Followers

Sunday, 4 January 2009

Gembiralah, Mereka itu tidak Mati

Hakikatnya wahai ummat Islam sekalian, saudara kita di Gaza tidak pernah mati sama sekali, bahkan mereka dimuliakan dengan kehidupan disisi Allah Yang Maha Esa.

Tiada lagi kesedihan dan rasa rugi terhadap jumlah kematian ummat Islam Gaza, palestine yang semakin meningkat. Sesungguhnya itu bukan kematian bagi mereka tetapi ia adalah kemuliaan buat perjuangan mereka. Bahkan Mereka sangat beruntung dipilih Allah untuk syahid dan hidup bahagia disinya.

Berimanlah dengan janji Allah Yang Amat Benar:

Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. - Ali 'Imraan ayat 169

Apakah kita perlu bersedih lagi setelah kita yakin bahawa mereka sebenarnya dianugerahkan kemuliaan yang hakiki.

Bergembiralah wahai Nizar Al-Rayyan dikau telah menemui syahid bersama ratusan ummat Islam yang lain.

Reaksi Kita

Bagi ummat Islam yang solid imannya mereka tidak hanya akan bersedih dan marah kerana Palestine tidak dibantu malah dikhianati oleh saudara seagama mereka sendiri.

Pemimpin negara Arab yang berjiran dengan Palestine hanya menanggapi isu serangan tersebut hanya bak kanak-kanak kecil yang perlu dirotan kerana nakal, itu sahaja.

"HAMAS nakal sangat jadi tak mengapalah kita biarkan Israel bertindak sedikit,Hamas yang degil perlu diajar".

Untuk melihat HAMAS yang ikhlas bersama rakyat dijatuhkan demi tagihan sedikit restu Amerika dan Israel, Mereka membutakan mata terhadap kekejaman Israel yang bukan sahaja bertindak terhadap Hamas malah ratusan rakyat lain turut sengaja dikorbankan.

Mereka menghiasi kematian dan penderitaan saudara seaqidah itu dengan alasan itu hanya sedikit pengajaran buat HAMAS yang dituduh pengganas. Mereka lupa atas alasan apa sekalipun seinci pun tanah gaza haram untuk diinjak walau apa jua alasannya.Mereka bukan pemimpin ummat Islam tetapi Barua Amerika dan Israel yang gila kuasa.

Ramai yang pening kepala memikirkan , kenapa pemimpin ummat Islam menjadi bebal untuk memahami bahawa itu adalah isu survival ummah, bukannya perihal mengajar HAMAS atau apa sekalipun.

Jawapannya bukan mereka bebal dan bodoh untuk memahami sikap Amerika dan negara haram Yahudi itu, tetapi keuntungan peribadi, politik dan kuasa yang didambakan, untukitu mereka harus bersetuju dengan sikap Yahudi dan Amerika menyerang Gaza.

Sikap mereka itu bukan terpaksa demi kuasa semata-mata, malah itulah perwatakan sebenar mereka. Demi kuasa dan restu yang sedikit dari musuh Islam mereka sanggup menjadi Barua Amerika dan Israel dengan menggadaikan tanah dan darah ummat Islam sendiri.

Media As Safir mengungkapkan bahawa pihak berkuasa Ramallah telah memindahkan seramai 400 kakitangan yang dipimpin tokoh gerakan Fatah, Muhammad Dahlan, ke Kaherah 36 jam untuk serangan Zionis Israel ke Gaza. Ini merupakan sebahagian perancangan yang ingin melihat pemerintahan Hamas jatuh.

As-Safir turut menyatakan bahawa antara perkara yang dibincangkan oleh Dahlan ialah perancangan selepas kejatuhan Hamas di Gaza. Ini membuktikan terdapat pakatan antara Fatah dan Zionis Israel.

Isunya bukan sahaja untuk menjatuhkan HAMAS, tetapi mereka sengaja memejamkan mata membiarakan Israel menyerang dan menumpahkan darah saudara seaqidah kita sendiri.

Maka kita tidak perlu untuk peningkan kepala memahami sikap sebenar para pemimpin ummat Islam yang hanya mampu berdialog untuk berhadapan dengan serangan yahudi. Malah mereka sendiri mewajarkan tindakan yahudi dengan Alasan itulah pengajaran yang HAMAS perlu tanggung.

Sikap yang perlu bagi kita

1. Kita wajib menyatakan sikap dan tindakan yang berpaksikan Islam dan ukhuwwah Islamiah, bukan hanya mendakwa itu hanya isu Palestine yang suka bergaduh dengan Israel.

