh negara adikuasa AS dan sekutu-sekutunya. Sistem PBB sudah diatur sedemikian rupa sehingga tidak bisa merugikan kepentingan Israel. Jika sebelumnya banyak yang menaruh sedikit harapan pada Obama, maka harapan itu kini mulai sirna. Barack Obama ternyata tak beda dengan Presiden AS lainnya yang menempatkan Israel sebagai sekutu utamanya. Kita tunggu saja, apakah setelah ia resmi memangku jabatan Presiden AS nantinya, akan ada perubahan sikap. Kita pesimis, jika melihat sikapnya selama ini terhadap Israel.

Dalam berbagai propaganda Israel mengatakan bahwa mereka melakukan kebiadaban tersebut adalah dalam rangka untuk membela diri dari serangan-serangan roket Hamas. Propaganda ini adalah sangat keterlaluan kebohongannya. Kaum Zionis dan juga AS tidak mau melihat akar masalah Pelestina itu sendiri. Palestina adalah negara yang dijajah; tanah air mereka dirampas oleh kaum Yahudi dengan dukungan Barat, khususnya Inggris dan AS. Kita perlu ingat kembali, bahwa hingga kini ada sekitar 4 juta pengungsi Palestina yang terusir dari negaranya. Masih ada yang sejak tahun 1949 mereka hidup di tenda-tenda pengungsi yang tersebar di wilayah Lebanon dan sebagainya. Mereka tidak jelas nasibnya hingga kini, apakah akan diizinkan kembali ke tanah airnya atau tidak. Hak untuk kembali (Right to Return) senantiasa ditolak Israel.


Pengusiran yahudi di Poland 1918-1939


Pembantaian/pengusiran etnik yahudi di Spanyol

Padahal, bangsa Palestina adalah korban dari kebiadaban kaum Kristen di Barat terhadap yahudi. Mereka tidak pernah membantai kaum Yahudi. Baratlah yang selama ratusan tahun membantai Yahudi. Bahkan, selama 800 tahun kaum Muslim di Andalusia menjadi pelindung kaum Yahudi. Begitu juga Turki Utsmani. Ketika pada tahun 1492 kaum Yahudi diultimatum oleh penguasa Kristen di Spanyol untuk pindah agama, dihukum mati, atau diusir dari Spanyol , maka ratusan ribu kaum Yahudi memilih untuk pergi dari Spanyol. Kemana mereka pergi? Tak lain mereka mengungsi ke wilayah-wilayah Turki Utsmani.

Meskipun memberikan gambaran yang tidak terlalu tepat terhadap perkembangan Islam, Encyclopedia Judaica masih mengakui bahwa sikap muslim terhadap Yahudi jauh lebih toleran dibandingkan sikap Kristen. Kata Encyclopedia ini: ”it displayed greater tolerance than Christianity.

Setelah mengalami berbagai kekejaman di Eropa, kaum Yahudi di wilayah Utsmani merasakan hidup di tanah air mereka sendiri. Selama ratusan tahun mereka tinggal di sana, menikmati kebebasan beragama, dan berbagai perlindungan sebagai kaum minoritas dengan status sebagai ahlu zhimmah. Selama itu, kaum Yahudi tidak berpikir untuk memisahkan diri dari Utsmani.


Pengusiran yahudi di Rusia1918-1939


Pengusiran yahudi di Perancis 1940

Karen Armstrong, dalam bukunya, A History of Jerusalem mencatat, bahwa di masa pemerintahan Sultan Sulaiman Agung (Suleiman the Magnificent--1520-1566), Yahudi hidup berdampingan dengan kaum muslim di Jerusalem. Sejumlah pengunjung Yahudi dari Eropa sangat tercengang dengan kebebasan yang dinikmati kaum Yahudi di Palestina. Pada tahun 1535, David dei Rossi, seorang Yahudi Italia, mencatat bahwa di wilayah Utsmani, kaum Yahudi bahkan memegang posisi-posisi di pemerintahan, sesuatu yang mustahil terjadi di Eropa. Ia mencatat, “Here we are not in exile, as in our own country. ‘Kami di sini bukanlah hidup di buangan, tetapi layaknya di negeri kami sendiri.’”

Kondisi Yahudi di Turki Utsmani itu begitu bertolak belakang dengan perlakuan yang diterima Yahudi di dataran Eropa, sehingga mereka harus mengungsi besar-besaran ke luar Eropa, dan terutama ke wilayah Utsmani. Padahal, ketika Spanyol berada di bawah pemerintahan Islam, kaum Yahudi juga mengalami perlakuan yang sangat baik. Sejumlah penulis Yahudi menggambarkan kondisi Yahudi di Spanyol di bawah pemerintahan Islam ketika itu sebagai suatu “zaman keemasan Yahudi di Spanyol” (Jewish golden age in Spain).


