Followers

Thursday 30 October 2008

Radix Fried Chicken (RFC)

Radix Fried Chicken (RFC) alternatif baru di Kedah.

Alhamdulillah akhirnya dah ada alternatif dari ummat Islam sendiri yang mengusahakan pusat makanan seumpama KFC tapi dimiliki sepenuhnya oleh ummat Islam, bumiputera, dan tahap kebersihan dan halal pun amat meyakinkan.

Atas usaha syarikat Herba Perubatan Al Wahida (HPA) Satu-satunya syarikat bumiputera muslim yang mempunyai kilang bertaraf ‘GMP’ sebuah pusat makanan alternatif baru telah berjaya dibangunkan dan berjaya menjadi tarikan baru di Sungai Petani, Kedah. Lokasinya berhampiran dengan pasaraya besar Tesco.

Apa yang menarik ialah sumber bekalan ayamnya diterima daripada HPA farm yang telah berusaha berhempas pulas menghasilkan ayam yang halal dipasaran.Bermula daripada proses penyediaan makanan ayam yang halal,ia bebas dari penggunaan antibiotik dan penggunaan beta agonist(enzim penggemuk dari babi). Begitu juga dengan penyembelihan yang dilakukan menurut kehendak Islam. Semuanya dari bermula baik dan halal sampailah kepada proses menyediakan makanan yang siap dimakan.

RFC juga menggunakan radix cola sendiri sebagai alternatif kepada coca-cola dan rempah ratus yang digunakan sebagai adunan ayam RFC juga diproses dengan adunan terpilih dan tersendiri.Chili sos,tomato sos dan Thai Sos juga dihasilkan di kilang HPA yang terletak di Perlis.

Dengan moto "FRESH ORGANIC HALAL" RFC bergerak maju seiring dengan perkembangan industri pemakanan halal.Diharapkan ia bakal membuka minda dan peluang baru buat ekonomi ummat Islam.

Waktu Perniagaan RFC bermula dari Jam 10.30 Pagi Hingga 11.00 Malam (Setiap Hari) di alamat Lot 95-97 Jalan Lagenda 1, Legenda Height, Sungai Petani,Kedah Darul Aman bersebelahan Maybank Legenda Height.

Menjelang tahun 2010 RFC berhasrat mempunyai 20 rangkaiannya diseluruh malaysia.InsyaAllah.

Berikut ialah reaksi pelanggan dan pemerhati terhadap RFC yang dipetik dari pelbagai sumber media:

"Tahniah saya ucapkan kepada pihak HPA kerana berjaya memartabatkan Islam dengan pembangunan produk-produk yg berorientasikan Islam. sesungguhnya ia membuka mata umat Islam untuk sama-sama mencari keberkatan dalam soal kehidupan, Syabas".

"Radix fc ni dekat dgn opis saya namun macam dok kata la...tak dpt masuk pasai baris mcm keretapi ntah bila nak buleh rasa...kekawan yang dah makan semua kata ayam sedap cuma side dish kureng sket ...tapi still acceptable....kita kena sokong ni....ini perniagaan orang melayu yang sangat meletop di SP".

"Ramai nya orang, kalah kat Idaman Suri...."

"Alhamdulillah org kita maju setapak lagi
Nak pi SP jauh sgt, tunggu radix lebarkan sayap ke KL ni
Bakal pesaing hebat KFC & yg sewaktu dgnnya".

"Alhamdulillah,. Dah ada alternatif lain bagi penggemar-penggemar fast food, especially bagi budak-budak kecik. Makanan akan jadik darah daging, so lepas ni, kalo budak-budak kecik merengek nak makan ayam goreng, boleh la gi beli kat RFC, halalan thoiyiban,.. confirm InsyaAllah".

"ANDA TIDAK TERUJA BILAMANA DIKATAKAN AYAM DIHASILKAN DARI LADANG SYARIKAT INI SENDIRI DAN DIBERI MINUM AIR YASIN. AYAM TIDAK DISUNTIK DENGAN HORMONE. PRODUK HALALAN THOIYIBAN".

Selamat Maju Jaya Buat RFC

Akhukum
Pejuang Kecil







Friday 24 October 2008

Alhamdulillah Hujan Dah Turun Di Bumi Kaherah

Alhamdulillah Syukur kepada Allah , Akhirnya manik-manik hujan mula turun membasahi bumi Kaherah. Turun pada hari Jumaat 24 Syawal 1429 Hijri bersamaan 24 Oktober 2008.


langit Hayyul A'syir redup dek awan berat membawa hujan rahmat dan kasih sayang Allah. Mula merintik hampir usai khutbah jumaat, menyirami para makmum yang khusyuk menghayati khutba di kawasan lapang tepian masjid berdekatan penempatan pelajar-pelajar Malaysia di Kaherah.

"Kalau di Mesir hujan turun maknanya sudah rasmi masuk musim sejuk, suhu akan turun mendadak selepas hujan, dalam masa sehari lebih kurang dah tak tertahan rasa apabila angin sejuk menyapa kulit."

Sebelum bulan Ramadhan yang lalu kerajaan Mesir telah mengisytiharkan perubahan kiraan waktu jam. Itu pun tanda awal melangkah ke musim Syita' (sejuk) . Cuaca mula tak menentu sekejap panas sekejap sejuk tapi jarang-jarang terasa . Masing-masing menunggu dengan sabar bila agaknya hujan akan mula turun. Tak sabar rasanya.

"Tup-tup hari ni hujan pun turun, hati dah mula berbunga seronok sejak awan mendung berarak datang,syahdu rasanya tatkala rintik pertama hujan mengenai kepala".

Tanpa sedar lidah turut memuji syukur kepada Allah. Sebabnya mungkin dah lama tak lihat dan rasai aroma bau hujan. Kalau di Malaysia hujan terlalu sinonim dengan bumi hijaunya. Tetapi kat bumi padang pasir ni hujan di tunggu-tunggu kehadirannya. Teringat suasana zaman nabi ketika hujan.

Hujan Zaman Nabi Sallallahu A'laihi Wasallam.

Pernah suatu ketika Rasulullah berdoa pohon Allah turunkan hujan , bumi kering kontang dahagakan siraman hujan, tanaman mati dek panas mentari dan gersang tanahnya. Kisah ini diriwayatkan oleh Saidina Anas bin Malik.

Anas bin Malik meriwayatkan bahawa pernah berlaku musim kemarau pada zaman Rasulullah. Ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar pada hari Jumaat, seorang Arab Badwi bangun, lalu bertanya: "Wahai Rasulullah, segala harta benda telah musnah. Seluruh ahli keluarga juga kelaparan. Berdoalah kepada Allah untuk kami agar Allah turunkan hujan..."

Baginda lalu mengangkat kedua belah tangan. Pada waktu itu tidak ternampak tompokan-tompokan awan. Tiba-tiba awan seumpana buih berarak. Baginda masih tidak turun dari mimbar hinggalah kami melihat hujan mula menitis membasahi janggutnya. Seharian itu kami ditimpa hujan. Begitu juga keesokannya dan hari selepasnya sehingga tiba hari Jumaat seterusnya. Pada hari itu, Arab Badwi tempoh hari bangun lagi dan berkata: "Semua bangunan telah runtuh, harta benda juga telah ditenggelami air. Oleh itu, berdoalah kepada Allah untuk kami, wahai Rasulullah SAW."

