Followers

Sunday 14 December 2008

Menteri Besar Perak Mahir Sembelih Qurban



















"Jadikan ibadah qurban sebagai medan dakwah baru".


Menakjub bukan, Mb Perak sendiri yang yang sembelih binatang qurban, bukan Tok Guru Nik Aziz Atau Tuan Guru Haji Hadi tetapi YAB Ir Nizar menteri besar Perak. Peristiwa menarik itu turut disaksikan sendiri oleh Y.B Ngeh Koo Ham. MB Perak itu turun padang untuk bersama rakyat Pasir Panjang pada Hari Raya Kedua bagi menyempurnakan ibadah agung qurban di dua tempat yang berbeza. Pertamanya di Masjid Kampung Sitiawan YAB Nizar sendiri telah menyempurnakan qurban 2 ekor lembu dan menyampaikan ucapan sempena Aidiladha di masjid tersebut.

Sementara itu di Surau Kampung Lekir Batu 15, KayanYAB Nizar turut menyembelih seekor lembu lagi sebagai qurban . Yb Ngeh Koo Ham selaku ADUN Sitiawan juga turut bersama rakyat di dalam majlis tersebut untuk sama-sama menyaksikan ibadah qurban. Beliau juga turut bersama mendengar tazkirah di dalam surau (Allahummahdihi). Bagi peribadi YB Ngeh inilah kali pertama pengalaman menyaksikan ibadah qurban dalam hidupnya dimana lembu disembelih dan ia dilakukan oleh MB sendiri. YB Ngeh turut melahirkan rasa 'takjub' beliau dengan keberanian MB menyembelih lembu . Yb Ngeh menyifatkan ia bukan boleh dilakukan oleh semua orang kecuali mereka yang betul-betul ada keberanian.Semoga ia adalah cetusan hidayah buat Yb Ngeh Koo Ham. Amin Ya Rabbal A'lamin.

Tahniah buat YAB Menteri Besar Perak. Anda MB serba boleh, tazkirah boleh, ceramah boleh, mengajar boleh, imam pun boleh, khutbah pun lagi boleh, sembelih lembu pun boleh, ustaz balik Mesir pun belum tentu boleh tu. Semoga usaha anda wahai YAB Menteri Besar menjadi tilik tolak kepada lembaran usaha baru dakwah. Saya doakan semoga Yb Ngeh Koo Ham menerima hidayah Allah dan memeluk Islam.

Saya mencadangkan Ibadah qurban dibuat di peringkat negeri sebagai entri baru dakwah kepada non muslim.

Akhukum
Pejuang Kecil
Hayyu A'syir 9.35 malam.

0 comments:

22 safar 1430

 
Pejuang Kecil © 2007 Template feito por Templates para Você