Followers

Thursday, 25 December 2008

Siapakah sebenarnya yang mempolitikkan Hukum Allah?

"Siapakah yang mempolitikkan hudud sebenarnya?. Pas atau UMNO, jawapannya terserah kepada anda untuk menilainya.

Berdasarkan dialog mudah dibawah, saya bawa anda untuk menilainya.

PAS : Wahai Umno aku nak buat hudud ni.mu kena sokong la.
UMNO : Hak aloh betul ka mu nak buat hudud, perintah negeri pun tak tahu.
PAS : Sungguh la mu cabar ka dak ka aku dah lalus dah ni dalam Dun Kelantan.
UMNO : Loh! mu buat apa lagu tu, bahaya la, negara kita kan majmuk,mana boleh buat.
PAS : Masyaallah UMNO oi! mu tak yakin ka.
UMNO : Bukan tak yakin, tapi begitulah mana boleh buat hudud, habis la batu nakbuat jalan tu.
PAS : Hai! bukan tak yakin ni, hina tambah pulak Si UMNO ni.
UMNO : Aik! tuduh aku hina hudud pulak, ISA kan baru tahu. Bahaya la kenyataan mu tu, hasutan la, kita kan majmuk ni, kita mengalah la sedikit tak apa, walaupun tak buat hukum Allah tak mengapa, sebab kita ada undang-undang dah, elok dah semua pakat setuju, lagi pun hukum hudud tu Nabi buat di tanah arab ja, lamoooooooo doh, tak molek dah nak buat la ni. tak up to date.
PAS : Hai UMNO ni! aku nak buat ni amanah ALLah mu suka ka, tidak ka aku nak buat juga, kan wajib buat ni, perintah jelas Allah dalam quran, wajib Qatie pulak tu bukan sunat wei!.
UMNO: Ok! mu cabar aku ka PAS wei? boleh mu nak buat jugak, tapi mu nanti aku ambil tindakan, mu tahu aku siapa , aku kerajaan pusat mu tahu. Buat la aku sekat, pancung sampai mu mampuih, nak ka gitu?

Lalu PAS pun luluskan lah rang undang-undang hudud, UMNO terus mencanak panas punggung, UMNO pun hantar surat ugutan supaya PAS jangan buat hudud. Umpamanya macam ikat tali kat kaki PAS la, jadi PAS takleh nak lari nak pi buat hudud.

"Hahahaha, nak buat sangat, ha tengok lah sekarang ni, hihihihi apa pun tak boleh buat sebab aku dah ikat kaki mu wahai PAS".

"Dengan kuasa aku ni, tak sedar diri mu tu cuma negeri ja, kuasa mu tu tak lepaih molek tapi terhegeh-hegeh nak buat jugak".

Tamatlah kisah PAS dan UMNO, lalu sekarang ni UMNO masih lagi tak buka ikatan kaki PAS tapi PAS tetap nak buat Hudud jugak. Tapi sekarang tiap-tiap hari dia dok jerit kata PAS ni penipu besar kepada seluruh rakyat jelata.

Kini UMNO menjerit, "Woooooooi! sekalian rakyat jelata, tengoklah PAS, dia hipokrit, kata nak buat hudud tapi hampas pun tak ada, hahahaha!". Padan muka mu wahai PAS, rakyat bukan tahu aku ikat kaki mu sebab degil nak buat sangat hudud. TV dan radio pun aku pegang semua, mana depa nak tau".

"Aduh! kesian la kat mu PAS oi!, tapi nak buat lagu mana aku nak buat hudud tak boleh, bahaya takut MCA dan MIC lari, mu pun takleh buat jugak sebab bahaya kat aku pulak, sebab kalau mu boleh jelas hudud kepada bukan Islam nanti yang Melayu Islam lebih lagi la sokong mu".

"lagi pun aku tak kisah sangat boleh buat Ilam atau tak. Janji aku boleh kekal berkuasa lagi, hahahahahaha".

Seterusnya untuk lebih jelas lagi, perhatikan pula kupasan di bawah.

