Laporan Al Jazeera tentang ancaman tembakan Israel yang dihadapi oleh nelayan Gaza
BANDAR RAYA GAZA —Laut sentiasa sinonim dengan kehidupan Ibrahim Shahada . Selama bertahun-tahun dia sudah biasa menyertai para nelayan yang kembali menghampiri tepian pantai seiring cahaya mentari mula terbit memancar.
Hari ini, penduduk gaza yang berusia 50 tahun itu berkata perkataan laut telah menjadi sesuatu yang sinonim dengan ketatakutan dan kematian.
"kini Kita sering ditakutkan ketika kita cuba berlayar di laut," Shahada memberitahu IslamOnline.net.
" bukan yang kita takut itu gelombang ombak laut yang menggunung, tetapi jentera perang Israel yang lebih berbahaya yang sentiasa ingin untuk mendapatkan satu peluang menembak kami."
Sepanjang 40 km pantai Gaza , kapal-kapal tentera Israel berkeliaran untuk menembak mana-mana bot Palestin yang berani untuk melebihi had yang dibenarkan di lautan.
"Sebaik saja kami melepaskan jaring ke laut, kami menghadapi satu letusan tembakan mendadak berhamburan daripada kapal-kapal tentera mereka," Shahada menyatakan.
"Kebanyakan daripada kami memilih untuk kembali ke tepian."
Abu-Lou'ai Shehata, seorang nelayan Palestin selama empat dekad , berkata dia terlepas kematian akibat tembakan Israel dengan suatu keajaiban.
"Saya terselamat dengan suatu keajaiban selepas petala Israel berlanggar dengan bot saya beberapa hari yang lalu," dia memberitahu IOL.
"Menembak para nelayan kini adalah satu rutin harian bagi Israel sehingga keluarga menekan saya supaya menamatkan kerjaya tersebut."
Hanya minggu lepas, seorang nelayan Palestin telah cedera apabila bot-bot tentera laut Israel melepaskan tembakan rambang ke arah para nelayan yang berkumpul di pantai dekat bandar Beit Lahyia di pusat Semenanjung Gaza.
Oktober yang lalu, Andrew Muncie, seorang aktivis hak asasi manusia dari Scotland, telah merakamkan tentera laut Israel melepaskan tembakan menggunakan mesin gun kepada bot-bot nelayan Palestin yang tidak bersenjata di luar pantai Semenanjung Gaza.
Sebuah rakaman lagi, yang diambil pada 6 September yang lalu, menunjukkan sebuah kapal penggempur Israel menawan bot-bot nelayan manakala pemerhati antarabangsa mengangkat tangan mereka keudara menjerit-jerit supaya menghentikan penembakan.
Sepanjang 12 bulan yang lalu, tentera laut Israel telah membunuh lapan orang nelayan Palestin.
Perjuangan
Bukan sahaja tembakan Israel yang menukar kehidupan para nelayan menjadi igauan mimpi buruk. Terdapat juga sekatan Israel dan pengepungan yang menyesakkan usaha mereka untuk meneruskan kehidupan.
"walaupun jika kita berjaya untuk melepaskan diri tembakan Israel, kita biasanya hanya memperolehi hasil ikan yang hanya lepas untuk kos bahan api bot," berkata Yasser Ramadan seorang lagi nelayan.
"Kami sudah bernasib baik jika ada lebihan wang untuk membawa makanan untuk diletak atas meja kami."
Sekatan Israel dikenakan ke atas Gaza semenjak 2007 menyebabkan kekurangan teruk bahan api dan bekalan gas - yang menjadi tulang belakang bisnes perikanan.
Tidak berdaya dan putus asa, para nelayan kadang-kadang menggunakan minyak masak untuk menghidupkan enjin bot-bot mereka.
Lebih buruk lagi, kini selepas Israel selama 22 hari menyerang Gaza yang berakhir pada Januari lepas, para nelayan berkata bot-bot mereka dan peralatan menangkap ikan terlalu banyak yang telah rosak dan banyak yang tidak boleh keluar bekerja lagi.
"Bot saya telah rosak disebabkan tembakan Israel. saya tidak lagi mampu untuk membaikinya," kata Shehata .
Di bawah perjanjian Oslo Accords, yang ditandatangani pada 1993, para nelayan Palestin mempunyai hak melayari sehingga 20 batu keluar daripada pantai Gaza.
Selepas pencerobohan yang terkini, Israel telah mengurangkan had tersebut, hanya untuk tiga batu.
Shehata mendakwa kematian sebenar bagi nelayan adalah apabila terpaksa hanya kekal di pantai-pantai sedangkan rezekinya adalah terbuka betul di hadapannya, tetapi tidak dapat dicapai.
"Saya seorang pelaut yang tidak boleh belayar. Saya seorang nelayan yang belum dapat merasa ikan pada bulan ini," dia mengeluh dalam satu suara yang sayu.
Shahada, seorang nelayan tua, diruntun dengan kesedihan kerana terperangkap antara tembakan dan sekatan Israel, pekerjaannya lamanya semakin kabur.
"Kita sudah biasa menangkap 60-70 kg ikan setiap hari.Namun hari ini, 5 kg pun susah nak dapat.
"Hari-hari yang baik suatu ketika dahulu telah pun hilang."
Artikel asal : islamonline.net
Terjemahan oleh:
Pejuang Kecil
3.40 ptg, 6 Rabiul Akhir 1430
Rumah Kedah H 10, Kaherah, Mesir
0 comments:
Post a Comment