Azamin Amin | |
"...suasana yang tidak stabil di Perak. Angkara siapa? Bukan Nizar. Nizar menjadi mangsa." Sebelum para penduduk Parlimen Bukit Gantang membuat membuang undi pada 7 April, tokoh agama dan Timbalan Musryidul Am PAS Dato' Dr Haron Din memberitahu Penolong Pengarang Harakahdaily AZAMIN AMIN panduan memlih pemimpin yang dituntut agama, sekaligus memberi kesan di dunia dan akhirat serta dalam masa sama demi membela nasib rakyat dan Nizar Jamaluddin yang teraniaya akibat Umno-BN yang mencetuskan suasana huru-hara di Perak tempoh hari. 1.Boleh Dato' jelaskan bagaimana Islam melihat pilihan raya sebagai satu wadah perjuangan untuk menuju kebahagiaan dunia dan akhirat serta ciri sebetulnya memilih pemimpin untuk rakyat? Haron Din : Pilihan raya adalah satu tuju arah yang boleh di lihat dalam dua dimensi. Pertama apa tujuan sebenar calon yang bertanding? Kedua kewibawaan dan ketokohan orang serta parti itu. Tentang tujuan ada yang semata-mata berjuang kerana dunia seperti Umno dan ada yang bertujuan untuk dunia dan akhirat. Calon Umno dan partinya itu, umum telah mengetahui ianya bertujuan untuk dunia dan kepentingan diri semata-mata. Banyak sudah dibuktikan. Calon PAS pula telah dibuktikan bahawa perjuangannya untuk dunia dan akhirat. Dato' Seri Nizar Jamaluddin berada dalam kelompok perjuangan yang sudah tentu menghadapi banyak musuh yang banyak mempunyai kepentingan duniawi. Siapa sahaja sejak zaman Nabi dan para sahabat, berperang, ada sahaja yang menjadi musuh. Nabi Muhammad saw sendiri mempunyai musuh terdekat iaitu bapa saudaranya. Itu tanda syaitannnya 'lebih kuat' untuk mengganggu orang yang baik. Kita mesti melihat wadah parti yang disokong, bagi pengundi di Bukit Gantang, Nizar mewakili parti Islam yuang mencari keredhaan Allah. Manakala satu parti lagi dakwa bersifat kebangsaaan Melayu (Umno) dan tidak ada apa yang diperjuangkan untuk bangsa Melayu. 2. Kata parti lawan seolah-olah mereka adalah juara memperjuangkan agama, bangsa dan negara? Mereka melaungkan dan dakwa. Kalau nak kira dakwa, budak kecil juga boleh dakwa. Sudah hampir lebih 52 tahun diberi kuasa, apa yang dilakukan untuk Islam malah ia merosakkan lagi ada. Mereka pamer kepada masyarakat bahawa seolah-olah Islam ini tidak sempurna. Jadi untuk itu, mereka buat Islam Hadhari untuk tampung Islam sebenar. Sejak daripada Islam Hadhari diwujudkan apa yang mereka buat untuk Islam sesuai seperti yang dicanangkan?Tidak ada yang mereka buat, cakap tidak serupa bikin. Wadah untuk pengundi di Bukit Gantang bukan sekadar pilih calon tetapi untuk masa depan negara dan rakyat. Dengan maksud jika wakil kelompok yang memperjuangkan Islam dipilih, ianya satu mesej jelas bahawa masyarakat Malaysia, Islam dan bukan Islam sedang melakukan proses penolakan ke pada parti Barisan Nasional (BN) - Umno dan sekaligus menerima baik Pakatan Rakyat. Jika kalah, Umno akan mendabik dada kononnya mereka masih relevan sedangkan hakikat telah pun ditolak pada pilihan raya 8 Mac lalu. Saya seru proses penolakan ini diterjemahkan terus bukan sahaja di Bukit Gantang tetapi di DUN Bukit Selambau dan Batang Ai, ia mewakili satu wadah perjuangan ke arah memartabatkan Islam dan kukuhkan Pakatan Rakyat. Pilihan raya ini bagi mengubah kemungkaran dan kerosakan Umno-BN dan gantikan dengan sebuah negara berkebajikan yang diperjuangkan PAS dan Pakatan Rakyat yang dinantikan seluruh masyarakat. 