Followers

Monday, 29 September 2008

Kejutan Metro Di Hujung Ramadhan

Puasa Songsang (Mereka yang berpuasa Adat)



“Di bulan ini, saya dan rakan tidak makan dan minum pada siang hari, sebaliknya berpuasa seperti biasa dengan mengunjungi pasar Ramadan berhampiran rumah untuk membeli makanan sebelum singgah di kedai atau pasar raya untuk membeli arak.

“Saya tidak mengambil air itu (arak) tiap-tiap malam. Selalunya saya minum bersama rakan-rakan di rumah ketika atau selepas berbuka dan kemudian meneruskannya di kelab malam.

Terkejut baca 2 pengakuan siaran Harian Metro (29 September 2008 ) tapi tak la sampai terkejut beruk, tapi itulah hakikat puasa bagi sesetengah muda mudi Islam Malaysia zaman "la ni".

Tak faham Islam adalah puncanya. tiada yang perlu nak dipeningkan lagi untuk menjawabnya, jawapannya " mereka Jauh dari kefahaman Islam".

Bukan sahaja jauh malah akses untuk tahu tentang Islam pun mungkin mereka tak pernah berusaha mencari atau terjumpa, malah ada juga yang barangkali tak pernah terniat agaknya untuk mencari apa itu Islam dan kandungannya. Mungkin kerana lantaran semua penjuru hidup mereka tertinggal jauh dari sentimen dan semangat Islam. Ibu bapa mungkin tak faham langsung tentang Islam, sekolah dulu pun agama hanya jadi subjek periksa semata-mata, menonton tv pun mungkin tak terliur langsung nak lihat al kulliyyah terbitan tv 3 dan banyak lagi faktornya yang berjela panjang kalau nak tulis.

Puasa hanya adat bukan ibadat.(Hanya bagi mereka yang beradat puasa)

"Kalau tak puasa tak syok la raya kan" inilah kalimat yang selalu mencuit hati apabila didengari sang telinga.

















(Gambar Hiasan) berbuka puasa, mungkin ada di antara kita berpuasa adat.

Mungkin bagi mereka puasa hanya demi suasana meriahnya raya, bukan kemeriahan bagi mereka yang sungguh-sungguh berpuasa. Berpuasa dari segala yang haram dan keji bukan dalam Ramadhan ja, tapi praktikelnya puasa adalah kem bina akhlak bertuhan, akhlak beradab terhadap Allah dan hambanya yang lain.

Nak kata tak ada kesedaran sivik pun mereka waras. Kalau tidak takkan ada yang cakap macam kat petikan bawah ni :

“Sudah dua tahun saya terbabit dengan kegiatan tidak bermoral ini selepas berjinak-jinak menjejakkan kaki di kelab malam.

“Pada mulanya, saya takut untuk mencuba perbuatan terkutuk itu, tetapi tewas selepas melihat keseronokan rakan-rakan yang berhibur selepas meneguk air berkenaan tanpa rasa berdosa”.

Tapi barangkali sengaja tak nak sedarkan diri agaknya.

"Kan berpuasa itu maknanya menahan diri dari makan dan minum dan perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari"

Maksud tersiratnya ialah menjaga, mengawasi, menjauhi, mengelak dari sesuatu yang ditegah Allah dan dimurkainya.

Sebab itulah mereka yang memahami maksud tersirat puasa, Ramadhan adalah bulan motivasi dam kem latih tubi untuk berubah diri menjadi makhluk Allah yang sejati.

"Bukan kah puasa itu hasilnya taqwa"

"Semoga kalian bertaqwa" inilah maksud Allah bagi hambanya yang berpuasa.

Taqwa perlunya kesedaran, kehendak yang tinggi untuk berubah, pengorbanan, berusaha sedaya mungkin mengelak kebencian Allah yang apa yang dibencinya.

Bagi mereka yang beradat puasa ia adalah satu tradisi semata-mata, mungkin lidah mengaku beribadah namun hati masih buta maknanya.

lihat saja di pusat membeli belah, seusai berbuka di medan selera mereka yang berpuasa adat pastinya masih lalai berborak tanpa memikirkan untuk segera menunaikan tuntutan yg lebih wajib iaitu solat.

"Dahtu ada yang tak solat langsung, terus "beraya" sakan di gedung besar untuk "beraya sakan" kerana penat berpuasa sebulan.

Bahkan kadangkala anak-anak pun jadi mangsa jugak dek tabiaat ibu dan bapa yang asyik nak "beraya sakan" hingga sanggup tinggalkan 10 malam terakhir ramadhan.

Mungkin juga meraka tak pernah dengar hadis Nabi Muhammad (SAW):

"Seandainya umatku mengetahui ( semua keistimewaan ) yang dikandung oleh Ramadhan, niscaya mereka mengharap seluruh bulan menjadi Ramadhan".

Barangkali juga mereka tidak pernah mengenali hakikat kebahagiaan bagi orang yang hakiki berpuasa iaitu kegembiraan dek taat menahan diri dari yang haram ketika berbuka dan kebahagiaan sejati bertemu Allah di hari pengadilan.

Bagaimana agaknya Allah akan bertemu dengan hambanya yang menahan diri dari benda dahn mungkar(berpuasa) lalu berbuka dengan yang haram dan mungkar.

Faham jelasnya sampai bila-bila pun baik dan buruk, pahala dan dosa, terpuji dan terkeji tidak layak disama tarafkan, dicampurkan adukkan.

Pelik kan?, sangat tidak realistik dan logik bagi manusia yang waras hatta presiden Amerika yang kononya cerdik itu pun mungkin tidak dapat menerima kegilaan buatan dan kesongsangan penuh sedar ini.

Maaf, lantunan ayat nampak kasar sikit Na!

Akhukum
Ahmad Najhie Hayazi

0 comments:

22 safar 1430

 
Pejuang Kecil © 2007 Template feito por Templates para Você