Amerika Kagumi Kebangkitan Muslim Dari Lembah Hitam
AMERIKA – Setelah belasan tahun menjadi pengedar dadah, seorang pemuda Puerto Rico yang “lemas” menemui cahaya kehidupannya ketika memutuskan untuk memeluk agama Islam. Begitulah gambaran filem drama Islami berjudul “New Muslim Cool” garapan Jennifer Maytorena Taylor yang memenangi anugerah melalui usahanya itu.
Filem tersebut diadaptasi dari kisah nyata, berfokus pada kehidupan Hamza Perez, seorang Muslim Puerto Rico yang hidup dalam pengaruh lingkungan agama Kristian dan memutuskan menjadi Muslim setelah 12 tahun bekerja sebagai pengedar dadah.
Mencari kehidupan yang lebih baik, Perez berpindah ke Utara Pittsburg, mencuba membina keluarganya yang kedua, dan menceritakan kisah hidupnya dengan menjadi penyanyi rapper. Konflik semakin memuncak apabila pihak polis Amerika mengadakan operasi besar-besaran terhadap komuniti Muslim Amerika pasca serangan 11 September. Hal tersebut membuat Perez semakin berpegang teguh kepada Islam, dan menjalinkan hubungan baru dengan kelompok Kristian dan Yahudi.
New Muslim Cool membawa penonton menghayati sekitar kisah kehidupan Perez yang penuh konflik dan dilema, dimana penonton dihadapkan pada kenyataan bahawa dunia tidak pernah berhenti berubah.
Filem tersebut turut ditampilkan dalam Festival Filem Internasional di San Fransisco, 25 April lalu, dan akan disiarkan pada 23 Jun mendatang.
Bercita-cita menjadi seorang penari, Jennifer terpaksa berhadapan dengan pelbagai hambatan, yang membawanya ke Brazil dan Argentina sebagai penerbit filem dokumentari.
“Sangat mudah berkomunikasi dengan masyarakat disana, dan saya lihat begitu besar pengaruh budaya pop setelah mereka berada di bawah pemerintahan diktator, dan itulah yang membuat saya memutuskan membuat filem disana,” kata Jennifer.
Ketika ditanya alasannya membuat filem mengenai kehidupan Muslim Amerika, Jennifer menjelaskan bahawa sejak kejadian 11 September 2001, tidak seperti kebayakan warga Amerika yang lain, dia lebih tertarik untuk mengetahui lebih banyak tentang kehidupan komuniti Muslim Amerika, yang akhirnya membawanya kepada langkah awal “New Muslim Cool”.
Dia juga menceritakan sedikit kisah tentang masa lalu Perez.
“Hamza Perez lahir dalam sebuah keluarga Kristian, hinggalah dia terjebak ke dalam dunia gelap dadah dan aksi jenayah senjata api yang hampir meragut nyawanya. Perasaan tersebut terus menghantuinya meski dia telah meninggalkan dunia tersebut. Ketika dia memeluk Islam dan melaksanakan solat lima waktu sehari, perasaan aman begitu menyelubungi dirinya.”
Selain bertujuan memberi gambaran kepada masyarakat Amerika mengenai kehidupan komuniti Muslim Smerika. “New Muslim Cool” juga menyelenggarakan aksi amal yang rencananya digunakan untuk mengadakan forum diskusi antara agama, sehingga dapat membuka mata Amerika lebih lebar.
Olahan semula ke dalam bahasa Melayu standard dari
sumber asal : swaramuslim.net
Akhukum
Pejuang kecil
0 comments:
Post a Comment