Kami adalah salah jamaatun minal muslimin (salah satu Jamaah dari umat Islam) dan bukan Jamaatul Muslimin, tidak seperti yang dilontarkan oleh orang-orang yang tidak mengenal dakwah ikhwan, kerana Islam sangatlah besar untuk dimonopoli oleh satu kelompok. Alhamdulillah berkat kurnia Allah, Ikhwanul Muslimin mendapat pengiktirafan ditengah masyarakat dan sangat popular di pelbagai belahan dunia; terutama negara Arab dan negara Islam; kerana dakwah yang disebarkan adalah dakwah yang sederhana yang sentiasa bersumberkan dari Al-Qur’an dan Sunnah. - Dr Mohammad Badie'
Nama Dr Mohammad Badie' termasuk salah seorang 100 tokoh terbesar di dunia Arab dalam ensiklopedia ilmiah Arab yang diterbitkan oleh lembaga Informasi Ilmiah Mesir pada tahun 1999.
Nama: Muhammad Badie’ Al-Majid Sami
Tarikh lahir : 7 Ogos 1943
Tempat lahir : Mahallah Kubra.
Status Perkawinan:
Beliau adalah suami kepada Sayyidah Samiyah Shinawi mantan Pengetua Sekolah Dakwah Islam di Beni Suef, anak perempuan Haji Mohammad Ali Shinawi seorang ahli generasi pertama Jamaah Ikhwanul Muslimin yang dijatuhi hukuman mati pada tahun 1954 namun diringankan kepada hukuman penjara seumur hidup.
Jumlah Anak: Beliau memiliki 3 anak lelaki dan perempuan:
1. Ammar (jurutera komputer),
2. Bilal (Radiolog),
3. Doha (Ahli Farmasi),
Mempunyai 4 orang cucu : iaitu: Ru’a, Habib, Iyad dan Tamim.
Pendidikan dan Prestasi:
- Ijazah kedoktoran Haiwan – Kairo pada tahun 1965.
- MA Kedoktoran Haiwan dan seorang Penolong Pensyarah pada tahun 1977 di Universiti Zaqaziq.
- Doktor dalam bidang Kedoktoran Haiwan dan guru dari tahun 1979 di Universiti Zaqaziq.
Posisi dalam Jamaah:
- Anggota Maktab Irsyad sejak tahun 1996.
- Anggota Maktab Irsyad alami (internasional) sejak tahun 2007.
Tulisan dan Hasil Karya dalam bidang Dakwah:
- Artikel dan Hadis dalam situs (ikhwanonline.com) dan lain-lain.
- Tulisan dan khawatir Al-Quran (tadabbur) yang diterbitkan dalam Jurnal pada majalah (mujtama').
- Murajaah dan penyajian konsep dakwah.
Akhukum
Pejuang Kecil
11 Safar 1431
0 comments:
Post a Comment