Followers

Wednesday 9 June 2010

Perasmian Muktamar Ulamak, Pemuda & Muslimat





Bermula dengan ucapan aluan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali maka bermulalah majlis perasmian Muktamar Dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat sekaligus.

Beliau dalam ucapannya menyatakan muktamar kali ini mencipta sejarah apabila pertama kali muktamar ketiga-tiga dewan dirasmikan secara serentak dan perwakilan bukan sahaja mewakili negeri tetapi mewakili kawasan dan kali pertama juga mukatamar akan menerima perwakilan dari Dewan Himpunan Penyokong PAS.

Dalam ucapan perasmian, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyeru agar ketiga-tiga dewan agar menyediakan plan strategik dlm langkah menuju ke Putrajaya.

Tuan guru Nik Abdul Aziz juga menyeru Dewan Ulama agar menyediakan pelapis muda sebagai persediaan memantapkan parti. Ujarnya PAS menjadikan golongan ulama sebagai rujukan,berbeza dgn umno yang menggunakan para ulama hanya untuk meraih sokongan.

Ustaz Hassan Syukri dinobatkan menerima anugerah Tokoh Pemuda manakala Ustazah Jamilah Ibrahim menerima anugerah Tokoh Muslimat manakala Tuan Guru Nik Abdul Aziz menerima Anugerah Emas.

0 comments:

22 safar 1430

 
Pejuang Kecil © 2007 Template feito por Templates para Você