Followers

Sunday, 8 February 2009

Kita sering mencela zaman - Imam Syafie


















Kita sering mencela zaman
Padahal zaman tidak bersalahK Kitalah yang sesungguhnya yang bersalah Kita telah menyalahgunakan zaman Kita sering mencaci zaman yang tidak berdosa Seandainya zaman boleh bercakap, ia pun akan mencaci kita Sebuas-buas harimau, dia tidak akan memakan anaknya sendiri Tetapi mengapa ramai manusia yang sanggup memakan saudaranya sendiri? Sesungguhnya aku tidak menyukai zamanku Tetapi aku rela menerima segala kepastian-Nya Biarlah hari-hariku selalu membenciku Aku rela menerimanya walaupun secara terpaksa Waktu itu ada dua perkara Yang mengandungi kedamaian dan menyimpan bahaya Hidup juga ada dua perkara Hidup yang penuh suka dan yang menyimpan duka Lihatlah air laut yang jernih itu sering bercampur dengan bangkai-bangkai busuk Tetapi dasarnya yang paling dalam tersimpan mutiara yang berharga Di langit biru terdapat bintang-bintang yang tidak terbilang Dan tidak akan ada yang mengalami gerhana kecuali matahari dan bulan Biarkan hari-hari berlalu Lapangkan jiwamu apabila menerima keputusan qadha’ Jangan jemu bersabar apabila ditimpa musibah Kerana di dunia ini tidak ada derita yang abadi Jadikan dirimu sebagai orang yang merasa banyak dosa terhadap sesama manusia Hapuskan dosa itu dengan sentiasa memberikan setitis kebahagiaan kepada hati mereka Iaitu dengan bermurah hati sahaja dapat menebus setiap kesalahan Jangan sekali-kali menganggap remeh terhadap musuh-musuhmu Kerana itu dapat membuat dirimu lalai Dan kelalaian terhadap musuh merupakan malapetaka yang besar Jangan mengharap kemurahan daripada orang lokek Kerana embun tidak pernah menitis pada waktu siang Tidak ada kebahagiaan dan penderitaan yang abadi Seperti kekayaan dan kemiskinan Jika engkau selalu memiliki rasa puas Maka tidak ada bezanya antara engkau dan pemilik kekayaan yang melimpah.

(Nasihat Imam Syafi’e)

Sumber: tafakkur@ ayzagursoy.wordpress.com

Teringat kenangan semasa di Turki membuatkan diri mencari-cari sesuatu yang mengubat rindu pada keindahannya lalu terjumpalah bait syair ini dalam tafakkur@ayzagursoy.wordpress.com. Tak tahulah siapakah gerangannya tapi hati kuat mengatakan dia adalah seorang rakyat Turki yang amat rapat dengan suasana Malaysia. Kemungkinan tinggal kat Malaysia rasanya.Mungkin sahabat saya Fateh Abey (rakyat Turki kerja di Malaysia) kenal siapa gerangannya.

Akhukum

Pejuang Kecil
13 Safar 1430 10.15 pagi Hayyu Asyir, Kaherah Mesir

0 comments:

22 safar 1430

 
Pejuang Kecil © 2007 Template feito por Templates para Você