Baginda lalu menadah tangan ke langit, lalu berdoa, maksudnya, "Ya Allah, berilah manfaat kepada kami, dan janganlah jadikannya musibah kepada kami." (Hadis riwayat Al Bukhari)

Hakikat Hujan

Hujan adalah tanda kasih sayang Allah sebenarnya.Kita selalu mendengar manusia sering menyalah, mencemu dan mengeluh apabila hujan turun. Walaupun hjan yang selalu turun tu bukan lah sampai ke tahab bala' , hanya kadang-kadang banjir.

" Ala! hujan turun pulak", "aduh! habis basah baju aku", " kenapa lah kerap sangat hujan ni", "asyik hujan memanjang nak kerja macam mana ni", "meluat betul aku, turun lagi hujan".
"
Inilah kata-kata mencaci dan mencemuh hujan, seolah-olah hujan turun ke bumi ikut suka tanpa melihat siapakah yang berkuasa dan berkehendak menurunkan rahmat Allah itu."

Namun ada juga kata-kata baik macam ni.

"Alhamdulillah hujan turun,walupun tak boleh menoreh tapi ada hikmahnya". Mungkin beginilah cakap-cakap pakcik tua penoreh getah di Pahang tetapi sentisa bersyukur walupun hujan menghalang kehendaknya turun menoreh mencari sesuap nasi.

"Syukur! Hujan tughun jugak nooo! buleh pakat tughun pi bendang dah kot cangkui petak(sawah)", mungkin inilah kalam Pak Ngah, pesawah padi di negeri Jelapang Padi nun jauh di utara tanah air.

Nilailah sendiri mana satu kata-kata anda sewaktu hujan mula membasahi bumi.

Allah berfirman tentang hujan

Hujan di sisi Allah hakikatnya adalah rahmat namun jarang sekali Allah turunkan sebagai tanda murkanya.
Ada hujan rahmat dan ada juga hujan azab bagi manusia yang bongkak melawan perintahNya.

Allah mengisahkan hujan rahmat dan kasih sayang kepada hamba-hambaNya melaui firmanNya:

Dan Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa berita gembira sebelum kedatangan rahmatNya ; hingga apabila angin itu telah membawa awan mendung, Kami halau ke suatu daerah yang tandus, lalu Kami turunkan hujan di daerah itu, maka Kami keluarkan dengan sebab hujan itu pelbagai macam buah-buahan. Seperti itulah Kami membangkitkan orang-orang yang telah mati, mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran. Al A'raff ayat 57

Allah juga memperingatkan kepada manusia yang ingkar dengan kisah hujan azab dengan firmanya :

Maka tatkala mereka melihat azab itu berupa awan yang menuju ke lembah-lembah mereka, berkatalah mereka: "Inilah awan yang akan menurunkan hujan kepada kami". bahkan itulah azab yang kamu minta supaya datang dengan segera angin yang mengandung azab yang pedih. Al Ahqaf ayat 24.

Solat istisqa' (minta hujan)

Hadis ini dan banyak lagi hadis yang lain menjadi dalil bahawa sembahyang memohon hujan disunatkan dalam Islam dan digalakkan mengerjakannya apabila kita mengalami musim kemarau.

Dari Abdullah bin Zaid Al Ansari r.a katanya Rasulullah SAW telah keluar menuju ke tempat sembahyang (Musholla) untuk mengerjakan sembahyang Istisqa’ (sembahyang minta hujan) dan bahawa baginda apabila hendak berdoa (dalam khutbahnya sesudah sembahyang), baginda mengadap kiblat dan mengalihkan kain selendangnya (yang atas ke bawah). (Hadis sahih-riwayat Muslim)

Berdoalah ketika hujan, jangan mencemuh dan mengeluh

Kita dianjurkan untuk berdoa kepada Allah ketika hujan turun kerana ia sebahagian dari waktu yang mustajab. Antaranya:

Nabi bersabda yang bermaksud:

Ya Allah turunkanlah hujan yang bermanfaat (Hadis sahih riwayat Al Bukhari) .

Di dalam kitab al-Azkar, Imam an-Nawawi merekodkan kenyataan Imam Asy Syafie yang meriwayatkan sebuah hadith mursal di dalam kitab Al-Umm dari Nabi SAW :

“Tuntutlah doa yang mustajab ketika tentera sedang bertarung, ketika iqamat solat dilaungkan dan ketika hujan turun”.

Nabi bersabda lagi yang membawa maksud :

Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami, bukan untuk merosakkan kami, Ya Allah, turunkanlah hujan di dataran tinggi, beberapa anak bukit, perut lembah dan beberapa tanah yang menumbuhkan pepohon. (Hadis shahih, riwayat Al Bukhari dan Muslim ).

Pengajarannya beradablah dengan Allah dan bersyukurlah dengan nikmat hujan.

2.30 petang, insya Allah hujan akan turun lagi.
( Kedengaran bunyi guruh dan awan mendung berarak lagi, lebih pekat warnanya daripada mendung sebelum solat Jumaat )

Hati mula berdoa,
" Ya Jadikanlah hujan ini bermanfaat untuk kami dan jauhkanlah kami dari mara bahayanya"

Sekian, cerita hujan dari bumi Nabi Musa A'laihis salam.


Akhukum
Pejuang Kecil

Monday 20 October 2008

MEMPERINGATI PERISTIWA BERDARAH (TAK BAI)


25 Oktober 2008 mendatang, genaplah empat tahun peristiwa pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Tabal (Tak Bai) oleh tentera penjajah Thailand.Peristiwa berdarah Tak Bai yang berlaku pada 25 Oktober 2004 merupakan peristiwa di mana 78 orang penduduk Islam Pattani syahid akibat kerakusan tentera penjajah Thailand pada bulan Ramadhan yang mulia. Bagaimanapun kerajaan penjajah Thailand kemudiannya memutuskan bahawa sesiapa pun tidak bersalah dalam kejadian tersebut.

Peristiwa menyayat hati ini telah didahului enam bulan sebelumnya dengan satu peristiwa sedih iaitu pembunuhan kejam beramai-ramai di Masjid Kerisek. Kedua-kedua peristiwa ini ada persamaannya , iaitu tentera Thai bertindak dengan niat untuk membunuh semua ummat Islam Melayu yang hadir di lokasi peristiwa tersebut. Strategi yang terancang ini adalah sebahagian dari kempen "Pembersihan Etnik" penjajahan Thailand terhadap ummat Melayu Islam Pattani.

Peristiwa kekejaman Kerajaan Penjajah Thailand terhadap ummat Islam Pattani ini adalah setara dengan tindakan zalim Serbia terhadap bangsa Bosnia dan Zionis Yahudi terhadap rakyat Palestin. Penindasan dan kekejaman ini bukan sahaja berlaku di Kerisek dan Tak Bai bahkan berlaku setiap hari tetapi Akhbar-akhbar di Thailand dan Malaysia dilarang membuat liputan luas mengenainya. Hanya berita-berita kematian orang Siam sahaja yang menjadi fokus supaya masyarakat dunia menghukum Islam yang bertanggungjawab. Bermula dari peristiwa-peristiwa sedih inilah tercetus kembali kebangkitan ummat Islam Pattani secara besar-besaran.

