Followers

Wednesday 13 May 2009

Tahniah & Takziah Buat Kepimpinan Baru Pemuda PAS Kedah

Ketua Pemuda Kedah : Ustaz Musoddak berlalu pergi, Ustaz Mad Ya menggalang ganti.


Sekalung tahniah dan seiring takziah buat Ustaz Ahmad Yahya (Azhari) - gambar yang telah diamanahkan sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah yang baru pada Muktamar Tahunan dewan tersebut baru-baru ini. Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah telah dilaksanakan dengan sempurna pada 8&9 Mei 2009 itu juga menyaksikan beberapa tokoh Pemuda Kedah termasuk mantan ketuanya mengundur diri dari barisan kepimpinan peringkat tertinggi itu lantaran faktor usia yang membatas, sekalung penghargaan buat mereka yang yang bertungkus lumus selama ini untuk menjayakan agenda DPPNK :

1. Ust Musoddak Hj Ahmad , Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (2005-2009), Setiausaha DPPNK (2002-2005), Exco DPPNK (1996-2002)

2. Ust Mohd Zainol Asri bin Ramli, Naib Ketua Pemuda (2007-2009), Exco DPPNK (1996-2007)

3.Sdr. Mohd Yani bin Bakar , Exco DPPNK 2003-2009

4. Ust Mohd Lutfi Ariffin , Exco DPPNK (1999-2003 dan 2007-2008)

Kepimpinan Baru DPPNK menggalas amanah

Semoga kepimpinan baru yang menggalas tanggungjawab meneruskan mata rantai perjuangan ini akan melaksanakan amanah yang diterima dengan penuh amanah dan dedikasi.

Berikut adalah barisan kepimpinan baru DPPNK (sumber:dppnkedah.blogspot.com) :

Ketua Pemuda
Ust. Ahmad bin Yahya(Azhari)
Lajnah: Tarbiah dan latihan Kepimpinan

Timbalan Ketua Pemuda
Sdr. Muhammad Sanusi bin Md Nor
Lajnah: Politik dan Organisasi

Naib Ketua Pemuda
YB Ust Ahmad Izzat bin Hj Shauki(Azhari)
Lajnah: Sukarelawan Pemuda Kedah (SPP)

Setiausaha
Mohd Rosli bin Azmi

Bendahari
Sdr. Yusrin Zakri bin Adnan

Ketua Penerangan
YB. Ust Nasir bin Zakaria

AHLI JAWATANKUASA :

1. Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan
Ust. Fadzil Muhd Noor bin Sahani

2. Jabatan AMAL Kedah
Ust. Zelani bin Nik Chik

3. Lajnah Ekonomi dan Pembangunan Usahawan
Sdr. Yusrin Zakri bin Adnan

4. Lajnah Petani, Peniaga dan Penternak
Sdr. Fadzil bin Baharum

5. Jabatan Pembangunan Mahasiswa
Ust. Salim bin Mahmud(Azhari)

6. Lajnah Sukan dan Kebudayaan
Ust. Yusuf bin Awang(Azhari)

7. Jabatan PASTI
Ust. Mohd Azam bin Abd Samat(Azhari)

8. Lajnah Pendidikan
Ust. Mohamad bin Ismail

9. Lajnah Pembangunan Remaja
Ust. Syahril bin Azir(Azhari)

10. Lajnah Perpaduan Nasional dan Guaman
Sdr. Muhammad Afif bin Abdullah

11. Lajnah IT
Sdr. Azman bin Ahmad

12. Lajnah Media dan Perhubungan Awam
Sdr. Mohd Helmi bin Khalid

Mesyuarat juga melantik 5 orang Exco Pemuda baru :-

1.Sdr Helmi bin Khalid
2.Sdr. Fadzil Muhd Noor bin Sahani
3.Ust Syahril bin Azir
4.Sdr. Yahya bin Abdullah
5.Cikgu Nasri bin Muarat

"Tahniah hampa kuat PAS dari dulu sampai la ni"

Sekian

Akhukum
Pejuang Kecil

6.43, 18 Jamadil Awal 1430

Rumah Kedah, Hayyu A'syir, Kaherah


0 comments:

22 safar 1430

 
Pejuang Kecil © 2007 Template feito por Templates para Você