Khutbah Khatib Buta Buat Para Hujjaj
Alhamdulillah hari ini 14 Zulhijjah 1429 besamaan 12 Disember 2008 seusai solat Jumaat terasa benar kesan khutbah yang disampaikan oleh imam bertugas di Masjid Syeikh A'thiah Saqar. Sebuah masjid kecil yang kurang dikenali ramai kecuali mereka yang cintakan para ulamak dan ilmu.Pelajar melayu di Mesir memasyhurkannya dengan panggilan Masjid Syeikh A'thiah sempena nama seorang ulamak al Azhar yang terkenal dengan kitabnya Fatawal Marah. Almarhum Syeikh A'thiah sering bersolat Jumaat di masjid tersebut yang maaruf di kalangan pelajar Maahad Qiraat Shoubra sebagai masjid kembar gereja dek hampir lokasinya dengan gereja Abu Thaqiah, ia hanya dipisahkan oleh sebatang jalan kecil hanya muat sebuah kenderaan empat roda tanpa perlu berselisih. Al Marhum Syeikh A'thiah Saqar menghabiskan saki baki masa tuanya di Shoubra. Beliau akan bersama masyarakat selepas bersolat jumaat di masjid tersebut menjawab masalah fiqh yang ditanyakan kepadanya. Rahimahullah.
Hari ini di masjid tersebut sempena kepulangan jamaah haji seorang khatib yang buta matanya mengkhususkan khutbahnya memperingati mereka yang bergelar haji bahawa amalan soleh yang berkekalan dan berkualiti seusai haji adalah dalil ibadah haji yang dilakukan diterima Allah sebagai haji yang mabrur.
Khatib buta, suaranya kadangkala keras serak, kadangkala lembut menyentuh, pidatonya penuh sarat dengan al Quran dan hadis, terpancar kesungguhannya lancar memberi peringatan. Setiap luahan ucapannya terasa penuh ilmiah seolah-olah ia tidak pernah buta untuk berbicara sehebat itu bahkan melebihi insan yang celik. Kata-katanya amat berkesan di hati setiap pendengar yang ada. Kalamnya disambut berselang-seli oleh para jamaah dengan istihgfar dan kadang-kala terdengar jua lafaz perlahan pujian kepada Allah, perlahan memohon perlindung Allah dan reaksi insaf yang pelbagai tanda hati yang tersentuh dek belaian bahasa khutbah. Pelik bukan! seorang yang buta tetapi ucapannya bak cendikiawan yang celik. Namun itulah kelebihan ulamak keluaran al Azhar as Syarif, buta mata tetapi mata hatinya celik bersuluh cahaya ilmu.
Dalam khutbahnya khatib buta mengingatkan para jamaah dengan khithab khusus kepada para hujjaj tetapi pengajarannya buat semua. Antaranya jangan memberi dan menerima rasuah, ceritanya ringkas, katanya; kalian perlu berhati-hati dengan rasuah yang kadang-kadang dikelirukan atas nama hadiah. oleh sebab itu para ulamak memperincikan jenis hadiah, kuantiti, sebab dan munasabah, kepada siapa hadiah disasarkan demi mengelakkan ia terjerumus kelembah kehinaan rasuah. Khatib mendatang kisah ketegasan saidina umar memperincikan soal hadiah yang diterimanya daripada pemerintah Arzebaijan. Akhirnya hadiah tersebut diagihkan buat fakir miskin di Masjid Nabawi sebagai jalan selamat.
Perkara kedua yang diingatkan ialah tentang tanggungjawab memelihara keluarga dari dosa seusai ibadah haji buat para ibu dan bapa. Pesanannya mudah, jangan biarkan anak-anak gadis kalian keluar bertelanjang dan bertabarruj. Pahamnya ialah ibu dan bapa perlu mengawasi agar setiap ahli keluarga sentiasa mematuhi Allah dalam segala hal khususnya berpakaian dan bermuamalah di luar. Justeru khatib buta mendatangkan kisah seorang pemuda dengan sebiji epal yang berkahwin dengan gadis yang buta, pekak, bisu, lumpuh kedua kakinya sebagai syarat melepasi diri dari rasa bersalah makan epal tanpa izin tuannya. Pengajaranya ialah rupa-rupanya kecacatan si gadis hanyalah simbolik keutuhan peribadi, kepatuhannya kepada Allah dan pemeliharaan diri dari maksiat. Gadis itu buta dari meliahat sesuatu yang dimurkai Allah. Gadis itu pekak dari mendengar sesuatu yang tidak diredhai Allah. Gadis itu bisu daripada kalam yang buruk dan keji. Gadis itu juga lumpuh dari mengunjungi tempat maksiat melainkan kakinya hanya berkunjung ke rumah Allah.
Itulah dua isi penting yang sempat diingat dalam benak fikiran. Syukur Alhamdulillah tersa berharga sangat pesanan khatib buta tersebut, semoga Allah merahmatinya dan membuka pintu hatinya untuk menerima nur Ilahi. Khatib berpesan lagi dalam khutbah kedua,katanya semasa kita menunaikan ibadah haji ia ibarat kita melakukan perjanjian dengan Allah. Kita berjanji akan lebih baik dari sebelumnya,jikalau sebelumnya kita sering tinggal solat selepasnya kita berjanji dengan Allah kita tidak lagi culas sembahyang. Jikalau kita kurang bersedekah, sedekah bakal menjadi rutin kita. Jikalau sebelumnya kita berakhlak buruk maka kita telah berjanji berkelakuan baik sesudahnya. Kita berjanji akan berubah dari segala yang tidak baik kepada yang baik , daripada yang baik kepada yang lebih baik. Itulah janji kita. Natijahnya ialah mabrurnya haji dapat diukur berdalilkan kesungguhan kita menunaikan janji yang kita sembahkan kepada Allah di hadapan Baitullah. Itulah falsafah ibadah haji yang mabrur, semoga para sahabat mahasiswa Al Azhar yang berpeluang menunaikan haji pada tahun ini mendapat keampunan dan haji yang mabrur. Bukannya haji Malboro.

sekian
Wassalam
Akhukum, Pejuang Kecil
1.45 petang
Bait Drakula,St. Thresa
0 comments:
Post a Comment