Peristiwa ini jugalah yang mencetuskan sumpah perjuangan oleh mujahidin-mujahidin yang berjuang. Mereka berikrar akan meneruskan perjuangan sehingga bumi Pattani dibebas kan sepenuhnya dari sebarang bentuk penjajahan. Peristiwa yang menyedihkan ini bukan sahaja diratapi oleh umat Islam Pattani bahkan oleh sesiapa sahaja yang mengaku Melayu dan ummat Islam di dunia ini. Peristiwa hitam 25 Oktober ini perlu diingati oleh seluruh ummat Islam kerana perjuangan pembebasan Pattani adalah perjuangan ummat Islam seluruhnya. Isu Pattani mesti menjadi isu yang wajib diperjuangkan oleh ummat Islam.

Walau pun mereka cuba menyembunyikan angka sebenar mangsa pembunuhan di Tak Bai tetapi amat diyakini bahawa jumlah mangsa kematian melebihi dari angka yang dilaporkan. Antaranya mangsa yang mati ketika cuba melarikan diri dalam sungai. Mereka ditembak seperti ikan. Begitu juga liang besar pembunuhan beramai-ramai turut dijumpai di Telubok Pattani, di tanah perkuburan cina di Jala (Yala) dan juga perkuburan Cina di Naratiwat. Jumlah kematian di ketiga-tiga kubur ini dijangka melebihi 500 orang .

Peristiwa ini bukanlah satu peristiwa yang luar biasa di bumi Pattani. Bahkan ianya adalah intisari daripada tindakan-tindakan yang telah dilakukan oleh penjajah Thai sejak dari 1786 lagi. Mereka membunuh ummat Islam Pattani seperti binatang buruan dan mereka sesekali tidak pernah menganggap ummat Melayu Islam Pattani sebagai manusia.

Pattani adalah sebahagian daripada ‘Tanah Melayu’. Bagaimanapun, pada pertengahan abad ke-19 Patani telah menjadi mangsa dasar imperialisasi kerajaan Siam yang disokong secara sulit oleh kuasa barat. Dalam tahun 1826, penaklukan Siam ke atas Pattani telah diiktiraf oleh British. Dalam usahanya untuk mengukuhkan cengkamannya ke atas Pattani, pada tahun 1902 kerajaan Siam melaksanakan dasar Thesaphiban membawa kepada penghapusan sistem pemerintahan kesultanan Melayu Pattani. Melalui Perjanjian Bangkok pada tahun 1909, Pattani telah diisytiharkan oleh British sebagai jajahan Siam tanpa kerelaan ummat Islam Melayu Pattani.

Semenjak penggulingan Kesultanan Islam Melayu Pattani, ummat Islam Melayu Pattani berada dalam keadaan tertekan dan dhaif. Ummat Islam Melayu menjadi mangsa pemerintahan siam yang zalim . Justeru, tidaklah hairan seringkali berlaku kebangkitan di Pattani. Pada tahun 1923, Tengku Abdul Kadir Kamaruddin, bekas Raja Kerajaan Melayu Patani, dengan sokongan pejuang-pejuang dari Turki, telah mengepalai gerakan pembebasan. Kebangkitan anti Siam menjadi lebih hebat apabila kerajaan Pibul Songgram (1939-44) cuba mensiamkan ummat Islam Pattani melalui Dasar Rathaniyom.

Penglibatan Siam dalam Perang Dunia Kedua bersekutu dengan Jepun telah memberikan peluang baru kepada ummat Islam Melayu Pattani untuk membebaskan Pattani daripada penjajahan Siam. Oleh itu Tengku Mahmood Mahyideen, Putera Raja bekas Raja Pattani, telah mengemukakan rayuan kepada pihak berkuasa British di India supaya mengambil alih Pattani dan wilayah sekitarnya serta digabungkan dengan Tanah Melayu.

Perancangan Tengku Mahmud itu berbetulan dengan rancangan Pejabat Tanah Jajahan British untuk mengkaji kedudukan Segenting Kra dari sudut kepentingan keselamatan Tanah Melayu selepas perang nanti. Peluang itu semakin cerah apabila Kuasa-Kuasa Berikat, dalam Perisytiharan San Francisco pada bulan bulan April 1945, menerima pakai prinsip hak menentu nasib sendiri sebagai usaha membebaskan tanah jajahan daripada belenggu penjajahan. Lantaran itu, tanggal 1 November 1945, sekumpulan pemimpin ummat Islam Melayu Pattani dipimpin oleh Tengku Abdul Jalal telah mengemukakan petisyen kepada Kerajaan British merayu supaya empat wilayah di Pattani dibebaskan daripada pemerintahan Siam dan digabungkan dengan Semenanjung Tanah Melayu.

Namun begitu, pendirian British terhadap Siam berubah apabila Peperangan Pasifik tamat. Keselamatan tanah jajahan dan kepentingan penjajahan British di wilayah Asia Tenggara menjadi faktor utama kerajaan British dalam penggubalan dasarnya terhadap Siam atau pun Pattani. Kerajaan British memerlukan kerjasama Siam bagi mendapatkan beras untuk keperluan jajahannya. British terpaksa menyesuaikan dasarnya terhadap Siam dengan tuntutan Amerika Syarikat yang mahu mengekalkan wilayah Siam seperti dalam tahun 1941.

Tindakan penjajahan ini juga selaras dan bertepatan dengan perancangan Zionis Yahudi . Pattani menerima nasib yang sama dengan Palestin dari segi perancangan licik penjajah kuffar. Kemaraan Komunis di Asia Tenggara, khususnya di Tanah Melayu pada tahun 1948, menjadi faktor penting kepada British dalam menentukan polisi dan dasarnya. Kerajaan British menganggap Siam sebagai negara penampan terhadap ancaman Komunis dari China. Justeru, Kerajaan British ingin memastikan Siam terus stabil dan memihak kepada Barat dalam persaingan dengan blok Komunis. Kerajaan British memerlukan kerjasama Siam bagi menghadapi kemaraan Komunis di perbatasan Tanah Melayu. Justeru, Pattani adalah taruhannya.

Kebetulan pula kerajaan Siam telah memberi jaminan untuk melaksanakan pembaikan sistem pentadbiran dan sosio ekonomi di Pattani bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh ummat Islam Pattani. Sejak , isu pembebasan Pattani mula pudar malah jika dibangkitkan ia kononnya disifatkan bakal menjejaskan hubungan dengan Siam. Seusai Persidangan Senggora pada awal Januari 1949, pihak berkuasa British di Tanah Melayu atas tuntutan pihak Siam mula bertindak terhadap pemimpin-pemimpin pejuang pembebasan Pattani. Tengku Mahmood Mahyideen ditekan hebat manakala Haji Sulung dihukum penjara. Pergerakan politik Pattani semakin lemah dengan pembunuhan Tengku Mahmood Mahyideen dan Syahidnya Haji Sulung pada tahun 1954.

Sebelum Perang Dunia Kedua ummat Islam Melayu di Pattani melebihi 90 %, tetapi nisbah ini semakin berkurangan dengan pemindahan penduduk dari utara Thai dan pembunuhan beramai-ramai yang sering dilakukan oleh kerajaan Thailand di wilayah Pattani. Kerajaan Thailand juga memperalatkan pihak berkepentingan demi melagakan sesama ummat Islam Pattani. Mereka telah menggunakan berbagai helah bagi melemahkan ummat Islam Pattani. Antaranya mengeluarkan fatwa bahawa perjuangan ini tidak syarie kerana Pattani ini asalnya adalah hak milik kerajaan Thailand.

