Followers

Sunday 28 December 2008

Al Fatihah Buat Tuanku Ja'afar


















Salam Takziah Buat Keluarga Diraja Negeri Sembilan.


Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman, telah diberitakan mangkat di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS), di sini, kira-kira jam 11.45 pagi pada 26 Disember 2008. Al Marhum mangkat setelah diserang angin ahmar.

Baginda mengadu sakit kepala dan tidak selesa kira-kira jam 8.10 pagi. Tuanku Ja'afar kemudian dibawa ke HTJS dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan pelbagai usaha dilakukan oleh doktor pakar, termasuk memberi rawatan kecemasan.

Bagaimanapun, Al Marhum disahkan mangkat kira-kira jam 11.45 pagi. Makluman lanjut bahawaIstiadat pengebumian Al Marhum Baginda Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahmanakan diadakan selepas solat Asar Isnin ini.

Semoga Al Marhum digolongkan di kalangan hamba yang beriman dan bertaqwa di sisi Allah.

Al Fatihah.

Akhukum
Pejuang Kecil

Ahad, 27 disember 2008
Selepas solat Asar, St. Theresa Kherah.

0 comments:

22 safar 1430

 
Pejuang Kecil © 2007 Template feito por Templates para Você