Mula Mengenali Dr. Fathi Yakan lewat Usrah
Salam Exam!
Mula mengenali beliau sejak menjejak kaki ke Maktab Mahmud awal tahun 90 an dahulu.Abang-abang Badan Dakwah Maktab Mahmud sering berceloteh panjang bercerita tentang susuk peribadi Dr. Fathi Yakan setiap kali usrah mingguan.Kami hanya mengenali beliau lewat semangat dan kegigihannya dalam dakwah dan perjuangan. Ketika itu kami belum lagi membaca dan melumati irsyadat beliau lewat penulisan. Mungkin usia ketika itu terlalu muda untuk meneliti baris-baris ayat yang dihamburkan beliau yang berselirat sarat dengan pengalaman dan ilmu haraki yang berharga.
Setelah tiga tahun dibimbing oleh abang-abang naqib antaranya Ustaz Roshidi Mat Isa, Abang Lah Baling,Abang kamal dan banyak lagi, akhirnya kami mula menyelak helaian demi helaian kitab "Bahtera Penyelamat" karangan Dr Fathi Yakan bersama Abang Zaiem Helmi. Kata Abang Zaiem kitab ini adalah manhaj usrah bagi tahap kedua. Agak tinggi perbincangannya tapi dengan usaha Naqib kami bolehlah memahaminya walaupun tak seberapa.
Terbayang-bayang ketika itu bagaimana susuk tubuh dan akhlak peribadi Dr Fathi Yakan. Abang-abang kerap kali bercerita tentang Dr Fathi Yakan. Kata mereka beliau merupakan salah seorang profesional yang bestatus ulamak. Kata mereka lagi Dr. fathi Yakan mengetuai gerakan Islam di Lubnan dan sangat dicintai oleh para pejuang gerakan Islam di seluruh dunia. Namanya meniti di setiap bibir ana-anak muda yang berjiwa Islami.Buku-buku karangannya amat terkenal dan diterjemahkan ke pelbagai bahasa. Antaranya ''Maza Yakni Intima'i Lil Islam'',"Bahtera Penyelamat","Mutasaqitun A'la Thoriqid Dakwah" dan banyak lagi.
Bertemu Dan Mendengar Irsyadat Beliau
Tulisan beliau berkenaan dengan pelancongan dalam Islam amat menarik dan amat bermakna bagi saya. Dalam buku tersebut Dr Fathi Yakan menukilkan penglaman ke Malaysia sekitar tahun 1995 atau 1996 yang lalu dan waktu itulah kami berkesempatan bertentang mata dengan peribadi agung itu.Ketika itu saya berusia 15 atau 16 tahun dan secara peribadi penulis berasa amat beruntung atas peluang keemasan dipertemukan Allah dengan Dr Fathi Yakan.
Ceritanya bermula apabila abang-abang badan dakwah mengkhabarkan bahawa Dr Fathi Yakan akan berkunjung ke Malaysia. Secara senyap-senyap sebuah Bas sekolah ditempah oleh abang-abang bagi membolehkan kami beramai-ramai ke Muaassasah Darul Ulum, Pokok Sena Kedah untuk bertemu dan mendengar ucapan Dr. Fathi Yakan. Hati kami berbunga-bunga ingin melihat wajah pejuang hebat itu.
Perancangan diatur rapi dan penuh rahsia. Bas yang ditempah menunggu di luar pagar sekolah berhampiran rumah sewa cikgu IBrahim yang menjadi salah sebuah pusat tarbiyyah Badan Dakwah Maktab Mahmud bagi adik-adik baru.Seiring mentari yang hampir terbenam kami menyusup keluar bak pejuang yang menyelinap dari musuh. Akhirnya semua berjaya menaiki bas. Masing-masing ada yang berseluar, berkain, berserban tak kurang juga yang berjubah.Semua girang dan bersemangat ingin bertemu mata dengan penulis bagi kitab yang menjadi bacaan kami waktu itu.
.
Tanpa makluman kepada pihak sekolah kami selesa selesa sekali bertolak menuju ke Muaassah tempat persemadian Almarhum Ustaz Fadzil Noor demi mendengar pesanan yang bakal diberikan oleh Dr Fathi Yakan. Setelah sampai dan menunaikan solat Magrib dan Isya' ceramah dimulakan dengan ucapan oleh Presiden PAS ketika itu Al Marhum Ustaz fadzil Noor.Dr Fathi Yakan diberi Penghormatan berucap selepas Presiden selaku tetamu kepada PAS malam itu. Mujur ucapan beliau diterjemah oleh ustaz Nasarudin Mat Isa ketika itu masih belum menjadi Setiausaha Agong PAS. Lega, kalau tidak melopong lah kami.
Sebaris di atas pentas Almarhum Ustaz Fadzil Noor, Dr Fathi yakan bersama anak dan Isteri, ada jugak beberapa pimpinan PAS lain termasuk Isteri masing-masing. Puas rasanya , semua dapat melihat tokoh agung ulamak gerakan itu terpampang di hadapan mata. Mana tidaknya selama tiga tahun lebih mula mengenali dan mencintainya tetapi tak mampu bertemu mata dek berjauhan beribu batu.
Kini Beliau sudah kembali bertemu "Kekasihnya", sedangkan hati ini masih bercita untuk bertemu buat kali kedua. Namun apa daya, taqdir Allah lebih dari segalanya.Hanya kenangan manis yang menjadi ubat rindu kepada Ulamak besar gerakan itu.
"wahai Syeikh Dikau tetap hidup di dalam hati-hati kami, berbahagialah di samping Tuhan yang mewajibkan perjuangan ini"
Moga kitakan bertemu di syurga.
Pejuang Kecil
12.46 Tengah hari, 21 jamadil Thani 1430
Rumah Imam Naqqash, Syarie' Barrad, Dauran Shoubra.

0 comments:
Post a Comment