Walau bagaimana pun perjuangan ummat Islam Pattani sudah sampai kepada apa yang disebut oleh Al Quran sebagai "Hari bertemunya dua ketumbukan", iaitu perjuangan pada hari ini hanya berlaku antara dua pihak, iaitu ummat Islam dan kaum Kafir yang zalim. Sesiapa yang memilih bersubahat dengan penjajah Thailand maka merekalah yang mengkhianati ummat Islam dan cenderung kepada kerajaan Thailand yang Zalim . Justeru, mereka yang bersekongkol dengan penjajah Thailand diberi amaran supaya kembali ke paksi perjuangan yang sebenar. Jangan sesekali menista para pejuang dengan tuduhan tidak berperi kemanusiaan kapada bangsa sendiri.

Perjuangan kemerdekaan Pattani bangkit di atas percikan darah para syuhada. Ummat Islam lebih rela mati berjuang dari hidup sesaat lagi di atas bumi Pattani yang di jajah. Kami memohon kapada Allah swt. Terimalah pengorbanan untuk mendaulatkan kalimatmu di bumi ini.

Ya Allah seandainya Dikau matikan kami semuanya maka tiadalah lagi hamba-hamba yang ikhlas menyembahmu di bumi Pattani.

Akhukum
Pejuang Kecil

Saturday 18 October 2008

Keikhlasan Tok guru Cerminkan Ketelusan Islam

Satu kenyataan menarik daripada Tok Guru Nik Abdul Aziz yang disasarkan Ikhlas buat kaum Cina baru-baru ini.

Kenyataan Tok Guru Nik Abdul Aziz bahawa orang Cina boleh jadi MB Kelantan sekiranya dia Islam, warak dan berpelajaran.

Kenyataan di atas jelas dan tiada niat terselindung.bahkan itulah sebenarnya sikap dan polisi Islam. Dalam perkara ini Tok Guru membuktikan bahawa beliau yang menjadi Mursyidul Am Pas bukan bercakap kosong tetapi ada benda yang telah dibuktikan. BuktinyaPAS memiliki ahli jawatankuasa peringkat pusat dari kaum Cina, Dato’ Anuar Tan dan beliau juga adalah exco Kerajaan Negeri Kelantan. Di Perak juga ada Yang Berhormat PAS dari kaum Cina iaitu Drs. Khalili Idham Lim Abdullah, Adun Titi Serong.

Keadaan ini bukan benda baru dalam PAS. PAS dari dahulu lagi berusaha mendekati rakyat bukan Islam untuk menyampaikan Keindahan dan keadilan Islam. Usaha secara giat bermula pada zaman Tuan Haji Yusuf Rawa, diperkasakan di zaman Al Marhum Ustaz Fadzil Noor sehinggalah berkembangnya kelab-kelab penyokong PAS dari pelbagai kaum di zaman Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Terkini Tok Guru Nik Abdul Aziz menegaskan sekali lagi hasrat murni Islam dan jaminan Islam dengan harapan suatu hari nanti golongan bukan Islam memahami bahawa Islam tidak pernah ada hasrat terselindung terhadap mana-mana penganut agama lain bahkan Islam ada dasar yang jelas terhadap masyarakat bukan Islam.

Faham Tok Guru itu jelas hingga Tok Guru Nik Abdul Aziz selalu berkata di mana-mana " Kita semua ini anak cucu adam dan hawa, tak kira cina, melayu, siam atau apa jua bangsa atas muka dunia ni".

Biar pun pelbagai telahan yang mengatakan ia hanya kenyataan politik dan mengandungi niat terselindung demi menarik sokongan kaum bukan Melayu kepada PAS, tetapi hakikatnya ia keluar dari seorang Menteri Besar yang terkenal bersih, ikhlas dan tiada kepentingan peribadi bahkan berautoriti dalam Islam. Semua ini membuatkan kenyataannya amat menarik untuk dinilai oleh setiap masyarakat pelbagai bangsa dan agama.

Hakikatnya luahan yang dibuat oleh tok guru bukanlah kenyataan politik , bukanlah sensasi peribadi, bukan juga "ada udang di sebalik batu" dan sesekali tidak berkongsi apa-apa niat selain menyatakan hasrat Islam dan itulah hakikat Islam sebenarnya.

Tok guru hanya menyampaikan apa yang telah ditetapkan oleh Allah dalam Kitabnya dan apa yang diarahkan oleh nabi. Beliau bukan pandai-pandai nak tawarkan sesuatu yang tidak kena dengan dasar Islam sebagai Addin yang syumul.

Islam agama yang jelas dasarnya dan polisinya terhadap hak, keperluan, dan kepentingan mana-mana makhluk yang bernyawa.Islam penuh tanggung jawab menyatakan hak, hatta bagi sebiji benih pepohon sekalipun ia perlu ditanam sebagai menunaikan haknya untuk menumbuh, Islam jelas menyatakan hak bagi binatang ialah tidak disakiti , dan yang paling penting Islam menjamin hak setiap perkara di dunia dengan sistemnya yang syumul.Ia bukan sahaja meliputi polisi,dasar dan undang-undang terhadap umat Islam semata-mata bahkan bahkan dasar dan polisi Islam adalah bersifat universal mencakupi semua bangsa dan agama.Ia jelas termaktub di dalam perlembagaan tertinggi ummat Islam iaitu Al Quran dan pimpinan hadis daripada utusan Allah Nabi Muhammad SAW.

Islam adalah hak semua manusia, Islam bukan milik mana -mana bangsa di dunia ini. Islam bukanlah alat mana-mana kelompok manusia menggunakannya demi mencapai hasrat yang bersifat kelompok atau kepentingan bangsa. Islam mengiktiraf semua bangsa dan Islam adalah milik semua tidak kira apa jua bangsanya.Sesungguhnya penilaian Islam terhadap manusia ialah tahap ketaqwaannya.

Seorang Cina muslim tidak ada apa-apa perbezaan berbanding India muslim atau Melayu muslim.Bahkan semua bangsa di dunia akan menjadi satu ummah dengan kepelbagaian yang menyatukan di bawah keadilan Islam.Dalam Soal ini juga Islam tegas menyatakan hak bagi rakyat yang bukan Islam dengan jaminan yang sama rata dengan hak ummat Islam. Tiada sebarang perbezaan hak dan penindasan agama dan diskriminasi warna kulit.

Antara hak rakyat bukan Islam

Hak beragama

Islam menjamin hak beragama dan kebebasan beragama bagi rakyat bukan Islam .Bahkan Saidina Umar Al Khattab sendiri semasa membuka kota Al Quds memberikan pilihan kepada penduduknya samada untuk memeluk Islam atau kekal dengan anutan lama. Mereka juga dibenarkan mewarisi dan mengamalkannya sesama mereka.

Hak jaminan keselamatan khusus.

Islam mewujudkan sistem jaminan khusus bagi setiap nyawa peribadi rakyat yang bukan Islam dengan pelaksaanaan kharaj. Iaitu sejumlah wang yang dikenakan bagi bagi setiap rakyat bukan Islam wajib disimpan dan ia adalah amanah kepada kerajaan Islam. Ia sama sekali tidak boleh disalurkan untuk mana-mana tujuan lain. Sekiranya kerajaan tidak mampu menjamin keselamatan rakyat bukan Islam maka wang tersebut perlu diserahkan kembali kepada pemiliknya.

Hak memilih undang-undang

Rakyat bukan Islam diberi hak untuk memilih samaada untuk mengamalkan undang-undang Islam,undang-undang yang termaktub dalam agama mereka atau mana-mana undang-undang pilihan mereka.