3. Dalam Perhimpunan lepas, mereka kata insaf dan mahu melakukan perubahan, adakah ini satu jaminan dan mampu menarik sokongan rakyat kembali kepada Umno-BN ? Kematangan rakyat terhadap politik tidak boleh lagi dikaburi dengan slogan-slogan pemimpin Umno dan BN sedangkan slogan-slogan yang dikatakan selama ini memakan diri. Ini senjata makan tuan. Cuba kita lihat keadaan ini. Umno dikatakan sudah matang memilih pemimpin. Takkanlah sudah 63 tahun Umno ditubuhkan, baru nak matang? Itu belum lagi dewasa. Mereka mencanangkan perubahan? Apa perubahan yang dibuatnya? Adakah bertukar daripada yang dilihat bersih kepada tidak bersih. Maksudnya, peralihan kuasa daripada Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang nampak bersih berubah kepada Dato' Seri Najib Tun Razak yang terpalit dengan pelbagai tuduhan rasuah dan jenayah. Media Asing pun membicarakannya dan masyarakat antarabangsa. Adakah rakyat nampak Najib lebih bersih? Begitu juga dengan jawatan Ketua Pemuda Umno yang berubah kepada Khairy sedangkan beliau sebelum ini disabitkan gejala rasuah oleh Lembaga Displin Umno. Hukuman ringan dan diberi amaran sedangkan disabitkan. Ahli Umno pilih Khairy berbanding Dato' Mukriz Mahathir yang dilihat agak bersih daripada tuduhan. Jelas perubahan yang dilakukan oleh Umno ialah menolak yang bersih dan memilih yang tidak bersih. Itukah yang dinamakan perubahan? Para pengundi di tiga pilihan raya ini perlu melihat persoalan ini sebelum memberi undi dan dengan rasa tanggungjawab untuk selamatkan negara daripada pemimpin-peminpin yang tidak bersih. 4. Bagaimana Dato' melihat parti yang mengucar-kacirkan Perak dengan 'rampasan kuasa'. Rakyat telah pilih dan pentadbiran berjalan dengan baik di samping rakyat hidup dalam aman tiba-tiba, dikejutkan dengan peristiwa rakus oleh BN di Perak menyebabkan Nizar dianiaya dan dikecam? Golongan rakus kuasa, selama-lamanya akan melihat dan menantikan peluang untuk melakukan dengan apa cara sekalipun. Bagi kes Perak, Umno-BN melihat realiti mereka tidak mampu pertahankan kedudukan. Rakyat sudah hantar mesej jelas tolak Umno-BN dan jika mereka nak mengharapkan pilihan raya akan datang iaitu yang ke-13, mereka tidak mampu dan bimbang akan kalah lagi. Maka peluang di Perak, mereka rampas kuasa. Bila ia berlaku, rakyat Perak rugi. Pentadibiran 'jem'. Mesyuarat exco seminggu sekali untuk membela rakyat tidak dapat dibuat. Pejabat MB yang selalunya dikunjungi rakyat untuk selesaikan masalah sudah tidak berfungsi. Pegawai kerajaan negeri menunggu arahan dan polisi tidak berjalan..Gaji dibayar tetapi pentadbiran sangkut. Pelabur takut. Yang rugi ialah negeri dan rakyat. Manakala untuk mempertahankan kuasa ianya melibatkan proses mahkamah yang mana ianya tidak boleh diselesaikan dalam masa yang terdekat. Selagi tidak bubar DUN, mahkamah akan teruskan kes tapi ada tangguh-tangguh, rayu dan rayu sehinggalah ke pilihan raya 13 akan datang. Umur dewan DUN Perak berakhir 13 Mei ini. Genap 6 bulan jika tidak ada sidang DUN. Saya bimbang dan gerun nostalgia 13 Mei 1969. Ianya 'Ankubah' akibat buruk politik perakus kuasa yang mengancam demokrasi dan kestabilan rakyat termasuk menjejaskan institusi Raja-raja Melayu. 5. Jelaslah Umno-BN bersalah porak-perandakan Perak tanpa sabar menunggu pilihan raya umum akan datang untuk kembalikan mandat pada rakyat? Semua ini wajar diletakkan atas kesalahan Umno-BN kerana mereka yang merancang berlaku sehingga tercetus suasana yang tidak stabil di Perak. Angkara siapa? Bukan Nizar. Nizar menjadi mangsa. Saya seru para penyokong dan pengundi bukan saja di Bukit Gantang tetapi di Bukit Selambau dan Batang Ai untuk menangkan Pakatan Rakyat dan tumbangkan Umno-BN. Beri undi pada Nizar yang dianiaya dan singkirkan perampas kuasa. 