Followers

Monday 23 February 2009

Tiga ditangkap atas pengeboman di Kaherah



Polis Mesir telah menahan tiga orang suspek berkaitan dengan satu serangan bom di kawasan pusat membeli belah yang sibuk di Kaherah , yang mana telah membunuh seorang remaja Perancis dan mencederakan sekurang-kurangnya 21 orang lain.

Pasukan penyiasat sedang meneliti bukti-bukti hari ini selepas mengepung kawasan berhampiran kawasan Masjid Hussein , salah satu daripada tempat yang paling dihormati di Kaherah.

"Tiga orang telah ditahan di sana di tempat itu sebagai suspek selepas serangan itu," kata seorang pegawai polis Mesir.

"sementara yang lain akan disoal-siasat sebagai saksi kejadian tersebut."

Sebilangan warganegara Mesir, Jerman , Perancis dan Saudi Arabia telah cedera akibat letupan pada malam Ahad lalu di dalam kawasan bazar Khan El Khalili yang masyhur tersebut.

Polis berkata bukti awal ditemui ialah satu bahan letupan kecil, seperti bom tangan, telah dilontarkan daripada sebuah balkoni yang terlindung.

Laporan awal menyatakan bahawa kemungkinan bom-bom dirancang untuk empatkan di bawah kerusi berhampiran sebuah kafe betul-betul di luar Hotel al-Hussein .

Motif pengeboman tidak jelas

Motif serangan tidak jelas dan tiada sesiapa pun yang mendakwa bertanggungjawab atas serangan tersebut.

Polis kemudian meletupkan satu lagi bahan letupan kedua tanpa menyebabkan sebarang kecederaan.Kesan-kesan darah boleh dilihat di halaman medan masjid, bersebelahan bazar yang terkenal itu.

"Saya sedang bersembahyang dan tiba-tiba terdengar satu letupan besar dan orang ramai mula cemas dan berlari keluar dari masjid, polis kemudian datang dan mengunci pintu utama, mengarahkan kami keluar melalui pintu belakang," kata Mohammed Abdel Azim, yang berada dalam masjid pada masa itu.

Amr el-Kahky, wartawan Al Jazeera di Kaherah, berkata sesetengah penganalisis telah menyatakan satu teori yang dihubungkaitkan dengan peristiwa serangan Israel memusnahkan Gaza bulan lalu, di mana Mesir dikritik di kalangan dunia Arab kerana tidak membuka lintasan
sempadannya di Rafah dengan Gaza dan didakwa tidak bertindak sewajarnya bagi membantu Warga Palestin.

Kerajaan tidak popular

Bercakap kepada Al Jazeera, Samer Shehata, seorang pakar dalam politik Arab daripada Universiti Georgetown di Amerika Syarikat, berkata serangan tersebut tidak seperti dilakukan oleh kumpulan yang sepenuhnya beridentitikan rakyat Mesir.

"Ia mungkin dilakukan oleh rakyat Mesir atau kumpulan yang dikaitkan dengan al-Qaeda atau yang menyokong rangkaian keganasan antarabangsa," katanya, kerajaan Mesir telah membawa
satu posisi yang tidak popular sepanjang perang Gaza.

Shehata menyatakan bahawa serangan pada masa lalu bermatlamat menggugat industri pelancongan Mesir kerana ia adalah satu sumber utama pendapatan negara dan pekerjaan rakyat.

Kawasan bersejarah itu juga adalah tempat berlakunya kejadian serangan bom sebelumnya iaitu pada tahun 2005 di mana dua pelancong telah terbunuh dan 18 uyang lain cedera.

"Menggugat sektor pelancongan adalah satu pukulan langsung terhadap negara itu. Fakta itu adalah apa yang berlaku pada serangan sebelumnya , sebagai pengalihan dari mensasarkan pegawai kerajaan atau bangunan-bangunan," dakwa Shehata.

Khalil Alamany, daripada Al Ahram Centre bagi Kajian Strategik di Kaherah, bagaimanapun, berkata bahawa serangan itu tidak mungkin telah dijalankan oleh satu organisasi yang besar, tetapi mungkin " hanya oleh beberapa individu biasa yang cuba untuk menghukum ... rejim Mesir dengan [menggugat] salah satu daripada sumber-sumber utama pendapatan negara".

Teks asal : aljazeera.net

Terjemahan oleh

Pejuang Kecil
Isnin, 28 Safar 1430
4.12 ptg, Hayyu A'syir, Kaherah Mesir.



0 comments:

22 safar 1430

 
Pejuang Kecil © 2007 Template feito por Templates para Você