Hak berekonomi

Islam memiliki sistem ekonomi yang sejahtera dan adil.Islam mengamalkan dasar terbuka dan tiada monopoli dalam ekonomi. Tiada riba yang menyusahkan, tiada konsep jual beli yang mengelirukan, jaminan hak pennguna, hak pembeli, undang-undang dan peraturan berekonomi yang tetap bahkan sesuai untuk semua bangsa, agama dan status sosial. Sekiranya mana-mana golongan, bangsa ,individu atau sesiapa jua yang mematuhi peraturan sistem ekonomi yang ditetapkan Islam maka tiada apa-apa lagi untuk diragukan walaupun kejayaan dalam ekonomi dicapai oleh rakyat bukan Islam sekali pun. Sesiapa yang berusaha lebih dan mematuhi nilai-nilai dan peraturan berekonomi secara Islam maka Islam adalah jaminan buat mereka.

Hak bukan Islam sebagai pemimpin

Islam jelas dalam hak kepimpinan bagi rakyat yang bukan Islam. Namun dalam pendekatan pilitik semasa ada perkara yang perlu kepada pengawalan kepada asas majmuk dan kepelbagaian ragam manusia.Islam tidak sesekali meletakkan bangsa sebagai syarat kepimpinan. Sesiapa sahaja, apa jua bangsa ataupun peringkat rakyat yang beriman dan muslim berhak menjadi kepimpinan tertinggi dalam sesebuah negara Islam. Islam amat prihatin, adil dan telus dalam soal kepimpinan. Rakyat yang bukan Islam juga berhak mendapat hak kepimpinan tertentu dalam pentadbiran negara Islam.

Semoga Keikhlasan dan hasrat Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi cerminan keindahan dan kesyumulan Islam.


Sekian,

Akhukum
Pejuang Kecil

Wednesday 15 October 2008

Kisah Imam Al Banna Bakal di Filemkan

Filem Riwayat Hidup Imam Hassan Al Banna

"I hope that there will not be fears about this production. We do not want, as some people think, to spread the ideology of the Muslim Brotherhood," Radi said. "Rather, we want people to be acquainted with the character of Hasan Al-Banna." - Muhsin Radi

Seorang anggota parlimen Ikhwan Muslimin sedang merancang untuk merakam sebuah filem tentang pengasas sebuah gerakan Islam yang tidak asing lagi iaitu pendiri Ikhwan Muslimin Al Imam Hassan Al Banna rahimahullah. Beliau berhasrat filem tersebut mampu untuk menyampaikan kepada masyarakat kehidupan sebenar peribadi perwira Islam itu.

Muhsin Radi berpendapat terlalu sedikit daripada kalangan masyarakat sekarang mengenali
tokoh agung tersebut yang merupakan pengasas kepada gerakan Islam mesir yang menjadi blok pembangkang yang terkuat di parlimen Mesir bahkan turut menjadi inspirasi kepada gerakan Islam lain di bumi Arab.

"Saya berharap tiada yang akan bimbang dan takut dengan produksi filem ini. Kami bukan mahu seperti sesetengah orang fikirkan bahawa kami ingin menyebarkan ideologi Ikhwan Muslimin
tetapi apa yang lebih penting daripada itu ialah kami ingin masyarakat menghayati peribadi dan akhlak Imam Hassan Al Banna.

Menyeru kearah pembentukan negara Islam, gerakan yang dipimpin oleh Imam Al Banna itu bertembung sengit dengan pendirian kerajaan Mesir ketika itu selepas ia ditubuhkan tanggal 1928 di sebuah pekan terusan Suez, Ismailiah.Akhirnya Imam Albanna menjadi mangsa bunuh pakatan jahat kerajaan Mesir pada tanggal 1949.

Jamal Abdul Nasir ketua kepada gerakan revolusi menjatuhkan sistem diraja Mesir pada tahun 1952, telah mengharamkan Ikhwan muslimin pada 1954. Para Pemimpin dan ahli-ahli Ikhwan Muslimin ditangkap dan dipenjarakan bahkan ada yang dibunuh. Namun ia tetap mara sebagai gerakan pembangkang yang bertunjangkan Islam kepada kerajaan bahkan semakin ditekan semakin bertambah kekutan mereka.

Filem " Hassan Al Banna And Unfinished Journey" bakal dilancarkan sempena sambutan seratus tahun keputeraan mujahid agung ini.Radi berkata filem tersebut adalah bersifat kerja peribadi dan akan dibiayai sendiri olehnya, keluarga Imam Hassan Al Banna dan syarikat perfileman.

Radi menjangkakan filem tersebut bakal dilaksanakan kerja rakamannya pada tahun depan.

"Disana tiada sebarang pertelingkahan politik antara rejim mesir,atau mana-mana rejim negara
arab yang lain dengan pedokong-pendokong Ikhwan Muslimin" kata Radi yang merupakan salah seorang pembuat undang-undang di parlimen Mesir yang mewakili blok Ikhwan Muslimin.

Ikhwan amat komited menggunakan saluran yang sah dan aman daripada menggunakan kekerasan dan keganasan untuk mencapai sebarang matlamat.

"Saya dapat merasai bahawa saya jatuh hati kepada Imam Hassan Al Banna lantaran kesederhanaan ideologi yang saya dapati daripadanya".Kata Radi yang terlibat dengan Ikhwan Muslimin sejak zaman mahasiswa lagi.

Gerakan yang dipimpin oleh Imam Hassan Al Banna dilihat sebagai gerakan politik Islam moden yang pertama ditubuhkan yang bangun berkembang pesat dengan slogan " Al Quran adalah perlembagaan kami".Ideologi gerakan Ikhwan Muslimin telah melangkaui sempadan Mesir menyebar masuk ke Jordan,Syiria dan Libya. Bahkan gerakan Islam palestine (Hamas) turut mengisytiharkan ia adalah cawangan Ikhwan Muslimin.

Radi sedang mencari seorang pelakon utama yang dapat menghayati dan membawa watak Imam Al Banna. Yang mana potraitnya digantung di setiap dinding rumah ahli-ahli Ikhwan Muslimin.

"Hassan Al Banna adalah insan yang amat istimewa dan tersendiri" katanya. " Dia adalah seorang tokoh yang semakin dilupai oleh Masyarakat Mesir dan dunia Islam lainnya.

Terjemahan dan adaptasi oleh:

Ahmad Najhie Hayazi

Artikel asal oleh Tom Perry
Keluaran pertama : 19 Oktober 2006
sumber : Reuters;Daily News Egypt

Tuesday 14 October 2008

Kenali Tengku Hassan Muhammad Di Tiro

Tengku Hassan Muhammad Di Tiro
(The founder of the Free Aceh Movement (GAM)













Tengku Hassan Di Tiro sewaktu berjuang menuntut Kemerdekaan Aceh.


Perjuangan rakyat Aceh sekarang ini, adalah perjuangan ke arah sistem yang membawa aspirasi seluruh rakyat Aceh melalui politik dalam usaha memelihara perdamaian, keamanan dan kebebasan dengan cara yang adil, jujur, dan bermartabat bagi semuanya. Perlu diingat, bahwa perjuangan dengan melalui jalur politik dan demokrasi inilah yang didukung dan disokong sepenuhnya oleh dunia internasional serta saya yakin, juga didukung sepenuhnya oleh semua lapisan rakyat Indonesia yang cinta perdamaian, kestabilan dan kesejahteraan negara ini untuk masa yang akan datang.

