Followers

Tuesday, 25 November 2008

Michael Jackson Beriman Kepada Allah

Berita gembira bintang pop terkenal dunia, Michael Jackson telah memeluk Islam disambut gembira oleh seluruh ummat Islam.Beliau telah memilih Mikaeel (Mikail) sebagai nama barunya, salah satu nama Malaikat yang diimani oleh ummat Islam.

Keislamannya mengundang pelbagai reaksi dari pelbagai pihak, antaranya komen Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang menyatakan bahawa keislaman Michael Jackson membuktikan kebenaran Islam sebagai cara hidup yang sempurna.

Jacko telah menerima seruan daripada sahabat karibnya di sebuah rumah di Los Angeles. Sebuah sumber menyebut, Jacko mengucapkan syahadah di sebuah studio rakaman kecil di rumah sahabat karibnya semasa proses rakaman album baru. Walaubagaimana pun sebuah majlis diadakan untuk menyaksikan jackson secara rasmi mengucapkan dua kalimah syahadah yang dipimpin oleh seorang Imam tempatan.

“Mereka mulai berdialog mengenai keimanan yang diyakini oleh mereka iaitu (Islam), dan
mengatakan bagaimana kehidupan mereka menjadi baik setelah memeluk agama baru itu. Hasilnya Michael tersentuh dengan idea memeluk Islam,”-sumber.

Beliau yang sebelumnya menolak menggunakan nama Musthafa, justeru lebih memilih nama Mikaeel (Mikail) sebagai nama baru. Semoga Allah memelihara keimanannya.

Michael Jackson telah mengalami pengembaraan rohani yang cukup lama setelah kehidupannya
banyak menderita dek segala macam permasalahan. Sebelum ini, beliau dikhabarkan telah akrab dan hampir dengan Persatuan Nation of Islam pimpinan Louis Farrakhan.

Sebelum ini Michael Jackson memeluk Islam Jermaine Jackson telah mendahului mengimani Agama kebenaran itu pada tahun 1989 yang lalu.

"Apabila saya kembali dari Makkah, saya telah mendapatkan untuknya pelbagai buku dan dia banyak bertanya mengenai agama saya dan saya telah menyatakan kepadanya ia penuh dengan kedamaian dan keindahan," kata Jermaine, 52 tahun kepada Muslim News.

"Dia mengkaji segalanya dan dia amat bangga dengan saya kerana telah menemui sesuatu yang dapat memberi kekuatan jiwa dan kedamaian".

Timbunan permasalahan berat yang dialami Jacko, membuat saudaranya Jermaine Jackson megusulkan agar artis yang sering dilanda kontroversi ini memilih Islam sebagai pelindung.Alhamdulillah akhirnya Jackson telah menemui hidayah Allah. Semoga lembaran ini menyemarakkan lagi suasana memilih Islam sebagai agama kehidupan oleh peminat-peminatnya.
Akhukum
Pejuang Kecil


Sedutan berita keislaman Michael Jackson

0 comments:

22 safar 1430

 
Pejuang Kecil © 2007 Template feito por Templates para Você