2. Kita bukan sahaja perlu marah dan menyatakan sikap kebencian terhadap kezaliman malah sesiapa yang mengahalang ummat Islam dari berdemonstrasi adalah tidak wajar dan menyimpang dari nilai kesatuan perasaan dan kesatuan sensetiviti terhadap penderitaan ummah.

3. Kita wajib faham bahawa isu palestine bukanlah seumpama misalan "umpama anjing dan kucing" yang sering bercakaran, Hamas yang berdegil tidak mahu berdamai dan mahu bergaduh dengan Israel, tetapi ia adalah isu ummat Islam yang diserang, dibunuh dan HAMAS adalah pejuang ikhlas yang sanggup bersama rakyat demi mempertahankan bumi Palestine yang sudah digadai oleh pemimpin Islam sendiri.

Pemimpin Hamas , Ismail Radwan menyatakan bahawa pejuang dan kepimpinan Palestin di Semenanjung Gaza tidak akan meninggalkan medan perang dan akan kekal berjuang sehingga ke titisan darah terakhir dan memberi amaran kepada rejim Zionis , mereka akan membayar harga yang sangat mahal atas pertumpahan darah ini.

4. Menyatakan kemarahan, bertindak dengan tindakan yang paling tepat, dan berdemonstrasi hanyalah sikap yang paling minimum bagi kita, bahkan kita wajib mempertahankan setiap inci bumi Palestine dengan darah dan harta kita sendiri. Bukahkah penderitaan mereka adalah derita kita. Bapa,ibu, anak-anak, abang, kakak mereka adalah bapa,ibu,dan anak-anak kita. sedarilah hubungan aqidah lebih mulia dari hubungan darah.

Persoalannya, setelah kita faham dan yakin bahawa hubungan aqidah lebih mulia dari hubungan pertalian darah,ummat Islam Palestine adalah umpama bapa, ibu dan anak-anak kita sendiri, apakah perasaan dan tindakan kita apabila ibu, bapa dan anak-anak kita diganyang tanpa hak dihadapan mata kita?.

Apakah amarah pun tiada?. malah ada pula yang sanggup untuk mengahalang orang lain dari menunjukkan sikap marah mereka dengan demo dan sebagainya.

Mereka dakwa kita tidak perlu marah-marah, derma pun dah cukup. Sedarilah, sesungguhnya mereka yang berdemonstrasi,bersungguh-sungguh menyatakan kemarahan terhadap kezaliman Yahudi itu bukan sahaja menyayangi ummat Islam Palestine dengan menunjuk rasa marah sahaja, bahkan mereka yang dituduh hanya tahu berdemo sahaja inilah sepenuh hati membantu sehabis daya berinfaq membantu saudara-saudara seaqidah mereka di Gaza.

Kecaman terhadap sikap tidak prihatin terhadap nasib saudara seaqidah

Lalu ku nyatakan kepada kalian, sebahagian ummat Islam yang menyekat ummat Islam yang lain dari melakukan apa yang termampu setelah pemimpin mereka membisu adalah lebih jelek daripada yahudi dan muslim yang berkhianat.

Bukan sahaja perasaan marah sahaja yang perlu ditunjukkan malah kita wajib berkorban jiwa dan harta demi ummat Islam semuanya.

Bukankah Sheikh Yusuf Al Qaradhawi telah menegaskan bahawa ummat Islam dari Maghribi hingga ke Indonesia berkewajipan

mempertahankan Semenanjung Gaza, dan melindungi tanah Islam daripada pihak musuh.

"Menyokong penduduk Palestin di Gaza adalah satu kewajipan agama pada setiap individu muslim dan tiada siapa dikecualikan daripada tugas tersebut " Syeikh Al Qaradhawi.

Seruanku

Akhirnya, seruanku buat kalian, renungilah apa yang dinyatakan oleh Dr Yusuf Al Qaradhawi apabila ditanya.

"Mengapakah kita lemah dan sering kalah apabila berhadapan dengan Israel sedangkan negara ummat Islam banyak,lebih daripada 40 buah negara?.

Beliau berkata:

"Ummat Islam tidak akan lemah dan kalah berhadapan dengan israel jika negara ummat Islam ini hanya satu".

Renungkanlah.

Akhukum

Pejuang Kecil
St. Thresa, Shoubra, Kaherah Mesir.
7 Muharram 1430 Hijrah.

22 safar 1430

 
Pejuang Kecil © 2007 Template feito por Templates para Você