Petikan dari Pidato - Teungku Hassan Muhammad Di Tiro yang dibacakan oleh petinggi GAM Malik Mahmud di halaman Masjid Baiturrahman, Banda Aceh pada hari Sabtu, Tanggal 11 Oktober 2008 sempena lawatannya ke Aceh.






















Biografi ringkas tentang Tengku Hassan Muhammad Di Tiro.


Tengku Muhammad Hassan Di Tiro dilahirkan di Pidie, Aceh, pada 25 September 1925 di Tanjong Bungong, Lameulo.

Pengasas Gerakan Acheh Merdeka (GAM).

Hasan merupakan anak kedua pasangan Tengku Pocut Fatimah dan Tengku Muhammad Hasan.

Keturunan ketiga Tengku Chik Muhammad Saman Di Tiro seorang pahlawan Aceh.

Isteri beliau bernama Dora, berketurunan Yahudi Amerika (Sebelumnya pernah memeluk Islam, telah bercerai).

Mempunyai seorang anak bernama Karim Di Tiro (Doktor Sejarah dan mengajar di Amerika Syarikat).

Pendidikan

Menuntut di fakulti Hukum UII, Yogyakarta (1945)

memperoleh anugerah doktor dalam bidang hukum internasional dari Colombia University.

Pengalaman perjuangan

Menggagaskan idea Negara Aceh Sumatra Merdeka pada Januari 1965.

Menuntut kemerdekaan Aceh melalui Gerakan Aceh Merdeka pada 4 Disember 1976.

Sekarang menetap di Stockholm, ibu kota Sweden.

Pengalaman berorganisasi

* Pernah aktif dalam Pemuda Republik Indonesia (PRI)
* Pernah menjawat Ketua Muda (PRI) di Pidie pada 1945
* Staf penerangan Kedutaan Besar Indonesia di PBB
* Presiden National Liberation Front of Aceh Sumatra
* Dinas Penerangan Delegasi Indonesia di PBB,AS, 1950-1954
* Ketua Mutabakh, Lembaga Nonstruktural Departemen Dalam Negeri Libya

Akhukum,
Ahmad Najhie Hayazi

Friday 10 October 2008

Teguran Ikhlas Buat (www.suarakeadilan.com)



Quran Buruk (suatu sandaran kata dan perumpamaan yang tidak Tepat)

Sekali melayari suarakeadilan.com lalu terbacalah tajuk utama Akhbar maya tersebut, tajuknya

"Abdullah jadi Quran buruk Umno dan bangkai bernyawa pada Rakyat"

Pilu rasanya,namun perlu diingatkan, apa pun Jua perumpamaannya menggunakan Al Quran sebagai tamsilan walaupun baik, ia amat tidak wajar kerana nilai Al Quran terlalu tinggi untuk apa-apa jua perbandingan, apatah lagi buruk maksudnya. Malah perumpamaan sebegini boleh merendahkan dan menghina kitab suci ummat Islam walau apa jua niatnya sekali pun. Membuat perbandingan samaada dengan maksud zat al quran itu sendiri dengan mana-mana zat lain atau membuat perumpamaan mengenai keadaan, sifat dan situasi zatnya dengan mana-mana tamsilan sekalipun adalah suatu yang tidak sesuai dan tepat dengan adab dan kehormatan Kitab suci itu.

Berikut adalah petikan kenyataan dari www.suarakeadilan.com bertarikh 10 Oktober 2008.

Apa guna ada PM sekiranya jawatan tersebut tidak memberi makna dan manfaat kepada Negara dan rakyat?. Rakyat berada di persimpangan berhubung kedudukan Abdullah sekarang.

Walaupun kini Abdullah menjadi Quran buruk pada Umno, namun rakyat tak ambil kisah kerana kedudukan ini tidak melibatkan sangat wang rakyat.

Tetapi rakyat akan membuka mata dan melihat Abdullah seperti bangkai bernyawa kerana selama 5 bulan ini jasad Abdullah tidak dapat di kuburkan kerana dianggap masih bernyawa Perdana Menteri. Dalam masa yang sama berapakah wang yang akan disalurkan kepada Abdullah untuk menanggung jawatan yang ‘tidak berkuasa’ ini.

Suatu ingatan ikhlas buat penulis tersebut

Saya dengan ikhlas hati menegur bahawa perumpamaan "Quran Buruk" adalah tidak sopan, menimpang dari beradab dengan Al Quran, dan tidak tepat dengan mana-mana laras penggunaan bahasa di dunia ini. Saya terlalu bimbang ia dilakukan dengan sengaja namun lebih membimbangkan dan menggerunkan jika ia dilakukan dalam keadaan penulis tidak mengetahui tentang adab dan tatacara berkomunikasi bersama Al Quran.

"Pesanan buat diri sendiri dan sesiapa sahaja seharusnya kita merasa bimbang dan berwaspada setiap masa ketika berinteraksi dengan kitab suci ini".

Takutlah kita dengan firman Allah :

Dan di antara mereka ada yang buta huruf, tidak mengetahui Al Kitab , kecuali dongengan bohong belaka dan mereka hanya menduga-duga .(Al Baqarah ayat 78)

saranan buat sesiapa jua dalamilah Al Quran dan sebarang ilmu yang berkaitan dengan Al Quran, antara rujukannya ialah kita "Al Itqan Fi U'lumil Quran" karangan Imam Nawawi Rahimahullah.

Al-Quran tidak boleh dibandingan samaada kemuliaan isi kandungannya ataupun zat diri Al Quran itu sendiri, Kecuali untuk menyatakan kebenarannya menasakhkan kitab-kitab samawi yang lain.

Maksud firman Allah:

"Sesungguhnya kalau manusia dan jin itu berkumpul untuk mengadakan yang serupa Al-Quran ini, nescaya mereka tidak akan dapat membuat serupa Al-Quran".
(A-Israa'ayat 88)

Ingatlah, para ulamak menyatakan bahawa hanya dengan merasa jemu terhadap al Quran ia sudah dikira tidak beradab. Walaupun memperbanyakkan bacaannya disarankan namun kita disarankan supaya berehat dari bacaan bimbang timbul kejemuan terhadap kitab Allah itu. Hatta jemu pun sudah dikira tidak beradab apatah lagi penulis membuat perumpamaan sebegitu. sudah tentu ia lebih menyimpang dari nilai-nilai ke arah beradab bersama Al Quran.

Teguran Ikhlas

Akhukum, Khadam Kitab Suci

Ahmad Najhie Hayazi
Mahasiswa Maahad Qiraat Shoubra,
Universiti Al Azhar As Syarif

Thursday 9 October 2008

Tugas Yang Sering Dilupakan (Cetusan Semula Aris Awang)

Ku nukilkan kepada kalian cetusan ingatan semula buat yang lupa dari kekanda yang disayangi saudara Aris Awang (Mantan Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah). Kini beliau adalah salah seorang kepimpinan di Perhubungan PAS kedah. Semoga Allah memelihara diri, kekuatan, semangat dan daya juangnya, Amin Ya Allah.
Turut disertakan link ke halaman blog beliau buat tatapan pejuang ikhlas.

http://arisawang.blogspot.com


Sudahkah Kita Mendakwah Rakan Bukan Islam Kita?


Pemuda dan Pemudi ku,

Setiap hari kita bertemu rakan-rakan dari ahli Kelab Penyokong PAS, adakah kita tidak bimbang mereka akan menyalahkan kita di akhirat kelak kerana kita tidak menjelaskan siapakah Tuhan manusia ini yang sebenarnya? Kemanakah manusia selepas mereka dimasukkan ke dalam keranda? Apakah tujuan manusia ini dihidupkan? dan berbagai lagi....

Apakah kita telah mencontohi Rasulullah dalam usaha mengajak manusia kepada Allah swt Tuhan Yang Maha Esa, renung dan fikirkanlah....


Ini adalah surat Rasulullah SAW kepada (Herkulis) Penguasa Romawi (Raja Byzantin).

Terjemahan:

"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah, dari Muhammad, Rasulullah, untuk Herkulis, Penguasa Romawi. Salam sejahtera keatas mereka yang mahu mengikuti kebenaran (Islam). Sesungguhnya aku bermaksud mengajakmu memeluk Islam. Masuklah Islam, niscaya kamu akan selamat. Masuklah Islam nescaya Allah akan menganugerahimu dua pahala sekaligus. Jika kamu berpaling dari ajakan yang mulia ini, maka kamu akan menanggung dosa seluruh pengikutmu. "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada suatu kalimat ketetapan yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa kita tidak menyembah tuhan kecuali Allah dan tidak menyukutukanNya dengan sesuatu pun dan tidak pula sebahagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai Tuhan selain daripada Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: Saksikanlah, bahawa kami adalah orang-orang yang menyerahkan diri kepada Allah) (QS Ali Imran : 64)."

Sumber : Hadis Riwayat Muslim 3322

Semoga cebisan surat peninggalan RasulullahSAW akan menjadi pengajaran yang berguna kepada kita dalam usaha mengajak manusia berada di Sirathul Mustaqim, InsyaAllah.

Aris Awang

Nukilan
Akhukum Ahmad Najhie Hayazi

AWAS Website Dakyah Kristian

Seruan Membela Islam Buat Para Daie dan pejuang.

Website berbahasa melayu yang berbicara tentang ketuhanan Allah tetapi bukan Islam.




RakanSiswa.com adalah suatu ruang untuk meninjau isu-isu mengenai siapakah Tuhan, dan bagaimana rasanya mengenali Tuhan. Namun Terang-terangan website ini membicarakan dan mendakwahkan kristian, buat para daie sesungguhnya Islam dibela dengan kekuatan hujah. Seruan buat mereka yang sedar dan berkemampuan berhujahlah dan terangkanlah kepada mereka yang masih tidak beriman.

Seruan Penting

Akhukum
Ahmad Najhie Hayazi

Santai dari Nik Abduh

































Hindraf dan replika (Huraian santai dari Nik Abduh)


Bila baca tulisan terkini ustaz Nik Abduh teringat kembali ketika mendengar untaian kalimah tazkirahnya ketika kunjungannya ke Mesir sebelum Ramadhan yang lalu. (Kunjungannya mewakili Kerajaan Kelantan mencari Imam untuk program imarah Ramadhan di Kota Bharu). Tenang, santai, sesekali berjenaka tetapi lebih muda nada lawaknya. Selang seli bermain-main di fikiran mungkin beginilah lagak tok guru Nik Aziz sewaktu mudanya. Tepat untuk kita katakan ustaz Nik Abduh paling mewarisi cara, sikap, pembawaan, semangat juang gerakan Islam (PAS) dari ayahnya Tuan Guru Nik Abdul Aziz, saling tak tumpah rasanya. Secara peribadi saya menyatakan bahawa tak keterlaluan untuk menyatakan sikap murabbi dan pejuang kental yang ada pada perbadinya. Kata-katanya sering merungkaikan kekusutan sesuatu isu . Ketenangan wajah macam dah lihat tok guru Nik Aziz rasanya. Jenaka ringan tetapi menghibur, huraian santai sesuai buat semua golongan rakyat untuk difahami. Itulah Nik Abduh anak kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Di sini saya sertakan link halaman serta nukilan santai beliau tentang isu Hindraf mengunjungi rumah terbuka Perdana Menteri dan Isu Patung Anwar Ibrahim.


http://nikabduh.wordpress.com


Hindraf dan Replika (Artikel Asal)

1- Cerita olok - olok tanpa ubah suai:

Suatu hari di pagi raya di rumah terbuka MB Kelantan..

“Tok guru, HINDRAF datang ramai sekali bising - bising di luar.” royat seorang jong kako.

“Oo, biarkan mereka masuk. Raya pun buat demo juga ko?” Tanya tok guru.

“Mereka laungkan ‘Bebaskan Nik Adli dari ISA’. Mereka buat replika besar Tok Guru dan Nik Adli sekali.” Sampuk budak Unit Amal di sebelah.

“Oh, terima kasih atas sokongan mereka. Ini baru betul, bising - bising di pagi raya. Mereka nak bertakbir pun boleh saja.” jawab Tok Guru ceria sekali sambil bergerak nak menyambut HINDRAF.

“Ayah, replika tu?” Aku tersengih - sengih tanya pandangan. Tak dak pulak replika aku.. blogger..

“Mereka Hindu. Budaya mereka begitu. Tak tengok ke masa belajar kat India dulu?” Jawab ayah, selamba rock je.

“Replika ayah tu? Besar tu!” aku memuncung mulut ala ‘carburator dung’..

“Duh bagi tahu mereka dekat balik nanti, replika tu tak payah dipacak - pacak kat mana - mana. Islam tak suka cara tu. Kalau mereka tanya kenapa, jawab, orang Melayu Islam tak boleh berlebih - lebih buat semacam patung. Kalau mereka tanya lagi kenapa, jawab, balik tanya Gobalalah. Gobala tahu jawaban tu. Dia tahu banyak pasal Islam sebab dia dah lama kenal PAS.” Ayah bersyarah. Suruh aku pulak..

“Jangan bagi mereka terasa hati. Banyak duit mereka habis tu nak tunjuk simpati pada kita, AlhamduliLlah” Tambah ayahku mengajar berhikmah. Nasib baik, aku nak rembat je.. Aku sokong 3M. 2M pun sokong.. apatah 2TG!

( jawaban ayah aku tu sebenarnya jawaban aku la. Nama lagi cerita olok - olok. )

2) Cerita benar dengan ubah suai:

Suatu hari di pagi raya di rumah terbuka PM Malaysia:

“Datuk Seri, HINDRAF datang ramai sekali menjerit - jerit bising - bising di luar. Bangang betul!” Kata seorang tuke kipah.

“Haa, HINDRAF? Tak pa laa. Pak Lah bagi masuk. Aduh, nak apa lagi? Samy Velu dah aku pecat dah..? Mata Pak Lah tercelik luas - luas tanda sedar, tak tidur.

“Mereka laungkan ‘Bebaskan HINDRAF dari ISA’. Mereka junjung replika besar Anwar dan Azizah.” Sampuk mek puteri UMNO di sebelah tuke kipah.

“Mengapa sungguh tak beradab sekali HINDRAF ini. Pembangkang memang tak jaga sopan santun budaya rakyat Malaysia!”

“Guna ISA tu yang lagi tak beradab!” Tiba - tiba tersembur peluru nyaring dari belakang. ”Opss, Zaid Ibrahim kata, bukan saya.” Muhyidin Yasin menutup mulut, tersasul pulak. Pecah dahh..

“Tengok tu, dengan Najib pun mereka tak bersalam. Huh, Anwar dah jadi patung dipuja - puja pula. Ini bukan budaya kita! Dah lah gitu, membazirkan wang saja” Jampuk Ali Rustam sambil menyinsing lengan melihat jam tangan baru. Rosmah bagi.. Harga taklah sampai sejuta pun..

