Followers

Saturday, 27 June 2009

Al Fatihah : Mantan Amir Jamaat Islami Pakistan Meninggal Dunia

Perginya seorang ulamak gerakan Islam Pakistan

Seorang ulama dan veteran politik Pakistan, Syeikh Mian Thufail Muhammad mantan Amir dari Jamaat Islami (JI) telah meninggal dunia pada hari Khamis (25 Jun 2008) yang lalu setelah sakit berpanjangan.

Solat jenazah serta pengkebumian beliau telah dilaksanakan pada hari Jumaat 26 Jun 2009.

Syeikh Mian Thufail Muhammad meninggalkan lapan orang anak, empat lelaki dan empat perempuan dan lebih daripada 40 cucu cicitnya yang menetap di pelbagai negara seperti Pakistan, negara negara timur tengah dan juga Amerika.

Berbagai tokoh agama dan politik turut menyatakan duka cita atas pemergian mantan amir Jamaat Islami ini.

Pusat berita "International news" mengatakan bahawa "Gabenor Punjab, Salman Taseer, CM Punjab Shahbaz Sharif, menteri Raja Riaz , Menteri Kewangan Punjab Tanveer Ashraf Kaira, Senator Pervez Rasheed, PML-N Quaid Mian Muhammad Nawaz Sharif, dan lain-lain" menyatakan kawat takziah atas kematian beliau dan mendoakan syeikh Mian Thufail diterima seluruh amal ibadahnya di sisi Allah SWT.

Syeikh Mian Thufail mendirikan rumah tangga pada tahun 1942, dan beliau adalah salah seorang dari 75 anggota awal Jamaat Islami pada zaman awal pembentukannya tahun 1941.

Selain itu perdana menteri Pakistan Yusuf Raza Gilani juga ikut mengucapkan takziah atas pemergian mantan amir Jamaat Islami itu.

Syeikh Thufail Muhammad memulai kehidupannya sebagai seorang pengacara dan bekerja sebagai pembantu Hakim Muhammad Syarif pada tahun 1938 di Jalandhar namun beliau kembali ke Kapurthala pada tahun 1939.

Pada Muktamar Jamaat Islami pada bulan Mach 1944, beliau diangkat menjadi orang pertama yang menjawat jawatan sebagai "sekjen" Jamaat Islami dibawah kepemimpinan Syeikh Abul A'la Al Maududi.

Pada 1972 syeikh Al Maududi mengundurkan diri sebagai pimpinan umum Jamaat Islami dengan alasan kesihatan, sehinggalah Syeikh Mian Thufail akhirnya menggantikan posisi Syeikh Maududi sebagai ketua umum Jamaat Islami yang baru.

Jamaat Islami sewaktu kepemimpinannya memiliki hubungan yang mesra dengan pihak tentera Pakistan. Beliau adalah di antara pendokong Jeneral Dhiaul Haq yang banyak membantu mujahidin Afghanistan. Pada tahun 1987 Syeikh Mian Thufail mengundurkan diri dari memimpin Jamaat Islami mengikut jejak langkah pendahulunya syeikh Maududi atas faktor kesihatan. - eramuslim.com

" Semoga Allah Merahmatimu Wahai Syeikh Para Pejuang "

Pejuang Kecil

6.37 pg, 5 Rejab 1430
Rumah Kedah, Hayyu 10, Kaherah Mesir


0 comments:

22 safar 1430

 
Pejuang Kecil © 2007 Template feito por Templates para Você