Pengusiran yahudi di Belarussioan 1939


Pengusiran yahudi di Hungari 1941

Dalam buku Atlas of Jewish Civilization, Martin Gilbert mencatat tentang kebijakan penguasa muslim Spanyol terhadap Yahudi. Dia katakan, bahwa para penguasa muslim itu juga mempekerjakan sarjana-sarjana Yahudi sebagai aktivitas kecintaan mereka terhadap sains dan penyebaran ilmu pengetahuan. Maka mulailah zaman keemasan Yahudi di Spanyol; penyair, dokter, dan sarjana memadukan pengetahuan sekuler dan agama dalam metode yang belum pernah dicapai sebelumnya. Kaum Yahudi itu bahkan menduduki jabatan tertinggi di dunia muslim, termasuk perdana menteri beberapa khalifah di wilayah Islam bagian Timur dan Barat.

Karen Armstrong juga menggambarkan harmonisnya hubungan antara muslim dengan Yahudi di Spanyol dan Palestina. Menurut Armstrong, di bawah Islam, kaum Yahudi menikmati zaman keemasan di al-Andalus. Musnahnya Yahudi Spanyol telah menimbulkan penyesalan seluruh dunia dan dipandang sebagai bencana terbesar yang menimpa Israel sejak kehancuran (Solomon) Temple. Abad ke-15 juga telah menyaksikan meningkatnya persekusi anti-Semitik di Eropa, yang kaum Yahudi dideportasi dari berbagai kota. Sebagaimana Karen Armstrong, Avigdor Levy, penulis Yahudi dari Brandeis University, mencatat tentang kisah tragis pengusiran Yahudi dari Spanyol tahun 1492.

Jewish Refugees Leave Germany

Pengusiran Yahudi dari Jerman dan ke Amerika 1939



Dibantu Amerika & Inggris, Yahudi 1948 Mengusir warga Palestina dan mendirikan negara Israel

Itulah kebaikan dan perlindungan umat Islam terhadap Yahudi. Tapi, setelah melihat kekuatan Islam melemah, kaum Zionis kemudian justru berpaling ke Barat. Mereka justru tega merampas negeri Palestina untuk berdirinya Negara Yahudi. Anehnya, klaim-klaim teologis dan historis mereka kemudian didukung oleh Inggris dan AS. Peristiwa holocaust yang sebenarnya bukan tindakan kaum Palestina justru dijadikan legitimasi untuk membunuh dan mengusir penduduk Palestina dan menggantinya dengan penduduk Yahudi. Karena itu, tidaklah berlebihan jika dunia menilai, Zionisme sebagai satu bentuk rasisme. Resolusi Majlis Umum PBB No 3379, tahun 1975 menyatakan, bahwa "Zionisme adalah sebentuk rasisme dan diskriminasi rasial."

Roeslan Abdulgani (Menlu RI periode 24 Maret 1956--28 Januari 1957) menulis bahwa salah satu jiwa pokok dari Konferensi Asia-Afrika Bandung, tahun 1955, adalah jiwa anti-Zionisme. Dalam konferensi tersebut Zionisme Israel oleh banyak delegasi dikatakan sebagai, "the last chapter in the book of old colonialism, and the one of the blackest and darkest chapter in human history ‘bab terakhir dari buku kolonialisme kuno, dan satu di antara bab yang paling hitam dan paling gelap dalam sejarah manusia.’”

Zionisme Israel, menurut Roeslan Abdulgani, pada hakikatnya adalah bentuk dan manifestasi dari nafsu untuk merampas tanah air bangsa lain, dengan cara-cara teroris dan kejam. Negara Israel yang didirikan pada tahun 1948, tidak hanya merampas tanah air rakyat Palestina yang tak berdosa, tetapi juga mengusir penduduk aslinya dengan teror dan kekerasan. Selanjutnya Roeslan menulis:

"Zionisme boleh dikatakan sebagai kolonialisme yang paling jahat dalam zaman modern sekarang ini. Ia berbau rasialisme. Ia menyalahi agama Yahudi. Ia didukung oleh kekuatan-kekuatan internasional yang berjiwa reaksioner, baik dari kalangan Yahudi di Eropa Barat maupun di Amerika." (Roeslan Abdulgani, Indonesia Menatap Masa Depan, (Jakarta: Pustaka Merdeka, 1987),