“Aa aaa, ini haram li zaatihi nih! Yang sembah tugu negara tu haram li ghairihi saja. Niat baik tak apa laa.” Seorang ahli Majlis Ulama UMNO mengeluarkan fatwa pertama selepas dilantik semalam!

Moral cerita: Buat baik dibalas baik, buruk dibalas buruk. Demontrasi adalah isi demokrasi. ISA adalah jenayah rimba. Hapuskan ISA. Jangan jadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul. Hormati budaya sesama kita. UMNO mabuk lautan lupa daratan. Ulama UMNO adalah terompah kayu. Elak perpecahan sesama sendiri. Bersatu teguh bercerai roboh. Islam adalah penyelesaian. Sentiasa mencari jalan hikmah. Replika besar manusia hendaklah dijauhi demi menutup jalan syirik. Sokong komen Dato Presiden. Sokong nasihat Dr Asri. Tahniah Unit Amal!

Nik Abduh

Friday 3 October 2008

Dr. Abbas Madani ( Pejuang Algeria )

KTMB promosi Kelantan (Pelancongan Ibadah)

Oleh AINUL HUDA M.SAAID

Terawih dalam kereta api

KTMB mahu menggalakkan pelancongan sambil beribadah dan membuang tanggapan bahawa tidak boleh melancong semasa bulan puasa.



BERSOLAT terawih dalam kereta api, antara pengalaman baru penumpang.


WALAUPUN sesekali bergegar dan berayun anggota badan apabila kereta api bergerak, namun ahli jemaah solat Isyak dan terawih yang terdiri daripada kakitangan KTMB, media dan penumpang Ekspres Wau dari Kuala Lumpur ke Kelantan, tetap meneruskan ibadah mereka.

Aktiviti solat berjemaah di dalam kereta api ini adalah sebahagian daripada program Pelancongan Ibadah anjuran Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang bermula 17 hingga 20 September lalu.

"KTMB mahu menggalakkan pelancongan sambil beribadah dan membuang tanggapan bahawa tidak boleh melancong semasa bulan puasa," kata Pengurus Besar KTMB, Sarbini Tijan.

Program yang juga bertujuan untuk memperkenalkan keistimewaan suasana Ramadan di setiap negeri di Malaysia, menjadikan Kelantan sebagai destinasi pertama dengan tema, Uniknya Ramadan di Kelantan.

"Kelantan dipilih kerana kedudukannya yang jauh dari bandar-bandar besar dan majoriti masyarakatnya beragama Islam yang masih kental dalam mengamalkan budaya Melayu," katanya.





Ia juga sejajar dengan tema Tahun Melawat Kelantan 2008 iaitu Ibadat Tourism.

Dengan perkhidmatan yang disediakan oleh KTMB dan usaha Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) mengadakan Program Ihya' Ramadan di Dataran Sultan Muhammad IV, membolehkan program Ibadat Tourism mencapai matlamatnya.

Bagi menjayakan Program Ihya' Ramadan di dataran itu pula, orang ramai dijemput berbuka puasa beramai-ramai di dataran dan seterusnya sembahyang Maghrib, Isyak dan terawih berjemaah.



Makanan hasil sumbangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai diagihkan, tetapi kebanyakan yang hadir memilih untuk membeli aneka juadah yang dijual di bazar Ramadan berdekatan.

Dengan khemah solat berhawa dingin, yang mampu memuatkan 1,200 jemaah tajaan sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka, menambahkan lagi sambutan sehingga ada yang terpaksa bersolat di kaki lima.

"Seronok dapat berbuka di sini ramai-ramai. Jemu buka puasa di rumah saja, jadi datang sini nak cari kelainan. Lepas terawih, kita boleh pergi shopping untuk raya pula," kata Nordin Ghazi, 45, seorang usahawan yang membawa keluarga.

Lain pula bagi Nik Halijah, 42, yang sanggup datang dari Kok Lanas, sejauh 30 kilometer dari Kota Bharu, semata-mata untuk berbuka dan beribadah di situ kerana kehadiran dua orang hafiz yang dibawa khas dari Universiti Al-Azhar Mekah untuk menjadi imam.



"Saya pernah sambut Ramadan di sana (Mekah). Hilanglah sikit rindu pada Mekah sebab bacaan imam hampir sama macam di sana," katanya.

Solat terawih secara terbuka telah dianjurkan sejak tahun 1994 di Kota Bharu. Tetapi pada tahun ini, acara tersebut diadakan dalam skala besar dan lebih tersusun.

"Selain aktiviti ibadah biasa seperti tazkirah dan tadarus, kami juga menjemput orang bukan Islam untuk berpuasa bersama Muslim dalam Program Puasa Demi Kesihatan," kata Ahli Exco Kelantan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan.

"Memang kegiatan pelancongan merupakan penyumbang besar ke arah perkembangan ekonomi di Kelantan. Orang luar sama ada dari dalam atau luar negeri yang datang pasti membeli-belah di sini sebab harga barang murah berbanding di tempat lain. Tetapi kami juga mahu Kota Bharu dikenali sebagai pusat pelancongan yang mengutamakan ibadah dan menimba ilmu," katanya.

Selain Kota Bharu, rombongan juga dibawa mengikuti program memasak dan pemberian dodol kepada penumpang di stesen KTMB Krai.

"Selain menguar-uarkan perkhidmatan KTMB, program ini juga untuk merapatkan hubungan pekerja kami dengan masyarakat setempat," kata Pengarah Wilayah Timur KTMB, Ibrahim Sulaiman.

Kira-kira 100 kakitangan KTMB, polis, Majlis Daerah, Jabatan Pendidikan dan penduduk setempat bergotong-royong memasak dan mengacau dodol seawal pukul tujuh pagi hinggalah tengah hari. Lapan kawah dodol dihasilkan dan disumbangkan kepada penduduk dan pelanggan KTMB.

Kelainan beribadah dalam kereta api dan keramahan rakyat Kelantan, menjadikan kembara ini amat istimewa, serta membuktikan bahawa pelancongan dan ibadah boleh dijalankan seiring.

KTMB turut merancang menganjurkan program motivasi di dalam kereta api, khusus untuk remaja. Program ini akan menjurus kepada mendalami ajaran Islam dan mendidik remaja beribadah terutamanya ibadah solat.

"Kami akan membawa peserta ke sekolah-sekolah pondok di pedalaman supaya mereka dapat menimba pengalaman baru," kata Pengurus Pemasaran Antarabandar KTMB, Mohd Noordin Kimi.

KTMB juga sedang berurusan dengan wakil penduduk beragama Islam di Singapura yang berhajat melakukan ibadah korban dan akikah di Malaysia. KTMB dengan bantuan pihak berkuasa tempatan akan mendapatkan tenaga kerja dan haiwan korban, serta membawa mereka ke lokasi terpilih untuk menyaksikan ibadah tersebut dijalankan.

"Setakat ini kerajaan negeri Kelantan menunjukkan minat untuk bekerjasama dengan kami," katanya.

- Bernama

Wednesday 1 October 2008

Salam Aidilfitri Dari Bumi Kinanah

Ucapan Salam Aidilfitri (Klip video)




















Bergambar kenang-kenangan sempena Malam Gema Takbir Aidilfitri 2008

















Bersalaman bersama (Bang Ya) Pegawai Kebajikan anak Kedah Mesir

22 safar 1430

 
Pejuang Kecil © 2007 Template feito por Templates para Você