Followers

Monday 2 March 2009

Burung Boleh Menipu?



Adakah Burung Mampu Berbohong? (I'jaz Qurani)

Tabiat menipu di kalangan burung-burung


Adakah burung tahu menipu seperti kita? Bahkan memang AL Quran telah mengkhabarkan tentang persamaan antara insan dan makhluk-makhluk lain di sekelilingnya dalam firman Nya yang berbunyi:

وَمَا مِن دَآبَّةٍ فِي الأَرْضِ وَلاَ طَائِرٍ يَطِيرُ بِجَنَاحَيْهِ إِلاَّ أُمَمٌ أَمْثَالُكُم مَّا فَرَّطْنَا فِي الكِتَابِ مِن شَيْءٍ ثُمَّ إِلَى رَبِّهِمْ يُحْشَرُونَ
Maksudnya:

Dan tiadalah binatang-binatang yang ada di bumi dan burung-burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan umat-umat (juga) seperti kamu. Tiadalah Kami alpakan sesuatu pun di dalam Al Kitab, kemudian kepada Tuhanlah mereka dihimpunkan. - Al -Ana'am ayat 36.

Para saintis telah menjalankan pelbagai kajian dan mereka sangat terkejut apabila mendapati bahawa burung berkemampuan menipu seperti manusia.

Maka alam burung adalah alam yang penuh dengan segala rahsia dan para saintis tidak mampu menyingkap segala rahsia-rahsia tersebut kecuali sebahagian sahaja dan persoalan tipu di alam burung hanya diketahui di kalangan saintis sejak beberapa tahun kebelakangn ini sahaja. Burung-burung menipu bertujuan untuk mendapatkan makanan dan untuk memikat burung betina.

Oleh itu Al Quran adalah suatu kitab yang menakjubkan telah menjelaskan kepada kita tentang keadaan ini dengan satu isyarat yang amat menarik tentang Hal yang tersebut melalui dialog burung Hudhud dalam kisah saidina Sulaiman A'laihis Salam bersama ratu Balqis. Sesungguhnya Allah Taala mengurniakan kepada Nabi Sulaiman A'laihis Salam kemampuan memahami bahasa burung dan kebolehan berbual dengan mereka.

Firman Allah:

وَوَرِثَ سُلَيْمَانُ دَاوُودَ وَقَالَ يَا أَيُّهَا النَّاسُ عُلِّمْنَا مَنطِقَ الطَّيْرِ وَأُوتِينَا مِن كُلِّ شَيْءٍ إِنَّ هَذَا لَهُوَ الْفَضْلُ الْمُبِينُ
Maksudnya:

"Dan sulaiman telah mewarisi Daud, dan dia berkata: ""Hai Manusia, kami telah diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya (semua) ini benar-benar suatu karunia yang nyata." An-Naml ayat 16

Dalam suatu ketika apabila burung Hudhud terlewat memenuhi pertemuan bersama Baginda Sulaiman A'laihis Salam,ia datang lalu mengkhabarkan kepada Baginda Sulaiman A'laihis Salam bahawa ia menadapati suatu kaum yang menyembah matahari selain daripada Allah, lalu Nabi Sulaiman berkata kepadanya:

قَالَ سَنَنظُرُ أَصَدَقْتَ أَمْ كُنتَ مِنَ الْكَاذِبِينَ

Maksudnya:

"Berkata sulaiman: ""Akan kami lihat, apa kamu benar, ataukah kamu termasuk orang-orang yang berdusta." An-Naml ayat 27

Ayat ini menunjukkan bahawa burung berkemampuan bercakap benar atau menipu dan inilah apa yang telah didedahkan oleh para saintis sebagai penemuan baru!.Disini timbul satu persoalan: Bagaimana Saidina Sulaiman A'laihis Salam mengetahui bahawa burung boleh menipu?. Kemudian siapa pula yang mengkhabarkan kepada Nabi Muhammad Sallallahu A'laihi Wasallam tentang kisah benar ini?. Maka sudah tentu, tidak lain dan tidak bukan ialah Allah yang menjadikan burung-burung dan Ia Maha Mengetahui mengenainya.

Artikel asal (Arab) oleh:

Abdud Daim al Kaheel-(www.kaheel7.com)

Terjemahan:

Pejuang Kecil
3.31 ptg, Hayyu A'syir, Kaherah Mesir
5 Rabiu'l Awwal 1430

0 comments:

22 safar 1430

 
Pejuang Kecil © 2007 Template feito por Templates para Você