"Pas politikkan hukum hudud", itulah tajuk akhbar utusan 23 Disember baru-baru ini, isu ini timbul hasil soalan provokasi Khairy Jamaluddin dalam forum di Kelantan baru-baru ini. Ceritanya khairy mencabar Husam untuk menyatakan pendirian PAS terhadap hukum hudud. Kalau begitu siapa yang mula timbulkan isu ini?. Sepatutnya ia tidak timbul, bukankah selama ini pun PAS selalu saja bercakap tentang hudud. Kalau UMNO tuduh PAS sengaja timbulkan hudud untuk raih sokongan Melayu di kuala terengganu sekali pun ia tetap relevan dan PAS memang jelas dan selalu sebut tentang hudud hatta ke Tokong Cina dan Wat Siam sekalipun.

Pemimpin PAS tetap bercakap menjelaskan perihal hudud, kearah melaksanakannya bukannya macam UMNO. Pendirian nak memperjuangkan hudud pun tiada dalam kepala, apatah lagi nak terangkan kepada masyarakat non muslim. Ibarat jauh panggang dari api.

Kini BN khususnya Umno dakwa PAS main politik memperjudikan Hudud.

"Pas dicabar supaya membentangkan rang undang-undang hudud di negeri-negeri yang diperintah pakatan pembangkang sekiranya benar parti itu komited dalam melaksanakan hukum tersebut".

Tetapi hairan bukan! UMNO kritik PAS seolah-olah dia berhajat benar nak laksanakan hudud. Sedangkan mereka sendiri tidak pernah ada jawapan sejelas Husam untuk melaksanakan hudud. Namun apa yang terbukti pimpinan UMNO bukan sahaja tidak yakin dengan hudud malah ada yang jelas mengihina hukum Allah itu.

Kini UMNO bagai singa lapar menyerang PAS, mempersoalkan PAS kenapa tidak mahu laksanakan hukum itu, Bukankah dulu, Kerajaan Pusat sendiri melarang keras Kelantan untuk melaksanakannya. Bahkan rang undang-undang hudud yang jelas terbukti diluluskan di DUN kelantan pernah disaman oleh bekas kepimpinan UMNO Kelantan.

Siapakah yang sebenarnya berdolak dalik ketika ditanya tentang hudud,siapakah yang menghina hukum hudud, siapakah yang pernah saman hukum hudud, siapakah yang tidak yakin dengan hukum hudud kalau bukan jawapannya UMNO.

Sekarang setelah UMNO menggunakan kuasa melarang pelaksanaan hudud di Kelantan dan Terengganu, mereka pula dakwa PAS tidak mahu laksanakannya di Kelantan dan Terengganu.

Kesitu pulak jadinya ya! bukankah dulu sudah heboh sedunia bekas Perdana Menteri Malaysia dengan bangganya mengutus surat mengugut Kelantan supaya tidak laksanakan hudud yang telah diluluskan.

Tetapi PAS pula yang dituduh mempolitikkan hudud, ukurannya dimana hendak dakwa PAS begitu?. PAS telah buktikan di Kelantan dan Terengganu bahawasanya dua kerajaan ini pernah meluluskan rang undang-undang
pelaksanaan hudud.

Soalan provokasi UMNO itu dijawab Husam dengan penuh komited terhadap perinsip dan perjuangan PAS untuk melaksanakan bukan sahaja hudud malah Islam sebagai rahmat untuk semua. Bagi congakan politik tidak Islamik ia adalah jawapan yang akan memanaskan punggung DAP selaku rakan politik PAS dalam Pakatan Rakyat.

Namun itulah sikap PAS kekal dengan perinsip dan perjuangan tanpa perlu mengambil kira untung rugi demi meraih dan menjaga hati orang lain. Yang pasti ittulah perinsip yang tiada pada UMNO walau dalam apa jua keadaan politik sekali pun. Hatta kaliu isu hudud boleh memberikan keuntungan politik kepada UMNO sekalipun, mereka sama sekali tidak akan berani mengisytiharkan penderian mereka terhadap hudud hatta berbisik sekali pun.

“Tidak timbul ini hudud PAS, hakikatnya ia datang daripada Allah swt untuk hambaNya. Cuma PAS memperjuangkan hukum hudud untuk dilaksanakan. Ia milik Allah dan hak Allah. Setiap orang Islam yang mengaku beriman dengan Allah, Rasul dan al-Quran wajib mengimaninya bahkan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian”.