Jadi, kekejaman dan kebiadaban Zionis Yahudi memang sudah masyhur dan dimaklumi oleh dunia internasional. Mayoritas negara-negara di dunia mengutuk tindakan Israel. Tapi, AS tetap mendukung kebiadaban Israel. Di sinilah kita melihat praktik nyata kebohongan Demokrasi yang digembar-gemborkan AS dan sekutu-sekutunya. Dalam struktur PBB sendiri dilestarikan sistem yang sangat otoriter dan sangat tidak demokratis. Kekuasaan PBB untuk melakukan aksi militer diberikan kepada Dewan Kemanan; sedangkan Dewan Keamanan sendiri sudah dikuasai oleh lima anggota tetap. Jika satu saja anggota tetap itu tidak setuju dengan satu resolusi, maka resolusi itu batal. Akhirnya, yang berkuasa bukanlah suara mayoritas, tetapi AS dan sekutu-sekutunya. Inilah satu bentuk kebohongan demokrasi yang sangat telanjang. Anehnya, begitu banyak pakar saat ini yang masih rajin menyanyikan lagu demokrasi dan membanggakan Indonesia sebagai negara demokrasi terbesar di dunia Islam. Satu kebanggaan yang berlebihan.

Tapi, kita memang tidak akan menyelesaikan masalah dengan mengumpat dan mencaci Israel dan para pendukungnya. Kita sendiri yang harus berubah. Sebab, kita kalah bukan karena pihak luar. Kita kalah karena kita sendiri. Karena kondisi kita memang layak untuk dikalahkan. Untuk mencari jawaban bagaimana supaya kita bisa menang, maka kata Yusuf Qaradhawi, kita memang harus kembali kepada Islam. Tahun 2003 lalu, saat pembukaan KTT Organisasi Islam di Kuala Lumpur (16/10/2003), Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohammad kala itu juga sudah mengingatkan bahaya kekuasaan Yahudi di dunia. Mahathir mengajak umat Islam untuk melihat sejarah, bagaimana bangsa kecil yang ditindas dimana-mana selama ribuan tahun itu kini bisa menguasai dunia.

Dalam pidatonya tersebut, Mahathir Mohammad sebenarnya lebih menekankan, agar umat Islam belajar dari sejarah Yahudi. Bagaimana bangsa kecil yang mengalami penindasan selama ribuan tahun ini, berhasil survive (selamat) dan bahkan kemudian menjadi salah satu kekuatan dunia (world power). Ia menekankan, bahwa Yahudi selamat, lebih karena menggunakan “otak”, dan bukan hanya kekuatan fisik. “Muslims were up against people who think; people who survived 2000 years of pogroms not by hitting back, but by thinking.”

Yahudi, menurut Mahathir, mampu keluar dari keterpurukannya karena mereka menggunakan akalnya. Tapi, kita paham, bahwa akal saja tidaklah cukup. Yang penting juga adalah aqidah dan akhlak. Islam akan mampu meraih kemenangan jika mampu memadukan dua unsure yang tepat dalam perjuangan, yaitu kecerdasan dan keikhlasan. Betapapun hebatnya akal yang kita punya, betapa pun jitunya strategi yang kita terapkan, jika tidak dilakukan dengan keikhlasan, maka kemenangan pun tidak akan kunjung tiba. Keikhlasan dalam berjuang inilah yang memungkinkan kita mampu membuang jauh-jauh semangat ashabiyah dan golonganisme di tengah kita.

Mudah-mudahan aktivitas kita dalam berjuang membantu saudara-saudara kita di Palestina kita jalankan karena mencari keridhaan Allah; bukan untuk mencari pujian masyarakat bahwa organisasi kita termasuk yang paling aktif dalam perjuangan ini. Niat ikhlas itulah yang dinilai oleh Allah. [Solo, 2 Januari 2009/hidayatullah.com]





Dibantu Amerika & Inggris, Yahudi Zionist menyerbu Palestina, Mengusir warga Palestina dan mendirikan negara Israel dan hingga sekarang walaupun dulu judulnya pemisahan Yahudi vs Arab menjadi Israel vs Palestina. Namun pada kenyataannya palestina masih terjajah.


Ratusan ribu pengungsi yang terusir sejak 1948 masih belum kembali hingga saat ini.
DUNIA DIAM !!!




Sebagian lainnya warga palestin yg tidak dalam kem pelarian pun sebenarnya dalam kondisi dipenjara dengan dibangunnya dinding pemisah dan terisolirnya palestina dari dunia serta hilangnya "identitas Palestina". Dan yang pasti terjadilah penderitaan yg Panjang. Siapa bilang tidak ada Krisis Kemanusiaan di Gaza/Palestin?
DUNIAPUN DIAM !!!



Sekarang Israel sedang mengebom palestin dengan "bom kimia uranium"
DUNIAPUN TETAP DIAM !!!

sumber : swaramuslim

Sebarkan

Pejuang Kecil
7.50 malam 11 Mharram 1430
Hayyu A'syir Kaherah

22 safar 1430

 
Pejuang Kecil © 2007 Template feito por Templates para Você