AHAD, 22 Julai 2012M / 2 Ramadhan 1433H
Program “ Ihya’ Ramadhan KRISK 1433H” ini mengambil kesempatan pada Ramadhan kali ini sebagai waktu sesuai dalam menjalankan aktiviti pembangunan syakhsiah remaja melalui program yang pelbagai seperti tadarus Al Quran, sebaran “ Risalah Salam Ramadhan”, qiamullail dan ifthor jamaie, sumbangan bingkisan Ramadhan dan lain-lain lagi yang boleh membimbing remaja menjalani Ramadhan kali ini dengan cara yang betul dan tersusun.
Program tahunan ini adalah anjuran Kelab Remaja Islam Kedah (KRISK), sebagai usaha yang terancang untuk mendekati remaja di seluruh negeri Kedah demi menyahut seruan Kerajaan Negeri Kedah yang amat mengambil berat soal pembangunan insan dalam agenda pentadbirannya.
Program ini melibatkan para remaja berumur antara 13 hingga 21 tahun di seluruh negeri Kedah dengan misi mendekati dan mendidik jiwa-jiwa remaja agar mempraktikkan Islam secara syumul dan mencari keredhaan Allah SWT sempena Ramadhan kali ini.
Objektif utama pelaksanaan program ini ialah :
1.Menyeru dan menjalankan kempen
kepada seluruh remaja Islam di negeri Kedah untuk menghayati Ramadhan sebagai
bulan ibadah dan Al Quran.
2.Mengimarahkan Ramadhan dengan aktiviti-aktiviti
keremajaan yang menepati Islam.
3.Memperkasakan ukhuwwah di kalangan remaja Islam di negeri Kedah.
4.Menyemarakkan pewaris kepimpinan masa hadapan yang menghayati Islam sebagai satu cara hidup.
5.Memberi sumbangan kepada remaja yang memerlukan.
Program dan kempen yang bermula pada 1 Ramadhan 1433 bersamaan 21 Julai 2012 sehingga 3 Syawal bersamaan 21 Ogos akan datang meliputi beberapa kaedah perlaksanaan utama iaitu melalui:

a)Capaian facebook (facebook.com/kriskedah)
Sejajar dengan perkembangan teknologi media sosial kini, ‘ facebook.com/kriskedah ’ mensasarkan 1000 penyertaan remaja menjelang 3 Syawal akan dating. KRISK berkomunikasi secara langsung bersama remaja melalui pesanan ringkas harian, sebaran poster, wallpaper, risalah dan gambar yang akan dimasukkan secara berkala melalui facebook.
b) Program tadarus Al Quran dan Tahlil sepanjang
Ramadhan.
c) Poster yang dapat menarik perhatian remaja diletakkan di semua masjid dan sekolah, disamping ditampal di tempat-tempat terpilih.
d)Banner yang digantung di beberapa lokasi terpilih.
e) Program Qiam Ramadhan dan Ifthor Jamaie.
f)Program edaran risalah “ Salam Ramadhan”.
g)Penyampaian sumbangan “ Bingkisan Ramadhan KRISK” dan “Duit Raya” untuk remaja yang memerlukan.
h)Pertandingan “Wallpaper Ramadhan 1433H” bertemakan (KRISK mengimarahkan Ramadhan 1433H). Pertandingan ini diwarwarkan melalui saluran facebook untuk menarik penyertaan dari remaja seluruh negeri Kedah. Pemenang akan menerima hamper dan saguhati RM 50.
Melalui program ini pihak penganjur berharap dapat meningkatkan penghayatan dan kefahaman golongan remaja terhadap Ramadhan yang penuh barakah ini. Usaha menjayakan program ini amat memerlukan kerjasama dari pihak ibu bapa, guru, dan masyarakat di sekeliling yang memberikan perhatian dengan mempamerkan sokongan kepada anak-anak remaja dalam mengimarahkan Ramadhan 1433 H.

Kami amat mengalukan sumbangan anda dalam membantu
kami melaksanakan setiap program Kelab Remaja Islam Kedah (KRISK) ini melalui
visi “Membina Pemimpin Masa Hadapan Kita”
dengan menyumbang ke akaun Bank Islam : 02011020415967. Sebarang sumbangan sila
maklumkan atau kirim pesangan ringkas (SMS) ke talian 012 2655241 @
krisk_11@yahoo.com.
Semoga semua pihak yang terlibat membantu, menyumbang dan menjayakan program ini diganjari pahala berlipat ganda dan mendapat keberkatan dari Allah swt.
Ahmad Najhie bin Hayazi
Semoga semua pihak yang terlibat membantu, menyumbang dan menjayakan program ini diganjari pahala berlipat ganda dan mendapat keberkatan dari Allah swt.
Ahmad Najhie bin Hayazi
Penasihat,
Kelab Remaja Islam Kedah (KRISK)
krisk_11@yahoo.com
2 comments:
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Good article if you want to know about coputer click here - what is computer ( कंप्यूटर ) क्या है ? and its development full information
Types of computer
world-health-organisation क्या है ?
Difference between antivirus and firewall which is best ?
What is SSO ?
What is monitor and best sale on monitor ?
Google translate
What is virus in Computer ?
Post a Comment