"Bukankan ahli Umno juga muslim dan beriman?, tiba-tiba kecoh ni, kamu sendiri tu nak patuh kepada perintah Allah kah?".

Tentu pemimpin UMNO kerut dahi berpeluh nak jawab depan media tentang perkara tersebut, nak dijawab suka bimbang MCA dan MIC marah. Hendak jawab tak suka bimbang umat Islam marah. Bahkan nak jelaskan hudud dalam mesyuarat BN jauh sekali. Apatah lagi Nak lantang suara dalam persidangan agung UMNO macam PAS, lagi lah jauh.

Jadi siapakah yang sebenarnya bimbangkan untung rugi politik apabila memperjuangkan hudud? tepatnya UMNO bukan! jadi UMNO lah yang berpolitik memperjudikan isu hudud. Cumanya bukan politik nak laksanakan hudud tapi politik nak menjahanamkan hudud supaya UMNO dilihat untung depan MCA dan MIC.

Akhir sekali, lihatlah perbandingan ini pula:

Sikap UMNO tentang hudud.

1.Mereka menyatakan itu adalah hudud yang PAS ingin buat adalah hudud PAS bukan hudud Allah. Sepatutnya jika mereka benar-benar orang Islam yang beriman, datanglah berbincang ,sebaliknya mereka buat helah, cipta istilah bahawa itu adalah hudud PAS tanpa hujah. - DUN Terengganu.

2.“Adakah kita hendak hukum orang yang mencuri kita buat hukuman potong tangan sahaja? Adakah kita nak laksanakan hukum hudud potong tangan itu ataupun kita bagi kerja kat dia?”
-ucapan Dr Mashitah di Rumah Persatuan Pelajar Negeri Sembilan Kaherah Mesir pada April 2006 yang lalu.

3.Hukum rejam kepada penzina adalah primitif.
-Kenyataan Tun Dr. Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim.

4. Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti.
-Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 UMNO bahagian Johor.

5. Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam.
-Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan.

6. Zaid Ibrahim pernah menyaman kedua-dua Kelantan dan Terengganu kerana ingin melaksanakan Hudud. Tetapi selepas itu menarik balik saman keatas Terengganu dan hanya mengekalkan saman keatas Kelantan
sahaja.

Tidak mampu rasanya nak tulis semua, banyak sangat perihal UMNO tidak yakin dengan hudud ini.

lihat pula sikap PAS terhadap hudud.

Rasanya cukup dengan tiga bukti Kesungguhan Kerajaan PAS Kelantan dan Terenggganu beruasaha hendak buat hudud.

1.Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) atau dikenali juga sebagai hudud, diluluskan pada persidangan DUN Kelantan pada 1993. - Harakah Daily

2. Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu Darul Iman telah pun memberi perkenan baginda terhadap undang-undang hudud Terengganu, menurut laporan Brendan Pereiradari akhbar Straits Times Singapura. Akhbar milik kerajaan Singapura itu menegaskan, Sultan Mizan Zainal Abidin telah meminta suatu penerangan khasdiberikan kepada baginda mengenai undang-undang hudud yang disyorkan oleh kerajaan PAS pimpinan Menteri Besar YAB Tuan Guru Datuk Seri Abdul HadiAwang. Setelah mendengar penjelasan tersebut, baginda dilaporkan berkenan menyatakan persetujuan terhadap rang undang-undang tersebut.- Straits Times Singapura

3. Usaha kerajaan negeri Terengganu untuk melaksanakan undang-undang Islam menarik perhatian pemerhati politik di luar negara, Akhbar Afaq Arabiyyah yang diterbitkan di Mesir dalam keluarannya yang lalu, turut memetik isu berkenaan dan mengkategorikannya sebagai isu
antarabangsa. - Tranungkite

Sekian sahaja kupasan dari saya, penilaian adalah di tangan anda.

Pejuang Kecil

Asrama Darul Aman,Hayyul A'syir Kaherah, Mesir.
Musim Sejuk, 24 Disember 2008.
9.20 malam.

0 comments:

22 safar 1430

 
Pejuang Kecil © 2007 Template feito por Templates para Você