
Firman Allah :
وَجَاهِدُوا فِي اللَّهِ حَقَّ جِهَادِهِ
“Berjihadlah kamu pada jalan Allah swt dengan sebenar-benar jihad”
Surah Al Hajj ayat 78
Percubaan PAS untuk kali kedua ini adalah atas undangan Sheikh Bilal dari Jami'yyah Harakah Tauhid, Lubnan menaiki kapal daripada Tripoli melalui Cyprus menuju ke Gaza. Misi kemanusiaan yang diaturkan oleh Dr Fathi Yakan tersebut disertai oleh 80 orang sukarelawan pelbagai negara dan ramai wartawan antarabangsa.

Untuk makluman rombongan kemanusiaan PAS yang diketuai oleh Dato Presiden bersama 20 orang termasuk 9 orang ahli parlimen PAS kini berada di Lubanan setelah singgah sebentar bersama bersama mahasiswa Al Azhar dan Perubatan dalam ceramah umum di dataran Hayyu Asyir, Kaherah Mesir.
Usaha gigih PAS ini diteruskan pula di Lubanan setelah kurang mencapai matlamat masuk terus ke Gaza melalui Mesir. Ini membuktikan komitmen dan kesungguhan PAS terhadap isu kemanusiaan dan masalah antarabangsa. Bahkan misi kali ini adalah usaha pertama PAS dalam mana-mana misi kemanusiaan dengan kapal yang bakal merentasi dan mengharungi bahaya kemungkinan dibom oleh Israel yang mengawasi ketat perairan Gaza.
"Ini adalah pengalaman pertama PAS dalam rombongan antarabangsa menggunakan kapal". Dr. Hatta Ramli.
Misi kali merupakan misi yang paling getir pernah diharungi oleh deligasi PAS sepanjang sejarah penglibatannya dalam mana-mana misi bantuan antarabangsa. Marilah kita sama-sama berdoa agar keselamatan mereka dijaga Allah dan misi mereka berjaya.
Akhukum
Pejuang Kecil
3. 11 ptg, 8 Safar 1430
St. Thresa, Shoubra, Kaherah Mesir.
0 comments:
Post a Comment