Followers

Wednesday, 25 May 2011

MB Ziarah Rakyat Padang Terap

KUALA NERANG – Menteri Besar, YAB Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan turun padang di tapak Pekan Sehari Naka, Padang Terap pada 26 Mei ini untuk memberikan penerangan mengenai perkembangan semasa Kerajaan Negeri kepada masyarakat setempat dan juga menyampaikan geran tanah kepada penduduk.

Program Pemimpin Bersama Rakyat berkenaan adalah majlis keempat yang bakal diadakan dan sebelum ini sudah diadakan di daerah Sik, Bandar Baharu dan Pendang.

Exco Penerangan dan Pembangunan Usahawan, Abd Ghani Ahmad berkata, pelbagai program diatur dan program berkenaan turut dihadiri oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini.

Menurutnya, rakyat khususnya di daerah Padang Terap berpeluang untuk mengetahui maklumat terkini mengenai isu semasa daripada YAB DS Ustaz Azizan sendiri.

Katanya, jamuan kenduri rakyat turut diadakan bagi meraikan kira-kira 3,000 penduduk yang bakal hadir ke majlis berkenaan.

“Program ini adalah yang dirancang di bawah Exco Penerangan dan Pembangunan Usahawan dalam usaha untuk mendekatkan pemimpin negeri dengan rakyat.

“Pemimpin dan wakil rakyat terdiri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Parlimen dari PR juga akan melawat 20 kampung di tiga mukim iaitu mukim Pedu, mukim Tekai Kanan dan mukim Tekai Kiri,” katanya kepada Sinar Harian.

Abd Ghani berkata, YAB DS Ustaz Azizan juga akan meluang masa untuk melawat kawasan projek tanaman mangga dan nangka mastura di daerah ini.

Menurutnya, peluang berkenaan harus digunakan sebaik mungkin oleh masyarakat di daerah Padang Terap untuk bertemu dengan semua pemimpin-pemimpin PR dari seluruh negeri ini.


Sumber : http://sedakasejahtera.wordpress.com/


0 comments:

22 safar 1430

 
Pejuang Kecil © 2007 Template feito por Templates para Você