Followers

Wednesday 25 March 2009

Kita kan Bertemu Di Syurga



22 Mac 2009 , 5 Tahun Syahidnya Syeikh Ahmad Yasin

Gaza, Pembunuhan terhadap Syeikh Ahmad Yasin lima tahun lalu bukan peristiwa sederhana. Peristiwa itu menjadi perhatian bagi seluruh pejuang kebebasan di dunia, dan secara khusus mengingatkan bangsa Arab dan umat Islam adanya bahaya hakiki Israel di Palestin.

Syahidnya Syeikh Ahmad Yasin meningkatkan dokongan besar kepada gerakan Hamas, bukan hanya di Palestin, bahkan dokongan bangsa Arab dan Islam semuanya. Sejak saat itu, semua orang bertanya tentang Hamas, gerakan yang mampu menggegarkan bangunan Israel, gerakan ini mulai berkembang secara drastik hingga majoriti rakyat Palestin simpati dan memberi sokongan kepadanya, mereka mendokongnya atau simpati kepada gerakan penentangan dan keteguhan mereka dalam memperjuangkan prinsip-prinsip dasar Palestin dan menolak perundingan damai dengan Israel.

Syahidnya Syeikh Yasin juga mengundang reaksi, justeru mengatakan bahawa darah beliau akan menjadi “bahan bakar baru” bagi penentangan terhadap Israel

Kelahiran dan Perjuangan Syeikh Ahmad Yasin

Syeikh Ahmad Yasin dlahirkan pada tahun 1936 di desa El-Ghurah yang dibangun di sebalik runtuhan kota Ashkelon yang bersejarah, terletak di Majdal Tengah ke arah utara dari Semenanjung Gaza lebih kurang dua puluh kilometer.

Beliau memulakan pembelajaran asas di Sekolah Rendah El Ghurah dan terus belajar sampai tahap kelima.

Sejak berlakunya “nakbah” -malapetaka dahsyat- menimpa rakyat Palestin pada 1948 yang menjurus berdirinya negara haram Israel, Ahmad Yasin terpaksa berhijrah bersama keluarganya ke Semenanjung Gaza dan menetap di khemah pelarian Shati’ di pantai Semenanjung Gaza. Sewaktu di permukiman, beliau terpaksa meninggalkan pengajian hingga tahun 1950, karena sibuk memperjuangkan kehidupan keluarganya yang terdiri dari tujuh orang, beliau bekerja di sebuah restoran di Gaza City.

Kemudian beliau melanjutkan pengajiannya di kawasan kediaman barunya dan menyelesaikan pelajarannya pada tahun 1955, kemudian melanjutkan Sekolah Menengah Palestin di Semenanjung Gaza. Suasana politik di secara umum sedang bergejolak saat itu, terutama di sekolah tempatnya belajar.

Dunia Arab sedang bergejolak dengan aliran-aliran pemikiran, baik yang berhaluan nasionalis, kiri, dan Islam. Gerakan Ikhwanul Muslimin merupakan gerakan paling aktif di Gaza. Ia banyak didokong oleh para pelajar, bahkan mereka yang berprestasi tinggi di dalam kelas dan mereka itu kebanyakan gabung menyertai gerakan Islam ini.

Di dalam gerakan Ikhwanul Muslimin, Syeikh Ahmad Yasin menemukan apa yang dicari selama ini. Dakwahnya sesuai dengan keinginannya, baik dari sisi pemikiran agamanya , atau dalam hal pandangan politik, dan metod pentarbiahan untuk menyiapkan generasi pejuang Palestin, menyelematkan Al-Aqsa yang penuh keberkatan dari tangan penjajah. Ahmad Yasin menyaksikan semuanya dan memberikan bai’ahnya kepada gerakan Islam ini pada tahun 1955.

Beliau mengajar bahasa Arab dan Tarbiyah Islamiyyah. Beliau juga seorang penceramah ulung di masjid-masjid di Gaza, bahkan paling popular di sana kerana hujjahnya yang kuat. Ia juga dipilih menjadi pengurus Majma’ Islami di Gaza.

Beliau ditangkap oleh Zionis Israel tahun 1984, karena Israel mendakwa rumahnya sebagai gudang senjata yang dibeli oleh Syeikh dari seorang agen Israel.

Beliau dihukum selama penjara 13 tahun, kemudian keluar dalam proses pertukaran tawanan pada tahun 1985.

Pada 17 November 1987 gerakan Islam di bawah kepemimpinannya mengeluarkan keputusan untuk memulai “aksi ketenteraan” melawan penjajah Israel.

Maka pada 8 Disember 1987 meletuslah Intifadhah, beliau sebagai kepala penggeraknya, dan setelah itu, masyhurkan Gerakan Perjuangan Islam “Hamas”, dan pernyataan rasmi pertamanya dikeluarkan pada 14 Disember 1987 .

Aksi serangan dan mogok yang dipimpin oleh Hamas terhadap Zionis Israel semakin keras. Israel kemudiannya menangkap Syeikh dan sebahagian besar pimpinan Hamas dan Ikhwanul Muslimin, pada malam 18 Mei 1989 . Beliau mendekam di penjara hingga 25 September 1997 .Beliau kemudiannya dibebaskan kembali melalui pertukaran tawanan oleh Raja Husein dengan Israel, setelah gagalnya percubaan bunuh terhadap Khalid Masyal Ketua Biro Politik Hamas oleh Israel.

Kesaksian Terhadap Syeikh Ahmad Yasin

Dr. Asy Syahid Abdul Aziz Rantisi mengatakan:

“Syeikh Ahmad Yasin ketika masih hidup menjadi simbol Islam yang sangat besar. Dengan syahidnya beliau, beliau menjadi guru yang unik dan paling menonjol sepanjang sejarah umat. Tidak ada sejarah seperti yang dilakar oleh Syeikh Ahmad Yasin, di mana pemimpin yang lemah (kerana cacat ) mampu mengubah menjadi kekuatan. Ia adalah pemimpin yang tidak pernah percaya dengan kelemahan mutlak atau kekuatan mutlak selama ia masih bernama makhluk manusiawi.”

Dr. Abdul Aziz Rantisi yang gugur syahid sebulan kemudiannya menegaskan bahawa Syeikh Ahmad Yasin lah yang menggerakkan rakyat Palestin yang tidak berdaya untuk melawan Israel dengan batu dan pisau, kemudian dengan bom, kemudian dengan roket-roket Al-Qassam. Syeikh Ahmad Yasin telah merubah kelemahan rakyat menjadi kekuatan yang kini tidak bisa diremehkan Israel dan Amerika.

Dr. Abdul Aziz Rantisi menegaskan bahawa Israel ternyata salah ketika membunuh Syeikh Ahmad Yasin, sebabnya Israel tidak pernah belajar dari masa lalu. Mereka membunuh para nabi, namun mereka gagal memadamkan cahaya yang dibawa. Israel tidak akan bisa mematikan cahaya dari jasad Syeikh Ahmad Yasin.

Darah Syeikh Ahmad Yasin Adalah Wasiat untuk Bersatu

Sementara Khalid Masyal:

“Darah Syeikh Ahmad Yasin memberikan pesan kepada bangsa Palestina untuk bersatu dan merapikan barisan. Ia menyatakan, para pejuang Palestin sudah memberikan ruh mereka untuk Allah, untuk membebaskan Palestin. Gugurnya Syeikh Ahmad Yasin akan semakin menjadikan gerakan perjuangan semakin kuat.”

Ia menegaskan bahawa Israel harus sedar bahawa keupayaan mereka untuk mematahkan semangat juang rakyat Palestin akan gagal. Tindakan Israel membunuh Syeikh Ahmad Yasin mengesahkan bahawa mereka hanya berfikir bagaimana melakukan kejahatan. Oleh kerana itu, Khaled Masyal menyeru agar rakyat Palestin bersatu di belakang gerakan jihad Perjuangan Palestin.

Hamas Terus Melawan

Sementara itu, Mahmud Az Zahar menegaskan bahawa kejahatan pembunuhan Syeikh Ahmad Yasin sebelumnya sudah dapat dijangka. Namun ia tidak akan mampu menyekat Hamas dan kepimpinannya dari penentangan terhadap Israel. Beliau menegaskan, boleh Israel menyatakan Syeikh Ahmad Yasin layak mati karena kewujudannya mengancam rakyat Israel. Namun kami mengatakan bahawa Syekh Ahmad Yasin syahid di sisi Allah, ia tetap hidup dan mendapat rezeki, yang mati adalah Israel dan para pemimpinnya yang melakukan kejahatan dan pembantaian terhadap rakyat Palestina.” tegas Zahar.

Darah Syeikh Ahmad Yasin Mengobarkan Semangat Jihad

Sementara itu, Dr. Yusuf AlQaradhawi menegaskan bahawa:

“Darah Syekh Yasin tidak akan tumpah percuma. Bahkan ia akan menjadi api dan laknat bagi Israel. Kesyahidan Syekh Yasin tidak akan melemahkan penentangan seperti yang dibayangkan Israel.”

Beliau menambah bahawa pembunuhan Syeikh Ahmad Yasin adalah kejahatan penjajah Israel. dan Amerika turut bertanggungjawab atas kejahatan itu kerana Israel melakukan kejahatan dengan senjata Amerika, dana, dan dokongan mereka.

Imam Al Qaradhawi juga menegaskan bahawa bangsa Arab harus sedar dan waspada terhadap gerakan Zionis Israel sekaligus mereka juga wajib menunaikan amanah mereka terhadap saudara-saudara mereka di Palestin.

Sumber Asal : dakwatuna.com

Olahan semula ke bahasa Melayu standard oleh:

Akhukum

Pejuang Kecil
7.40 malam
28 Rabiul Awwal 1430
Hayyu 10, Kaherah Mesir


0 comments:

22 safar 1430

 
Pejuang Kecil © 2007 Template feito por Templates para Você