Followers

Wednesday, 15 April 2009

KELEMAHAN SISTEM EKONOMI KAPITALIS




Sistem ekonomi kapitalis merupakan satu sistem ekonomi yang rapuh dan mempunyai beberapa kelemahan.Hal ini terbukti apabila negara-negara yang mengamalkan dasar sistem kapitalis ini telah mengalami krisis ekonomi yang teruk.Krisis ekonomi yang melanda Amerika Syarikat pada zaman pemerintahan Presidennya yang ke-17 Abraham Lincoln dimana beliau telah menghapuskan sistem perhambaan secara serentak menyebabkan ekonomi Amerika Syarikat menjadi lumpuh.

Penguatkuasan undang-undang penghapusan hamba secara serta merta telah menyebabkan pekerja-pekerja di sektor peladangan dan perindustrian pada ketika itu lumpuh kerana pekerja pekerja yang sebelum ini tidak mahu bekerja semula dengan majikan asal mereka.Hal ini kerana majikan atau pengusaha kapitalis tersebut telah melakukan kezaliman dan penindasan terhadap pekerja atau buruh tersebut dalam usaha memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan kos.

Krisis kewangan yang melanda Amerika Syarikat dan negara-negara kapitalis pada awal tahun 2008 yang berlarutan sehingga kini mengjelaskan kelemahan dan kepincangan sistem ekonomi kapitalis ini.Sistem kewangan dan perbankan kapitalis yang berteraskan riba telah runtuh akibat krisis yang berpunca daripada bond subprime.


Bank-bank konvensional memberikan kemudahan pinjaman kepada individu yang brpontensi gagal membayar balik pinjaman tersebut. Risiko kegagalan membayar hutang yang dinamakan ‘event of default' akan menjadi semakin tinggi. Menurut kebiasaan sesebuah bank, jika risikonya tinggi maka lagi tinggilah kadar riba ‘interest' yang akan dikenakan terhadap peminjam.

Keghairahan dalam mendapatkan keuntungan menyebabkan mereka tidak mempedulikan status hidup individu yang ingin membuat pinjaman tersebut sama ada miskin ataupun kaya.Sekiranya hutang pinjaman tersebut gagal dibayar dalam tempoh yang di tetapkan,maka kadar bunga yang di kenakan akan meningkat dan ia akan mendatang keuntungan kepada pihak bank.

Krisis ekonomi yang melanda Amerika Syarikat kini telah merebak hamper ke seluruh dunia.Negara-negara yang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis ini turut sama mendapat kesan akibat krisis ekonomi tersebut.Kerajaan Amerika Syarikat terpaksa menyuntik RM 700 billion USD untuk plan bail-out bagi menyelamat ekonomi negara tersebut.Krisis ini akhir telah merebak ke benua Eropah di mana negara-negara Eropah yang juga mengamalkan sistem ekonomi kapitalis ini.Kerajaan United Kingdom terpaksa membelanjakan RM 500 billion untuk bail-out bagi menyelamatkan beberapa syarikat kewangan riba di United Kingdom.

Contoh yang lain mengambarkan kelemahan sistem ekonomi kapitalis ialah mereka mengalakkan kuasa monopoli dalam pasaran.pengeluar atau firma yang besar akan dapat menguasai pasaran dalam pembuatan barangan berteknologi tinggi dan sebagainya sekaligus menindas golongan pengguna yang terpaksa membeli barangan tersebut walaupun pada tingkat harga yang tinggi.Firma-firma yang kecil tidak dapat bersaingan akhirnya bangkrap dan terpaksa ditutup dengan menggunakan teori yang besar dan kuat akan berkuasa dan yang kecil dan lemah akan terus ditindas dan di hina.

Oleh yang demikian,dalam usaha mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda dalam pengamalan riba dan Interest sistem perbankan,kemudiannya,pengamalan teori ekonomi yang diperkenalkan oleh para sarjana ekonomi terkenal iaitu memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan kos dengan cara menzalimi dan penindasan terhadap pekerja,sistem mata wang yang tidak bersandarkan pada emas dan mudah di spekulasi,pengabaian terhadap kebajikan rakyat dan banyak lagi teori-teori pengamalan dalam sistem ekonomi kapitalis ini jelas membuktikan kebobrokkan dan kepincangan serta kerapuhan sistem tersebut.Natijahnya.sistem yang ternyata mempunyai banyak kelemahan itu perlu dig anti dengan satu sistem yang lebih baik dan adil.Oleh itu,sistem ekonomi Islam merupakan satu altenatif yang terbaik untuk mengantikan sistem ekonomi kapitalis tersebut dan mampu menguasai dunia suatu hari nanti.

Sumber: puteramahsuri.blogspot.com


0 comments:

22 safar 1430

 
Pejuang Kecil © 2007 Template feito por Templates para Você