6. Strategi parti lawan meletakkan Nizar sebagai penderhaka dan tamak kuasa oleh parti lawan, bagaimana Dato' tafsirkan ini? Bab dakwa Nizar derhaka hanyalah permainan politik Umno-BN, yang sengaja meletakkan istilah derhaka bukan pada tempatnya. Jawatan Menteri Besar bukan hak dia seorang tetapi parti yang juga dipilih oleh rakyat. Parti yang memilih Nizar menjadi MB dan parti didokong oleh rakyat dan rakyat restui beliau jadi MB dan jika dia letak, dia khianati amanah rakyat. Lagi pun kenapa mesti letak jawatan? Apa kesalahan yang beliau buat? Pakatan Rakyat 28 kerusi manakala Umno-BN 28 kerusi dan 3 bebas, jadi kenapa perlu letak jawatan? Ini bukan kes derhaka tetapi dimanipulasi Umno-BN. Sebenarnya, sejujur-jujurnya, siapa yang menderhaka kepada Raja, saya sendiri tahu pengalaman dan cerita itu tetapi tidak elok diperbesar-besarkan. Kita mesti letak calon yang mampu meraih kemenangan. Dan ini kes kita kembalikan kepada rakyat. Maka Nizarlah menjadi calonnya sama ada untuk rakyat pilih atau sebaliknya. Ini bukan kali pertama. Sudah jadi amalan. Undang-undang pun tidak pernah menyekat. Dalam kes ini Nizar dianiaya. Ianya dirujuk kepada rakyat untuk buat keputusan tetapi Umno-BN tidak mahu DUN dibubarkan. Rujuk pada rakyat. Letak Nizar sebagai calon dan jika rakyat pilih Nizar, ini bermakna rakyat bijak buat keputusan. 7. Bagaimana Dato' melihat watak Nizar itu sebagai pemimpin yang diterima rakyat, mampu menyatu-padukan kaum di samping menjadi pendakwah kepada agamanya? Nizar salah seorang calon yang dikenali pasti sejak dulu lagi, mampu memimpin dunia dan akhirat bukan sekadar 'educated, engineer dan warak'. Dia mempunyai pakej seorang pemimpin yang berwibawa. Masyarakat Cina dan India juga suka kepada beliau. Malah imam di Masjid Simpang Taiping pun meminta Nizar menjadi imam dan secara tidak langsung mengakui Nizar adalah lebih baik. Kealiman dia, kewarakan, kefasihan bahasa, ketrampilan dan karisma, semua kelebihan ada pada Nizar . Kenapa tak minta Tan Sri Muhyidiin, Dato' Zambry ke atau pemimpin Umno yang lain jadi imam? 8.Mengundi mempunyai kaitan rapat dengan Akhirat dan tanggungjawab umat Islam dalam memilih pemimpin, boleh Dato' jelaskan? Mengundi adalah memilih pemimpin. Bagi pemimpin Islam, ianya tidak habis di dunia sahaja malah akan dipertimbangkan dan dipertanggungjawab oleh Allah sampai kiamat.Sehingga di kiamat ada satu episod dalam surah dalam Surah Al-Ahzab (33) : ayat 66 - 68 berikut ; "Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam Neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. "Dan mereka berkata lagi: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar.Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya! " Ayat di atas jelas beri isyarat kepada persoalan memilih pemimpin kerana itulah kita mesti sentiasa berdoa. "Ya-Allah, jadikanlah kepada kami, orang yang mengikut pemimpin-pemimpin yang bertaqwa." Bagi kes ini, kita mesti pilih yang pentingkan perjuangan dunia dan akhirat. Sumber: Harakahdaily.net |
Followers
Monday, 6 April 2009
Pilih pemimpin berjuang dunia, akhirat - Haron Din
Labels: Fikrah Islam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment