Followers

Monday 9 March 2009

Ya Allah Rindunya Pada Nabi







Koleksi Nasyid dan Pujian Buat Rasulullah Sallallahu A'laihi Wasallam

Salam Maulidur Rasul buat semua pencinta utusan Allah yang agung. Ya Allah betapa rindu dan cintanya kepada Baginda Rasul Sallallahu A'laihi Wasallam. Ya Allah janganlah Engkau haramkan kami dari bertemu dan mendapat syafaat kekasihMU Baginda Muhammad Sallallahu A'laihi Wasallam. Kurniakanlah perasaan mahabbah dan kasih dari kami kepada Baginda Nabi dan dari Baginda kepada kami.

Hayatilah kalam wahyu :

“Katakanlah, ‘jika kamu benar-benar mencintai Allah, ikutilah aku (muhammad), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu,’ Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Ali Imraan : 31)

Berdoalah:

“Ya Allah, aku memohon curahan cinta-Mu dan kecintaan orang-orang yang mencintai-Mu, serta memohon curahan amal yang dapat mengantarkan diriku mencintai-Mu. Ya Allah, jadikanlah kecintaan kepada-Mu lebih tertanam dalam jiwaku melebihi kecintaanku kepada diri sendiri dan keluargaku” (HR. Tirmidzi)

Yaa Allah berikan kecintaan pada diri kami, kecintaan yang sebenar-benarnya
kepada-Mu.

Kecintaan yang sebenar-benarnya kepada nabi-Mu...

Harapanku buat semua ummat

Buat semua pencinta Nabi Muhammad Sallallahu A'laihi Wasallam, ikutilah sunnah baginda, cintailah peribadinya, mengaharaplah bertemu dengannya, berselawatlah kepadanya dan pertahankanlah warisan Baginda Nabi Sallallahu A'laihi Wasallam.

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.s.w. bersabda : "Orang yg berselawat ke atas aku sekali, Allah berselawat ke atasnya sepuluh kali." -Riwayat Muslim-

Salam Maulidur Rasul 1430 Hijrah

Akhukum

Pejuang Kecil
Isnin,12 Rabiu'l Awwal 1430
12.31, Hayyu 10, Kaherah Mesir.



0 comments:

22 safar 1430

 
Pejuang Kecil © 2007 Template feito por Templates para Você